Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Ambil Upah dari Pembacaan Al-Qur'an (أخذ الأجرة على قراءة القرآن )

TKK 78/131: Ambil Upah dari Pembacaan Al-Qur'an (أخذ الأجرة على قراءة القرآن )


Dalil hadith:
عن عمران بن حصين رضي الله عنه أنه مر برجل وهو يقرأ على قوم فلما  فرغ سألهم مالا!.
فقال عمران :إنا لله وإنا إليه راجعون إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:«من قرأ القرآن فليسأل الله تبارك وتعالى به فإنه سيجيء قوم يقرءون القرآن يسألون الناس به >
رواه أحمد وحسنه الأرنؤوط في تعليقه على السند
Dari jalur Imran bin Hushain ra bahawa suatu ketika dia pernah melewati seorang yang sedang membaca AQ kepada suatu kaum. Seusai membacanya, dia meminta upah dari bacaannya itu. Maka berkata Imran : إنا لله وإنا إليه راجعون  (ungkapan istirja'), " sesiapa yang membaca AQ, hendaklah dia pohon sesuatu dari Allah sahaja. Akan tiba diakhir zaman kelak satu qaum yang membaca AQ dan meminta habuan dari bacaaanya." 
[HR Ahmad, dihasankan oleh syaikh al-Arnaouth]

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه قال :خرج علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن نقرأ القرآن وفينا الأعرابي والأعجمي فقال:«اقرءوا فكل حسن وسيجيء أقوام يقيمونه كما يقام القدح ويتعجلونه ولا يتأجلونه 
رواه أبو داود وصححه الألباني في السلسة الصحيحة رقم (259)
Dari Jabir pula, ketika kami membaca AQ, Rasulullah saw keluar dari kamarnya menemui kami. Bersama kami beberapa orang Arab kampung dan bukan Arab. Baginda pun bersabda," Bacalah AQ kerana setiap bacaan kamu mendatangkan pahala, namun akan datang kelak beberapa jenis kaum yang membaca AQ seperti panah, kelam kabut (membacanya) dan tidak sabar."  
[HR Abu Daud di nilai sahih oleh albani.]


Syarah Dr al-Arifi
Di zaman salaf, umat Islam yang terbaik membaca AQ semata-mata ibadat, bukan alat mencari habuan dunia. Tapi di akhir zaman, AQ dijadikan profesi dan kerjaya cari makan. 

Ulasan THTL
Ini tanda yang berlaku. Cuba lihat pertandingan tilawah yang diadakan saban tahun, lihat hadiahnya, RM50,000, jongkong emas, pakej haji dan umrah, dan sebagainya. Juga adanya orang yang mengambil upah membaca AQ pada hari kematian khususnya kematian orang kaya dan. politik. 

Merebaknya Zina Yang Dilakukan Secara Terbuka (ظهور الفاحشة والمجاهر بها)

TKK 77: Merebaknya Zina Yang Dilakukan Secara Terbuka (ظهور الفاحشة والمجاهر بها)


Petanda seterusnya ialah merebaknya seks bebas (zina) dan kedua, ia dilakukan secara terbuka, terang-terangan.

Dalil hadith:
عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«لا تقوم الساعة -أو قال: إن من أشراط الساعة :أن يرفع العلم ويظهر الجهل ويشرب الخمر ويفشو الزنا ويذهب الرجال ويبقى النساء حتى يكون لخمسين امرأة واحد>
Dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda," tidak akan berlaku Kiamat hingga diangkatnya ilmu, merata kebodohan, seks bebas, arak, kurangnya kaum lelaki dan bertambah banyak kaum perempuan sehingga sampai satu tahap, satu lelaki menyamai 50 wanita." 
[Muttafaq alaih, Bukhari no 79.]

ليَكوننَّ مِن أمَّتي قومٌ يستحلُّونَ الحِرَ والحريرَ والخمرَ والمعازفَ
الراوي : أبو عامر أو أبو مالك الأشعري | المحدث : ابن الصلاح | المصدر : الباعث الحثيث
الصفحة أو الرقم: 1/124 | خلاصة حكم المحدث : ثابت 
Dari Abu Malik al-'Asy'ary ra bahawa Nabi saw bersabda," akan muncul dari ummatku golongan yang menghalalkan zina, sutera (utk lelaki), arak dan alat muzik." 
[Ibn Solah, al-Ba'ith, 1:124, thabit dari hadith Bukhari.]


Syarah Dr Muhammad al-Mubayyadh, الموسوعة في الفتن والملاحم وأشراط الساعة

1. Merebaknya seks  bebas/zina kerana perundangan manusia tidak menghukum zina sebagaimana hudud, atau hukumannya tidak keras. Bila perundangan syariah diketepikan atau hukumannya diringankan, maka zina akan berleluasa.

2. Ujudnya kerjaya pekerja seks atau sexual worker atau industry seks, bahkan industri seks adalah kerjaya tertua di dunia. Banyak negara Islam sendiri menghalalkan industry seks secara halus atau paling ketara membenarkan industri hiburan berkembang tanpa kawalan

Maka kesimpulan, ia sudah ketara sekarang akan merebaknya zina dan gejala bohsia, dan buang bayi sering sekali dipaparkan di kaca media.

Banyaknya kaum Wanita, Sedikitnya Lelaki (كثرة النساء- و قلة الرجال)

TKK 75 + 76: Banyaknya kaum Wanita, Sedikitnya Lelaki (كثرة النساء- و قلة الرجال)


Dalil hadith:
عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«لا تقوم الساعة -أو قال: إن من أشراط الساعة :أن يرفع العلم ويظهر الجهل ويشرب الخمر ويفشو الزنا ويذهب الرجال ويبقى النساء حتى يكون لخمسين امرأة واحد>
Dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda," tidak akan berlaku Kiamat hingga diangkatnya ilmu, merata kebodohan, seks bebas, arak, kurangnya kaum lelaki dan bertambah banyak kaum perempuan sehingga sampai satu tahap, satu lelaki menyamai 50 wanita." 
[Muttafaq alaih, Bukhari no 79]


Syarah
Khilaf akan dua tanda ini, statistik bilangan gender, 1:50 yakni satu lelaki menyamai 50 perempuan. ia belum berlaku kata Imam Nawawi kerana ia merujuk kepada statistik akhir zaman yang terjadi banyak peperangan (syarah Muslim, 4:118 dan Imam In Hajar al-Fath, 9:243)

Namun, menurut dua Imam ini, di zaman dulu pun pernah terjadi, ketika Islam menakluk kawasan yg luas, di mana ramai lelaki di bunuh dan perempuan mereka menjadi hamba sahaya dan satu tentera Islam dapat menguasai sejumlah perempuan. 

Begitu juga pada perang dunia 1 dan 2, di mana di Eropah memang statistik kaum wanita lebih ramai kerana lelaki terbunuh dengan jumlah yang besar kerana kerahan tenaga.

Ia juga boleh difahami secara maknawi, di mana rusaknya kaum lelaki sehingga sulitnya kaum wanita ingin mencari lelaki sebagai teman hidupnya.


Rumusan
Pendapat Imam nawawi dan Imam Ibn Hajar, yang paling rajih atau kuat ialah ia berlaku di akhir zaman, di mana akan berlaku banyak perang dan ramai lelaki akan terbunuh. WA

Kerapnya Gempa Bumi (كثرة الزلازل)

TKK 74/131:  Kerapnya Gempa Bumi (كثرة الزلازل) 


Tanda kecil seterusnya ialah banyaknya gempa bumi atau earthquake secara menyeluruh di seluruh dunia dan kesan darinya berupa tsunami dan kemusnahan besar nyawa dan hartabenda. 

Zaman kita sekarang menyaksikan jumlah gempa lebih banyak dan kerap. yang paling dahsyat ialah Tsunami Acheh 2004.

Dalil hadiith:
عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«أمتي أمتة مرحومة لا عذاب عليها في الآخرة جعل الله عذابها في الدنيا القتل والزلازل والفتن> HR Ahmad dan al-Haakim
Terj:  Hadith Abu Musa al-Asya'ary ra
" Ummatku adalah umat yang dikasihi Allah, tidak di azab ke atasnya di Akhirat cuma azab di dunia berupa pembunuhan, gempabumi dan fitnah."  
[HR Ahmad dan al-Hakim yg mensahihkannya.]


Tahqiq
و قال الحاكم : " صحيح الإسناد " ! و وافقه الذهبي !
و قال الحافظ ابن حجر في " بذل الماعون " ( 54 / 2 ) : " سنده حسن 
[Kata al-Haakim, isnadnya sahih, di setujui oleh azZahabi, dihasankan sanadnya oleh Ibn Hajar.]

Disebalik pembunuhan dan pembantaian umat Islam, terkena musibah gempa dan fitnah yang berterusan ke atas umat Islam, ia ada rahmat yang besar merupakan azab dan pengampunan di dunia dan mereka tidak di azab di akhirat. 

Contoh terbaru kes kren tumbang di Mekah, 100 jiwa melayang dan ratusan cedera, mereka mendapat syahid akhirat.

Hadith kedua:
Jalur Abu Hurayrah ra:
فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم  قال :«لا تقوم الساعة حتى يقبض العلم وتكثر الزلازل
"Tidak terjadi Kiamat kecuali setelah hilangnya ilmu dan banyaknya berlaku gempa bumi." 
[989 حدثنا أبو اليمان قال أخبرنا شعيب قال أخبرنا أبو الزناد عن عبد الرحمن الأعرج عن أبي هريرة قال HR Bukhari no 989]


Syarah
Kata al-Arifi (Asyrat as-Sa'ah), gempa juga merupakan azab kepada manusia, atau hukuman ke atas manusia kerana banyaknya kerusakan dan maksiat yang mereka lakukan.

Hadith ke 3: 
Jalur Abdullah bin Hawalah al-Azdy ra
وعن عبد الله بن حوالة  الأزدي رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«يا ابن حوالة إذا رأيت الخلافة نزلت الأرض المقدسة فقد دنت الزلازل والبلابل والأمور العظام والساعة يؤمئذ أقرب من يدي هذه من رأسك> HR Abu Dawud 
Nabi saw bersabda," Wahai Ibn Hawalah, jika engkau lihat khilafah muncul di bumi muqadassah (yg disucikan, Baitul Maqdis, Madinah atau Mekah),  maka akan banyaklah gempa, pelbagai bala bencana, dan pelbagai fitnah yg dahsyat, Saat itu hari Kiamat lebih dekat kemunculannya daripada jari aku dengan kepala dikau." 
[HR Abu Daud,  no 2518, bab Jihad, Ahmad, no 22548. dinilai sahih oleh albani, sahih al-jaami' no 7838]


Rumusan
Semakin hampir kiamat, tiga serangkai semakin kerap ; Gempa, Bencana alam dan Fitnah. WA


Rujukan
1. نهاية العالم  Nihayah al-Alam, 
Syaikh Abdul Rahman al-Arifi, KSA

2. الموسوعة في الفتن والملاحم وأشراط الساعة
الدكتور: محمد أحمد المبيض alMausoo'ah fi fitan wal malaahim
Dr Muhd Ahmad al-Mubayyadh, Egypt

Manusia (Muslim Saling Tidak Kenal Mengenal (وقوع التناكر بين الناس )

TKK 73/131: Manusia (Muslim Saling Tidak Kenal Mengenal (وقوع التناكر بين الناس )


Dalil hadith:
فعن حذيقة بن اليمان رضي الله عنه قال:سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الساعة ؟فقال:«علمها عند ربي لا يجليها لوقتها إلا هو ولكن سأخبركم بمشارطها وما يكون بين يديها :أن بين يديها فتنة وهرجا »قالوا :يا رسول الله الفتنة قد عرفناها فالهرج ما هو ؟قال:«بلسان الحبشة القتل ويلقى بين الناس التناكر فلا يكاد أحد يعرف أحد>
 الراوي : حذيفة بن اليمان | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 7/312 | خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح 
Terj:
Dari Hudzaifah ra, bahawa Nabi saw bersabda: " Ilmu tentang berlakunya Kiamat hanya pada sisi Tuhanku, waktu terjadinya hanya pada-Nya, namun aku ingin memberitahu akan petanda dan apayg mendatang. Menjelang Kiamat kelak ada fitnah dan haraj. Mereka bertanya," fitnah mmg kami dah tahu, tapi haraj itu apa?" Jawab baginda," itu loghat Habsyah, maksudnya pembunuhan dan permusuhan sesama manusia sehingga seolah-olah mereka tidak pernah mengenali satu sama lain." 
[HR Ahmad, di nilai sahih sanadnya oleh al-Haithami, Majma' 7:312]


Syarah:
Ini tanda yang sedang terjadi, banyaknya fitnah dan haraj (pembunuhan dan permusuhan). 

Fitnah politik mendominasi kehidupan manusia dengan ujudnya banyak parti dan NGO. Haraj pula banyaknya pembunuhan kejam dan permusuhan, hari ni kawan, esok dan jadi lawan, dulu satu partai, sekarang dah keluar partai. 

Manusia khususnya muslim tidak lagi kenal mengenal, mereka hanya kenal nickname dalam FB, Twitter dan Telegram/WA sahaja. Bersahabat di alam siber dan tak pernah bertemu di alam nyata. Persahabatan yang rapuh ni adalah petanda kecil Kiamat, sedangkan zaman salaf mereka benar-benar bersatu di atas dasar keimanan dan mereka merasai kemanisan bersahabat dan bersaudara yang sebenarnya. 

