Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Menyembunyikan Persaksian Yang Benar (الحق شھادة كتمان)

♻27/131 Menyembunyikan Persaksian Yang Benar (الحق شھادة كتمان)

Dalil hadith:
:Terj . ِّ إِنَّ بَیْنَ یَدَيِ السَّاعَةِ... شَھَادَةُ الزُّورِ وَكِتْمَانُ شَھَادَةِ الْحَق
“Sesungguhnya menjelang datangnya Kiamat… (akan banyak) persaksian palsu dan menyembunyikan persaksian yang benar. 
[HR Ahmad, disahihkan oleh al-Albani dalam silsilah al-sahihah, no 647]
الراوي : عبدالله بن مسعود المحدث : الألباني
 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحیح على شرط 647 المصدر : السلسلة الصحیحة الصفحة أو الرقم: 
مسلم
Ia sambungan dari no 26 persaksian palsu, cuma di sini maksudnya lain sikit je, menyembunyikan persaksian yang benar.


Hukum asal, Allah memerintahkan agar kita menghentikan kezaliman dan melindungi seseorang dari kezaliman. Dan salah salah satu caranya ialah Allah haramkan menyembunyikan persaksian yang benar.

Dalil al-Qur'an:
وَلا تَكْتُمُوا الشَّھَا ُ دَةَ وَمَنْ یَكْتُمْھَا فَإِنَّھُ آثِمٌ قَلْبُھ
Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan kesaksian, karena barang siapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya 
[AQ 2:283]


Akhir zaman ni manusia tahu kebenaran, tapi mereka masih mengundi pemimpin yang sama juga. PRU adalah persaksian rakyat atau pengundi kepada sistem politik yang baik, tapi mereka tetap memberi mandat kepada kezaliman. Contohnya di Egypt, manusia tahu siapa yang patut menerajui kerajaan yang sah, tapi kesaksian itu disembunyikan. 

Manusia tahu kebenaran sesuatu isu, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, kebocoran, rasuah, tapi tanda akhir zaman, kesaksian yang benar itu disembunyikan kerana perut dan hawa nafsu. Wallahu 'Alam..

Banyaknya Persaksian Palsu (شَھَادَةُ الزُّوْر)

26/131♻: Banyaknya Persaksian Palsu (شَھَادَةُ الزُّوْر)

Dalil:
إنَّ بین یديِ الساعةِ تسلیمَ الخاصةِ و فشوَ التجارةِ حتى تُعینَ المرأةُ زوجَھا على التجارةِ _ و قطعَ الأرحامِ و 
''' ِّ شھادةَ الزُّورِ وكتمانَ شھادةِ الحق
الراوي : عبدالله بن مسعود المحدث : الألباني
 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحیح على شرط 647المصدر : السلسلة الصحیحة الصفحة أو الرقم: 
مسلم
Terj: "Sesungguhnya menjelang kiamat akan ada ucapan salam khusus dan perdagangan tersebar luas sehingga seorang wanita ikut serta dengan suaminya dalam perdagangan, putusnya silaturrahim dan persaksian palsu dan menyembunyikan persaksian yg benar.” 
[HR Ahmad, sahih menurut albani dan 
hasan menurut syaikh syu'aib al-arnaouth.]


Syarah (1)
Syahadan az-Zurr ialah adalah kebohongan yang disengaja dalam persaksian. Maka, persaksian palsu sebagai sebab pembatalan kebenaran, demikian pula menyembunyikan persaksian.

Ia termasuk dosa besar atau al-Kabair, dalilnya:

Dari Abu Bakrah atau Nafi' bin al-Harith ra, dia berkata, “Dahulu kami bersama Rasulullah SAW, beliau bersabda:
أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَـرِ الْكَبَائِرِ (ثَلاَثًا)؟ اَلإِشْرَاكُ بِا�ِ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَیْنِ، وَشَھَادَةُ الزُّوْرِ -أَوْ قَوْلُ الزُّوْرِ-، وَكَـانَ 
. َ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ، فَمَا زَالَ یُكَرِّرُھَا حَتَّى قُلْنَا: لَیْتَھُ سَكَت
‘Maukah kalian aku kabarkan tentang dosa besar yang paling besar?’ (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali), ‘Menyekutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua, persaksian palsu.’” Ketika itu beliau bersandar, lalu duduk, senantiasa beliau mengulang-ulangnya hingga kami berkata (dalam hati), “Andaikata beliau diam. 
[HR Bukhari, no5976 dan Muslim]


Syarah (2)
Persaksian palsu digandingkan tiga serangkai dengan syirik, derhaka kepada ibubapa menunjukkan ia tempat muncul kezaliman dan menafikan hak orang lain. Persaksian palsu bukan sahaja di dalam proses mahkamah, juga merata; di penjawat awam, IPTA banyak kes plagiat dan penipuan sijil-sijil, malah persaksian sesama keluarga.


Inilah AMARAN Nabi Saw:
: حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِیلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ الأَْعْمَشِ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللهَِّ ٦١٨٣صحیح البخاري 
رَضِيَ اللهَُّ عَنْھُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهَِّ صَلَّى اللهَُّ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ مَنْ حَلَفَ عَلَى یَمِینِ صَبْرٍ یَقْتَطِعُ بِھَا مَالَ امْرِئٍ 
مُسْلِمٍ لَقِيَ اللهََّ وَھُوَ عَلَیْھِ غَضْبَانُ فَأَنْزَلَ اللهَُّ تَصْدِیقَ ذَلِكَ { إِنَّ الَّذِینَ یَشْتَرُونَ بِعَھْدِ اللهَِّ وَأَیْمَانِھِمْ ثَمَنًا قَلِیلاً } إِلَى 
ةَیْالآِ رِآخ - ِ 
Dari Abdullah bin Mas'ud ra.menuturkan; Rasulullah saw bersabda: 
“Barangsiapa bersumpah mengada-ada di depan hakim, dengan tujuan untuk memperoleh harta seorang muslim, maka ia berjumpa dengan Allah dan Allah murka kepadanya,” 
[Sahih Bukhari no6183]

Kemudian Allah menurunkan ayat yang membenarkan hal ini dengan ayat; 
‘Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji Allah dan sumpah mereka dengan harga yang sedikit’ 
(QS. Ali’imran 77) hingga akhir ayat. 

Manipulasi Pasaran Oleh Segelintir Peniaga (السوق على التجار بعض سیطرة)

♻25/131 Manipulasi pasaran oleh segelintir peniaga
(السوق على التجار بعض سیطرة)

Hadith dalil:
أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ قَالَ أَنْبَأَنَا وَھْبُ بْنُ جَرِیرٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ یُونُسَ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ عَمْرِو بْنِ تَغْلِبَ 
قَال
قَالَ رَسُولُ اللهَِّ صَلَّى اللهَُّ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ یَفْشُوَ الْمَالُ وَیَكْثُرَ وَتَفْشُوَ التِّجَارَةُ وَیَظْھَرَ الْعِلْمُ
 ُوَیَبِیعَ الرَّجُلُ الْبَیْعَ فَیَقُولَ لاَ حَتَّى أَسْتَأْمِرَ تَاجِرَ بَنِي فُلاَنٍ وَیُلْتَمَسَ فِي الْحَيِّ الْعَظِیمِ الْكَاتِبُ فَلاَ یُوجَد
Telah mengabarkan kepada kami ‘Amr bin Ali, ia berkata; telah memberitakan kepada kami Wahb bin Jarir, ia berkata; telah menceritakan kepadaku ayahku dari Yunus dari Al Hasan dari ‘Amr bin Taghlib, ia berkata; Rasululloh shallallohu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya diantara tanda-tanda Hari Kiamat adalah semakin banyaknya harta dan menyebarnya perdagangan, munculnya pengetahuan, seseorang menjual barang dan berkata; jangan engkau jual hingga aku meminta pertimbangan penjual dari Bani Fulan dan dicari seorang penulis yang ada disuatu kampung yang besar namun tidak ditemukan.” 
[HR an-Nasa'iy no 4380, sahih oleh al-Albani.]


Syarah
Akhir zaman, dalam hadith ini
1. Melimpahnya hartabenda, negara2 yang dulunya miskin telah makmur. Arab saudi sejak penemuan minyak pada 1932, telah merubah kehidupan rakyatnya dengan harta yang melimpah ruah. Begitu juga negara GCC.

2. Berkembangnya business, semua negara telah keluar dari negara pertanian (agrarian) kepada negara manufaturing atau perkilangan dan seterusnya kepada negara K-economy. Dengan e-commerce dan e-business, busines telah berkembang begitu pesat.

3. Munculnya ilmu (مْلِعْالَ رَھْظَیَو ُ ) maksud ayat ni agak mengelirukan, menurut as-Sanadi dalam syarah sunan nasa'iy ada beberapa versi tafsiran. Dalam manuskrip nasaiy yang lain ditulis ( ُرَھْظَیَولْھَجْال) munculnya kejahilan. 
Menjamak dua matan ini, sanadi berkata, bermaksud hilangnya ilmu. Yang kedua maksudnya munculnya ilmu baru keduniaan, dalilnya:

"Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat". (Rum ayat 7)
maksud lain ialah banyaknya percetakan (dan juga e-book)

4. Seorang ingin menjual barang tapi sukar menemui penjual dan orang yang akan mengurus jual beli. Kata dr al-Arifi, maksud tanda kecil kiamat di sini ialah manipulasi pasaran oleh segelintir peniaga melalui penguasaan pasaran sehingga peniaga kecil tidak dapat masuk pasaran melainkan dengan berunding dengan mereka yang kedua. Peniaga juga menghadapi kesukaran kerana business akhir zaman adalah dalam bentuk e-commerce, e-banking, online system, e-payment dan ini menyukarkan peniaga kecil dan sederhana untuk bersaing.

Tamat.

Berkembang Pesatnya Busines & Wanita Turut Serta Dalam Busines

♻23/131 Berkembang Pesatnya Busines ( التجارة فشو)

♻24/131 Wanita turut serta dalam Busines (التجارة في زوجھا المرأه مشاركة)

Dalil: hadith Ibn Mas'ud ra
“بَیْنَ یَدَيِ السَّاعَةِ : تَسْلِیمُ الْخَاصَّةِ ، وَفُشُوُّ التِّجَارَةِ حَتَّى تُعِینَ الْمَرْأَةُ زَوْجَھَا عَلَى التِّجَارَة
Sesungguhnya menjelang kiamat akan ada ucapan salam khusus dan perdagangan tersebar luas sehingga seorang wanita ikut serta dengan suaminya dalam perdagangan.” 
[HR Ahmad (V/333, Syarah Ahmad Syakir)
Beliau berkata, “Sanadnya shahih” dan Mustadrak al-Hakim (IV/45-446). 
Hasan menurut s syuaib al-arnaout.

Hadith Amru bin Taghlab ra
نْ عَمْرِو بْنِ تَغْلِبَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهَِّ صَلَّى اللهَُّ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ یَفْشُوَ الْمَالُ وَیَكْثُرَ 
ُ وَتَفْشُوَ التِّجَارَة
‘Sesungguhnya di antara tanda-tanda Kiamat adalah melimpah ruahnya harta dan banyaknya 
perdagangan.” 
[HR an-Nasa'iy no 4380, sahih oleh al-Albani.]

Syarah
Tanda kiamat yang ke 23 ialah meluasnya bisnes, wujudnya bursa saham disetiap negara, banyaknya Mall dan hatta disekitar mesjid Nabawi dan Haram Mekah pun penuh dengan tempat membeli belah.

Maksud dari hadith ini ialah sibuknya manusia dalam bisnes hingga mereka berlumba dalam pasaran. Bayangkan lelaki terkaya di negara arab ialah Prince al-Waleed bin Talal bin abdul Aziz al-Saud. Negara2 teluk berubah wajah menjadi pusat komersil terbesar di dunia Arab. Jedah dan Riyadh menjadi mega city dan karajaan Arab sedang membina pusat komersil di bandaraya besar KSA.

