Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.
Memaparkan catatan dengan label Tanda Kiamat Kecil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanda Kiamat Kecil. Papar semua catatan

Perempuan Hamba melahirkan Tuannya

19/131 Perempuan Hamba melahirkan Tuannya (ربتھا الأمة ولادة)

Dalil Hadith:
Dari amir al-mukminin Umar ra
.سَأُخْبِرُكَ عَنْ أَشْرَاطِھَا: إِذَا وَلَدَتِ الْمَرْأَةُ رَبَّتَھَا
“Aku akan memberitahukan kepadamu tanda-tandanya; jika seorang (sahaya) wanita melahirkan tuannya.” [2] 
[Muttafaq ‘alaih] matan arba'een no 2

Penjelasan terbaik ialah dari Imam Ibn Hajar dan Imam Nawawi yang syarah hadith ini. Maksud tanda kiamat ni ada pelbagai, ini yang dikemukakan sebagai terkuat.


Pendapat #1 (majoriiti):
Meluasnya empayar Islam dan banyak hamba sahaya perempuan hingga melahirkan anak, dan status anak itu lebih tinggi dari ibunya kerana ibunya masih status hamba.
➡ Kritik atas pendapat ini kata Ibn Hajar, ia berlaku di zaman Nabi Saw lagi, banyak tawanan perang dijadikan hamba sahaya. Maka ia tidak kuat.

Pendapat #2
Maksud hamba melahirkan tuan adalah banyak berlaku proses jualbeli hamba di pasar hamba, hingga berakhir dengan si anak membeli ibunya sendiri.
➡ Ini juga tidak kuat

Pendapat #3: 
Hamba melahirkan tuan maksudnya banyak orang derhaka kepada ibubapa di akhir zaman sebab itu digunakan kalimah "rabbataha" manusia yang berlagak macam tuhan kepada ibunya.
➡ Kata Ibn Hajar inilah yang paling kuat.

Pendapat #4:
Ia berasal dari Ibn Katsir, dia mengatakan hamba perempuan lebih disukai di akhir zaman.


Syarah
Maksud hamba perempuan diakhir zaman ialah banyak, kemungkinan ia adalah GRO, pelacur, mistress (perempuan simpanan) atau istilahnya hamba seks. Kalau lihat sekarang, banyak berlaku perdagangan manusia khususnya wanita untuk djadikan hamba seks dalam sektur pelacuran.


Rumusan
Maksud hadith perempuan hamba melahirkan bossnya ialah banyaknya derhaka kepada kedua ibubapa, yakni generasi yang tidak lagi hormat kepada kedua org tua dan ujudnya kembali
perdagangan seks dan manusia lebih meminatinya dari perkahwinan.


Refer tambahan: 
Fath albari, jld 1.
Syarah Muslim, jld 1
Ibn Katsier, al-nihayah tahqiq
Dr Taha zaini dan jami' Uloom wal Hikam
Ibn Rajab syarah hadith Jibril
Syaikh Uthaimin, syarah hadith Jibril.

TAMAT.

Munculnya Banyak Saluran Satelit

♻8/131 Munculnya Banyak Saluran Satelit

Dalil hadith:
عن حذیفة قال : لیوشكن أن یصب علیكم الشر من السماء حتى یبلغ الفیافى ، قیل : وما الفیافى یا أبا عبد 
[31338 الله قال : الأرض القفر (ابن أبى شیبة) [كنز العمال
(37399 ، رقم482/7أخرجھ ابن أبى شیبة (
Terj: Dari Huzaifah: sesungguhnya akan menimpa kamu semua kejahatan dari langit sampai ke kawasan fayafi." diajukan soalan kepada beliau," apa itu al-Fayafi, ya abu Abdillah?", Jawab Huzaifah, "bumi yg terpencil." 
[HR Ibn Abi Syaibah, no 37399, juga Kanz al-Ummah, no 31338.]

Status hadith, dr al-Arifi berkata sanadnya sahih, juga menurut Abdul Basith bin Yusof alGhareeeb, murid Albani dalam kitab hadith Huzaifah dalam Fitan, hadith no 161:
عبد الباسط بن یوسف الغریب وصف الكتاب:الكتاب : جزء حدیثي في أحادیث حذیفة في الفتن المؤلف : عبد الباسط بن یوسف الغریب
(482|7 (ابن أبي شیبة


Fiqh hadith:
Kejahatan dari langit ni luas maksudnya, yakni apa saja yang berada di atas manusia, yang menyelubunginya.