Semua itu hanya tinggal sejarah sahaja.

Merebaknya Pembohongan ( أشراط الساعة كثرة الكذب)

TKK 72: Merebaknya Pembohongan ( أشراط الساعة كثرة الكذب) 


Dalil hadith: 
فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا تقوم الساعة حتى تظهر الفتن ويكثر الكذب وتتقارب الأسواق
Dari jalur Abu Hurayra ra: bahawa Nabi RasuluLlah saw bersabda," Tidak akan berlakunya Kiamat sehinggalah muncul banyak fitnah, banyak pembohongan dan dekatnya Mall." 
[HR Ahmad, di sahihkan oleh al-Albani, al-sahihah, no 2772, Mustafa Adawi, sahih al-Musnad no 272.]
  (رواه أحمد وصححه الألباني في السلسلة الصحيحة  (2772) 


فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«يكون في آخر الزمان دجالون كذابون يأتونكم بالأحاديث بما لم تسمعوا أنتم و لا آباؤكم فإياكم وإياهم لا يضلونكم ولا يفتنونكم >
Juga dari Abu Hurayra, Nabi saw bersabda," Muncul di akhir zaman akan para pendusta membawa berita kepada kalian yang mana kalian tidak pernah mendengarnya dan datuk nenek moyang kalian juga tidak pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka niscaya mereka tidak mampu menyesatkan dan mendatangkan kerusakan kepada kalian." 
[HR Muslim no 11 (islamweb)]


عن جابر بن سمرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«إن بين يدي الساعة كذابين فاحذروهم>
Dari Jabir bin Samurah ra, Nabi Saw bersabda," sebelum Kiamat akan muncul para pendusta, maka waspadailah mereka" 
[HR Muslim]


Syarah
Ia berlaku di zaman kita, dengan ujudnya media sosial, maka pendustaan berleluasa menyibarkan semua jenis berita khususnya berita politik. Maka kita kena sentiasa waspada dan ingat peringatan Allah dalam surah Hujurat 49:06

Kita tidak bersyubahat menjadi mata rantai kepada penyibaran berita palsu melalui FB, Twitter, WA dan Telegram. Dalam keghairahan manusia ingin menjadi whistle blower, mereka tidak sedar mereka menjadi penyibar pendustaaan.

Mimpi si Mukmin menjadi Benar ( صدق رؤيا المؤمن)

TKK 71/131: Mimpi si Mukmin menjadi Benar ( صدق رؤيا المؤمن)


Dalil Hadith:
<إذا اقترب الزمان لم تكد رؤيا المسلم تكذب وأصدقكم رؤيا أصدقكم حديثا ورؤيا المسلم جزء من خمس وأربعين جزءا من النبوة والرؤيا ثلاث :فالرؤيا الصالحة بشرى من الله ورؤيا تحزين من الشيطان ورؤيا مما يحدث المرء نفسه فإن رأى أحدكم ما يكره فليقم ولينفل ولا يحدث بها أحد من الناس وأحب القيد من النوم أكره الغل القيد ثبات الدين> رواة أحمد مسام وأبو داود والترمذي من حديث أبي هريرة
Dari Abu Hurayra ra, bahawa Nabi saw bersabda;
"Bila zaman sudah semakin pendek (hampir Kiamat), mimpi org mukmin tidak lagi dusta; mimpi mereka yg paling benar ialah yang paling benar kata-katanya; mimpi si muslim pula adalah 1/46 dari kenabian. (ketahuilajh) mimpi itu ada tiga jenis: mimpi dari Allah dalam bentuk berita gembira, mimpi ngeri dari setan  dan mimpi mainan akal seseorang. Andaikata salah seorang kalian bermimpi sesuatu yang menakutkan dia, hendaklah dia meludah dan merahsiakannya. Aku suka ikatan dalam tidur dan aku benci akan pengkhianatan; ikatan itu adalah teguh dalam agama." 
[HR Ahmad, Muslim Abu Daud dan Termidzi. Sahih Muslim # 2263 cetakan syarah Nawawi.]


Syarah
1.Mimpi ada tiga jenis, mimpi yang baik dari Allah dalam bentuk berita gembira; mimpi dari setan berupa kesedihan dan ketakutan, dan Mimpi mainan akal manusia

2. Maksud Mimpi adalah 1/46 kenabian adalah kerana mimpi juga adalah perantaran wahyu dari Allah kepada para Nabi Saw, maksudnya ada ketika Allah berkomunikasi dengan para Nabi melalui mimpi, maka sebab itu mimpi menjadi 1/46 kenabian.

3. Akhir zaman, oleh kerana sudah lama terputusnya wahyu, maka kebanyakan mimpi orang mukmin menjadi benar, untuk memberi hiburan dan berita gumbira kepada orang beriman.


Syarah Ibn Hajar Asqolani
1. Mimpi si mukmin akhir zaman adalah jelas dan tidak perlu kepada ta'bir atau takwil.

2. Mimpi di akhir zaman adalah benar kerana org mukmin ketika itu asing dan dagang. Mereka menjadi terasing dan minoriti dan sedikit penolong. Maka mimpi akan meneguhkan orang mukmin dalam menghadapi kepayahan dan tribulaso zaman yg rusak. [al-Fath, 19:451]

Manusia saling bertolakan untuk dijadikan Imam (sholat) ( تدافع الناس عن الإمامة في الصلاة)

TKK 70/131: Manusia saling bertolakan untuk dijadikan Imam (sholat) ( تدافع الناس عن الإمامة في الصلاة) 


Tanda Kiamat kecil juga ialah akan tiba masanya, mesjid tidak ada Imam yang layak, sehingga manusia ketika itu saling menolak kedepan antara mereka. Ini kerana manusia dilanda kejahilan dan tidak ada lagi para qari. 

Kita merasakan ia masih belum berlaku pada masa ini. Namun, petandanya sudah ada, ditakdirkan Imam 1 dan Imam 2 tidak datang mesjid, maka ketika itu manusia akan saling bertolakan untuk menjadi Imam...

Dalil:
فعن سلامة بنت الحر-رضي الله عنها -أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«إن من أشراط الساعة :أن يتدافع أهل المسجد الإمامة فلا يجدون إماما يصلي بهم >عون المعبود بشرح سنن أبي داود ج2 ص 289 كتاب الصلاة – باب في كراهية التدافع عن الإمامة.
Dari jalur Salaamah binti al-Hurr, bahawa Nabi Saw bersabda," antara petanda dekatnya Kiamat ialah ahli qaryah saling bertolakan untuk dijadikan Imam kerana tidak ada yang mampu." 
[HR Abu Daud, aun al-Ma'bud, 2:289]

Tahqiq hadith: Dinilai hasan oleh Ibn Hajar al-Asqolani
وعن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه قال:«يأتي على الناس زمان يجتمعون فيه ويصلون في المسجد وليس فيهم مؤمن >
رواة الحاكم وقال:«صحيح الإسناد من شرط الشيخين ولم يخرجهما»ووافقة الذهبي في تلخيصة 
Dari Ibn mas'ood,
"Akan datang suatu masa, di mana manusia berkumpul di mesjid utk bershalat, tapi tak ada di kalangan mereka Imam yg mukmin." 
[HR al-Hakim, sahih, disepakati azZahabi.]

Syarah
Di saudi arabia, ia tidak berlaku lagi kerana pada mushalla yang tidak ada Imam tetap, ada saja Imam yang muncul dan bacaan penduduk di Saudi masih baik. Ini kerana tradisi di saudi yang masih mempertahankan sistem pengajian AQ, maka tidak ada ketandusan qari dan imam sholat. 

Namun di negara bukan arab, masalah nak jadi Imam solat adalah suatu yang sudah berlaku. Maka tanda kiamat kecil ialah susahnya mencari Imam solat kerana rata-rata umat Islam sudah jahil, dan meninggalkan kelas-kelas pengajian AQ dan Hadith. WA

Penjajah (kuffar) Bersekutu Mengganyang Umat Islam ( تداعي الأمم علي الأمة الإسلامية)

TKK 69/131:  Penjajah (kuffar) Bersekutu Mengganyang Umat Islam ( تداعي الأمم علي الأمة الإسلامية)


Dalil hadith:
عن ثوبان رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم  قال:«يوشك الأمم أن تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها»فقال قائل :من قلة نجن يومئذ؟قال:«بل أنتم يومئذ كثير ولكنكم غثاء كغثاء السيل ولينزعن الله من صدور عدوكم المهابة منكم وليقذفن في قلوبكم الوهن» قيل وما الوهن يا رسول الله ؟ قال: « حب الدنيا وكراهية الموت >
حديث صحيح رواه أبو داود وأحمد وصححه الألباني في الصحيحة برقم(958)
Dari Tsauban ra bahawa Nabi saw bersabda," akan tiba masanya, hampir semua (kuasa besar imprealis) bersekutu untuk menguasai kalian laksana sekumpulan manusia lapar mendatangani talam makanan. Lalu ditanya," apakah kami ketika itu berjumlah sedikit? Nabi menjawab, tidak, bahkan jumlah kalian banyak, akan tetapi kalian seperti buih ombak di lautan. Dan sungguh-sungguh Allah akan mencabut rasa gentar di hati musuh-musuh kalian, kemudian Allah benar-benar akan melemparkan wahn ke dalam hati-hati kalian,” Maka seseorang berkata : “Wahai Rasulullah, apakah wahn itu?” Rasulullah menjawab : “Cinta dunia dan benci pada kematian.
[HR Ahmad dan Abu Daud,  no 4276, disahihkan al-Albani, al-sahihah, no 958, Mustafa Adawi, al-sahih al-musnad, no 381]


Syarah
Selama 7 abad umat Islam gah dipersada dunia sebagai superpower, namun pada abad ke 7, umat Islam telah goyah dan diserang oleh bangsa Tartar. 

Kemudian berlanjutan hingga perang dunia, di mana kuasa besar seperti Italia, Britain, Perancis dan Germany menyerbu empayar Islam dan menjajah sebahagian besar tanah umat islam dan membahagi-bahagikan laksana mereka berebut makanan dalam talam. 

Tanda ini telah zahir di hadapan kita, di mana buat masa ini kita amat lemah walaupun berjumlah 1.4 bilion umat. Kita laksana buih banjir, OIC tidak dapat melindungi umat islam bila dijajah oleh USA dan Israel. Kita memiliki Kuantiti, sedangkan negara israel dengan penduduk cuma 12 juta memiliki kualiti. 

Kita juga menghadapi masalah dalaman umat yang parah hingga menyebabkan rasa gerun umat yang lain telah hilang, mereka tidak lagi rasa takut kepada umat Islam. WA

Mall atau Pasar Yang Banyak Dan Berdekatan (تقارب الأسواق )

TKK 68/131 Mall atau Pasar Yang Banyak Dan Berdekatan (تقارب الأسواق )


Dalil hadith:
فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا تقوم الساعة حتى تظهر الفتن ويكثر الكذب وتتقارب الأسواق
Dari jalur Abu Hurayra ra: bahawa Nabi  RasuluLlah saw bersabda," Tidak akan berlakunya Kiamat sehinggalah muncul banyak fitnah, banyak pembohongan dan dekatnya Mall."  
[HR Ahmad, di sahihkan oleh al-Albani, al-sahihah, no 2772  (رواه أحمد وصححه الألباني في السلسلة الصحيحة (2772)]


Syarah Dr al-Arifi
Dekatnya pasar atau mall, maksudnya dekatnya mall atau pasar antara satu sama lain, juga dekatnya shopping kerana murahnya air travel. Orang Malaysia shopping di Indonesia, Vietnam,

Juga manusia dapat mengikuti perkembangan pasaran dunia, seperti Bursa saham New york, London, Tokyo melalui internet. Juga Online shopping seperti alibaba.com dan amazon.com.