Satu lagi fenomena akhir zaman ialah kaum wanita keluar bekerja, termasuk dalam bisness. Mereka juga menjadi tokoh korporat dan CEO, cuma di Arab saudi masih bertahan, tapi statistik wanita arab saudi menjadi businesswomen semakin meningkat. Sibuknya wanita berkerjaya dan berkorporat akan mencetuskan pelbagai fitnah. Inilah maksud tanda kiamat 23 dan 24.

Tamat.

Salam Eksklusif (الخاصة على التسلیم)

22/131 Salam Eksklusif (الخاصة على التسلیم)

Dalil hadith:
إن من أشراط الساعة، أن یمرَّ الرجلُ فى المسجد لا یُصلَّي فیھ ركعتین، وألا یسلم الرجل إلا على مَنْ 
.(648: یعرف" (السلسلة الصحیحة
Terj: Dari jalur abi al-Ju'd dari Ibn Mas'uud, sabda baginda saw: " diantara petanda qiamat yaitu seseorang yang singgah masjid dia tidak mengerjakan solat ( sunnah ) dua rokaat, tidak memberi ucapan salam kecuali pada orang yang di kenali sahaja." 
[HR Ahmad dan Ibn Khuzaimah, dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan di sahkahn oleh al-Albani].

Juga dalam Musnad Ahmad (أحمد أخرجھ ) 1 / 407 - 408 ):
dari Ibn Mas'ood ra
بین یدي الساعة تسلیم الخاصة
 "Sesungguhnya menjelang hari Kiamat pengucapan salam adalah secara eksklusif" 
[Dinilai sahih oleh Ahmad Syakir, Albani dan al-Hakim]


Syarah
أي الإسلام خیر؟ قال : تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف (متفق علیھ
“Islam yang manakah yang paling baik? Jawab Nabi: Engkau memberikan makanan dan memberi salam kepada orang yang telah kamu kenal dan yang belum kamu kenal”. 
[Muttafaq’alaih dari Ibn Umar].

Bagitulah saranan Nabi saw, ucapkan salam kepada orang kita kenal dan yang tidak dikenali. Namun di akhir zaman, sebagai tanda kecil kiamat, salam menjadi eksklusif, di mana ia diucap kepada sesama puak, jamaah dan group sahaja.

Wallahu A'lam.

Pengembala Kambing Berkaki Ayam Berlumba Mendirikan Bangunan Tinggi.

♻21/131 Pengembala Kambing berkaki ayam berlumba mendirikan bangunan tinggi.

Dalil Hadith:
وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْیَانِ،
Terj: dan jika kamu melihat orang yang sebelumnya tidak beralas kaki dan tidak berpakaian, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunan.
[HR Muslim matan arba'in no 2]

Ini dinamakan hadith Jibril, di mana Jibril turun menjelma dalam bentuk manusia yang sempurna dan bertanyakan akan agama kepada baginda bertujuan menjelaskan apakah pokok2 agama Islam.

Termasuk dalam ajaran teras Islam ialah Jibril mahu umat Muhammad saw mengenali tanda2 kiamat, salah satu tanda dalam hadith Jibril ialah akan munculnya fenomena orang badui yang mundur, bangkit membina bangunan2 pencakar langit.

Siapakah pengembala kambing tersebut?
dalil hadith:
قال : یا رسولَ اللهِ ومن أصحابُ الشاءِ والحُفاةُ الجِیاعُ العالةُ قال : العَرَبُ
 الراوي : عبدالله بن عباس المحدث : أحمد شاكر 
 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحیح333/4المصدر : مسند أحمد الصفحة أو الرقم: 
Terj: “ Wahai Rasulullah, dan siapakah para pengembala kambing, orang yang berkaki ayam dalam keadaan lapar dan yang miskin itu?” Beliau menjawab, “Orang Arab.” 
[HR Ahmad, kata Ahmad Syakir, sanadnya sahih]

Inilah bukti hadith Nabawi, bahawa Burj al Khalifa Dubai adalah pemenang bangunan tertinggi dunia, hampir 1KM ke langit tingginya. Saudi Arabia tidak mahu mengalah, kini sedang membina menara
tertinggi dunia untuk mengalahkan Dubai di Jeddah, Jeddah Tower Jeddah. Maka dengan jelas Nabi menjelaskan siapa yang berlumba itu, ialah bangsa arab yg dulunya miskin dan pekerjaan utama hanyalah mengembala unta dan kambing. 

Tapi dengan penemuan minyak pada tahun 1930, dalam masa yang singkat, khususnya negara GCC menjadi pusat komersil yang paling pesat membangun. Kalau kita ke Mekah pun, dulunya menara mesjidil Haram tersergam indah, sekarang mesjid sudah tenggelam di lindungi oleh pencakar langit disekililingnya. Maka tanda kiamat ini sedang berlaku di dunia arab.

Tamat.

Munculnya Perempuan Yang Berpakaian Tetapi Telanjang (العاریات الكاسیات النساء ظھور)

♻20/131 Munculnya perempuan yang Berpakaian tetapi Telanjang (العاریات الكاسیات النساء ظھور)

Dalil hadith:
Dari Abu Huraira ra: bahawa Nabi saw bersabda:
صِنْفَانِ مِنْ أَھْلِ النَّارِ لَمْ أَرَھُمَا: قَوْمٌ مَعَھُمْ سِیَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَـرِ، یَضْرِبُونَ بِھَا النَّاسَ، وَنِسَـاءٌ كَاسِیَاتٌ 
عَارِیَـاتٌ مُمِیْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُھُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ یَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ یَجِدْنَ رِیْحَھَا وَإِنَّ رِیْحَھَا لَیُوجَدُ 
مِنْ مَسِیرَةِ كَذَا وَكَذَا
 Terj:
"‘Ada dua kelompok manusia penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat: kaum laki-laki yang membawa cambuk seperti buntut sapi mereka memukul manusia dengannya, dan kaum perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, selalu melakukan kemaksiatan dan mengajarkan kemaksiatannya kepada orang lain, kepala-kepala mereka bagaikan punuk unta yang miring, mereka tidak akan masuk ke dalam Surga dan tidak akan mendapatkan wanginya, padahal wangi Surga itu tercium dari jarak sekian dan sekian.’” 
[Muslim, no 2128]


Syarah
Antara tanda2 kecil Kiamat yang nyata di depan mata kita ialah munculnya fenomena perempuan yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, akan tetapi pakaian itu tidak berfungsi untuk menutup aurat bahkan nipis, menampakkan perhiasan, menampakkan bentuk badan dan fesyen rambut seperti bonggol unta. 

Wanita yang bertudung juga kekadang tidak memenuhi piawaian wanita bertudung dengan ciri2 seperti yang disebutkan terutama menampakkan bentuk badan. Juga munculnya Beaty Salon, unisex salon, atau Butik kecantikan yang kekadang diurus oleh kaum lelaki. 
(Dr alQardhawi, Halal dan Haram).

Tamat.

Perempuan Hamba melahirkan Tuannya

19/131 Perempuan Hamba melahirkan Tuannya (ربتھا الأمة ولادة)

Dalil Hadith:
Dari amir al-mukminin Umar ra
.سَأُخْبِرُكَ عَنْ أَشْرَاطِھَا: إِذَا وَلَدَتِ الْمَرْأَةُ رَبَّتَھَا
“Aku akan memberitahukan kepadamu tanda-tandanya; jika seorang (sahaya) wanita melahirkan tuannya.” [2] 
[Muttafaq ‘alaih] matan arba'een no 2

Penjelasan terbaik ialah dari Imam Ibn Hajar dan Imam Nawawi yang syarah hadith ini. Maksud tanda kiamat ni ada pelbagai, ini yang dikemukakan sebagai terkuat.


Pendapat #1 (majoriiti):
Meluasnya empayar Islam dan banyak hamba sahaya perempuan hingga melahirkan anak, dan status anak itu lebih tinggi dari ibunya kerana ibunya masih status hamba.
➡ Kritik atas pendapat ini kata Ibn Hajar, ia berlaku di zaman Nabi Saw lagi, banyak tawanan perang dijadikan hamba sahaya. Maka ia tidak kuat.

Pendapat #2
Maksud hamba melahirkan tuan adalah banyak berlaku proses jualbeli hamba di pasar hamba, hingga berakhir dengan si anak membeli ibunya sendiri.
➡ Ini juga tidak kuat

Pendapat #3: 
Hamba melahirkan tuan maksudnya banyak orang derhaka kepada ibubapa di akhir zaman sebab itu digunakan kalimah "rabbataha" manusia yang berlagak macam tuhan kepada ibunya.
➡ Kata Ibn Hajar inilah yang paling kuat.

Pendapat #4:
Ia berasal dari Ibn Katsir, dia mengatakan hamba perempuan lebih disukai di akhir zaman.


Syarah
Maksud hamba perempuan diakhir zaman ialah banyak, kemungkinan ia adalah GRO, pelacur, mistress (perempuan simpanan) atau istilahnya hamba seks. Kalau lihat sekarang, banyak berlaku perdagangan manusia khususnya wanita untuk djadikan hamba seks dalam sektur pelacuran.


Rumusan
Maksud hadith perempuan hamba melahirkan bossnya ialah banyaknya derhaka kepada kedua ibubapa, yakni generasi yang tidak lagi hormat kepada kedua org tua dan ujudnya kembali
perdagangan seks dan manusia lebih meminatinya dari perkahwinan.


Refer tambahan: 
Fath albari, jld 1.
Syarah Muslim, jld 1
Ibn Katsier, al-nihayah tahqiq
Dr Taha zaini dan jami' Uloom wal Hikam
Ibn Rajab syarah hadith Jibril
Syaikh Uthaimin, syarah hadith Jibril.

TAMAT.

Ittiba' (Mengikuti) Jejak Langkah Umat Yang Terdahulu

18/131 Ittiba' (mengikuti) jejak langkah Umat yang Terdahulu

Dalil hadith
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda, لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَأْخُذَ أُمَّتِى بِأَخْذِ الْقُرُونِ قَبْلَھَا ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ . فَقِیلَ یَا رَسُولَ اللهَِّ كَفَارِسَ 
وَالرُّومِ . فَقَالَ وَمَنِ النَّاسُ إِلاَّ أُولَئِك
Terjemahan :
"Kiamat tidak akan terjadi hingga umatku mengikuti jalan jenerasi sebelumnya sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.” Lalu diajukan soalan kepada Rasulullah saw, “Apakah mereka itu mengikuti seperti Persia dan Romawi?” Beliau menjawab, “Selain mereka, lantas siapa lagi?“ 
[HR. Bukhari no. 7319]


Syarah
Maksud mengikut umat yang terdahulu: antaranya tamaddun Rome, samada di Italia atau di Constantinopole. Tamaddun Rome itu adalah kesatuan Eropah pada hari ni atau EC. Manakala Persia pula adalah Iran pada hari ni dan semakin ramai umat Islam mengikuti agama syiah.


Hadith Abi Sa'id al-Khudry ra:
Bahwa Rasulullah SAW bersabda,
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِینَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِى جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوھُمْ , قُلْنَا یَا 
"Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang biawak pasir/dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?”"
[HR. Muslim no. 2669].


Syarah:
Umat terdahulu juga bermaksud yang terlebih dulu diberi nubuwwah dan wahyu yakni umat Yahudi dan Kristian. Sekarang ialah era tamaddun yahudi dan kristian dan umat Islam mengikuti baik dalam
pakaian, fesyen, hiburan, sukan, budaya, ilmu, perundangan dan bahasa.


Penutup
Komen Imam Nawawi Rh, “Yang dimaksud dengan sejengkal, sehasta, dan lubang biawak adalah hanya sebuah permisalan karena banyaknya sisi persamaan dengan mereka. Persamaan yang dimaksud dalam hal perbuatan-perbuatan maksiat, dan penyelewengan-penyelewengan, bukan dalam kekufuran. Hal ini merupakan mukjizat Rasulullah SAW, dan telah terbukti apa yang dikabarkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.
[syarh sahih Muslim jld 16]

Komen Ibn Hajar, apa yang Nabi khabarkan dalam hadith ini telah terjadi dan akan terus terjadi (Fathul Bari, jld 13)

TAMAT.