1. Bahaya langit terbuka kepada TV Cable, satelit dan internet. Kata dr al-Arifi, hari ni ada lebih dari 13,000 channel TV. Maka darinya datang pelbagai fitnah dan bala. Ia bukan sahaja dilanggani oleh orang bandar, bahkan kawasan terpencil dan padang pasir pun sudah sampai piring TV Satelit.

Syarah:
Di KSA, pakej biasa ada lebih dari 1,500-2,000 saluran TV Satelit. Manakala internet pula websites yang paling top dilawati sentiasa laman web lucah atau porno.


2. Satu lagi maksud bencana dari langit ialah akan datang berleluasanya perang dan pengintipan dengan penggunaan Drone. Drone adalah robot yang berada di langit dan akan datang ia berkemampuan menyerang dan memusnahkan manusia. Zaman dulu, bila seseorang bersembunyi 
dalam padang pasir, ia tidak dapat dikesan, namun dengan adanya drone, ia akan dapat dikesan. Wallahu A'lam. 

Tamat.

Banyaknya Kematian mendadak

♻6/151 Banyaknya Kematian mendadak

Hadith sebelum ini:
الراوي : عوف بن مالك الأشجعي المحدث : البخاري ِ اعددْ ستًا بین یديْ الساعةِ : مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بیتِ المقدسِ ، ثم موتانِ یأخذ فیكم كقُعَاصِ الغنم )
 خلاصة3176المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 
“Perhatikanlah enam tanda-tanda hari Kiamat: (1) wafatku, (2) penaklukan Baitul Maqdis, (3) wabak kematian (penyakit yang menyerang hewan sehingga mati mendadak) yang menyerang kamu bagaikan wabak penyakit qu’ash yang menyerang kambing, 
[HR Bukhari, perawi:`Auf bin Maalik ra]


Syarah:
Banyaknya kematian atau mautaan ni maksudnya wabak yang menyebabkan banyak kematian manusia seperti wabak MERS (selsema burung), JE (virus babi) dan MERS di Arabsaudi. Ia dikiaskan dengan wabak haiwan seperti fenomena wabak penyakit yang menyerang kambing di Saudi atau wabak ayam dan Mad Cow Disease di UK. Maka jika wabak tersebut menyerang, seluruh haiwan akan mati atau terpaksa di musnahkan atau cull. 

Mati yang banyak diserang wabak ni berlaku pada tahun 18 Hijrah pada masa pemerintahan Umar, maka Umar terpaksa menangguhkan lawatannya ke Syria. Tidak dapat dikenalpasti apa jenis wabak tersebut, ada yang mengatakan ianya taun. Ia berlaku di Pekan Amwas, Palestin, lebih kurang 10KM dari Baitil Maqdis dan Ramallah dan kemudiannya merebak ke Syria. Taun dalam bahasa arab maksudnya wabak.

Wabak Amwas meragut 25,000 nyawa kata Ibn Hajar di Palestine dan Syria, ia turut meragut nyawa banyak sahabat yang terbilang antaranya, Abu Ubaidah al-Jarah, Mu'adz bin Jabal dan anaknya, Syurahbil bin Hasanah, dan Fadl bin al-Abbas. Yang menariknya, akibat dari wabak inilah yang memberi laluan untuk Amir Muawiyah bin Abu Sufyan dilantik menjadi Gabenur Syria, kerana yang sepatutnya dilantik oleh Umar menerajui Syria ialah Abu Ubaidah al-Jarrah atau Muazd bin Jabal. Tapi oleh kerana keduanya mati kerana wabak, maka memberi laluan kepada Mu'awiyah menjadi Gabenur dan akhirnya khalifah umat Islam.

DA, hadith tu tak disebut sepenuhnya..Truncated ini yang full
أتیتُ النبيَّ صلَّى اللهُ علیھِ وسلَّمَ في غزوةِ تبوكَ ، وھو في قُبَّةٍ من أُدْمٍ ، فقال : ( اعددْ ستًا بین یديْ الساعةِ : 
مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بیتِ المقدسِ ، ثم موتانِ یأخذ فیكم كقُعَاصِ الغنمِ ، ثم استفاضةُ المالِ حتى یُعْطَى الرجلُ مائةُ 
دینارٍ فیظَلُّ ساخطًا ، ثم فتنةٌ لا یَبْقَى بیتٌ من العربِ إلا دخلتْھُ ، ثم ھُدْنَةٌ تكونُ بینكم وبین بني الأصفرِ ، 
. ( فیَغدرونَ فیأتونكم تحتَ ثمانینَ غایةٍ ، تحت كلِّ غایةٍ اثنا عشرَ ألفًا