Tafsir Syaikh Ben Baaz, mantan mufti AAM KSA

فقد تقاربت الأسواق من ثلاثة أوجه:
*الأول :سرعة العلم بما يكون فيها من زيادة السعر ونقصانه
*الثاني : سرعة السير من سوق إلى سوق ولو كانت مسافة الطريق بعيدة جدا
*الثالث: مقارنة بعضها بعضا في الأسعار واقتداء بعض أهلها ببعض في الزيادة والنقصان
Terj:
Tiga sisi pandang akan maksud dekatnya pasar/mall :
1⃣. Manusia mengetahui perubahan harga pasaran
2⃣. Dekatnya lokasi antara pasar kerana air travel 
3⃣. Sengitnya persaingan antara peniaga

Mas Kahwin dan Kuda (Kereta) Menjadi Mahal Kemudian Murah (غلاء لمهور ثم ترخص- غلاءالخيل ثم ترخص )

TKK 66-67/131: Mas Kahwin dan Kuda (Kereta) Menjadi Mahal Kemudian Murah (غلاء لمهور ثم ترخص- غلاءالخيل ثم ترخص ) 


Hadith:
قال خارجة بن الصمت البرجمي :«خرجنا مع عبد الله من داره و الإمام راكع فركعنا ثم مشينا حتى اتصلنا بالصف  فمر رجل فقال:السلام عليكم يا أبا عبد الرحمن فقال : الله أكبر صدق الله و رسوله فلما قضينا الصلاة قلنا :يا أبا عبد الرحمن كأنه راعك تسليم الرجل؟ قال:أجل كان يقال :إن من أشراط الساعة أن تتخذ المساجد طرقا(1) وأن يسلم الرجل بالمعرفة وأن تتجر المرأة والرجل جميعا وأن تغلو النساء والخيل جميعا ثم ترخص فلا تغلو أبدا
 الراوي : عبد الله | المحدث : الحاكم | المصدر : المستدرك
الصفحة أو الرقم: 5/732 | خلاصة حكم المحدث : صحيح الإسناد 
Kharijah bin al-Samt al-Burjami berkata:" Kami keluar bersama Abdullah dari rumahnya ketika Imam sedang ruku', maka kami pun ruku' kemudian kami bergerak sampai kepada shaf sholat. Lalu ada seorang lelaki yang juga lewat (Masbuk) memberi salam kepada Abdullah, " Assalamualaykum, ya Abu Abdul Rahman." Maka Abdullah menjawab, " Allahu Akbar, benarlah Allah dan RasulNya." Seusai sholat, kami bertanya Abdullah, "Wahai Abu Abdul Rahman, apakah salam lelaki tadi membuat engkau tergamam?" Jawab Abdullah, 'benar, kerana ada hadith," di antara tanda-tanda Kiamat ialah mesjid menjadi tempat singgahan, seseorang memberi salam kepada orang yang ia kenal sahaja, isteri turut sama berbusines, melambungnya mahar dan harga kuda kemudian menjunam harganya." 
[HR al-Haakim, sahih.]


Syarah
Tanda 66, Mahar di zaman salaf murah, tapi sekarang, khususnya di arab saudi boleh mencecah 1 juta riyal, manakala pukul rata di Malaysia ialah RM10 ribu, tidak termasuk hantaran dan kos perkahwinan. Namun, di akhir zaman ia menjadi murah dan "affordable", ia belum berlaku lagi.

Tanda 67, kuda atau kereta di zaman salaf mahal, tapi di zaman sekarang, kereta amat murah dah affordable.

Cuma di Malaysia, akibat cukai dan Gst, ia masih tinggi. Namun di negara jiran, ia amat murah dan menyebabkan trafik jem di semua negara khususnya ibukota. 

Tanda yang ke 66 belum berlaku, manakala tanda ke 67 sudah berlaku.

Mesjid menjadi tempat persinggahan (اتخاذ المساجد طرقا)

TKK 65/131: Mesjid menjadi tempat persinggahan (اتخاذ المساجد طرقا)


Kata-kata Ibn Mas'ood ra:
وأخرجه الطيالسي بلفظ: "إن من أشراط الساعة أن تُتَّخَذ المساجد طُرقاً
"sesungguhnya salah satu tanda kiamat adalah bila masjid-masjid dianggap sebagai jalanan" 
[HR Tayalisi, dinilai dhaif oleh al-Albani]

Penguat:
 لا تتخذوا المساجد طرقا ، إلا لذكر أو صلاة ) رواه الطبراني في " المعجم الكبير " (12/314) ، وفي " المعجم الأوسط " (1/14) .
قال الشيخ الألباني رحمه الله : " هذا سند حسن . رجاله كلهم ثقات " انتهى .
" السلسلة الصحيحة " (1001) .
Dari Ibn Umar, Nabi saw bersabda," Jangan kamu jadikan mesjid tempat singgahan kecuali utk berzikir dan shalat." 
[HR Tabrani, Mu'jam al-Kabir dan Awsath, dinilai hasan oleh al-Albani, silsilah alsahihah, no 1001.]


Syarah
Akhir zaman, mesjid menjadi pakej pelancungan, rest area atau tempat RnR ketika kembara dan tidak lagi dimakmurkan. Sudah tiba di zaman kita mesjidnya cantik tersergam dengan kos pembinaan berjuta juta. Namun, manusia menjadikan ia sebagai tempat pelancungan agama, tempat singgahan, laluan dan berbangga-bangga dengan seni binanya. antaranya mesjid aya sofia di Turki, TajMahal di India, mesjid Baitu Rahman di Acheh, dan lain-lain.

Orang Paling Bahagia Diakhir Zaman Ialah Luka' bin Luka' (أن يصبح أسعد الناس بالدنيا لكع بن لكع )

TKK 64/131 Orang Paling Bahagia Diakhir Zaman Ialah Luka' bin Luka' (أن يصبح أسعد الناس بالدنيا لكع بن لكع ) 


Kosa kata "Luka' bin Luka'" ni adalah orang yang hina dina, bangsat, buruk akhlak. jelik, pelaku maksiat, rendah moral, melambangkan kebodohan dan orang pada usia muda.

Dalil hadith #1:
فعن أنس رضي الله عنه أن  رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«لا تذهب الأيام والليالي حتى يكون أسعد الناس بالدنيا لكع بن لكع
Terj: Dari Anas, sabda Nabi saw:
"Siang dan malam tidak akan berlalu sehingga orang yang paling bahgia di dunia ialah Luka'bin Luka'." 
[HR Tabrani]
Tahqiq: sahih Albani dalam sahihul Jaami' no 7431)

Hadith #2: 
يوشك أن يغلب على الدنيا لكع بن لكع 
رواه أحمد 22543 وصححه الألباني في السلسلة 1505
"akan tiba masanya dunia didominasi oleh Luka' bin Luka' 
[HR Ahmad, sahih, albani, silsilah al-sahihah, 1505]

Hadith #3 :
لا تذهب الدنيا حتى تصير للكع بن لكع.
رواه البزار وقال الهيثمي : رواه أحمد والبزار ورجال أحمد رجال الصحيح غير كامل بن العلاء وهو ثقة
Dari Abu Hurayra, Nabi saw bersabda:
" Tidak akan berlalunya dunia setelah ia dikuasai oleh Luka' bin Luka'. 
[HR al-Bazzar, Ahmad, di nilai sahih oleh al-Haithami sanadnya.]

Syarah
Akhir dunia akan dikuasai oleh puak atau partai Luka' bin Luka'. Golongan yang bodoh dan tak ada ilmu. Golongan Luka' ni menguasai ekonomi, politik dan maklumat. Maka mereka mengatur urusan hidup manusia dengan hawa nafsu tanpa mengambil kira halal dan haram. WA

Munculnya Ruwaibidhah (أن ينطق الرويبضة )

TKK 63/131:  Munculnya Ruwaibidhah (أن ينطق الرويبضة )


Asal dalam agama mereka yang layak berbicara mengenai umat ialah orang yang baik, bijaksana dan amanah. Tapi di akhir zaman, sebaliknya, yakni yang menjadi pejuang umat ialah puak Ruwaibidhah, yakni puak yang bodoh, jelik dan bahlol.

Dalil hadith:
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
Abu Bakr bin Abi Syaibah menuturkan kepada kami. Dia berkata; Yazid bin Harun menuturkan kepada kami. Dia berkata; Abdul Malik bin Qudamah al-Jumahi menuturkan kepada kami dari Ishaq bin Abil Farrat dari al-Maqburi dari Abu Hurairah  ra dia berkata; Rasulullah saw bersabda,
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.”
[HR. Ibnu Majah, sahih al-Albani, al-Sahihah no 1887]


Di akhir zaman yang menjadi wakil rakyat adalah kaum yang paling bodoh dan bebal di kalangan umat, merekalah yang berbicara pasal ummat. menjadi pemuka dan pemimpin kaum. Hingga mereka berkata GST adalah baik untuk manusia, rasuah sebagai derma, dan sebagainya. Orang-orang yang baik, berilmu dan berpengalaman dalam urusan agama dan akhirat diketepikan.


Fiqh Hadith Untuk Selamat Dari Fenomena Tersebut
1⃣. Peringatan akan bahaya berbicara tanpa landasan ilmu. Berhati-hati dengan orang yang bodoh; Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak punya ilmu tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, itu semua akan dimintai pertanggungjawabannya.” 
[AQ al-Israa’ : 36]

2⃣. Peri pentingnya kejujuran dan mengandung peringatan dari bahaya kedustaan. 

3⃣. Peri pentingnya menjaga amanah dan memperingatkan dari bahaya mengkhianati amanah.

4⃣. Jalan keluar ketika menghadapi situasi fitnah akhir zaman semacam itu adalah dengan kembali kepada ilmu dan ulama di atas manhaj salaf.

Waktu Semakin Pendek (تقارب الزمان )

TKK 62/131: Waktu Semakin Pendek (تقارب الزمان )


Dalil Hadith:
فعن ابي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«يتقارب الزمان وينقص العلم وتظهر الفتن ويلقى الشح ويكثر الهرج»قيل :يا رسول الله وما الهرج ؟ قال :«القتل القتل
Dari Abu Hurayra ra, bahawa Nabi saw bersabda, "Waktu semakin singkat, ilmu semakin merosot, fitnah berleluasa, kekikiran semakin banyak, dan meluasnya al-harj." ditanya apa itu al-Harj, Beliau menjawab," banyaknya pembunuhan." 
[Muttafaq alaih, Bukhari no 6037]


Tafsir Imam Ibn Hajar Dalam al-Fath

Maksud waktu semakin pendek ialah
1⃣) Hilangnya berkat waktu, di mana salaf dapat lakukan banyak perkara dalam satu waktu, namun di akhir zaman, tidak banyak yang dapat dilakukan dalam satu waktu,
[sebab tu orang zaman dulu banyak berkarya, al-Fath 20:66]

2⃣) Dekatnya jarak kerana ICT dan kecekapan sistem pengangkutan (udara/darat/laut)

3⃣) Memang kuasa Allah yang menetapkan di akhir zaman waktu memang dipendekkan sebagaimana hadith berikut:
فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى اله عليه وسلم قال :« لا تقوم الساعة حتى يتقارب الزمان فتكون الستة كالشهر والشهر كالجمعة والجمعة كالأيام ويكون اليوم كالساعة والساعة كالضرمة من النار 
Dari Abu Hurayra, bahawa Nabi saw bersabda, "Kiamat tidak akan terjadi sehingga waktu terasa amat pantas, satu tahun seperti sebulan, satu bulan seperti satu minggu dan satu hari laksana satu hari sahaja, satu hari seperti satu jam, dan satu jam menjadi cetusan api (satu saat).
[HR Ahmad, 10956 dan Termidzi, disahihkan oleh syaikh syuaib dan al-Wad'iy]

4⃣) Juga pendeknya usia manusia di akhir zaman. 

WA

Kepimpinan Orang-orang Yang Bodoh (امارة السفهاء)

TKK 61: Kepimpinan Orang-orang Yang Bodoh (امارة السفهاء)


Fiqh politik menetapkan rakyat mendapat kebaikan dari kepimpinan yang baik dan adil. Manakala kecelakaan rakyat jika dipimpin oleh pemimpin yang korup dan rusak. Antara tanda Kiamat kecil ialah kepimpinan umat diserahkan kepada pemimpin bodoh sombong yang tidak berada di atas jalan agama. 

Dalilnya:
فعن جابر بن عبدالله رضي الله عنه ان النبي صلى الله عليه وسلم قال لكعب بن عجرة « اعاذك الله يا كعب من امارة السفهاء» قال وما امارة السفهاء يا رسول الله قال « امراء يوكونوا بعدي لا يهتدون بهديي ولا يستنون بسنتي فمن صدقهم بكذبهم واعانهم على ظلمهم فأولئك ليسوا مني ولست منهم ولا يردون على حوضي ومن لم يصدقهم بكذبهم ولم يعنهم على ظلمهم فاولئك مني وانا منهم و يردون على حوضي يا كعب بن عجرة: الصوم جنة و الصدقة تطفىء الخطيئة و الصلاة قربان - او قال برهان - يا كعب بن عجرة لا يدخل الجنة لحم نبت على سحت ابدا النار اولى به يا كعب بن عجرة الناس غاديان فمبتاع نفسه فمعتقها - او قال موبقه
HR Jabir ra bahawa Nabi bersabda kpd Kaab bin Ujrah, semuga Allah melindungi kamu dari kepimpinan sufaha'. Kaab bertanya, " apa itu kepimpinan sufaha'?. Jawab baginda," yaitu kepimpinnan selepas aku yg tidak ikut hidayah dna sunnah aku. sesiapa yang membenarkan mereka dengan penyelewengan mereka serta membantu kezaliman mereka maka mereka bukanlah golonganku dan aku bukan golongan mereka. Mereka dihalang dari haudhku. Barangsiapa yang tidak membenarkan mereka atas pembohongan serta tidak menolong mereka atas kezaliman mereka, itulah golonganku, aku termasuk golongan mereka dan menemui daku dihaudhku. 
Wahai Kaab, puasa adalah perisai dan sholat adalah sembahan,  sesungguhnya tidak akan masuk syurga akan daging yg tumbuh dari yang haram dan neraka adalah selayak baginya.  
Wahai Kaab, manusia berpagi hari dengan dua keadaan: tergadai dirinya dan dia menebusnya atau yg terjual dirinya  kemudian dia hancur." 
[HR Ahmad]
Tahqiq: disahihkan oleh al-Albani
صححه الشيخ محمد ناصر الدين في صحيح سنن الترمذي وفي السلسلة الصحيحة


Syarah
Kepimpinan bodoh sombong atau as-sufaha' adalah ciri kepimpinan akhir zaman. Kata asy-Sya'bi, hari kiamat tidak akan terjadi sehingga ilmu menjadi kebodohan dan kebodohan menjadi ilmu (لا تقوم الساعة حتى يصير العلم جهلا و الجهل علما)

Kejahilan berleluasa, pemimpin yang bodoh dan orang yang amanah dan baik dicurigai dan dihinakan. WA

Fenomena Mati Mengejut (موت الفجأة )

TKK 60/131:  Fenomena Mati Mengejut (موت الفجأة )


Dalilnya:
أن من أمارات الساعة أن يظهر موت الفجأة
رواه الطبراني في الصغير والأوسط وحسنه الألبلني في صحيح الجامع (5775)
Dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda, "Di antara tanda2 dekatnya Kiamat ialah munculnya fenomena mati mengejut". 
[HR Tabrani, disahihkan oleh al-Albani, sahihul Jaami', no 5775]

Zaman salaf, kematian biasanya ada tanda-tandanya seperti sakit berat, di mana pesakit mempunyai masa untuk berpesan, menulis wasiat, dikelilingi anak isteri, sempat bertaubat dan sempat mengucapkan dua kalimah syahadah. Namun pada akhir zaman adalah sebaliknya di mana lebih banyak fenomena mati mengejut. Serangan  jantung, kecelakaan lebuhraya, tanah runtuh, tsunami, serangan pengganas dan kemalangan melibatkan pesawat.