Hilangnya Amanah Bila Dicabutnya Dari Hati Manusia

17/131 Hilangnya Amanah bila dicabutnya dari hati manusia

Hadith Hudzaifah ra:
حدیث حُذَیْفَةَ قَالَ: حَدَّثَنا رَسُولُ اللهِ صلى الله علیھ وسلم حَدیثَیْنِ، رَأَیْتُ أَحَدَھُمَا، وَأَنا أَنْتَظِرُ الآخَرَ حَدَّثَنا أَنَّ 
الأَمانَةَ نَزَلَتْ في جَذْرِ قُلوبِ الرِّجالِ، ثُمَّ عَلِمُوا مِنَ الْقُرْآنِ ثُمَّ عَلِمُوا مِنَ السُّنَّةِ وَحَدَّثَنا عَنْ رَفْعِھا قَالَ: یَنامُ 
الرَّجُلُ النَّوْمَةَ فَتُقْبَضُ الأَمانَةُ مِنْ قَلْبِھِ، فَیَظَلُّ أَثَرُھا مثل أَثَر الْوَكْتِ، ثُمَّ یَنامُ النَّوْمَةَ فَتُقْبَضُ، فَیَبْقى أَثَرُھا مِثْلَ 
الْمَجْلِ كَجَمْرِ دَحْرَجْتَھُ عَلى رِجْلِكَ، فَنَفِطَ فَتَرَاهُ مُنْتَبِرًا وَلَیْسَ فِیھِ شَيْءٌ، فَیُصْبِحُ النَّاسُ یَتَبایَعُونَ فَلاَ یَكَادُ أَحَدٌ 
یُؤَدِّي الأَمَانَةَ، فَیُقَالُ إِنَّ فِي بَنِي فُلاَنٍ رَجُلاً أَمِینًا؛ وَیُقَالُ لِلرَّجُلِ مَا أَعْقَلَھُ وَمَا أَظْرَفَھُ وَمَا أَجْلَدَهُ وَمَا فِي قَلْبِھِ 
مِثْقَالُ حَبَّةِ خَرْدَلٍ مِنْ إِیمَانٍ وَلَقَدْ أَتَى عَلَيَّ زَمَانٌ وَمَا أُبَالِي أَیَّكُمْ بَایَعْتُ؛ لَئِنْ كَانَ مُسْلِمًا رَدَّهُ عَلَيَّ الإِسْلاَمُ، 
وَإِنْ كَانَ نَصْرَانِیًّا رَدَّهُ عَلَيَّ سَاعِیھِ، فَأَمَّا الْیَوْمَ، فَمَا كُنْتُ أُبَایِعُ إِلاَّ فُلاَنًا وَفُلاَنًا
 باب رفع الأمانة35 كتاب الرقاق: 81أخرجھ البخاري في: 
Terj:
Hudzaifah r.a. berkata: Rasulullah وسلم علیھ الله صلى telah menceriterakan kepada kami dua hadits, dan aku telah melihat yang satu dan sedang menanti yang kedua. Rasulullah وسلم علیھ الله صلى menceritakan bahwa amanah (iman) pada mulanya turun dalam lubuk hati manusia, lalu mereka mengerti Al qur'an dan mengetahui Sunnah Rosul. Kemudian menceritakan tercabutnya amanah (iman), ketika orang sedang tidur, tercabutlah amanah dari hatinya, sehingga tinggal bekasnya seperti bintik yang hampir hilang, kemudian tidur pula maka tercabut pula sehingga tinggal bekasnya bagaikan kapal (belulang/kulit yang keras bekas kerja), bagaikan bara api yang anda injak di bawah tapak kaki, sehingga melambung (membengkak) maka tampaknya membesar tetapi tidak ada apa-apanya, maka pada esok harinya orang-orang berjual beli, dan sudah tidak terdapat orang yang amanah, dapat dipercaya, sehingga mungkin disebut-sebut ada dari suku Bani Fulan seorang yang amanat (dapat dipercaya), sehingga dipuji-puji: Alang-kah pandainya, alangkah ramahnya, alangkah baiknya, padahal di dalam hatinya tidak ada seberat biji sawi (zarrah) dari iman. 
[Bukhari, Muslim]. 

Hudzaifah berkata: Dan aku telah pernah berada dalam suatu masa, tidak usah memilih orang dalam jual beli, jika bertepatan seorang muslim, maka ia baik karena takut hukum agamanya, dan jika seorang Kristen (atau kafir) maka ia takut dari hukuman pemerintah-nya, adapun masa kini maka aku tidak dapat mempercayai kecuali satu, dua orang yaitu fulan dan fulan. 
Hadith Abu Hurayrah: HR Bukhari no 6496, Kitab Riqaq (,melembutkan hati) bab terangkatnya Amanah dari Hudzaifah.

Hadith Abu Hurairah ra:
عَنْ أَبِي ھُرَیْرَةَ رَضِيَ اللهَُّ عَنْھُ قَالَقَالَ رَسُولُ اللهَِّ صَلَّى اللهَُّ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ إِذَا ضُیِّعَتْ الأَْمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ 
 َ “كَیْفَ إِضَاعَتُھَا یَا رَسُولَ اللهَِّ قَالَ إِذَا أُسْنِدَ الأَْمْرُ إِلَى غَیْرِ أَھْلِھِ فَانْتَظِرْ السَّاعَة
Rasulullah SAW bersabda,: Apabila disia-siakan amanah, maka tunggulah terjadinya kiamat. Abu Hurairah berkata, ‘Bagaimana disia-siakannya, wahai Rasulullah ?’ Baginda s.a.w. Menjawab, ‘Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah terjadinya kiamat’ .” 
[HR Bukhari no 6015]


Syarah Hadith:

1.Maksud amanah
إِنَّا عَرَضْنَا الأَْمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالأَْرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَیْنَ أَنْ یَحْمِلْنَھَا وَأَشْفَقْنَ مِنْھَا وَحَمَلَھَا الإِْنْسَانُ ۖ إِنَّھُ كَانَ 
ظَلُومًا جَھُولاً
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zhalim dan amat bodoh.” 
[Al-Ahzaab: 72]

Amanah maksudnya jujur, lawan kepada khianat. Ada dua jenis:
a. amanah tawhid dan sunnah
b. amanah kerja yg diberikan kepadanya dalam seluruh cabang agama dan kehidupan [ibn al-arabi ahkamul Qur'an, jld 3]


2. Yang dimaksudkan hilangnya amanah sebagai tanda Kiamat yang kecil ialah fenomena manusia akhir zaman. Nampak alim dan warak tapi mereka mengkhianati manusia. Ia meliputi semua jenis manusia, baik penguasa, menterinya, penjawat awamnya, orang agamawan, syaikh, kiyai,
semuanya tidak dapat diharap melainkan mereka pecah amanah dan khianat kepada umat manusia.


Rumusan: 
Akhir zaman, amanah akan diangkat dari hati manusia dan jatuhla amanah tersebut kepada yang bukan ahlinya, maka berlakulah kerusakan di atas muka bumi. Orang yang baik dituduh terrorist dan militan, orang yang jahat dan terrorist diangkat menjadi penjawat amanah. Begitulah rosaknya dunia.

Tamat.

Banyaknya al Harj (Pembunuhan)

♻16/131 Banyaknya al Harj (Pembunuhan)

Dalil: Dari jalur Abu Hurayrah ra
وَالَّذِي نَفْسِي بِیَدِهِ، لاَ تَذْھَبُ الدُّنْیَا حَتَّـى یَأْتِيَ عَلَى النَّاسِ یَوْمٌ لاَ یَدْرِي الْقَاتِلُ فِیمَ قَتَلَ؟ وَلاَ الْمَقْتُولُ فِیمَ قُتِلَ
الراوي : أبو ھریرة المحدث : مسلم . ِ فَقِیلَ: كَیْفَ یَكُونُ ذَلِكَ؟ قَالَ: الْھَرْجُ، الْقَاتِلُ وَالْمَقْتُولُ فِي النَّار
2908: المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم
Terj:
"‘Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah dunia lenyap hingga datang kepada manusia suatu hari di mana seorang pembunuh tidak tahu kenapa dia membunuh, demikian pula orang yang dibunuh tidak tahu kenapa dia dibunuh,’ beliau ditanya, ‘Bagaimana hal itu (bisa terjadi)?’ Beliau menjawab, ‘Banyaknya pembunuhan, orang yang membunuh dan terbunuh berada di dalam Neraka.’"
[HR Muslim, no 2908 ]


Tanda kecil kecil ke 16 ialah banyak fenomena pembunuhan, hingga mereka berbunuhan tanpa mengetahui sebabnya. Yakni fenomena pembunuh upahan yang berleluasa. Pembunuhan tanpa sebab dan tidak jelas kenapa berlaku pembunuhan beramai-ramai. Contoh kemunculan pembunuhan tanpa diketahui sebab ialah pembunuhan Umar ra, pembunuhan Uthman ra, pembunuhan Ali, pembunuha al-Husin dan Karbala.

Juga bermaksud pembunuhan yang besar pada perang dunia I, 10 juta; perang dunia II sebanyak 55 juta jiwa terkorban; perang Rusia, 10 juta; perang sepanyol, 12 juta; perang teluk, 1 juta; perang Iraq, 1 juta; Syria, 1 juta, pembunuhan Israel ke atas perkampungan Palestine juga jumlah mencecah 1 juta rakyat Paletine yang mati.

Munculnya Talibarut Penguasa Yang Amat Kejam

♻15/131 Munculnya Talibarut Penguasa Yang Amat Kejam

Dalil:
یكونُ في ھذه الأُمَّةِ في آخِرِ الزَّمانِ رِجَالٌ مَعھُمْ سِیاطٌ كأنَّھا أَذْنابُ البَقَرِ ، یَغْدُونَ في سَخَطِ اللهِ ، و یَرُوحُونَ
 في غضبِھ
الراوي : أبو أمامة الباھلي المحدث : الألبانيِ
خلاصة حكم المحدث : إسناده صحیح1893المصدر
السلسلة الصحیحة الصفحة أو الرقم:  

Terj:
Akan ada pada umat ini di akhir zaman orang-orang -atau beliau bersabda, ‘Akan keluar beberapa orang dari umat ini di akhir zaman-, mereka membawa cambuk-cambuk bagaikan ekor sapi, mereka pergi di pagi hari dengan kemurkaan Allah dan pulang pada sore hari dengan kemarahan-Nya"
[HR Ahmad, dinilai sahih oleh al-Alnbani, silsilah al-Sahihah no 1893]


Tanda ke 15 ialah munculnya di akhir zaman barua atau algojo penguasa zalim yang melakukan tindakan ganas dan kejam kepada rakyat atau musuh politiknya. Maksud mereka membawa cemeti seperti ekor lembu ialah kerasnya siksaan mereka mengguna pelbagai peralatan untuk menyiksa manusia seperti cambuk, kejutan elektrik dan cakar besi.


Hadith kedua: hadith abu Huraira ra
الراوي : أبو ھریرة المحدث : مسلم ... َ صِنْفَانِ مِنْ أَھْلِ النَّـارِ لَمْ أَرَھُمَا قَوْمٌ مَعَھُمْ سِیَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَـرِ یَضْرِبُونَ بِھَا النَّاس
2128: المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم
‘Ada dua kelompok dari penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat; satu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi, dengannya mereka mencambuk manusia..


Ya, kalau dibaca catatan sejarah Ikhwan Muslimin, mereka antara yang paling teruk disiksa oleh penguasa Mesir, dilayan seperti banduan jenayah. Dan di bawah As-Sisi, lebih 500 dijatuhkan hukuman mati mencambuk = menyiksa, salah satunya sebat dengan cemeti seperti ekor lembu . Di bawah As-Sisi, presiden Egypt dari Militeri


Hadith ke3:
. ِ إِنْ طَالَتْ بِكَ مُدَّةٌ أَوْشَكْتَ أَنْ تَرَى قَوْمًا یَغْدُونَ فِـي سَخَطِ اللهِ وَیَرُوحُونَ فِي لَعْنَتِھِ فِي أَیْدِیھِمْ مِثْلُ أَذْنَابِ الْبَقَر
“Jika umurmu panjang, niscaya engkau akan melihat satu kaum yang pergi pada pagi hari dengan kemurkaan Allah dan pulang pada sore hari dengan laknat-Nya, di tangan-tangan mereka ada (cambuk) bagaikan ekor sapi.
[HR Muslim, no 2857 dorar code ]


Ini ada di sepanjang zaman, di zaman Imam Ahmad, Imam Ahmad di penjara dan disebat kerana enggan menyatakan AQ makhluk, begitu juga Imam Ibn taymiyah di penjara hingga mati. Tanda kiamat ini berulang, yakni ada penguasa yang zalim, yang memiliki kakitangan yang ganas dan kejam yang menyiksa rakyat jelata.