Fiqh Hadith [Ada dua]

1. Jika wabak meletus, Nabi larang kita pergi ke daerah tersebut. Ini dilakukan Umar bila dia mendengar wabak Amwas merebak ke Syria, maka dia membatalkan lawatannya ke Syria.
dalil hadith:
فإذا كان بأرضٍ ، فلا تخرجوا منھا فرارًا منھُ . وإذا كان بأرضٍ ، فلا تدخلوھا
الراوي : أسامة بن زید المحدث : مسلم
2218: المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم
Terj:
Maka apabila kamu mendengar penyakit tha’un berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu datang 
ke negeri itu. Dan apabila penyakit itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, janganlah kamu 
keluar dari negeri itu untuk melarikan diri dari padanya.’
[HR Muslim no 2218]

Maka inilah maksud quarantine atau menjauhi wabak penyakit dengan tidak pergi ke tempat wabak dan orang yang duduk dalam tempat tersebut tidak keluar darinya.


2. Mati syahid kepada yang mati kerana wabak, dalil:
كان عَذابًا یبعَثُھ اللهُ على مَن یَشاءُ، فجعَلھ اللهُ رحمةً للمؤمنینَ، فلیس من عبدٍ یقَعُ الطاعونُ، فیمكُثُ في بلدِه 
( ِ صابرًا، یعلَمُ أنھ لن یُصیبَھ إلا ما كتَب اللهُ لھ، إلا كان لھ مِثلُ أجرِ الشھید
الراوي : عائشة أم المؤمنین المحدث : البخاري
5734: المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم
Terj:
“Bahwa penyakit wabak merupakan azab yang Allah timpakan terhadap siapa yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman. Tidaklah seseorang yang berada di wilayah yang terjangkit penyakit lepra, kemudian ia tetap tinggal di negerinya dan selalu bersabar, ia mengetahui bahwa penyakit tersebut tidak akan mengjangkitinya kecuali apa yang Allah tetapkan kepadanya, maka baginya seperti pahalanya orang yang mati syahid. 
[HR Bukhari, no 5734]

Mati syahid di sini adalah syahid dunia, masih perlu dimandi dan dikapankan dan disolati seperti biasa. Wallahu A'lam. 

Tamat.

Berakhirnya Generasi Sahabat

♻4/131 Tanda2 Kecil Kiamat - Berakhirnya Generasi Sahabat

Hadith:
صلَّینا المغربَ مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ علیھ وسلَّمَ . ثم قلنا : لو جلَسْنا حتى نصلِّيَ معھ العشاءَ ! قال فجلَسْنا 
. فخرج علینا . فقال " ما زلتُم ھھنا ؟ " قلنا : یا رسولَ اللهِ ! صلَّینا معك المغربَ . ثم قلنا : نجلس حتى 
نصلِّيَ معك العشاءَ . قال " أحسنتُم أو أصبتُم " قال فرفع رأسَھ إلى السماءِ . وكان كثیرًا مما یرفع رأسَھ إلى 
السماءِ . فقال " النجومُ أمَنَةٌ للسماءِ . فإذا ذھبتِ النجومُ أتى السماءَ ما توعد . وأنا أمنةً لأصحابي . فإذا 
. " ذھبتْ أتى أصحابي ما یوعدون . وأصحابي أمنةٌ لأمتي . فإذا ذھب أصحابي أتى أمتي ما یُوعدون
الراوي : أبو موسى الأشعري عبدالله بن قیس المحدث : مسلم
2531: المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم
Terj:
Abu Musa berkata “Kami salat Magrib bersama Rasulullah SAW, kemudian kami katakan: ‘seandainya kita duduk-duduk dan menunggu sampai shalat Isya bersama beliau lagi.’ (si perawi mengatakan) kami pun duduk-duduk (menunggu Isya) .Nabi lantas keluar menemui kami dan berkata: kalian masih disini? Kami menjawab, “Wahai Rasulullah, kami salat Magrib bersamamu. Kemudian kami katakan, “Kami tetap duduk-duduk (di masjid) agar kami dapat salat Isya’ bersama Anda.” Baginda bersabda: Bagus kalian atau benar kalian! Perawi menambahkan: Nabi SAW kemudian mendongak kepala ke langit dan beliau memang sering mendongakkan kepala ke langit. Beliau lantas bersabda: “Bintang-bintang adalah amanah bagi langit; jika bintang mati, maka datanglah pada langit sesuatu yang mengancamnya. Dan aku adalah amanah bagi sahabatku; jika aku mati, Maka datanglah kepada para sahabat sesuatu yang mengancam mereka. Sahabatku adalah amanah Umatku; jika mereka mati, maka datanglah kepada umatku sesuatu yang mengancam mereka." 
[HR Muslim no 2531]