Pengajaran
Di Akhir zaman, bersiap siagalah sentiasa utk kematian kerana ia datang dengan mengejut, baik di lebuhraya, di udara atau penyakit moden yang mana anda akan mati secara tiba-tiba. WA

Ambil Ilmu dari Ulama' Hingusan (التماس العلم عند الأصاغر )

TKK 59/131 Ambil Ilmu dari Ulama' Hingusan (التماس العلم عند الأصاغر )


Lazimnya manusia menuntut ilmu dari ulama' tersohor, alim dan senior (kibar al-ulama'), tapi di akhir zaman, manusia menuntut ilmu dari ulama' ashaaghir atau ulama' hingusan, muda atau lemah fiqhnya dan sedikit ilmunya.

Dalil:
عن أبي أمية الجمحي رضي الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إن من أشراط الساعة أن يلتمس العلم عند الاصاغر
Dari Abu Umayyah al-Jumahi  dari Nabi saw:  "sesungguhnya di antara petanda Kiamat sudah hampir ialah jika ilmu diambil dari ashaaghir." 
[HR Ibn Mubarak dalam az Zuhud, no 61 dgn sanad yg sahih  albani(الألباني في "السلسلة الصحيحة" 2 / 316  )
فسئل الإمام عبد الله بن المبارك عن الأصاغر فقال:«هم الذين يقولون برأيهم»أي لا يتثنتون من علمهم ولا يدققون في فتواهم ولا يستدلون بالادلة الشرعية وقيل أن الأصاغر أهل البدع]
Ditanya akan Ibn Mubarak syarah hadith ini, khususnya istilah ashagir, ibn Mubarak menjelaskan, Ashaaghir ialah ulama' yang banyak guna akal (khalaf). ilmu cetek, tak cermat dalam fatwa dan tidak menggunakan fiqh dalil atau fiqh nusus. Ia juga bermaksud ulama' dari puak ahlil bid'ah.
وقد روي عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قوله :«لا يزال الناس بخير ما اتاهم العلم من أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم ومن أكابرهم فإذا أتاهم العلم من قبل الأصاغر وتفرقت أهواءهم هلكوا
Athar Ibn Mas'ood ra: " Manusia sentiasa dlm keadaan selamat sekiranya mereka ambil ilmu dari para sahabat dan ulama' kibar (senior) yang ikut manhaj sahabat;  mereka akan celaka jika ambil ilmu dari ashaaghir dan berpecah belah kerana ikut hawa nafsu."


Syarah
Hari ni muncul pulak protaz, ustaz selebriti, Maka kena diperhatikan ilmu mereka dan fiqh dalil mereka berasaskan apa. WA

Akan Tiba Terdapat Banyak Qurra' (Mahir AQ) Sedikit Fuqaha' dan Ulama' (زمان يكثر فيه القراء ويقل الفقهاء والعلماء )

TKK 58/131 Akan Tiba Terdapat Banyak Qurra' (Mahir AQ) Sedikit Fuqaha' dan Ulama' (زمان يكثر فيه  القراء ويقل الفقهاء والعلماء )


Tanda Kiamat kecil yg seterusnya ialah akan tiba suatu masa di mana terdapat banyak hafiz al-Qur'an, banyak musabaqah, banyak orang yang mahir membaca, tarannum dan tartil, namun sedikitnya ahli fiqih dan ulama'.

Dalil hadith:
سَيَأتِي على أُمَّتِي زمانٌ تَكثُرُ فيه القُرَّاءُ ، وتَقِلُّ الفُقَهاءُ ، ويُقبَضُ العِلمُ ، ويَكثُرُ الهَرْجُ ، قالوا : وَمَا الهَرْجُ يا رسولَ اللهِ ؟ قال : القتلُ بينكم ، ثم يأتي بعد ذلك زمانٌ يَقرأُ القرآنَ رجالٌ لا يُجاوزُ تَراقِيَهم ، ثم يأتي مِن بعدِ ذلك زمانٌ يُجادِلُ المُنافقُ والكافرُ المشركُ باللهِ المُؤمنَ بِمِثلِ ما يقولُ
Dari Abu Hurayra, Nabi saw bersabda:
"Akan tiba masanya pada umatku terdapat ramai qurra', sedikit fuqaha', tercabutnya ilmu dan banyak kejadian al-haraj. Ditanya apakah itu al-Haraj? Jawabnya, pembunuhan sesama sendiri.  Kemudian akan tiba satu masa, terdapat pembaca AQ tapi bacaaanya tidak melepasi kerongkong mereka. Kemudian akan tiba masanya di mana orang munafik, kafir dan musyrik membantah orang mukmin sama dengan ungkapannya." 
[HR al-Hakim dan Tabrani,]
Kata Syaikh al-Arifi ( رواه الحاكم وصححه ووافقه الذهبي والطبراني في الأوساط وله شواهد في الصحيحين ) disahihkan oleh al-Haakim dan disepakati az-Zahabi, ada penguat dalam Bukhari-Muslim)
Komen: Namun hadith matan hadith ni didhaifkan oleh Syaikh Albani.

Ini lafaz yang menguatkan hadith ini:
ن عبد الله بن عمرو رضي الله عن أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:« إن الله عز وجل لا يقبض العلم انتزاعا ينزعه من الناس ,ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إذا لم يبق عالما اتخذ الناس رؤوسا  فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا
" Dr Abdullah bin Amru ra
"Allah mencabut ilmu bukan sekali gus tetapi dengan cara mematikan para ulamak, jika ulama sudah tiada, muslim akan mengangkat penguasa dari kalangan orang jahil yag berfatwa tanpa ilmu, llau mereka sesat dan menyesatkan."


Di Saudi sahaja dalam dua tahun 3 ulama wafat, Syaikh Albani, Uthaimiin tahun 1999 dan Syaikh Baz tahun 2000. Yang terbaru ialah Dr Wahbah Zuhaili di Syria.

Rumusan 
Kita sedang melalui tanda kiamat:
1. Banyak hafiz AQ dan pembaca AQ
2. Sedikit ahli fiqih yang mahir
3. Matinya para ulama' yang tidak lagi dapat diganti

Tersibarnya Kitab-kitab Selain al-Qur'an (انتشار الكتاب غير القران )

TKK 57/131 Tersibarnya Kitab-kitab Selain al-Qur'an (انتشار الكتاب غير القران )


Dalil: 
Hadith Abdullah bin Amru ra:
وعن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن رسل الله صلى الله عليه وسلم أنه قال:«من اقتراب الساعة أن ترفع الأشرار ويوضع الأخبار ويقبح القول ويحسن العمل وتفري في القوم المساءة»قلت:وما المساءة؟ قال :«ما كتب سوى كتاب الله 
Terj: " Di antara dekatnya Kiamat ialah bila orang jahat dimuliakan, orang baik dihinakan, yang baik dianggap buruk, yang buruk dipandang baik; dan al-Masa'ah tersebar di kalangan masyarakat. lantas di tanya apakah itu al-Masa'ah, jawab baginda, apa yang ditulis selain kitabullah." 
[HR Tabrani, dinilai sahih sanadnya oleh al-haithami.
الراوي : عبدالله بن عمرو | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 7/329 | خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح‌‏]


Tanda Kiamat yang sudah berlaku ialah tersibarnya ilmu selain AQ. Jumlah kitab ini jauh melebihi cetakan musyaf atau tafsir. 

Kalau anda pergi ke pesta buku antaranya KLIBF setiap April,, anda akan dapat saksikan jumlah buku di setiap booth, namun buku2/kitab2 tentang AQ amat sedikit berbanding ilmu yang lain. 

Fiqh
Utamakan Uloom Qur'an, tartil, tafsir dan tadabbur akan AQ dari ilmu yang lain

Kumpul Harta dengan air liur dan Ampu ( اكتساب المال باللسان والتباهي بالكلام)

TKK 56/131 Kumpul Harta dengan air liur dan Ampu ( اكتساب المال باللسان والتباهي بالكلام)


Antara fenomena kiamat kecil ialah munculnya manusia yang mengumpul harta kekayaan dengan jalan air liur atau cakap-cakap. 

Contohnya pakar motivasi, pengacaraan, MC, pensyarah, penceramah bebas, consultants... Juga dengan cara lisan ialah banyak mengampu, yes man.

Ada kisah, Umar  bin Saad bin Abi Waqas yang mempunyai hajat kepada ayahnya Saad, dia bermain kata-kata, memuji dan membodek ayahnya, maka Saad berkata, sudahlah, kamu bukanlah terdesak sangat dan kamu tidaklah lebih zuhud dari daku. Aku pernah mendengar Nabi Saw bersabda:
سيكون قوم يأكلون بألسنتهم كما تأكل البقرة الأرض
"akan muncul satu kaum yang makan dari hasil air liur mereka seperti lembu yang makam dari apa yang ada di atas muka bumi"
[HR Ahmad, , السلسلة الصحيحة برقم 419
Dinilai sahih oleh Albani dan hasan oleh Syaikh Syu'aib Arnaouth.]

Juga hadith Abdullah bin Amru ra:
وعن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن رسل الله صلى الله عليه وسلم أنه قال:«من اقتراب الساعة أن ترفع الأشرار ويوضع الأخبار ويقبح القول ويحسن العمل وتفري في القوم المساءة»قلت:وما المساءة؟ قال :«ما كتب سوى كتاب الله 
Terj: " Di antara dekatnya Kiamat ialah  bila orang jahat dimuliakan, orang baik dihinakan, yang baik dianggap buruk, yang buruk dipandang baik; dan al-Masa'ah tersebar di kalangan masyarakat. lantas di tanya apakah itu al-Masa'ah, jawab baginda, apa yang ditulis selain kitabullah." 
[HR Tabrani, dinilai sahih sanadnya oleh al-haithami.
الراوي : عبدالله بن عمرو | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 7/329 | خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح‌‏]


Syarah
Tanda Kiamat yg sedang berlaku ialah manusia mengumpul harta dengan airliur, dengan pengacaraan, talk show, raja lawak, nyanyi dan sebagainya. Apa jua dengan lisan, juga dengan ampu, bodek, sanjungan batil khususnya kepada pemimpin yang korup. juga tersibarnya al-Masa'ah, apa saja yang ditulis dalam FB, twitter, blog, akhbar...

Penyebarluaskan Penulisan (كثرة الكتابة و انتشارها )

TKK 55 : Penyebarluaskan Penulisan (كثرة الكتابة و انتشارها )


Zaman dahulu buku-buku adalah terhad kerana teknologi percetakan belum wujud, semuanya tulisan tangan. Namun Nabi Saw dengan mukjizatnya mengkhabarkan tanda Kiamat ialah tersebar luasnya buku atau hasil penulisan, termasuk e-book dan cyber.

Dalil hadith:
فعن ابن مسعود رضي الله عنه ان النبي صلى الله عليه وسلم قال : « ان بين يدي الساعة تسليم الخاصة وفشوا التجارة حتى تعين المرأة زوجها على التجارة و قطع الارحام و شهادة الزور و كتمان شهادة الحق و ظهور القلم
Terj: dari Ibn Mas'ood ra,
"Di antara petanda Kiamat ialah, salah diberi kpd orang khusus, tersebarnya business sehingga isteri turut serta, memutuskan silaturahim, saksi palsu, sembunyikan persaksian yg hak dan tersebarnya penulisan." 
[HR Ahmad, dinilai sahih oleh Albani, silsilah al-sahihah 647, hasan menurut al-Arnaout.]

( 647 - " إن بين يدي الساعة تسليم الخاصة و فشو التجارة ، حتى تعين المرأة زوجها على التجارة و قطع الأرحام و شهادة الزور و كتمان شهادة الحق و ظهور القلم " .
قال الألباني في "السلسلة الصحيحة" 2 / 250)

Tersebarnya penulisan atau al-qalam ialah percetakan dan internet (e-book) atau digital printing. Banyaknya pesta buku dan harganya yang murah. Ia berlaku di zaman kita, zaman sekarang, melimpahnya buku dan sibaran ilmu. Ilmu banyak, kitab banyak, hingga manusia merasa cukup tanpa lagi perlu kepada ilmu. Juga banyaknya Ijazah, Masters dan PhD...