Tamat .

"Bayangkan manusia mengecap kenikmatan di bawah pemerintahan Nabi saw dan selepas itu  kerajaan khilafah ar-raasyidin selamat 30 tahun, aman damai, namun dalam kerajaan Ummayad dan Abbasid, muncullah pelbagai kekejaman. Antara yg paling dahsyat ialah perang Hurrah, di mana tentera Yazid pimpinan general Muslim menyerang dan meranapkan Madinah selama 3 hari, gara2 keengganan penduduk Madinah enggan menerima kekhalifahan Yazid mengganti Muawiyah ra . Selepas itu tentera Ibn Ziyad bertindak kejam dengan membunuh seluruh keluarga ahli bayt di padang pasir Karbala tanpa belas kasihan."

Memerangi bangsa Turki

♻14/131 Memerangi bangsa Turki

Dalil hadith:
لا تقوم الساعة حتى تقاتلوا الترك صغار الأعین حمر الوجوه ذلف الأنوف كأن وجوھھم المجان المطرقة
ولا تقوم الساعة حتى تقاتلوا قوما نعالھم الشعر
الراوي : أبو ھریرة المحدث : البخاري
خلاصة2928المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم:
Terj:
"Tidak akan terjadi hari qiyamat hingga kalian memerangi bangsa Turki yang bermata kecil, wajah kemerahan & hidungnya penyek. Wajah mereka seakan seperti perisai yang menutupi kulit. Dan tak akan terjadi hari qiyamat hingga kalian memerangi kaum yang bersandal bulu"
[HR Bukhari no 2928 ]


Syarah:
Bangsa Turki dalam hadith ni adalah diperselisihkan akan maksudnya. Menurut kitab sejarah islam, bangsaTurki ni adalah keturunan Yafits bin Noah, juga keturunan Qanthura' (seorang khadam Nabi Ibrahim), cucu Nabi Nuh, Afridan dan negara asal mereka ialah Turkistan. Menurut Mulla Ali al- Qarim bangsa Turki adalah bangsa yang terlepas dari benteng Zulkarnain. Jadi Turki ni bukanlah saja bangsa Turki sekarang, bahkan bangsa yang luas meliputi juga bangsa tartar. Peperangan dengan bangsa Turki atau bangsa mata sepet ni terjadi di zaman Muawiyah pada pertama kali, kemudian kali kedua pada zaman Imam Nawawi, tahun 650 Hijrah, ketika bangsa Tartar menyerang dan melumpuhkan kerajaan Abbasiah. Inilah yang dimaksudkan oleh hadith, yakni perang antara islam dengan tartar menurut Ibn Hajar dan Imam Nawawi.


Rumusan
Ia tanda yang telah berlaku, iaitu peperangan Islam dengan bangsa yang disebut oleh Nabi saw sebagai bangsa Turki dan dijelaskan sifat2nya; kulit merah, mata sepet dan memakai sandal dari bulu adalah bangsa Tukistan, juga Tartar. Pertembungan dengan bangsa keturunan Turki ini bermula di zaman sahabat, kemudian di zaman Abbasiah dengan dinasti Seljuk, Mamluk dan kemudian Tartar yang diketuai oleh Jengiz Khan. Namun bangsa tartar ini akhirnya memeluk Islam dan kemudian membantu Islam dengan perluasan jajahan ke India dan Istanbul.

Tamat.

Munculnya Api Dari Hijaz (Medinah)

♻13/131 Munculnya Api dari Hijaz (Medinah)

Dalil hadith:
حَدَّثَنَا أَبُو الْیَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَیْبٌ عَنْ الزُّھْرِيِّ قَالَ سَعِیدُ بْنُ الْمُسَیَّبِ أَخْبَرَنِي أَبُو ھُرَیْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللهَِّ صَلَّى اللهَُّ
عَلَیْھِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَخْرُجَ نَارٌ مِنْ أَرْضِ الْحِجَازِ تُضِيءُ أَعْنَاقَ الإِْبِلِ بِبُصْرَى
Terj:
"Hari kiamat tak akan tiba hingga api keluar dari tanah Hejaz yang bisa menyinari tengkuk unta di Bushra"
HR Bukhari no 7118
(dorar.net)
الراوي : أبو ھریرة المحدث : البخاري
 خلاصة7118المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم:  


Tanda Kiamat kecil yang sudah berlalu ialah munculnya api yang besar di pinggir Medinah tahun 654H yang tingginya hingga orang Badui dapat melihat unta2 mereka di bandar Bushra atau Hauran di Syria. Ibn katsir mencatat peristiwa api ini dalam dua kitabnya al-Fitan dan al-Bidayah jilid 13. Manakala Imam Nawawi dalam syarah sahih Muslim (Jld 18) mencatat peristiwa api tersebut, bahawa ia berlaku pada zaman dia.


Syarah
Api itu sebenarnya adalah akiviti gunung berapi di lembah Harrah Rahat Medina pada tahun 1256M. Secara khususnya di Jabal al Malsa di Medina lebih kurang 25KM dari airport Medinah. Medina memang termasuk dalam rangkaian gunung berapi dan gempa. Letupan gunung berapi 1256 ini adalah tanda Kiamat yang dimaksudkan oleh Nabi sebagai api dari Medina. Ia berlangsung selama 50 hari dan lava itu hanya 4KM sahaja untuk sampai ke Mesjid Nabawi. Peristiwa ini dicatat dalam banyak kitab dan ia peristiwa yang mutawatir dan disahkan oleh kajian kaji gunung berapi antarabangsa.

Tamat.

Meratanya Keamanan Dan Tenteram

♻12/131 Meratanya keamanan dan tenteram


Dalil Hadith
Hadith #1 Jalur Abu Hurayra ra
لا تقومُ الساعَةُ حتى تعودَ أرْضُ العربِ مروجًا وأَنْھَارًا وحتى یسیرَ الراكِبُ بینَ العِرَاقِ ومَكَّةَ لاَ یَخَافُ إلاَّ 
[ ُ ضَلاَلَ الطریقِ [ وحتَّى یَكْثُرَ الْھَرْجُ قالوا وما الھَرْجُ یا رسولَ اللهِ قال القتل
الراوي : أبو ھریرة المحدث : الھیثمي
 خلاصة حكم المحدث : رجالھ رجال الصحیح334/7المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 
Terj:
Dari Abu Hurairah ra diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda : "Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga bumi arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai dan sehingga musafir dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut (aman dan selamat) kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadinya banyaknya 'harj'. Mereka bertanya apakah dia 'harj' ya Rasulullah SAW ? Jawab baginda ; pembunuhan"
[HR Ahmad, disahihkan oleh al-Haithami]


Fiqh Hadith
1. Pada zaman dulu bumi arab adalah hijau dan sungai- banyak yang mengalir. Kemudian
menjadi tandus seperti sekarang, tetapi kalau sesiapa yang datang ke Saudi dapat merasakan Saudi semakin hijau, berlaku perubahan cuaca, salji turun di madinah, dan taburan hujan yang banyak dan kerapnya banjir di semua bandaraya KSA

2. Bila disebut keselamatan di zaman dulu, maka ia suatu yang menakutkan apatah lagi perjalanan dari Mekah ke Iraq atau syria. Bila Nabi kata akan berlaku aman di tanah arab dan perjalanan semua selamat, ia adalah suatu keajaiban. Tapi keamanan itu berjaya dicapai ketika era sahabat di mana Aisyah ra kerap mengerjakan umrah kerana amannya perjalanan. Begitu juga di zaman Umar Abdul Aziz juga aman perjalanan di seluruh tanah
arab. Sekarang keselamatan itu telah hilang, di saudi, wanita dilarang memandu kerana tahap keselamatan yang amat buruk di Saudi Arabia. Maka kejadian aman di zaman sahabat dan Umar Abd Aziz itu adalah petanda kiamat yang telah berlalu.


Hadith #2 dari Adi
فقال : ( یا عدي، ھل رأیت الحیرة ) . قُلْت : لم أرھا، وقد أنبئت علیھا، قال : ( فإن طالت بك الحیاة، لترین 
الظعینة ترتحل من الحیرة، حتى تطوف بالكعبة لا تخاف أحدًا إلا الله
الراوي : عدي بن حاتم الطائي المحدث : البخاري
 خلاصة3595المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 
Terj:
‘Wahai ‘Adi! Apakah engkau melihat (kota) al-Hirah?’ ‘Aku belum melihatnya, sementara aku telah mendapatkan berita tentangnya,’ jawabku. Beliau bersabda, ‘Jika umurmu panjang, niscaya engkau akan melihat seorang wanita melakukan perjalanan dari al-Hirah hingga dia melakukan thawaf di sekeliling Ka’bah tanpa merasa takut kepada seorang pun kecuali kepada Allah,’ 
[HR Bukhari no 3595]


Syarah
Hirah adalah di Kufah. Keamanan perjalanan ini tercapai di Era Sahabat dan Era Abbasiah. Ia akan berulang kembali ,di mana wanita boleh memandu dari Iraq ke Mekah pada zaman Nabi Isa nanti (Lihat topik akan datang, turunnya Isa AS)

Keluarnya Para Dajjal Pendusta Yang Mengaku Sebagai Nabi

♻11/131 Keluarnya Para Dajjal Pendusta Yang Mengaku Sebagai Nabi


Tanda kecil Kiamat seterusnya ialah munculnya para dajjal pendusta yang mengaku sebagai nabi. 

Dajjal pendusta yang mendakwa sebagai Nabi ni muncul sejak nabi masih hidup lagi dan berterusan 
hingga jumlahnya mencecah 30 orang.

dalil: 

Dari #1 Abu Hurayra ra:
ولا تقومُ الساعةُ حتى یُبْعَثَ دجالونَ كذابونَ ، قریبًا من ثلاثینَ ، كلُّھم یزعُمُ أنھ رسولُ اللهِ
الراوي : أبو ھریرة المحدث : البخاري
3609 : المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم
“Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga dibangkitkan 'dajjal-dajjal' pendusta yang jumlahnya mendekati tiga puluh, semuanya mengaku bahwa mereka adalah utusan Allah.”  
[HR Bukhari no3609]


Dalil #2: Hadith Samurah
وأنھ والله لا تقوم الساعة حتى یخرج ثلاثون كذاباً آخرھم الأعور الكذاب
Sesungguhnya -demi Allah- tidak akan terjadi hari Kiamat hingga keluar tiga puluh pendusta, 
terakhir dari mereka adalah si buta sebelah (picek) sang pendusta (Dajjal).
[Dr al-Arifi berkata sanadnya sahih juga al-haithami dan Ibn Hibban]
الراوي : سمرة بن جندب المحدث : الھیثمي
خلاصة حكم المحدث : رجالھ رجال الصحیح غیر 344/7 المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 
ثعلبة بن عباد وثقھ ابن حبان]

Dalil #3 Hadith Tsauban
لا تقومُ الساعةَ حتى تلحق قبائلٌ من أمّتي بالمشركینَ ، وحتى یُعْبَدَوا الأوثانُ ، وإنھ سیكونُ في أمّتي ثلاثونَ 
كذابونَ كلّھم یزعم : أنھ نبي ، وأنا خاتَمُ النبیینَ ، لا نبِيّ بعدي
الراوي : ثوبان مولى رسول الله صلى الله علیھ وسلم المحدث : الترمذي
خلاصة حكم المحدث : حسن صحیح2219 المصدر : سنن الترمذي الصفحة أو الرقم: 
Terj: "Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga beberapa kelompok dari umatku mengikuti kaummusyrikin dan hingga mereka menyembah berhala, dan sesungguhnya akan ada pada umatku tiga puluh orang pendusta, semuanya mengaku bahwa ia adalah seorang Nabi, padahal aku adalah penutup para Nabi, tidak ada Nabi setelahku."
[HR Termidzi dan Abu Daud, lafaz Termizi, no 2219, hasan sahih]


Dalil#4 Hadith Hudzaifah, dengan jumlah 27
في أُمَّتِي كَذَّابُونَ ودَجَّالُونَ سَبَعَةٌ وعشرونَ منھم أَرْبَعُ نسوةٍ وإِنِّي خاتمُ النبیین لا نَبِيَّ بَعْدِي
الراوي : حذیفة بن الیمان المحدث : الھیثمي
‏ خلاصة حكم المحدث : رجال البزار رجال الصحیح335/7 المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 
Terj:
"Ada umatku ada 27 para pendusta, di antara mereka empat orang wanita, dan sesungguhnya aku adalah penutup para Nabi, tidak ada Nabi setelahku" 
[HR Ahmad & tabrani, disahihkan oleh al-haithami]


Dajjal Yang Mengaku Nabi
Dajjal ni adalah pendusta dan 30 dajjal ni adalah sebelum kemunculan dajjal yang muktamad di akhir zaman. 30 Dajjal ni ciri utamanya mendakwa sebagai Nabi. Ia tanda Kiamat yang berterusan, maksudnya ia bertali arus sejak zaman nabi hinggalah kepada kemunculan Dajjal Yang Muktamad.