Fiqh Hadith

1. Menjadi kebiasaan para sahabat selepas maghrib, mereka menunggu masuknya waktu Isya'

2. Bintang-bintang adalah "amanah" langit atau penstabil dan penguat cakrawala. Ini suatu ilmu yang baru diperkenalkan oleh Nabi 1430 tahun sebelum ilmu cosmology. Yakni bintang2 adalah penstabil langit, tanpa bintang, maka alam akan musnah. Pada masa itu, orang Greek menganggap bintang-bintang adalah dewa dan Tuhan lalu lahirnya horoskop, kemudian orang arab juga membuat pelbagai metos tentang bintang. Maka dengan hadith ini dijelaskan fungsi bintang2 ialah menstabilkan alam buana.

3. Nabi saw menjelaskan dirinya adalah amanah atau penstabil sahabatnya, bila baginda wafat, maka terjadi kegoncangan dengan beberapa fitnah, kegoncangan semasa pemilihan khalifah, murtad di Yaman, Nabi palsu, Perang Jamal, Perang Sifin, pembunuhan Umar, Uthman, Ali, munculnya Khawarij dan pembunuhan Husin di Karbala dan munculnya syiah.
100 tahun pertama hijrah adalah generasi sahabat,
خَیْرُ أُمَّتِي قَرْنِي sebaik-baik umatku (sahabat) adalah qurunku" 
[HR Bukhari-Muslim]

4. Sahabat adalah penstabil umat Muhammad saw. Berakhirnya generasi sahabat, maka bermula munculnya bid'ah, satu bencana yang menimpa agama, syirik dengan munculnya fahaman tareqat dan penyibaran hadith palsu yang banyak.

صلَّى بنا رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ علیھ وسلَّمَ ذاتَ لیلةٍ ، صلاةَ العشاءِ ، في آخرِ حیاتِھ . فلما سلَّم قام فقال " 
أرأیتَكم لیلتَكم ھذه ؟ فإنَّ على رأسِ مائةِ سنةٍ منھا لا یبقى ممن ھو على ظھرِ الأرضِ أحَدٌ " . قال ابنُ عمرَ 
: فوھَل الناسُ في مقالة ِرسولِ اللهِ صلَّى اللهُ علیھ وسلَّمَ تلك ، فیما یتحدَّثون من ھذه الأحادیثِ ، عن مائةِ 
سنةٍ . وإنما قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ علیھ وسلَّمَ : لا یبقى ممن ھو الیومَ على ظھرِ الأرضِ أحَدٌ . یرید بذلك 
الراوي : عبدالله بن عمر المحدث : مسلم . ُ أن ینخرِمَ ذلك القَرن

Terj:
Setelah Rasulullah saw mendirikan shalat isya’ dengan kami pada suatu malam pada akhir-akhir masa hidup beliau, ketika beliau mengucapkan salam, seraya beliau berdiri dan bersabda: “Tidakkah kalian melihat pada malam hari ini, sesungguhnya pada penghujung 100 tahun sejak malam ini, tidak akan ada seseorang yang akan tetap hidup di muka bumi”. Ibnu Umar berkata: Maka yg hadir terkejut dengan pernyataan Rasulullah saw tersebut, mereka membicarakannya tentang hadits 100 tahun di atas. Padahal sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan ada seseorang yang akan tetap hidup di muka bumi, yang dimaksud adalah berlalunya abad tersebut….”. yakni berlalunya generasi sahabat.
[HR Muslim no 2537]

5. Takrifan sahabat dari Ibn Hajar rh.
الصحابي من لقي النبى صلى الله علیھ وسلم مؤمنا بھ ومات على الاسلام
Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim. Jumlah para sahabat: tidak ada satu pun riwayat yang sahih akan jumlah sebenar sahabat kerana bilangannya mustahil untuk dicatatkan dengan tepat, cuma andaian sahaja...

6. Sahabat bersifat adil dan tidak boleh mengkritiknya, demikian kata Imam Nawawi, kerana perbuatan mengkritik mereka adalah menyimpang dr AQ yang menyatakan keadilan mereka. Antara dalil keadilan sahabat dalam AQ At-taubah : 100.
[Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.] 


TAMMAT 4/131 Berlalunya sahabat, maka umat hilang keamanannya, sebagaimana langit atau alam hilangnya gugusan bintang dan meteor.