Maksudnya, walaupun merebaknya hasil pena, banyaknya orang berijazah, kebodohan tetap menjadi masalah, sebagamana hadith Bukhari-Muslim:
حديث انس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال « ان من اشراط الساعة ان يرفع العلم و يظهر الجهل
Hadith Anas, Nabi saw bersabda," Tanda2 Kiamat ialah hilangnya ilmu, dan merebaknya kejahilan." 


Rumusan
Tanda akhir zaman, banyaknya tulisan, kitab fizikal dan e-book, namun kejahilan dan ilmu masih tidak sampai kepada manusia. WA

Banyaknya terjadi Petir yang membunuh menjelang Kiamat (كثرة الصواعق عند اقتراب الساعة )

TKK 54: Banyaknya terjadi Petir yang membunuh menjelang Kiamat (كثرة الصواعق عند اقتراب الساعة )


Di akhir zaman sebelum tanda besar Kiamat, akan terjadi petir yang membunuh ramai manusia.
dalil hadith:
تكثُرُ الصَّواعقُ عندَ اقترابِ السَّاعةِ حتَّى يأتي الرَّجلُ فيقولُ مَن صُعِق قبلَكم الغداةَ فيقولونَ صُعِق فلانٌ وفلانٌالراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 8/12 | خلاصة حكم المحدث : [فيه] محمد بن مصعب وهو ضعيف
Hadith Abu Sa'ied al-Khudry ra, bahawa Nabi saw bersabda," akan terjadi banyak petir menjelang kiamat, sehingga seorang lelaki datang kepada penduduk dan bertanya, siapa yang mati dipanah petir hari ini? maka mereka menjawab fulan bin fulan." 
[HR Ahmad, kata al-Haithami dha'if. namun Imam Ahmad kata ia tidak mengapa, disahihkan oleh al-Hakim (والحاكم 4/444 من طريق محمد بن مصعب، بهذا الإسناد. وقال الحاكم: هذا حديث صحيح على شرط مسلم)]


Syarah
Memang sejak akhir-akhir ini banyak terjadi ribut petir, cuma ia belum membunuh dengan berleluasa. Kemungkinan ia akan terjadi di masa depan. WA

Rumah-rumah yang Indah (زخرفة البيوت و تزيينها)

TKK 53  Rumah-rumah yang Indah (زخرفة البيوت و تزيينها)


Tanda Kiamat kecil yang ke 53 ialah munculnya fenomena membina rumah yang besar dan indah di akhir zaman. 

Maksud rumah-rumah yang indah ialah hidup mewah, berlebih-lebihan, berbangga- bangga dan takbur dengan rumah-rumah mereka. Amalan hidup ini dicela oleh AQ.

ولا تسرفوا انه لا يحب المسرفين
"Janganlah kamu berlebih-lebihan, kerana Allah tidak suka orang yang berlebih-lebihan" 
[AQ 6: 141]

Berlebihanan yang dimaksudkan ialah berlebihan dalam membina rumah dan menghiasi serta berbangga dengannya.
Dalil hadith:
لا تقوم الساعة حتى يبني الناس بيوتا يوشونها وشي المراحيل " . رواه البخاري في " الأدب المفرد " ( رقم 777 ) : حدثنا إبراهيم بن المنذر قال :حدثنا ابن أبي فديك عن عبد الله بن أبي يحيى عن سعيد بن أبي هند عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
"Dari Abu Hurayrah, "Sabda baginda Saw, tidak terjadi nya Kiamat sehingga muncul fenomena manusia membina rumah yang mereka hiaskan laksana mereka menghias baju." 
[HR Bukhari dalam Adabul Mufrad , no 279, sahih al-Albani.]


Syarah
Kalau anda berjalan baik dikampung sekali pun, anda akan lihat banyak banglo-banglo yang cantik dan hiasan dalaman yang indah dengan pelbagai hiasan dan perabut yang diimpot. 

Hukum
Membina rumah besar, cantik dan mewah bukanlah haram tapi yang dilarang dalam agama ialah berlebihan, rumah juta jutaan, membazir harta dan berbangga dengan rumah-rumah mereka.

Tetapi di zaman kita sudah sampai ketahap yang dimaksudkan.

Bermegahan Dalam Membangunkan Masjid.

TKK 52/131 Bermegahan Dalam Membangunkan Masjid.



Dalil hadith:
داود أبي صحیح : المصدر |الألباني : المحدث | مالك بن أنس : الراوي .المساجدِ في الناسُ یتباھى حتى الساعةُ تقومُ لاصحیح : المحدث حكم خلاصة | 449: الرقم أو الصفحة
Tidak akan tiba Hari Kiamat sampai manusia bermegah-megahan dalam membangun Masjid.

Syarah:
Asal fungsi mesjid di bina ialah untuk menyembah Allah, di mana manusia masuk ke dalamnya semata-mata untuk meraih pahala dan kebaikan. Namun di akhir zaman, berlaku fenomena berlumba membuat mesjid, menghiasinya dan berbangga-bangga dengannya, mesjid terbesar didunia, mesjid terapung di atas air, mesjid kristal, mesjid besi.

Para sahabat ada memberi amaran akan fenomena menghias mesjid dan berbangga dengannya, antaranya ialah Ibn Abbas ra:
والنَّصارى الیھودُ زخرَفَتْھا كما لَتُزَخْرِفُنَّھا عبَّاسٍ ابنُ قال حبان ابن صحیح : المصدر |حبان ابن : المحدث | عباس بن عبدالله : الراوي
1615: الرقم أو الصفحة
" Sungguh kalian akan menghiasinya sebagaimana dilakukan oleh kaum Yahudi dan Nasrani (menghias tempat ibadah mereka)." 
HR Ahmad dan ibn Hibban, dia mensahihkannya.

Dari Umar al-Khattab ra:
 “النَّاسَ فَتَفْتِنَ تُصَفِّرَ أَوْ تُحَمِّرَ أَنْ وَإِیَّاكَ الْمَطَرِ، مِنَ النَّاسَ أَكِن
"Tutupilah orang-orang dari air hujan, dan janganlah kalian menghiasinya dengan warna merah atau warna kuning, sehingga orang-orang terganggu dengannya."
[HR Bukhari]

Umar ketika mengawasi projek pembesaran mesjid Nabawi buat pertama kali, memerintahkan hanya diutamakan pemasangan bumbung mesjid dan dia melarang keras dari menghiasnya kerana dia tak mahu orang yang berada di dalamnya terganggu.


Syarah
Ia sudah berlaku di zaman kita, mesjid dijadikan tarikan pelancung namun ketika solat 5 waktu, ia cuma satu atau dua saf sahaaja, Fenomena menghias mesjid ini berlaku juga di negara sunnah seperti Arab Saudi yang terus menghias mesjid haramain, malah kelambu Kaabah saja berharga 20 juta riyal dan ada kilang khas untuk menyulam benang emas pada kelambunya. Tak kurang juga negara GCC, turut berlumba membuat mesjid yang mahal dan indah untuk pelancungan. 

Maka kata Abu Darda':
Al-Hakim dan at-Tirmidzi meriwayatkan dari Abud Darda ra, dia berkata:
  “عَلَیْكُمْ فَالدِّمَارُ مَصَاحِفَكُمْ، وَحَلَّیْتُمْ مَسَاجِدَكُمْ، زَوَّقْتُمْ إِذَا
"Jika kalian menghiasi masjid-masjid dan musyhaf kalian, maka kehancuranlah yang akan menimpa kalian"
[Albani sahih]

Munculnya Zaman Lelaki Mukmin Dipagi Hari Menjadi Kafir Di Petang Harinya ( مجيء زمان (كافرا ویمسي مؤمنا الرجل یصبح

TKK 51/131 Munculnya Zaman Lelaki Mukmin Dipagi Hari Menjadi Kafir Di Petang Harinya ( مجيء زمان (كافرا ویمسي مؤمنا الرجل یصبح

Dalil hadith:
 . كافرًا ویصبحُ مؤمنًا یمسي أو . كافرًا ویمسي مؤمنًا الرجلُ یصبحُ . المظلمِ اللیلِ كقطعِ فتنًا بالأعمالِ بادروا الدنیا من بعرضٍ دینَھ یبیعُ مسلم صحیح : المصدر /مسلم : المحدث / ھریرة أبو : الراوي
118: الرقم أو الصفحة
Terj: Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti malam yang gelap gulita. Di pagi hari seseorang masih dalam keadaan mukmin, lalu menjadi kafir di petang harinya. Di petang hari seseorang masih dalam keadaan mukmin, lalu menjadi kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya demi barang habuan dunia." 
[HR Bukhari dan Muslim, ini lafaz Muslim dr Abu Hurayra ra]

Dahsyatnya fitnah dunia akhir zaman, seperti kedatangan malam yang gelap gulita. Salah satu akibat dari dahsyatnya fitnah ialah berubahnya hati manusia dengan cepat dan mudah sekali tercabutnya iman kepada kufur. Ianya berlaku dalam 12 jam sahaja, beriman di pagi hari, kemudian kufur di sebelah petangnya, beriman di petang hari kemudian kufur lagi di pagi harinya. 

Sebab utama terjadinya fenomena iman-kufur-iman-kufur ialah kerana manusia dihimpit dengan masalah cepat kaya dan ingin hidup senang.

Nasihat Rasulullah saw, segera melakukan amal saleh bila tiba zaman seperti ini kerana amat hampirnya kemunculan fitnah yang lebih besar ialah Dajjal.

Manusia Harapkan Kematian (تمني الناس الموت)

TKK 50/131 Manusia Harapkan Kematian (تمني الناس الموت)


Dalil hadith
مكانَھ لیْتَنِي یا : فیقول الرجلِ بقبرِ الرجلُ یمرَّ حتى الساعةُ تقومُ لا
البخاري صحیح : المصدر /البخاري : المحدث / ھریرة أبو : الراوي 7115: الرقم أو الصفحة
Terj: "Tidak akan tiba hari Kiamat hingga seseorang melewati kubur seseorang, lalu dia berkata, ‘Andaikata aku ada di tempatnya." 
[HR Bukhari no 7115, juga Muslim, dari Abu Hurairah]


Lafaz Muslim:
البلاءُ إلاَّ الدِّینُ بھِ ولیسَ . القبرِ ھذا صاحبِ مَكانَ كنتُ لیتَني یا ویقولُ علیھِ فیتمرَّغُ القبرِ علَى الرَّجلُ یمرَّ حتَّى الدُّنیا تذھَبُ لا بیدِهِ نفسي والَّذي
مسلم صحیح : المصدر /مسلم : المحدث / ھریرة أبو : الراوي157: الرقم أو الصفحة
Terj:
Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, dunia ini tidak akan lenyap hingga seseorang melewati kuburan, lalu ia berhenti padanya, dan berkata, ‘Andaikata aku berada di tempat penghuni kuburan ini,’ (dia mengatakannya) bukan karena agama tetapi karena dahsyatnya cobaan.” 
[HR Muslim, no 157]
 

Tanda Kiamat yang akan terjadi ialah bila manusia tidaklah lagi mahu hidup, mereka lebih suka mati. Bukan kerana mengharapkan pertemuan dengan Allah, kerana ingin bertemu Allah, atau mati kerana agama, tapi kerana tidak tertahan dengan fitnah, cubaan dan malapetaka kerana agama tidak lagi dipedulikan, banyaknya kezaliman dan penderitaan.

Kata Ibn Mas'ud:
"فَأَشْتَرِیْھِ یُبَاعُ مَوْتٌ أَلاَ فِیْھِ خَیْرَ لاَ مَا الْعَیْشُ وَھذَا"
Tidak  ada  kebaikan pada kehidupan ini, adakah kematian yang dijual sehingga aku dapat membelinya
[al-Munawi, Faidhul Qadiir (VI/418).]

Kata al-Iraqi, tanda Kiamat ini tidak semestinya merata, mungkin utk sesuatu tempat, (bayangkan anda berada di syria, Iraq, yaman, rohingya, Gazzah, chechchen, Kasymir), kemungkinan mereka ini bila melewati kubur akan mengharapkan kematian adalah lebih baik.

Kata al-Iraqi, kebiasaan manusia bila melewati kubur, dia akan benci kepada kematian, dia tidak mahu berada di situ. Tapi bila mereka melihat kuburan dan mengharapkan dia berada di situ menunjukkan betapa dahsyatnya azab yang mereka tempuhi di tempat tsb.


Fiqh hadith
Hukum Mengharapkan kematian atau cita2 Untuk Mati

Dalil hadith:
بھ نزل لضُرٍّ الموتَ أحدُكم یتمنَّینَّ لا
لِي خَیْرًا الْوَفَاةُ كَانَتْ إِذَا وَتَوَفَّنِي لِي خَیْرًا الْحَیَاةُ كَانَتْ مَا أَحْیِنِي اللَّھُمَّ فَلْیَقُلْ لِلْمَوْتِ مُتَمَنِّیًا بُدَّ لاَ كَانَ فَإِنْ بِھِ نَزَلَ لِضُرٍّ الْمَوْتَ مِنْكُمْ أَحَدٌ یَتَمَنَّیَنَّ لاَ
“Janganlah salah seorang dari kalian sekali-kali mengharapkan kematian disebabkan karena bahaya yang menimpanya. Apabila memang harus mengharapkan kematian maka hendaklah dia berdoa: “Ya Allah, hidupkanlah aku selama hidup itu lebih baik untukku, dan wafatkanlah aku apabila kematian itu lebih baik untukku.” 
[HR Al Bukhari (6351) dan Muslim (2680) dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu.]