Senarai Dajjal Yang Mengaku Nabi

Yang Telah Muncul:
1. al-Aswad al-`Ansi ( العنسي الأسود ) dari negara Yemen, ia muncul di akhir hayat Nabi Saw dan berjaya di bunuh oleh pasukan tentera sahabat yang dihantar ke Yaman.

2. Thulaihah bin Khuwailid al-Asadi dari Bani Asad, di zaman Khalifah Abu Bakar, ia melarikan diri ke Syria dan kembali memeluk Islam dan bertaubat

3. Musailamah al-Kazzab di Yaman, Ab Bakar mengutus Khalid alWaleed dan Musailamah di bunuh di perang al-Yamamah. Musailamah di bunuh oleh Wahsyi bin Harb.

4. Sajaah bint al-Harith, asalnya kristian dan berkahwin dengan Musailamah di Yaman. Bila Musailamah mati dibunuh, dia melarikan diri ke Iraq, kembali memeluk Islam dan mati dalam Islam.

5. Al Mukhtar bin Abi Ubaid Ats Tsaqafi, ia muncul mengaku nabi di zaman Tabi'in, kemudian di bunuh di Basrah, Iraq.

6. Al Harits bin Sa’id Al Kadzdzab di zaman Dinasti Ummaiyah, Ia dibicarakan dan dihukum salib oleh 
mahkamah.

7. Di zaman Khalifah Abbasiah  juga muncul beberapa orang yg tidak disebut oleh alHafiz dalam Fathul Bari.


Yang Telah Muncul Masa Kini 

8. Mirza Ghulam Ahmad Qadiani yang mengaku menjadi rasul dan ajarannya di kenali dengan Ahmadiah atau Qadiani dari Punjab India, meninggal tahun 1906

9. Rashad Khalifa dari Tuscon Arizona USA, mati dibunuh tahun 1990.

10. Indonesia, Lia Aminuddin dengan ajaran Salamullah.

11. Sayta Sai Baba di India, juga mendakwa menjadi Nabi.

12. Di USA, Bagwan Sri Rajneesh di Oregon, mati 1990.

12. Di Malaysia, ada beberapa percubaan menjadi nabi melayu, antaranya Kahar Ahmad dan Ayahpin.


#Hadith Samurah, kiamat tidak akan terjadi hingga keluar 30 dajjal yang mengaku nabi, maksudnya sebelum kiamat ada 30 nabi palsu. Ya ironinya, mesti ada pengikutnya. 

Soalan : Kalau diikutkan org yg mendakwa menjadi nabi ni dah melebihi 30 sejak zaman Nabi saw, (tapi kiamat masih tak datang)
Jawapan : Yang dimaksudkan dengan jumlah 30 adalah dajjal yang masyhur, yang ada kuasa dan diikuti oleh ramai orang, adapun yang kecil-kecil yang mendakwa menjadi Nabi tidaklah termasuk dalam senarai 30 tersebut. 

Tamat.

Munculnya Puak Khawarij

10/131 Munculnya Puak Khawarij

Dalil hadith:
Dari riwayat amir mukminini Ali ra:
سَیَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمانِ قَومٌ أَحْدَاثُ اْلأَسْنَانِ سُفَھَاءُ اْلأَحْلاَمِ یَقُوْلُوْنَ قَوْلَ خَیْرِ الْبَرِیَّةِ یَقْرَؤُونَ اْلقُرْآنَ لاَ یُجَاوِزُ
 ِ"حَنَاجِرَھُمْ یَمْرُقُوْنَ مِنَ الدِّیْنَ كَمَا یَمْرُقُ السَّھْمُ مِنَ الرَّمِیَّة
"Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum, umurnya masih muda, sedikit ilmunya, mereka mengatakan dari sebaik-baik manusia. Membaca Al-Qur'an tidak melebihi kerongkongannya.Terlepas dari agama seperti terlepasnya anak panah dari busurnya". 
[HR Bukhari 3611, Muslim 1066)

Kata Ibn Hajar, ahdath al-asnan adalah syabab/pemuda, rusak minda, meriwayatkan hadith dan membaca AQ pada bibir sahaja tanpa fiqh dan ilmu. Kata Imam Nawawi, kemantapan hanya tercapai bila sampai tahap umur matang, ada banyak pengalaman hidup serta ada kekuatan akal.


Khawarij 

1. Takrif Khawarij. Ia dari kalimah 'Kharaja'= keluar, maka jama' atau plural jadi khawarij. Manakala takrifan fiqh, mereka yang keluar dari ketaatan kepada penguasa yang sah dan memeranginya.

2. Khawarij yang pertama ialah keluarnya seorang lelaki bernama Zu al-Khuwaisirah dari ketaatan
kepada Rasulullah saw ketika pembahagian harta ghanimah, dia mencela nabi secara terang-terangan kerana tidak setuju dengan cara pembahagian yang dilakukan oleh Nabi saw
dalil:
. ( ِ یَخرُجُ من ضِئضِئِ ھذا قومٌ یَمرُقونَ منَ الدین
راوي : أبو سعید الخدري المحدث : البخاري
4667: المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم
"Akan keluar dari keturunan dia ni (Zu al Khuwaisirah) satu qaum yg keluar dari agama, murtad."
[HR Bukhari no 4667]



Khawarij Yang Paling Utama 
Ketika perang Siffin berakhir dengan tahkim dan masing-masing dalam perjalanan pulang, maka sekumpulan dari tentera Ali ra bertindak keluar dan berkemah di Harura' sebelum sampai ke kota Kufah (Iraq). Kekuatan mereka dalam sekitar 8,000 hingga 16,000. Mereka berkata Ali telah kafir. Lantas Ali mengutus Ibn Abbas, sepupunya untuk berdialog dengan puak khawarij dan ada sebahagian yang kembali semula, manakala yang lain masih keras ingin membunuh Ali dan Muawiyah. Ali akhirnya memerangi mereka di Nahrawan dan berjaya membunuh kesemuanya
kecuali beberapa orang khawarij yang berjaya meloloskan diri. Dari saki baki inilah mereka menghidupkan fahaman Khawarij.


Intipati Akidah Khawarij:

1. Muslim yang melakukan kabair atau dosa besar jatuh kafir. Ini bertentangan dengan ASWJ yang
mengatakan pelaku dosa besar cuma fasiq.

2. Mengkafirkan Ali dan Muawiyah dan para sahabat yang berada dalam Perang Siffin

3. Keluar dari penguasa yang fasiq yang belum jatuh kafir.

4. Saki baki dan perkembangan puak khawarij
Ibn Tahir al-Baghdadi (Farq bayna alfiraq) menyatakan puak khawarij yang selamat dari perang Nahrawan berpecah menjadi 20 puak dan yang kekal hanya 7 puak:
* al-Muhakkimah al-Ula,
* al-Azariqah,
* an-Najdat,
* as-Sufriyyah,
* al-'Ajaridah,
* al-Ibadhiyyah dan
* ath-Tha'alibah.

Ibadhiah yang ketara menguasai Oman, di mana 75% penduduk Oman adalah khawarij Ibadhiyah.


Kemunculan Khawarij 
Apakah ia sekali atau berulang. Jawapannya ia tanda kiamat kecil yang berulang. Bermula dengan khawarij di zaman Nabi, khawarij di zaman Uthman yang berjaya membunuh beliau, khawarij di zaman Ali dan berterusannya 7 puak khawarij seperti Ibadhiah.


Fenomena khawarij di Zaman Moden
Dikenali dengan Khawarij Moden, antara ciri2nya menurut kajian Dr Azwira ialah:

1. Suka takalluf. Memberatkan diri dalam agama, pilih yang susah dan berat

2. Menolak Fiqh Taysir (mana yang mudah dalam agama)

3. Melakukan bid'ah hasanah

4. Membalut kebatilan dengan kebenaran, terutama slogan 'tiada hukum melainkan hukum Allah'

5. Membaca AQ tanpa ilmu yang sahih akan tafsirannya, mentafsir sendiri

6. Mengkafir dan memerangi umat islam

7. Rosak akidah dan menganut akidah muktazilah, AQ adalah makhluk dan Allah berada di mana-mana (Daurah Intis, 2008)


Rumusan:
Lajnah azhar (Dr Umar Abdullah Kamil)

Ciri Khawarij Moden Ada 5:
1. Cepat melabel sesat, kufur dan menyeleweng kepada penguasa dan umat islam

2. Sikap buruk sangka kepada orang lain

3. Berlebihan dalam ibadat tapi ibadat yang tidak ada kesan kepada perilaku mereka

4. Keras terhadap orang Islam

5. Tidak mendalami hukum hakam agama atau fiqh


Nota: Khawarij adalah satu siri kekerasan dari segelintir umat islam dalam beragama, dan ia tanda kiamat yang akan berulang, tetapi khawarij di zaman Ali adalah petanda kiamat yang asal.

Sekian, tamat.

Terjadinya Perang Siffin

♻9/131 Terjadinya Perang Siffin
(perang besar antara sahabat)

Dalil hadith
akan perkhabaran Nabi saw itu ialah:
الراوي : أبو ھریرة المحدث : البخاريٌ لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَقْتَتِلَ فِئَتَانِ عَظِیمَتَانِ یَكُونُ بَیْنَھُمَا مَقْتَلَةٌ عَظِیمَةٌ دَعْوَتُھُمَا وَاحِدَة
7121: المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم
Terj: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga dua kelompok besar saling berperang dan banyak 
terbunuh di antara dua kelompok tersebut, yang seruan mereka adalah satu" 
[HR Bukhari, no 7121 dan juga Muslim]

Selepas fitnah pembunuhan Uthman ra dan Perang Jamal, inilah tanda Kiamat kecil yang dimaksudkan oleh hadith di atas. Menurut Imam Ibn Hajar dalam al-Fath (Jld 13). Siffin adalah di tepi sungai Furat di Iraq dan jumlah kematian di kedua-dua belah pihak ialah besar sekitar 70,000 menurut Ibn Hajar.


Fiqh hadith
1. Ia adalah tanda kecil Kiamat yang telah terjadi pada tahun 37H.

2. Perang siffin merubah senario umat Islam selamanya, antaranya:
2.1) Munculnya fitnah puak Khawarij, juga tanda Kiamat no 10.
2.2) Adanya dua khalifah dalam satu umat Islam, Kerajaan Islam Syria pimpinan
Muawiyah ra dan kerajaan Islam yang sah di Kufah pimpinan Ali ra.