Maka Hukum inginkan kematian adalah tercela karena perkara dunia atau terkait cobaan yang bersifat duniawi. Semisal karena sakit, karena kurangnya harta, kurangnya makanan, karena wanita, karena masalah keluarga, karena sulitnya mencari pekerjaan, dan semisalnya.

Tapi jika kerana besarnnya fitnah ke atas agama, imannya, maka dibolehkan, dalil:
مَنْسِیًّا نَسْیًا وَكُنْتُ ھَذَا قَبْلَ مِتُّ لَیْتَنِي یَا قَالَتْ النَّخْلَةِ جِذْعِ إِلَى الْمَخَاضُ فَأَجَاءَھَا
“Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa dia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, Dia 
berkata: “Aduhai, Alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi orang yang tidak berarti, lagi dilupakan.” 
[AQ S Maryam: 23]

Maryam, ibu Isa aka Jesus yang lebih rela mati dari menghadapi fitnah melahirkan bayi tanpa suami.


Halalnya Alat Muzik

♻49/131 Halalnya Alat Muzik


Maksudnya halal semua jenis muzik dan pakej yang dibawanya. 

Muzik yang jelas merosakkan seperti hard rock atau rock keras yang liriknya memuja setan, heavy metal, punk, rapp, pop... Kemudian pakejnya penari dan penyanyi wanita yang memakai pakaian sexy. 

Kemudian muncul program realiti TV untuk mencungkil bakat, spt Arab Idol, Arab Got Talent, Arab Stars. Juga di Malaysia, seperti AF, Mentor, semuanya adalah bukti berlakunya tanda kecil Kiamat. 

Musik amat diminati ramai dan merata dan mereka menghalalkannya.. Maksud menghalal ialah selesa menonton dan tidak rasa ianya melalaikan dan berdosa bila berlaku pendedahan aurat.

Halalnya Arak

48/131 Halalnya Arak


Dalil pengharaman arak amat jelas:
“Sesungguhnya (minuman) arak, berjudi (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbutan keji termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” 
[Al Maidah:90]

Dalil hadith:
اسمھا بغیر یسمونھا الخمر أمتي من ناس لیشربن
داود أبي سنن : المصدر /داود أبو : المحدث / الثوري سفیان : الراوي
 3689: الرقم أو الصفحة
Pasti akan ada sekelompok manusia dari umatku yang meminum khamr dan menamainya dengan 
nama lain 
[HR Abu Daud, sahih Albani]


Cara penghalal ialah menukar namanya kepada beer, stout, guiness stout. 

Di tahun 60'an mmg ada iklan arak di malaysia, stout adalah baik untuk kesihatan anda. Masyarakat  ketika itu tidak sedar kerana arak ditukar kepada Guiness Stout. 

Di negara seperti Turki, arak di minum secara terbuka.

Halalnya Sutera Kepada Lelaki

47/131 Halalnya Sutera Kepada Lelaki

Hari ini sutera tidak dipedulikan hukumnya oleh lelaki dan mereka memakai sutera, yang paling ketara ialah tali leher mereka diperbuat dari sutera dan mereka menghadiri majlis resmi dengan memakai pakaian batik dari sutera.
Dalil pengharamannya jelas sekali:

Dari Hudzaifah ra berkata:
. ( عَلَیْھِ نَجْلِسَ وَأَنْ وَالدِّیبَاجِ الْحَرِیرِ لُبْسِ عَنْ وَسَلَّمَ عَلَیْھِ اللهَُّ صَلَّى النَّبِيُّ نَھَانَا )
Terj:
“Nabi saw melarang kami memakai sutera dan baju di perbuat dari sutera dan duduk diatasnya.” 
[HR Bukhori, 5837]

Halalnya Zina

46/131 Halalnya Zina


Hadith dalil:
البخاري صحیح : المصدر /البخاري : المحدث / الأشعري مالك أبو : الراوي ...... ، والمعازِفَ والخمرَ ، والحریرَ الحِرَ یستحلُّونَ ، أقوامٌ أمَّتي من لیكونَنَّ
 5590: الرقم أو الصفحة
“Akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamr, alat musik (al-
ma’aazif)." 
[HR Bukhari,kitab Shahih-nya dalam Bab { باب ما جاء فیمن یستحل الخمر ویسمیھ بغیر اسمھ }
Bab Apa-Apa yang Datang Seputar Orang yang Menghalalkan Khamr dan Menamainya dengan Nama Lain.]

Hadith ini sahih, sanadnya bersambung, yang mengatakan hadith ini cacat ialah Imam Ibn Hazm al-Zahiri dan Dr Qardhawi dalam fiqh Musiqi. Namun ittifaq ahli hadith mengatakan hadith ini sahih.


Tanda ke 46, halalnya Zina. Turki antara negara pertama OIC yg menghapuskan zina mengikut 
peraturan negara EC, zina hendaklah dihapuskan kerana seks suka sama suka (consensual sex). Kemudian mereka mencela hukum hudud kerana zina sepatutnya dihalalkan. 

Di Malaysia, ada kumpulan yang mengedarkan kondom percuma, mereka menukar zina kepada amalan safe sex atau seks yang selamat hendaklah memakai kondom. Ini petanda kiamat yang jelas.

Manusia Dimuliakan Kerana Takut Kepada Kekejamannya (أكرم الرجل اتقاء شره)

45/131 Manusia Dimuliakan Kerana Takut Kepada Kekejamannya (أكرم الرجل اتقاء شره)


Dalil hadith: 
Hadith pada no 44/131
شره مخافة الرجل وأكرم .....، دولا الفيء اتخذ إذا
hadith Abu Hurairah, 
"Jika cukai tidak diagihkan....manusia dimuliakan kerana takut kepada kekejamannya." 
[HT Termidzi, kata Imam Termidzi, sanad ini dhaif, tapi ada penguat.]


Syarah
Akan muncul di akhir zaman, manusia diangkat dan dimuliakan ancaman yang dia timpakan. Ini dinamakan budaya Mafia. Rakyat takut dengan ugutan, ancaman. Contoh zaman sahabat, penduduk madinah diugut dan diancam untuk memberi baiah kepada khalifah. 

Dan seterusnya tanah Arab menyaksikan banyak pemimpin yang kejam seperti Saddam, Mubarak, Assad, di mana rakyat terpaksa mengangkat mereka kerana takut kepada kekejamannya.

Akan Muncul Pemimpin Terdiri Dari Orang Yang Rendah (Akhlak Dan Agama) (یكون زعیم القوم( أرذلھم

44/131 Akan Muncul Pemimpin Terdiri Dari Orang Yang Rendah (Akhlak Dan Agama) (یكون زعیم القوم( أرذلھم


Dalil:
أرذلھم القوم زعیم وكان ، فاسقھم القبیلة وساد ، المساجد في الأصوات وظھرت ، أباه وأقصى ، صدیقھ وأدنى ، أمھ وعق ، امرأتھ الرجل وأطاع ، الدین لغیر وتعلم ، مغرما والزكاة ، مغنما والأمانة ، دولا الفيء اتخذ إذا
Terj: "Jika harta fai' atau cukai tidak diagihkan, amanah dijadikan rebutan, zakat tidak ditunaikan, 
selain ilmu agama banyak dipelajari, lelaki tunduk kpd isterinya dan derhaka kpd ibunya, lelaki lebih 
dekat kepada temannya dan menjauh dari ayahnya, mesjid menjadi bising, wakil rakyat adalah orang fasiq, pemimpin mereka adalah orang yang rendah akhlaknya dan agamanya.., " 
[HR Termidzi, dhaif tapi tapi ada penguat kata Termidzi, dihasankan oleh Syaukani]


Syarah
Antara tanda akhir zaman ialah manusia mengangkat org yang rendah untuk memimpin mereka. Ia lebih kurang dengan di atas (no43/131). Cuma bedza pemimpin fasiq (derhaka kepada Tuhan, minum khamar, tidak solat, kejam)

Manakala yang dimaksudkan di sini pemimpin yang serba serbinya hina di sisi agama dengan bodohnya, rendah akhlaknya. Cthnya USA pernah ada presiden yang playboy (JFK) dan pelakon Hollywood (Ronald Reagan)

Pemimpin Kabilah atau wakil rakyat adalah orang fasiq (سیادة الفساق علي القبائل)

43/131 Pemimpin Kabilah atau wakil rakyat adalah orang fasiq (سیادة الفساق علي القبائل)


Dalil:
أرذلھم القوم زعیم وكان ، فاسقھم القبیلة وساد ، المساجد في الأصوات وظھرت ، أباه وأقصى ، صدیقھ وأدنى ، أمھ وعق ، امرأتھ الرجل وأطاع ، الدین لغیر وتعلم ، مغرما والزكاة ، مغنما والأمانة ، دولا الفيء اتخذ إذا
Terj: "Jika harta fai' atau cukai tidak diagihkan, amanah dijadikan rebutan, jatah zakat tidak ditunaikan, selain ilmu agama banyak dipelajari, lelaki tunduk kepada isterinya dan derhaka kepada ibunya, lelaki lebih dekat kepada temannya dan menjauh dari ayahnya, mesjid menjadi bising, wakil rakyat adalah orang fasiq.., " 
[HR Termidzi, dhaif tapi ada penguat kata Termidzi, dihasankan oleh Syaukani]


Syarah
Sepatutnya yang menjadi pemimpin kaum atau yang menjadi wakil rakyat adalah orang yang terbaik akhlak, ilmu dan mengetahu hukum hakam. Namun akhir zaman, tidak demikian, di mana yang menjadi wakil rakyat atau pemimpin kabilah dan wilayah adalah orang fasiq, maka ia akan mendatangkan musibah kepada kaumnya dan negara.

Mesjid Menjadi Bising (رفع الأصوات في المساجد)

42/131 Mesjid Menjadi Bising (رفع الأصوات في المساجد)


Dalil: Hadith sebelumnya:
المساجد في الأصوات وظھرت ، أباه وأقصى ، صدیقھ وأدنى ، أمھ وعق ، امرأتھ الرجل وأطاع ، الدین لغیر وتعلم ، مغرما والزكاة ، مغنما والأمانة ، دولا الفيء اتخذ إذا الترمذي سنن : المصدر الترمذي : المحدث ھریرة أبو : الراويالوجھ ھذا من إلا نعرفھ لا غریب : المحدث حكم خلاصة 2211: الرقم أو الصفحة
Terj: "Jika harta fai' atau cukai tidak diagihkan, amanah dijadikan rebutan, jatah zakat tidak 
ditunaikan, selain ilmu agama banyak dipelajari, lelaki tunduk kpd isterinya dan derhaka kepada  ibunya, lelaki lebih dekat kepada temannya dan menjauh dari ayahnya, mesjid menjadi bising.., 


Syarah
Mesjid sepatutnya tempat yg aman dan tenteram, bebas dari bunyi bising, namun di akhir zaman, mesjid menjadi hiruk pikuk dengan pertengkaran dan urusan perniagaan. 

Mesjid juga bising dengan aktiviti bid'ah, memainkan DVD al-Qur'an sebelum azan, bernasyid dalam mesjid, berqasidah, zikir jama'iy dengan suara yg kuat, ada bazaar di mesjid. 

Mesjid yang senyap dan aman dan lapang masih lagi mesjid il Haram, mesjid anNabawi, anda tidak akan dengar bunyi bising walaupun ratusan ribuan manusia di dalamnya.... anda akan rasa aman, lapang dan tenteram berbanding dengan 
mesjid di Malaysia yang bising dengan zikir jamaiy, ratib jamaiy dan pembacaan hizib dan wirid.

Rapat Dengan Kawan, Renggang Dengan Ayah (ادناء الأصدقاء واقصاء الأباء)

41/131 Rapat Dengan Kawan, Renggang Dengan Ayah (ادناء الأصدقاء واقصاء الأباء)


Dalil hadith:
أباهُ وأقصى صدیقَھُ وأدنى أُمَّھُ وعقَّ امرأتَھُ الرجلُ وأطاع الدِّینِ لغیرِ وتُعُلِّمَ مغرمًا والزكاةُ مغنمًا والأمانةُ دُوَلاً الفيْءُ اتُّخِذَ إذا
Terj: Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan 
perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanah dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), 
tunduk lelaki kepada isterinya dan derhaka akan ibunya, lelaki rapat dengan kawan tapi renggang 
dengan ayah..." 
[Takhrij/status hadith, lihat 40/131]


Syarah
Ini juga petanda kecil Kiamat, di mana lelaki lebih banyak masa bersosial dengan kawan-kawan dan 
melupakan ayahnya. Tanda-tandanya cuba lihat remaja lebih banyak dengan gadget spt smartfon, tablet dan notebook. Dan seterusnya dengan kawan-kawan, akhirnya mereka melupakan untuk berbakti kepada ayahnya.

Takut Isteri dan Derhaka kepada Ibu (طاعة الزوجة وعقوق الأم)

40/131 Takut Isteri dan Derhaka kepada Ibu (طاعة الزوجة وعقوق الأم)


Dalil hadith:
أُمَّھُ وعقَّ امرأتَھُ الرجلُ وأطاع الدِّینِ لغیرِ وتُعُلِّمَ مغرمًا والزكاةُ مغنمًا والأمانةُ دُوَلاً الفيْءُ اتُّخِذَ إذا الترمذي سنن : المصدر الترمذي : المحدث ھریرة أبو : الراويالوجھ ھذا من إلا نعرفھ لا غریب : المحدث حكم خلاصة 2211: الرقم أو الصفحة
Terj: Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan 
perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanah dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), 
tunduk lelaki kepada isterinya dan derhaka akan ibunya..."


Syarah
Di antara tanda kecil kiamat ialah fenomena akhir zaman di mana lelaki derhaka kpd ibunya dan 
mentaati isterinya. Banyak terjadi, ibubapa ditinggalkan dan lelaki dan keluarganya duduk di tempat yang lain, mereka melancung dan berpiknik dan mengabaikan ibubapa mereka, bahkan ada yng teramak menghantar ibu mereka ke pusat jagaan orang tua. 

Fiqh: jika bertembung antara kasih ibu dan kasih isteri, lelaki hendaklah mengutamakan ibunya, itulah kasih yang abadi.

Dalil hadith:
أمُّھُ قالَ الرَّجلِ على حقًّا أعظَمُ النَّاسِ فأيُّ قلتُ زوجُھا قالَ المرأةِ على حقًّا أعظمُ النَّاسِ أيُّ وسلَّمَ علیْھِ اللهَُّ صلَّى اللهَِّ رسولَ سألتُالزواجر : المصدر المكي الھیتمي : المحدث المؤمنین أم عائشة : الراوي
حسن إسناده : المحدث حكم خلاصة 40/2: الرقم أو الصفحةحسن بإسناد والبزار الحاكم وصححھ والنسائي أحمد أخرجھ
“Manusia yang manakah yang besar haknya atas perempuan?”. Menjawab Nabi SAW; “suaminya”. 
Berkata Aisyah; “manusia yang manakah yang besar haknya terhadap lelaki?” menjawab Nabi 
SAW; “ibunya . 
[HR Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 7353, dia mensahihkannya alBazzar, hasan, dinilai 
hasan oleh al-haithami al-makki.]

Menuntut ilmu bukan kerana mencari redha Allah (تعلم العلم لغیر الله(

39/131 Menuntut ilmu bukan kerana mencari redha Allah (تعلم العلم لغیر الله( 


Dalil hadith:
لِغَیْرِ تُعُلّمَ وَ مَغْرَمًا الزَّكَاةُ وَ مَغْنَمًا اْلاَمَانَةُ وَ دُوَلاً اْلفَيْءُ اتُّخِذَ اِذَا :ص اللهِ رَسُوْلُ قَالَ :قَالَ ھُرَیْرَةَ اَبِى عَنْالدّیْنِ
Dari Abu Hurairah, ia berkata : "Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) 
sudah dijadikan barang rebutan, amanat (kepemimpinan) dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), zakat dihutang (tidak dibayar), dipelajari hal-hal yang bukan atas dasar agama," (takhrij, lihat no 36-37)

حتى جحرھا في النملة حتى وأرضھ سمواتھ وأھل وملائكتھ سبحانھ الله إن وسلم علیھ الله صلى وقالحتى الأرض وأھل السموات وأھل وملائكتھ الله إن حدیث الخیر الناس معلم على لیصلون البحر في الحوتأبي حدیث من الترمذي أخرجھ الخیر الناس معلم على لیصلون البحر في الحوت وحتى جحرھا في النملة
صحیح حسن نسخة وفي غریب وقال أمامة
Dari abu Umamah, Nabi SAW bersabda
Artinya "Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci, malaikatNya dan penghuni langit dan bumiNya 
sehingga semut di dalam liangnya dan ikan di lautan itu memohonkan rahmat (selain Allah, 
sedangkan Allah memberikan rahmat) kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada 
manusia”
[H.R. At Tirmidzi]


Syarah
Akhir zaman, orang belajar agama dan mengajarnya kepada manusia atau agamawan/para ustaz, bukan untuk mencari keredhaan Allah tapi untuk habuan dunia, untuk kemasyhuran dan status selebriti. malah ada program realiti TV untuk agamawan.

Tidak bersihnya jiwa dengan berzakat-Zakat sebagai cukai (أن لا تطیب نفوس الناس باخراج ( مغرما والزكاة) زكاتھم

38/131 Tidak bersihnya jiwa dengan berzakat-Zakat sebagai cukai (أن لا تطیب نفوس الناس باخراج ( مغرما والزكاة) زكاتھم

Dalil:
مَغْرَمًا الزَّكَاةُ وَ مَغْنَمًا اْلاَمَانَةُ وَ دُوَلاً اْلفَيْءُ اتُّخِذَ اِذَا :ص اللهِ رَسُوْلُ قَالَ :قَالَ ھُرَیْرَةَ اَبِى نْ
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) 
sudah dijadikan barang rebutan, amanat (kepemimpinan) dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), zakat dihutang (tidak dibayar) 
[HR Termidzi, beliau mendhaifkan namun ada ulama yang mensahihkan] (lihat tanda 36-37)

Atau sebab asal pengeluaran zakat segala macam harta adalah untuk membersihkan jiwa, membersihkan harta dan mendekatkan diri pemilik harta kepada pemberi harta itu (Allah), Zakat bukanlah tax atau cukai.


Syarah
Akhir zaman zakat dilihat sebagai sama dengan income-tax dan umat Islam liat membayarnya. 
mereka melihatnya seperti cukai atau hutang dari kerajaan. Ini tanda kiamat yang berlaku sebaik saja Nabi wafat, di mana beberapa kabilah di Yaman enggan membayar zakat kerana ia anggap sebagai cukai, namun Abu Bakar segera memerangi mereka di Yemen. Oleh kerana era pertanian atau agrarian diganti oleh era perindustrian dan perdagangan, maka zakat juga perpindah dari zakat pertanian kepada zakat gaji atau Maal Al-Mustafaad. Ini kerana gaji pegawai jauh lebih besar dari pendapatan petani. Maka fuqaha lebih fokus kepada zakat gaji dan upah dari zakat ke atas komoditi pertanian. namun umat islam cuba sedaya upaya untuk melarikan diri mereka dari berzakat. Maka ini adalah tanda kiamat kecil yang sedang berlaku.

Akan terjadi Amanah menjadi Harta Rampasan perang (أن تكون الأمانة مغنیا(

37/131 Akan terjadi Amanah menjadi Harta Rampasan perang (أن تكون الأمانة مغنیا(

Dalil:
مَغْنَمًا اْلاَمَانَةُ وَ دُوَلاً اْلفَيْءُ اتُّخِذَ اِذَا :ص اللهِ رَسُوْلُ قَالَ :قَالَ ھُرَیْرَةَ اَبِى عَنْ الترمذي : المحدث ھریرة أبو : الراوي
ھذا من إلا نعرفھ لا غریب : المحدث حكم خلاصة 2211: الرقم أو الصفحة الترمذي سنن : المصدر
الوجھ
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) 
sudah dijadikan barang rebutan, amanah dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), 
[HR Termidzi, beliau menilainya dha'if, namun ada juga muhaddith yg menilai nua hasan atau sahih, 
Antaranya Imam al-Syaukani: dia menilainya hasan]


Syarah
Diakhir zaman kelak, amanah dianggap seperti harta rampasan perang, sedangkan Allah memerintahkan amanah itu ditunaikan kepada ahlinya: 
Dalil AQ:
(أھلھا الى الأمانات تأدوا أن یأمركم الله ان)
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya," 
[AQ 4:58]


Syarah
Maksud amanah dijadikan harta rampasan ialah harta termasuk derma, tabung, grant, wakaf, yayasan, diselewengkan, tidak diberi kepada kumpulan sasaran. hari banya derma atau tabung atau nama Palestine, syria, Iraq, kemboja, Rohingya tidak kesampaian kerana ada penyelewengan.

Bila Harta Fa-i' (dimonopoli )(الفيء أن یتخذ الفيء دولا(

36/131 Bila Harta Fa-i' (dimonopoli )(الفيء أن یتخذ الفيء دولا( 


Al-Fa-i'= adalah harta yang diperolehi dari musuh tanpa perang sptNabi memperolehinya dari 
kampung Banu Nadir dan Fadak, di mana org yahudi melarikan diri sebelum tentera Nabi tiba. al-Fai' juga bermaksud cukai dari non-muslim, Jizyah atau spt hari ni cukai pendapatan (income tax) dari org bukan Islam dan corporate tax ke atas perniagaan mereka. atau apa jua cukai yg dikenakan kpd bukan Islam, Harta ni adalah milik negara, 
dalilnya:
لاَ كَيْ السَّبِیلِ وَابْنِ وَالْمَسَاكِینِ وَالْیَتَامَىٰ الْقُرْبَىٰ وَلِذِي وَلِلرَّسُولِ فَلِلَّھِ الْقُرَىٰ أَھْلِ مِنْ رَسُولِھِ عَلَىٰ اللهَُّ أَفَاءَ مَّا
مِنكُم الأَْغْنِیَاءِ بَیْنَ دُولَةً یَكُونَ
Terj: "Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu”. 
[QS. Al-Hasyr: 6-7]

Namun sebagai tanda kecil Kiamat, harta atau cukai ke atas non-Muslim ini beredar di kalangan 
golongan penguasa sahaja. Sebagaimana hadith:
مَغْنَمًا اْلاَمَانَةُ وَ دُوَلاً اْلفَيْءُ اتُّخِذَ اِذَا :ص اللهِ رَسُوْلُ قَالَ :قَالَ ھُرَیْرَةَ اَبِى عَنْالترمذي : المحدث ھریرة أبو :الراوي
الوجھ ھذا من إلا نعرفھ لا غریب : المحدث حكم خلاصة 2211: الرقم أو الصفحة الترمذي سنن : المصدر
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanat (kepemimpinan) dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), 
[HR Termidzi, beliau menilainya dha'if, namun ada juga muhaddith yang menilai nua hasan atau sahih, antaranya Imam al-Syaukani: dia menilainya hasan]

الشوكاني : المحدث ھریرة أبو : الراوي
لغیره حسن : المحدث حكم خلاصة 262/8: الرقم أو الصفحة الأوطار نیل : المصدر
Syaikh Ben Othaimin, dha'if tapi ada syahid atau penguat.
عثیمین ابن : المحدث ھریرة أبو : الراوي
ضعیف كان وإن الحدیث ھذا : المحدث حكم خلاصة 633: الرقم أو الصفحة اللامع الضیاء : المصدر
شاھد لھ لكن السند


Syarah
Jika hadith ni hasan, maksudnya cukai atau income-tax (khususnya dari non-muslim) tidak 
diagihkan secara saksama, banyak berlegar di kalangan pemerintah dan ada negeri dan kumpulan sasaran tidak mendapat nikmat dari agihan cukai. Misalnya Kelantan yang berada di tangan kerajaan pembangkang, ia tidak mendapat agihan yang mencukupi untuk rakyat jelata mendapat bekalan air bersih, sistem jalan raya 4 lorong utk jalan2 utama dan pembangunan yang seimbang dengan negeri-negeri yang lain.

Ketidakpedulian Sumber Kekayaan Samada Dari Punca Haram Atau Halal (عدم المبالاة(حلال من ام حرام من المال بمصدر

35/131 Ketidakpedulian Sumber Kekayaan Samada Dari Punca Haram Atau Halal (عدم المبالاة
(حلال من ام حرام من المال بمصدر


Dalil AQ:
"Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui". 
[AQ:al-Baqarah/2 : 188]

Dalil hadith:
حرامٍ من أم حلالٍ أمن ، المالَ أخذَ بما المرءُ یُبالي لا ، زمانٌ الناسِ على لیَأتینَّ البخاري : المحدث ھریرة أبو : الراوي
2083: الرقم أو الصفحة البخاري صحیح : المصدر
Terj:
"Akan datang suatu masa pada umat manusia, mereka tidak lagi peduli dengan cara untuk 
mendapatkan harta, apakah melalui cara yang halal ataukah dengan cara yang haram"
[HR Bukhari no 2083]


Syarah
Adalah tidak munasabah si muslim yang warak, dia tidak peduli akan isu syubhah, halal dan haram dan dari mana sumber kewangannya, namun di zaman kita tidak lagi demikian, di mana mereka tidak lagi peduli dgn halal dan haram. Misalnya dalam surah al-Baqarah 2:188, orang Islam makan harta sesama sendiri dengan jalan haram, zaman kita ni banyak skim cepat kaya, banyak sindiket penipuan khususnya business online dan riba.

Juga hadith Abu Hurairah, akan tiba masanya manusia tidak lagi peduli apa cara untuk mendapatkan harta kekayaan, tipu, rasuah, suapan, sogokan, pecah amanah, penyelewengan 
kuasa dan kedudukan, judi, riba, jualan arak, rokok, seludupan, curi, GRO. ragut, samun. pesundalan, pelacuran, urutan, dan rompakan. ia terjadi dengan berleluasa, terutama tokoh-tokoh politik, mereka akan mencuri dan merompak wang rakyat.