3. Sikap ASWJ terhadap perang di antara sahabat Nabi saw:
3.1) Sikap yang sahih ialah boleh membaca kisah Perang Siffin semata-mata atas dasar ingin tahu dengan membaca dari sumber sejarah yang muktabar dan neutral, antaranya Ibn al-Arabi, al-Awashim, ta'alid Muhibudin al-Khatib, Fathul Bari, dan Ibn Katsir, al-Bidayah.
3.2) Mengkritik dan mengomentari dan menghukum siapa yang salah dalam perang tersebut adalah Dilarang Keras. Walaupun sahabat bukan maksum, tapi mereka adalah manusia yang terbaik yang lahir dari asuhan nabi dan perang tersebut adalah antara kesalahan mereka dalam ijtihad masing-masing dan Allah telah mengampuni mereka berdua (Ali dan Muawiyah).
3.3) Terjadinya perang tersebut adalah mukjizat yang nabi telah khabarkan melalui hadith di atas, ia berlaku untuk pengajaran dan iktibar untuk umat yang kemudian.


Rumusan
Sikap Ahli sunnah ialah menahan diri dari membuat ulasan terhadap mana-mana pihak dalam Perang Jamal dan Siffin kerana ia menyalahi sunnah dan hadith dimana Nabi melarang umat kemudian dari membicarakan akan sahabat baginda.

Sekian, tamat.

Munculnya Banyak Saluran Satelit

♻8/131 Munculnya Banyak Saluran Satelit

Dalil hadith:
عن حذیفة قال : لیوشكن أن یصب علیكم الشر من السماء حتى یبلغ الفیافى ، قیل : وما الفیافى یا أبا عبد 
[31338 الله قال : الأرض القفر (ابن أبى شیبة) [كنز العمال
(37399 ، رقم482/7أخرجھ ابن أبى شیبة (
Terj: Dari Huzaifah: sesungguhnya akan menimpa kamu semua kejahatan dari langit sampai ke kawasan fayafi." diajukan soalan kepada beliau," apa itu al-Fayafi, ya abu Abdillah?", Jawab Huzaifah, "bumi yg terpencil." 
[HR Ibn Abi Syaibah, no 37399, juga Kanz al-Ummah, no 31338.]

Status hadith, dr al-Arifi berkata sanadnya sahih, juga menurut Abdul Basith bin Yusof alGhareeeb, murid Albani dalam kitab hadith Huzaifah dalam Fitan, hadith no 161:
عبد الباسط بن یوسف الغریب وصف الكتاب:الكتاب : جزء حدیثي في أحادیث حذیفة في الفتن المؤلف : عبد الباسط بن یوسف الغریب
(482|7 (ابن أبي شیبة


Fiqh hadith:
Kejahatan dari langit ni luas maksudnya, yakni apa saja yang berada di atas manusia, yang menyelubunginya.

1. Bahaya langit terbuka kepada TV Cable, satelit dan internet. Kata dr al-Arifi, hari ni ada lebih dari 13,000 channel TV. Maka darinya datang pelbagai fitnah dan bala. Ia bukan sahaja dilanggani oleh orang bandar, bahkan kawasan terpencil dan padang pasir pun sudah sampai piring TV Satelit.

Syarah:
Di KSA, pakej biasa ada lebih dari 1,500-2,000 saluran TV Satelit. Manakala internet pula websites yang paling top dilawati sentiasa laman web lucah atau porno.


2. Satu lagi maksud bencana dari langit ialah akan datang berleluasanya perang dan pengintipan dengan penggunaan Drone. Drone adalah robot yang berada di langit dan akan datang ia berkemampuan menyerang dan memusnahkan manusia. Zaman dulu, bila seseorang bersembunyi 
dalam padang pasir, ia tidak dapat dikesan, namun dengan adanya drone, ia akan dapat dikesan. Wallahu A'lam. 

Tamat.

Munculnya Berbagai Macam Fitnah

♻7/131 Munculnya Berbagai Macam Fitnah

Zaman ini telah membuktikan umat Islam telah diselubungi oleh pelbagai jenis fitnah. (نَتِفْلَا ( ُ adalah
bentuk jamak (plural) dari kata (ةَنْتِف ,( ٌ maknanya adalah cobaan dan ujian. Kemudian banyak digunakan untuk makna ujian yang dibenci, lalu dimutlakkan untuk segala hal yang dibenci atau berakhir dengannya seperti dosa, kekufuran, pembunuhan, pembakaran, dan yang lainnya dari segala hal yang dibenci
(Ibn Manzur, Lisanul Arab)

Dalil hadith:
بادروا بالأعمالِ فتنًا كقطعِ اللیلِ المظلمِ . یصبحُ الرجلُ مؤمنًا ویمسي كافرًا . أو یمسي مؤمنًا ویصبحُ كافرًا 
. یبیعُ دینَھ بعرضٍ من الدنیا
الراوي : أبو ھریرة المحدث : مسلم
 خلاصة118المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم: 
Terj:
"Bersegeralah melakukan amalan sholih sebelum datang fitnah (musibah) seperti potongan malam yang gelap. Yaitu seseorang pada waktu pagi dalam keadaan beriman dan di sore hari dalam keadaan kafir. Ada pula yang sore hari dalam keadaan beriman dan di pagi hari dalam keadaan kafir. Ia menjual agamanya karena sedikit dari keuntungan dunia"
[HR Muslim no 118]


Fiqh al-hadith:
1. Fitnah yang dimaksudkan hadith ialah bercampurnya kebenaran dan kebatilan seperti mana kelamnya malam tanpa bintang atau sinaran lampu. Hingga orang yang baik dan jujur pun tidak lagi dapat mengenali siapa yang baik di dalam masyarakat. Fitnah akan datang saling bertimpa atau bertali arus.

2. Fitnah yang paling dahsyat ialah fenomena kekufuran umat Islam, goyahnya iman akhir zaman hingga berlaku perubahan hati hanya dalam satu hari. Pagi beriman, petangnya murtad, atau
petangnya beriman, paginya pulak jatuh murtad.

3. Fenomena menjual agama dengan harga yang sedikit. Fenomena ustaz selebriti mungkin.

4. Antara jenis fitnah kata Dr al-Arifi, ialah fitnah pandangan terhadap yang haram, apa yang ditonton melalui TV cable atau satelit dan pertukaran klip video melalui telefon pintar.

5. Fitnah harta yang haram melalui riba, rasuah, jualbeli arak dan fesyen yang diharamkan.

6. Memakan harta yang haram, yang menghalang doa yang mustajab dan ancaman siksaan yang pedih.

7. Fitnah busana yang diharamkan oleh pria dan perempuan

8. Fitnah kesulitan hidup (dengan pelbagai cukai seperti gst), kejatuhan ekonomi dan matawang, kemiskinan, kesengseraan, yang menjatuhkan umat Islam kepada kegoyahan Iman dan mudahnya murtad dari agama.


Cara utk selamat dari fitnah akhir zaman.

Nasihat Rasullah saw:
الراوي : زید بن ثابت المحدث : مسلمَ تعوَّذوا با�ِ من الفِتَنِ ما ظھر منھا وما بطن
2867: المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم
“Mohonlah perlindungan kepada Allah dari segala fitnah, yang nampak darinya dan yang 
tersembunyi.”

Dari hadith ini, kita kena komited dengan sunnah. Pegang dengan Al Quran dan As Sunnah, pelajari Al Quran dan Sunnah, bersama dengan kumpulan yang benar, menjauhi fitnah dan ahli fitnah.


Banyaknya Kematian mendadak

♻6/151 Banyaknya Kematian mendadak

Hadith sebelum ini:
الراوي : عوف بن مالك الأشجعي المحدث : البخاري ِ اعددْ ستًا بین یديْ الساعةِ : مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بیتِ المقدسِ ، ثم موتانِ یأخذ فیكم كقُعَاصِ الغنم )
 خلاصة3176المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 
“Perhatikanlah enam tanda-tanda hari Kiamat: (1) wafatku, (2) penaklukan Baitul Maqdis, (3) wabak kematian (penyakit yang menyerang hewan sehingga mati mendadak) yang menyerang kamu bagaikan wabak penyakit qu’ash yang menyerang kambing, 
[HR Bukhari, perawi:`Auf bin Maalik ra]


Syarah:
Banyaknya kematian atau mautaan ni maksudnya wabak yang menyebabkan banyak kematian manusia seperti wabak MERS (selsema burung), JE (virus babi) dan MERS di Arabsaudi. Ia dikiaskan dengan wabak haiwan seperti fenomena wabak penyakit yang menyerang kambing di Saudi atau wabak ayam dan Mad Cow Disease di UK. Maka jika wabak tersebut menyerang, seluruh haiwan akan mati atau terpaksa di musnahkan atau cull. 

Mati yang banyak diserang wabak ni berlaku pada tahun 18 Hijrah pada masa pemerintahan Umar, maka Umar terpaksa menangguhkan lawatannya ke Syria. Tidak dapat dikenalpasti apa jenis wabak tersebut, ada yang mengatakan ianya taun. Ia berlaku di Pekan Amwas, Palestin, lebih kurang 10KM dari Baitil Maqdis dan Ramallah dan kemudiannya merebak ke Syria. Taun dalam bahasa arab maksudnya wabak.

Wabak Amwas meragut 25,000 nyawa kata Ibn Hajar di Palestine dan Syria, ia turut meragut nyawa banyak sahabat yang terbilang antaranya, Abu Ubaidah al-Jarah, Mu'adz bin Jabal dan anaknya, Syurahbil bin Hasanah, dan Fadl bin al-Abbas. Yang menariknya, akibat dari wabak inilah yang memberi laluan untuk Amir Muawiyah bin Abu Sufyan dilantik menjadi Gabenur Syria, kerana yang sepatutnya dilantik oleh Umar menerajui Syria ialah Abu Ubaidah al-Jarrah atau Muazd bin Jabal. Tapi oleh kerana keduanya mati kerana wabak, maka memberi laluan kepada Mu'awiyah menjadi Gabenur dan akhirnya khalifah umat Islam.

DA, hadith tu tak disebut sepenuhnya..Truncated ini yang full
أتیتُ النبيَّ صلَّى اللهُ علیھِ وسلَّمَ في غزوةِ تبوكَ ، وھو في قُبَّةٍ من أُدْمٍ ، فقال : ( اعددْ ستًا بین یديْ الساعةِ : 
مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بیتِ المقدسِ ، ثم موتانِ یأخذ فیكم كقُعَاصِ الغنمِ ، ثم استفاضةُ المالِ حتى یُعْطَى الرجلُ مائةُ 
دینارٍ فیظَلُّ ساخطًا ، ثم فتنةٌ لا یَبْقَى بیتٌ من العربِ إلا دخلتْھُ ، ثم ھُدْنَةٌ تكونُ بینكم وبین بني الأصفرِ ، 
. ( فیَغدرونَ فیأتونكم تحتَ ثمانینَ غایةٍ ، تحت كلِّ غایةٍ اثنا عشرَ ألفًا


Fiqh Hadith [Ada dua]

1. Jika wabak meletus, Nabi larang kita pergi ke daerah tersebut. Ini dilakukan Umar bila dia mendengar wabak Amwas merebak ke Syria, maka dia membatalkan lawatannya ke Syria.
dalil hadith:
فإذا كان بأرضٍ ، فلا تخرجوا منھا فرارًا منھُ . وإذا كان بأرضٍ ، فلا تدخلوھا
الراوي : أسامة بن زید المحدث : مسلم
2218: المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم
Terj:
Maka apabila kamu mendengar penyakit tha’un berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu datang 
ke negeri itu. Dan apabila penyakit itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, janganlah kamu 
keluar dari negeri itu untuk melarikan diri dari padanya.’
[HR Muslim no 2218]

Maka inilah maksud quarantine atau menjauhi wabak penyakit dengan tidak pergi ke tempat wabak dan orang yang duduk dalam tempat tersebut tidak keluar darinya.


2. Mati syahid kepada yang mati kerana wabak, dalil:
كان عَذابًا یبعَثُھ اللهُ على مَن یَشاءُ، فجعَلھ اللهُ رحمةً للمؤمنینَ، فلیس من عبدٍ یقَعُ الطاعونُ، فیمكُثُ في بلدِه 
( ِ صابرًا، یعلَمُ أنھ لن یُصیبَھ إلا ما كتَب اللهُ لھ، إلا كان لھ مِثلُ أجرِ الشھید
الراوي : عائشة أم المؤمنین المحدث : البخاري
5734: المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم
Terj:
“Bahwa penyakit wabak merupakan azab yang Allah timpakan terhadap siapa yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman. Tidaklah seseorang yang berada di wilayah yang terjangkit penyakit lepra, kemudian ia tetap tinggal di negerinya dan selalu bersabar, ia mengetahui bahwa penyakit tersebut tidak akan mengjangkitinya kecuali apa yang Allah tetapkan kepadanya, maka baginya seperti pahalanya orang yang mati syahid. 
[HR Bukhari, no 5734]

Mati syahid di sini adalah syahid dunia, masih perlu dimandi dan dikapankan dan disolati seperti biasa. Wallahu A'lam. 

Tamat.

Fathul Baitul Muqaddis

♻5/131: Fathul Baitul Muqaddis

hadith dalil:
أتیتُ النبيَّ صلَّى اللهُ علیھِ وسلَّمَ في غزوةِ تبوكَ ، وھو في قُبَّةٍ من أُدْمٍ ، فقال : ( اعددْ ستًا بین یديْ الساعةِ : 
مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بیتِ المقدسِ ، ثم موتانِ یأخذ فیكم كقُعَاصِ الغنمِ ، ثم استفاضةُ المالِ حتى یُعْطَى الرجلُ مائةُ 
دینارٍ فیظَلُّ ساخطًا ، ثم فتنةٌ لا یَبْقَى بیتٌ من العربِ إلا دخلتْھُ ، ثم ھُدْنَةٌ تكونُ بینكم وبین بني الأصفرِ ، 
. ( فیَغدرونَ فیأتونكم تحتَ ثمانینَ غایةٍ ، تحت كلِّ غایةٍ اثنا عشرَ ألفًا
الراوي : عوف بن مالك الأشجعي المحدث : البخاري
 خلاصة3176المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 
Terj: hadith jalur Awf bin Malik al-Asja'iy ra

Aku mendatangi Rasululullah وسلم علیھ الله صلى pada waktu perang Tabuk. Beliau ada dalam kubah, dan bersabda: “Ada enam perkara menjelang terjadinya Hari Kiamat, yaitu:
1. Kematianku,

2. Dimenangkannya Baitul Maqdis,

3. Binasanya harta seperti halnya penyakit yang menimpa kambing,

4. Membanjirnya harta sehingga seseorang diberi 100 dinar masih marah,

5. Fitnah yang memasuki setiap rumah orang Arab,

6. Perdamaian (gencatan senjata) diantara kalian dan orang-orang Romawi, kemudian mereka mengkhianatinya, lalu mendatangi kalian dengan 80 bendera dan setiap bendera ada 12.000 orang.” 
[HR Bukhari no 3176]


Semasa Nabi diutuskan, kata dr al-Arifi, Baitul Maqdis di bawah jajahan takluk Rome Kristian dan Rome adalah kerajaan yang gagah perkasa pada masa itu. Jadi bila Nabi menyatakan akan hal ini, sudah tentu para sahabat akan kehairanan. Begitu juga sekarang, Baitul maqdis jatuh di tangan
Israel dan dengan USA dan kesatuan Eropah dibelakangnya khususnya UK, maka semacam mustahil untuk umat islam membukanya buat kali ketiga. Pembukaan atau penawanan Baitul Maqdis, tanah suci ketiga umat islam adalah tanda Kiamat yang berulang-ulang, kemungkinan besar adalah tiga kali sebelum Kiamat.


Pembukaan Baitul Maqdis

Ia tanda kiamat yg berulang, kali pertama jatuh ke tangan Islam, tahun 16 Hijrah, kemudian jatuh kembali ke tangan tentera salib, berjaya dirampas kembali oleh tentera Ayyubiah pimpinan Salahudin dan jatuh kembali ke tangan Salibiyah, dan kali terakhir Baitul Maqdis jatuh ke tangan Israel tahun 1967. Maka kali ketiga baitul maqdis jatuh ke tangan islam berdasarkan hadith ini:
لا تقومُ الساعةُ حتى یقاتلَ المسلمون الیھودَ فیقتلُھم المسلمونَ حتى یختبئَ الیھودُ من وراءِ الحجرِ والشجرِ 
الراوي : أبو ھریرة المحدث : مسلمِ فیقولُ الحجرُ أو الشجرُ یا مسلمُ ! یا عبدَ اللهِ ! ھذا یھوديٌّ خلفي فتعالَ فاقتلْھ إلا الغرْقَدُ فإنھ من شجرِ الیھود
2922: المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم
Terj:
Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali (pohon) Gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.”
[hadith ni akan dibincangkan dalam tanda kecil Kiamat no 95: umat islam akhir zaman akan membunuh yahudi Israel]


Penutup
Isu palestin dan Baitul Maqdis Palestine. Dikaitkan dengan Baitul Maqdis kerana, Palestine adalah yang terakhir memiliki Baitul Maqdis sebelum ia dijajah oleh British dan dibahagikan kepada Israel pada tahun 1948 oleh resolusi PBB. Pada perang 1967, Israel akhirnya menawan Baitul Maqdis dan menjadikan Palestine semuanya di bawah penguasaan Israel, yakni Gazzah dan West Bank. Buat masa ini Baitul Maqdis di bawah jagaan bersama Kementerian Waqaf Jordan. Umat islam yang ingin melawati Baitul Maqdis kena melalui pintu masuk Jordan. Ada dua isu:

Pertama: 
Hukum melawat Baitul Maqdis, pendapat pertama dr Dr qardhawi, ialah haram melawat Baitul Maqdis buat masa ini kerana sokongan kepada perjuangan Palestine. Melawat Baitul Maqdis bermakna mengiktiraf Yahudi sebagai penakluk Baitul Maqdis. Manakala jumhur ulama, membolehkan kerana ia tanah haram ketiga umat Islam dan disamping melihat keadaan dan penderitaan rakyat Palestine di bawah dasar aparteid Israel.

Kedua: 
Hukum jihad di Palestine, apakah wajar rakyat Palestine memerangi yahudi dalam mereka lemah dan dijajah oleh Israel yang memiliki kekuatan senjata yang canggih dan dibantu oleh USA. Juga berlaku perselisihan pendapat, Dr qardhawi menyifatkan ia adalah Jihad fi sabilillah kerana mempertahankan hak tanah air dan Baitul Maqdis, manakala ulamak2 salafi, misalnya Albani dan ulamak saudi, tidak membenarkan jihad senjata terhadap Israel kerana kekuatan persenjataan yang tidak seimbang dan lemahnya umat islam seluruh dunia untuk turut membantu. Wallahu A'lam. 

Tamat.

Berakhirnya Generasi Sahabat

♻4/131 Tanda2 Kecil Kiamat - Berakhirnya Generasi Sahabat

Hadith:
صلَّینا المغربَ مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ علیھ وسلَّمَ . ثم قلنا : لو جلَسْنا حتى نصلِّيَ معھ العشاءَ ! قال فجلَسْنا 
. فخرج علینا . فقال " ما زلتُم ھھنا ؟ " قلنا : یا رسولَ اللهِ ! صلَّینا معك المغربَ . ثم قلنا : نجلس حتى 
نصلِّيَ معك العشاءَ . قال " أحسنتُم أو أصبتُم " قال فرفع رأسَھ إلى السماءِ . وكان كثیرًا مما یرفع رأسَھ إلى 
السماءِ . فقال " النجومُ أمَنَةٌ للسماءِ . فإذا ذھبتِ النجومُ أتى السماءَ ما توعد . وأنا أمنةً لأصحابي . فإذا 
. " ذھبتْ أتى أصحابي ما یوعدون . وأصحابي أمنةٌ لأمتي . فإذا ذھب أصحابي أتى أمتي ما یُوعدون
الراوي : أبو موسى الأشعري عبدالله بن قیس المحدث : مسلم
2531: المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم
Terj:
Abu Musa berkata “Kami salat Magrib bersama Rasulullah SAW, kemudian kami katakan: ‘seandainya kita duduk-duduk dan menunggu sampai shalat Isya bersama beliau lagi.’ (si perawi mengatakan) kami pun duduk-duduk (menunggu Isya) .Nabi lantas keluar menemui kami dan berkata: kalian masih disini? Kami menjawab, “Wahai Rasulullah, kami salat Magrib bersamamu. Kemudian kami katakan, “Kami tetap duduk-duduk (di masjid) agar kami dapat salat Isya’ bersama Anda.” Baginda bersabda: Bagus kalian atau benar kalian! Perawi menambahkan: Nabi SAW kemudian mendongak kepala ke langit dan beliau memang sering mendongakkan kepala ke langit. Beliau lantas bersabda: “Bintang-bintang adalah amanah bagi langit; jika bintang mati, maka datanglah pada langit sesuatu yang mengancamnya. Dan aku adalah amanah bagi sahabatku; jika aku mati, Maka datanglah kepada para sahabat sesuatu yang mengancam mereka. Sahabatku adalah amanah Umatku; jika mereka mati, maka datanglah kepada umatku sesuatu yang mengancam mereka." 
[HR Muslim no 2531]


Fiqh Hadith

1. Menjadi kebiasaan para sahabat selepas maghrib, mereka menunggu masuknya waktu Isya'

2. Bintang-bintang adalah "amanah" langit atau penstabil dan penguat cakrawala. Ini suatu ilmu yang baru diperkenalkan oleh Nabi 1430 tahun sebelum ilmu cosmology. Yakni bintang2 adalah penstabil langit, tanpa bintang, maka alam akan musnah. Pada masa itu, orang Greek menganggap bintang-bintang adalah dewa dan Tuhan lalu lahirnya horoskop, kemudian orang arab juga membuat pelbagai metos tentang bintang. Maka dengan hadith ini dijelaskan fungsi bintang2 ialah menstabilkan alam buana.

3. Nabi saw menjelaskan dirinya adalah amanah atau penstabil sahabatnya, bila baginda wafat, maka terjadi kegoncangan dengan beberapa fitnah, kegoncangan semasa pemilihan khalifah, murtad di Yaman, Nabi palsu, Perang Jamal, Perang Sifin, pembunuhan Umar, Uthman, Ali, munculnya Khawarij dan pembunuhan Husin di Karbala dan munculnya syiah.
100 tahun pertama hijrah adalah generasi sahabat,
خَیْرُ أُمَّتِي قَرْنِي sebaik-baik umatku (sahabat) adalah qurunku" 
[HR Bukhari-Muslim]

4. Sahabat adalah penstabil umat Muhammad saw. Berakhirnya generasi sahabat, maka bermula munculnya bid'ah, satu bencana yang menimpa agama, syirik dengan munculnya fahaman tareqat dan penyibaran hadith palsu yang banyak.

صلَّى بنا رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ علیھ وسلَّمَ ذاتَ لیلةٍ ، صلاةَ العشاءِ ، في آخرِ حیاتِھ . فلما سلَّم قام فقال " 
أرأیتَكم لیلتَكم ھذه ؟ فإنَّ على رأسِ مائةِ سنةٍ منھا لا یبقى ممن ھو على ظھرِ الأرضِ أحَدٌ " . قال ابنُ عمرَ 
: فوھَل الناسُ في مقالة ِرسولِ اللهِ صلَّى اللهُ علیھ وسلَّمَ تلك ، فیما یتحدَّثون من ھذه الأحادیثِ ، عن مائةِ 
سنةٍ . وإنما قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ علیھ وسلَّمَ : لا یبقى ممن ھو الیومَ على ظھرِ الأرضِ أحَدٌ . یرید بذلك 
الراوي : عبدالله بن عمر المحدث : مسلم . ُ أن ینخرِمَ ذلك القَرن

Terj:
Setelah Rasulullah saw mendirikan shalat isya’ dengan kami pada suatu malam pada akhir-akhir masa hidup beliau, ketika beliau mengucapkan salam, seraya beliau berdiri dan bersabda: “Tidakkah kalian melihat pada malam hari ini, sesungguhnya pada penghujung 100 tahun sejak malam ini, tidak akan ada seseorang yang akan tetap hidup di muka bumi”. Ibnu Umar berkata: Maka yg hadir terkejut dengan pernyataan Rasulullah saw tersebut, mereka membicarakannya tentang hadits 100 tahun di atas. Padahal sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan ada seseorang yang akan tetap hidup di muka bumi, yang dimaksud adalah berlalunya abad tersebut….”. yakni berlalunya generasi sahabat.
[HR Muslim no 2537]

5. Takrifan sahabat dari Ibn Hajar rh.
الصحابي من لقي النبى صلى الله علیھ وسلم مؤمنا بھ ومات على الاسلام
Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim. Jumlah para sahabat: tidak ada satu pun riwayat yang sahih akan jumlah sebenar sahabat kerana bilangannya mustahil untuk dicatatkan dengan tepat, cuma andaian sahaja...

6. Sahabat bersifat adil dan tidak boleh mengkritiknya, demikian kata Imam Nawawi, kerana perbuatan mengkritik mereka adalah menyimpang dr AQ yang menyatakan keadilan mereka. Antara dalil keadilan sahabat dalam AQ At-taubah : 100.
[Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.] 


TAMMAT 4/131 Berlalunya sahabat, maka umat hilang keamanannya, sebagaimana langit atau alam hilangnya gugusan bintang dan meteor.

Terbelahnya Bulan

♻3/131: Tanda Kecil Kiamat - Terbelahnya Bulan

Dalil :
ٌّ اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ * وَإِنْ یَرَوْا آیَةً یُعْرِضُوا وَیَقُولُوا 
"Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan. Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat sesuatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata: (Ini adalah) sihir yang terus menerus."
[QS. Al-Qamar: Ayat 1-2]

Tafsir Ibn katsir al-Qamar: ayat 1-2
قد كان ھذا في زمان رسول الله صلى الله علیھ وسلم، كما ورد ذلك في الأحادیث المتواترة بالأسانید 
الصحیحة. وقد ثبت في الصحیح عن ابن مسعود أنھ قال: «خمس قد مضین: الروم، والدخان، واللزام، 
والبطشة، والقمر» وھذا أمر متفق علیھ بین العلماء: أن انشقاق القمر قد وقع في زمان النبي صلى الله علیھ 
. وسلم وأنھ كان إحدى المعجزات الباھرات
Peristiwa itu berlaku di zaman Rasulullah SAW sebagaimana Warid (disebut) dalam hadit2 yang Mutawatir (banyak jalan riwayatnya) dengan sanad2 yang sahih.

Dalam sebuah Hadith Sahih, Ibn Mas'ood
berkata, " lima perkara terjadi (tanda kiamat): Rom, asap, kematian, siksaan yang keras dan bulan (terbelah)."
* sepakat ulama' bahawa terbelahnya bulan terjadi di zaman Nabi saw dan ia termasuk "mukjizat yang hebat."
* [HR Bukhari, 4825. Muslim, 2798]


Hadith 1: Ibn Mas'ood ra
بَیْنَمَا نَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللهَِّ صَلَّى اللهَُّ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ بِمِنًى إِذَا انْفَلَقَ الْقَمَرُ فِلْقَتَیْنِ فَكَانَتْ فِلْقَةٌ وَرَاءَ الْجَبَلِ وَفِلْقَةٌ دُونَھُ 
فَقَالَ لَنَا رَسُولُ اللهَِّ صَلَّى اللهَُّ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ اشْھَدُو
Ketika kami bersama Rasulullah saw di Mina, tiba-tiba bulan terbelah menjadi dua bagian. Satu bagian berada di belakang atas gunung (Hira’) dan separoh lainnya (berada) sedikit di bawahnya. Maka Rasulullah saw bersabda kepada kami: “Saksikanlah.”
[HR Bukhari, 4864. Muslim, 2800]


Hadith 2: Anas ra
الراوي : أنس بن مالك المحدث : البخاري . ِ أن أھلَ مكةَ سألوا رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ علیھ وسلَّم أن یُرِیَھم آیةً، فأراھمُ انشِقاقَ القمر
3637:المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم
Terj:
 "Penduduk (kaum musyrikin) Makkah pernah meminta kepada Rasulullah saw agar beliau 
menunjukkan tanda kenabian. Maka beliau menunjukkan kepada mereka terbelahnya bulan.” 
[al-Bukhari, no 3637]


Huraian: 
Walaupun ia tanda yang telah lama terjadi, namun ia menjadi ilmu kepada kita bahawa ia juga salah satu tanda kecil kiamat, dinyatakan dalam AQ surah al-Qamar dan ia juga salah satu mukjizat baginda yang tak kurang hebatnya berbanding dengn mukjizat Nabi Musa dan Isa AS. 

Tamat.

Kewafatan Nabi Saw pada 12 Rabiulawal 11 hijrah

♻2/131 Tanda Kecil Kiamat: Kewafatan Nabi Saw pada 12 Rabiulawal 11 hijrah.

Dalil :
 النبيَّ صلَّى اللهُ علیھِ وسلَّمَ في غزوةِ تبوكَ ، وھو في قُبَّةٍ من أُدْمٍ ، فقال : ( اعددْ ستًا بین یديْ الساعةِ : 
مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بیتِ المقدسِ ، ثم موتانِ یأخذ فیكم كقُعَاصِ الغنمِ ، ثم استفاضةُ المالِ حتى یُعْطَى الرجلُ مائةُ 
دینارٍ فیظَلُّ ساخطًا ، ثم فتنةٌ لا یَبْقَى بیتٌ من العربِ إلا دخلتْھُ ، ثم ھُدْنَةٌ تكونُ بینكم وبین بني الأصفرِ ، 
. ( فیَغدرونَ فیأتونكم تحتَ ثمانینَ غایةٍ ، تحت كلِّ غایةٍ اثنا عشرَ ألفًا
الراوي : عوف بن مالك الأشجعي المحدث : البخاري

 خلاصة3176المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 

Terj: hadith jalur Awf bin Malik al-Asja'iy ra

“Aku mendatangi Rasuulullah وسلم علیھ الله صلى pada waktu perang Tabuk. Beliau ada dalam kubah, dan bersabda: “Ada enam perkara menjelang terjadinya Hari Kiamat, yaitu:
 1. Kematianku,
 2. Dimenangkannya Baitul Maqdis,
 3. Binasanya harta seperti halnya penyakit yang menimpa kambing,
 4. Membanjirnya harta sehingga seseorang diberi 100 dinar masih marah,
 5. Fitnah yang memasuki setiap rumah orang Arab,
 6. Perdamaian (gencatan senjata) diantara kalian dan orang-orang Romawi, kemudian mereka mengkhianatinya, lalu mendatangi kalian dengan 80 bendera dan setiap bendera ada 12.000 orang.” 
[HR Bukhari no 3176]


Sekarang fokus kepada kewafatan Nabi saw sebagai tanda kecil kedua Kiamat, Bila nabi wafat, sahabat merasakan memang seperti Kiamat. Dan madinah tidak lagi sama, suasananya sudah berubah sama sekali. yang pertama di rasakan Abu Bakar ialah terputusnya wahyu. Ini satu musibah yang amat besar dan selepas itu muncullah Riddah atau murtad dan pelbagai peristiwa seperti pembunuhan Uthman, Perang jamal dan Perang Siffin.


Fiqh Sampingan Dari Kewafatan Nabi Saw.

1.  Tarikh kewafatan Nabi yang sahih ialah hari Isnin, 12 Rabilul awal 11 hijrah selepas 10 hari sakit tenat.

2. Baginda di makamkan pada hari Rabu kerana isu perlantikan khalifah yang baru, isu dimana akan disemadikan dan kegawatan dan panik yang menimpa umat Islam, khususnya penduduk Madinah.

3. Isu kenapa berlaku kekecohan semasa Nabi meminta alat tulis untuk mewasiatkan sesuatu, namun dilarang oleh Umar al-Khattab. Umar berbuat demikian melihatkan Nabi dalam keadaan tenat dan pesanan akhirnya sudah dinyatakan sebelum itu.

4. Timbul isu apakah ungkapan terakhir ketika beliau wafat, kebanyakan manusia 
menyatakan "ummati, ummati, ummati". Yang sahih, lafaz terakhir ialah "fi Rafiq al-
A'la" bermaksud baginda ingin segera bersama teman yang Maha tinggi, yakni Allah. Ia juga tawhid akan beradaan Allah di tempat yang Tinggi.

5. Isu di manakah tempat terakhir baginda menghembuskan nafas terakhir. Pengaruh 
syiah mengatakan di rumah Fateemah, yang sahih ialah di rumah Aisyah.

6. Apakah pusara Nabi itu dalam mesjid nabawi? Jawabnya TIDAK, ia adalah asalnya rumah Aisyah ra, oleh kerana pembesaran mesjid, maka kelihatan ia berada di dalam mesjid.

7. Warna kubah hijau betul2 di atas pusara Nabi itu dibuat oleh Sultan Uthmaniah pada tahun 1253 oleh Sultan Abdu Hamid, ia kekal sampai sekarang. 

Sekian.

Terutusnya Nabi SAW

Siri Tanda-tanda KIAMAT
[[ Dihimpunkan 131 petanda kecil akan berlakunya Kiamat. ]]

Rujukan Utama :
Susunan tanda mengikut kitab Nihayah al-'aalam, karya Prof Dr Muhammad Al-Arifi, King Saud Univ, Riyadh

Disampaikan Oleh : THTL, Jazan, KSA

Tanda-tanda kecil Kiamat:
Tanda2 sebelum berlakunya Kiamat dengan tempoh yang agak lama, ia mungkin berulang, sudahpun berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku dalam masa terdekat.

**************************************************************

1/131 Terutusnya Nabi SAW

Dalil 1 :
Hadits Sahl bin Sa’d t beliau ra berkata :
رَأَیْتُ رَسُولَ اللهَِّ صَلَّى اللهَُّ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ قَالَ بِإِصْبَعَیْھِ ھَكَذَا بِالْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِي الإِْبْھَامَ بُعِثْتُ وَالسَّاعَةُ كَھَاتَیْن

Aku melihat Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan dua jarinya seperti ini iaitu jari tengah dan jari telunjuk (seraya berkata): “Aku dan hari kiamat diutus.” 
[HR Bukhari no 4936]


Dalil 2:
بُعِثتُ أنا والسَّاعةُ كھاتَیْن
الراوي : أنس بن مالك المحدث : البخاري
 خلاصة6504المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 
Dari Anas, ‘(Masa) diutusnya aku dan (hari terjadinya) Kiamat seperti dua (jari) ini’,
[Sahih Bukhari no 6504]


Dalil 3:
الراوي : أبو جبیرة بن الضحاك الأنصاري المحدث : الألبانيِ بُعِثْتُ في نَسَمِ السَّاعة
 خلاصة حكم المحدث : صحیح2832المصدر : صحیح الجامع الصفحة أو الرقم: 
dari abu Jubairah
“Aku diutus pada awal hembusan angin Kiamat (awal tanda-tanda Kiamat).”
[HR al hakim, disahihkan oleh albani dalam sahihul Jaami' no 2832]


Perutusan nabi saw sbg tanda kecil Kiamat


:ویقول الإمام القرطبي
أولھا النبي صلى الله علیھ وسلم؛ لأنھ نبي آخر الزمان، وقد بُعِثَ ولیس بینھ وبین القیامة ن
Terj. Berkata Imam Al Qurtubi rh:

“Tanda Kiamat yang pertama adalah diutusnya Nabi saw, karena beliau adalah Nabi akhir zaman dan beliau telah diutus sementara tidak ada lagi Nabi di antara beliau dan hari Kiamat.”
[At-Tadzkirah fii Ahwaalil Mautaa’ wa Umuuril Aakhirah (1: 710)


Rumusan
Perutusan Nabi Muhammad SAW adalah tanda kiamat kecil yang pertama. Mungkin kita rasakan ia sudah lama berlaku, kira2 1436 tahun yang lalu, akan tetapi inilah tanda yang pertama kerana selepas Nabi Saw tiada lagi Nabi yang baru, menandakan inilah berakhirnya dunia, Adam as sampai Muhammad SAW. 1436 tahun di sisi Allah tidak sama dengan kiraan tahun di sisi kita.