Pupusnya Orang Soleh Dan Diangkatnya Orang Yang Hina Dina (ھلاك الوعول و ظھور التحوت)

34/131 Pupusnya Orang Soleh Dan Diangkatnya Orang Yang Hina Dina (ھلاك الوعول و ظھور التحوت)


Dalil hadith:
ویھلِكَ الخائنُ ویُؤتَمَنَ الأمینُ ویُخوَّنَ والبُخلُ الفُحشُ یظھَرَ حتَّى السَّاعةُ تقومُ لا بیدِه محمَّدٍ نفسُ والَّذي
النَّاسِ وجوهُ : الوُعولُ ) : قال ؟ والتُّحوتُ الوُعولُ وما اللهِ رسولَ یا : قالوا ( التُّحوتُ وتظھَرَ الوُعولُ
بھم یُعلَمُ لا النَّاس أقدامِ تحتَ كانوا الَّذینَ : والتُّحوتُ وأشرافُھمحبان ابن : المحدث ھریرة أبو : الراوي
 6844: الرقم أو الصفحة حبان ابن صحیح : المصدر
طرقھ بمجموع صحیح : المحدث حكم خلاصة 3211: الرقم أو الصفحة الصحیحة السلسلة : المصدر
"Tidaklah akan terjadi hari Qiamat itu, sehingga perbuatan keji dan kebakhilan tampak jelas 
merajalela, orang yang amanah dianggap khianat, orang yang khianat dipercayai. Orang-orang yang 
mulia berangsur-angsur tiada dan yang tersisa hanyalah orang-orang yang rendah !. para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah ……….. apa makna “Al- Wa’ulu” dan al-Tahut? Rasulullah menjawab : 
Al-Wa’ulu adalah para pemimpin dan semulia-mulia manusia, sedangkan Al-Tahut adalah mereka 
yang kedudukannya rendah di mata manusia”. 
[HR al-Hakim dan al-Tabrani, dinilai sahih oleh Ibn 
Hibban, no 6844 dan albani, silsilah al-dhaifah, no 3211]

Syarah
Kita menyaksikan tanda-tanda ini sedang berlaku, di mana umat islam kepupusan ulamak, cendikiawan, tokoh, dan hukama' dan diganti dengan orang-orang yang bodoh, selebriti, ahli maksiat dan manusia yang hina

یُنْكِرُونَ وَلاَ مَعْرُوفًا یَعْرِفُونَ لاَ عَجَاجَةٌ فِیھَا فَیَبْقَى اْلأَرْضِ أَھْلِ مِنْ شَرِیطَتَھُ اللهُ یَأْخُذَ حَتَّى السَّاعَةُ تَقُومُ لاَمُنْكَرًا شاكر أحمد : المحدث عمرو بن عبدالله : الراوي صحیح إسناده : المحدث حكم خلاصة 161/11: الرقم أو الصفحة أحمد مسند : المصدر
"Tidak akan tiba hari Kiamat hingga Allah mengambil orang-orang baik dari penduduk bumi, sehingga yang tersisa hanyalah orang-orang yang jelek, mereka tidak mengetahui yang baik dan tidak mengingkari yang munkar" 
[HR Ahmad, sahih, ahmad syakir.]

Yang mengisi slot kepimpinan adalah orang yang tidak baik, spt ahli sukan dan artis disanjung tinggi. Kalau anda lihat senarai penerima pingat dan darjah kebesaran, anda akan tertanya-tanya, misalnya bintang datuk untuk Shah Rukh Khan dari India, Datuk Jackie Chan dari hongkong..manusia mengangkat martabat artis, ahli sukan dan tokoh korporat. Misalnya pengerusi kasino diberi Tan Sri, pengerusi Sports Toto juga dianugrahkan Tan Sri.

لُكَعٍ بنِ لِلُكَعٍ تكونَ حتى الدنیا تَذْھَبٌ لا
الھیثمي : المحدث بردة أبو نیار بن ھانئ : الراوي
‏ثقات رجالھ : المحدث حكم خلاصة 323/7: الرقم أو الصفحة الزوائد مجمع : المصدر
Terj:
“Tidak akan lenyap dunia sehingga orang-orang pandir menguasainya." 
[HR Ahmad disahihkan oleh al-haithami.]

Orang Amanah Dianggap Pengkhianat, Si Pengkhianat Pula Dipercayai (تخوین الامین)الخائن ائتمان و

33/131 Orang Amanah Dianggap Pengkhianat, Si Pengkhianat Pula Dipercayai (تخوین الامین
)الخائن ائتمان و


Dalil:
الْخَائِنُ وَیُؤْتَمَنُ الأَمِینُ وَیُخَوَّنُ ،.... حَتَّى السَّاعَةُ تَقُومُ لا ، بِیَدِهِ مُحَمَّدٍ نَفْسُ الَّذِيالألباني : المحدث ھریرة أبو : الراوي
طرقھ بمجموع صحیح : المحدث حكم خلاصة 3211: الرقم أو الصفحة الصحیحة السلسلة : المصدر
"Dan demi (Dzat) yang jiwa Muhammad berada di tangannya, tidak akan terjadi hari kiamat sampai 
orang yang amanah (jujur) dianggap pengkhianat, dan seorang pengkhianat dipercaya." 
[HR Ahmad, Tabrani, dr Abu Hurayrah, di nilai sahih oleh al-Albani, silsilah al-sahihah 3211]


Kata ata al-Mubarakfuri, amanah = apa saja yang mewajibkan manusia melaksanakannya. 
(Tuhfatul Ahwazi, jld 4); 
Kata al-Maraghi, amanah = sesuatu yang mesti dijaga dan diserahkan kepada yang ahli 
(Tafsir al-Maraghi, jld V)

Dalam perjawatan atau employment, dua ciri penting calon untuk bekerja ialah:
...." karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah 
orang yang kuat lagi dapat dipercaya". 
[AQ-l Qashash/28 : 26].

Namun tanda kecil kiamat

Syarah: 
Namun akhir zaman, dua fenomena berlaku:
1. Orang yang amanah dan jujur dianggap pengkhianat

2. Orang yang khianat dipercayai akan datang suatu zaman, di mana orang yang memegang kuasa dan penjawat awam adalah pengkhianat; manakala orang yang baik, amanah, beragama diketepikan dalam proses kepimpinan negara.

Hadith:
السَّاعَةَ فَانْتَظِرْ أَھْلِھِ غَیْرِ إِلَى الأَْمْرُ وُسِّدَ إِذَا قَالَ إِضَاعَتُھَا كَیْفَ قَالَ السَّاعَةَ فَانْتَظِرْ الأَْمَانَةُ ضُیِّعَتْ فَإِذَا
"Jika amanah diremehkankan, maka tunggulah saat kehancuran. Sahabat bertanya: "apa yang 
dimaksud meremehkan amanah? Rasul bersabda: jika urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, 
maka tunggulah saat kehancuran."
[Hr. al-Bukhari, no 57]

Hari ni kita nampak orang khianat kepada negara, yang menggelapkan harta rakyat, tapi mereka masih dipercayai.

Berleluasa kekejian ( ظھور الفھش)

32/131 Berleluasa kekejian ( ظھور الفھش)


Dalil hadith:
علیھ الله صلى النبي عن عنھ الله رضي عمرو بن الله عبد عن "المستدرك" في والحاكم أحمد الإمام خرج
أحمد قال) ."الْمُجَاوَرَةِ وَسُوءُ الرَّحِمِ، وَقَطِیعَةُ وَالتَّفَاحُشُ، الْفُحْشُ یَظْھَرَ حَتَّى السَّاعَةُ تَقُومُ لاَ" :قَالَ وسلم.(صحیح إسناده :شاكر
Terj:
Tidak akan tiba hari Kiamat hingga banyak perbuatan dan perkataan keji, pemutusan silaturahmi, dan jeleknya hubungan bertetangga. [HR Ahmad dan al-Haakim, dinilai sahih isnadnya oleh S Ahmed Syakir]


Fahsya' = keji, kata-kata dan prilaku yang jahat. 

Misalnya berpakaian seksi, zina, berpacaran, homoseksualiti, lesbian, berpelukan, berciuaman ditempat awam, melihat fornografi di internet, kata2 cabul, lucah, menghina, memfitnah, menyibarkan air orang di internet, melaknat manusia, dll, sedangkan Nabi saw:
یَقُولُ كَانَ وَإِنَّھُ مُتَفَحِّشًا وَلاَ فَاحِشًا وَسَلَّمَ عَلَیْھِ اللهَُّ صَلَّى اللهَِّ رَسُولُ یَكُنْ لَمْ قَالَ إِذْ یُحَدِّثُنَا عَمْرٍو بْنِ اللهَِّ عَبْدِ عَنْ[البخاري رواه] أَخْلاَقًا أَحَاسِنُكُمْ خِیَارَكُمْ إِنَّ
Artinya :
Dari Abdullah bin Amru ra, dia berkata Rasulullah Saw tidak pernah berbuat keji dan tidak pula menyuruh berbuat keji, bahwa beliau bersabda: sesungguhnya sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya. 
[HR. al-Bukhari]

Buruknya semangat kejiranan (الجوار سوء)

31/131 Buruknya semangat kejiranan (الجوار سوء)


Dalil:
خرج الإمام أحمد والحاكم في "المستدرك" عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنھ عن النبي صلى الله علیھ وسلم قَالَ: "لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى یَظْھَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَاحُشُ، وَقَطِیعَةُ الرَّحِمِ، وَسُوءُ الْمُجَاوَرَةِ". (قال أحمد .(شاكر: إسناده صحیح
Terj:
"Tidak akan tiba hari Kiamat hingga banyak perbuatan dan perkataan keji, pemutusan silaturahmi, dan jeleknya hubungan bertetangga." 
[HR Ahmad dan al-Haakim, dinilai sahih isnadnya oleh S Ahmed Syakir]


Ini sedang berlaku, semangat kejiranan, ajaran Nabi saw supay ada hubungan baik dengan jiran, 
menjaga hak2 kejiranan sudah lebur. Ketidakpedulian terhadap jiran akhirnya terjadinya jenayah pecah rumah, rompakan namun jiran tidak ambil peduli. Di Saudi Arabia paling ketara setiap rumah akan dikelilingi pagar batu setinggi 10-12 kaki, maka rusaklah semangat kejiranan. Kemudian banyaknya pekerja asing di sesuatu kawasan, maka dengan berlainan bahasa dan etnik, maka semangat jiran telah rusak.

Hadith2 pasal kejiranan yang tidak lagi diamalkan:
. ُ مَنْ كَانَ یُؤْمِنُ بِا�ِ وَالْیَوْمِ اْلآخِرِ فَلاَ یُؤْذِي جَارَه
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka janganlah menyakiti tetangganya. 
[HR Muslim]

 ُ مَا زَالَ جِبْرِیلُ یُوْصِیْنِي بِالْجَارِ حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّھُ سَیُوَرِّثُھ
“Senantiasa Jibril memberikan wasiat kepadaku tentang tetangga sehingga aku mengira bahwa dia membawa perintah (dari) Allah untuk menjadikannya sebagai ahli waris. 
[HR Muslim]


Begitu jelas ajaran sunnah, supaya kita baik dalam soal kejiranan sehingga hampir kepada hukum warisan namun apa yang terjadi diseluruh dunia, khususnya di malaysia, khususnya lagi di kotaraya dan taman perumahan moden, apartmen, kondominium atau pangsa puri, semangat kejiranan sudah hilang.

Pemutusan Silaturahim (الرحم قطیعة)

♻30/131 Pemutusan Silaturahim (الرحم قطیعة)


Maksud silaturrahim dari 2 kalimah, 
Silah = hubungan, Rahim = rahim ibu
maksudnya kerabat yang ada pertalian darah.

Maka fenomena akhir zaman ialah banyaknya terjadi putus silaturrahim.

Dalil hadith:
أخرج الإمام أحمد والحاكم في "المستدرك" عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنھ عن النبي صلى الله علیھ 
وسلم قَالَ: "لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى یَظْھَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَاحُشُ، وَقَطِیعَةُ الرَّحِمِ، وَسُوءُ الْمُجَاوَرَةِ". (قال أحمد شاكر: إسناده صحیح).
الراوي : أبو سبرة سالم بن سلمة الھذلي المحدث : أحمد شاكر
 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحیح20/10 المصدر : مسند أحمد الصفحة أو الرقم:
Terj:
Tidak akan tiba hari Kiamat hingga banyak perbuatan dan perkataan keji, pemutusan silaturahmi, dan jeleknya hubungan bertetangga. 
[HR Ahmad dan al-Haakim, dinilai sahih isnadnya oleh S Ahmed Syakir]

Hadith Ibn Mas'ood ra:
إِنَّ بَیْنَ یَدَيِ السَّاعَةِ... وَقَطْعُ اْلأَرْحَامِ.
الراوي : عبدالله بن مسعود المحدث : الألباني
801 : المصدر : صحیح الأدب المفرد الصفحة أو الرقم
“Sesungguhnya menjelang terjadinya Kiamat... dan pemutusan silaturahmi.” 
[HR Ahmad, al-Bukhari dlm adab al-Mufrad dan al-Bazzar, sahih albani, sahih]


Syarah
Memang sedang terjadi sekarang meratanya fenomena putus sedara, ramai generasi baru tidak lagi kenal emak sedara, bapak sedara, atuk nenek, sepupunya, dua pupu dan seterusnya, mereka tidak saling berziarah kerana sibuknya urusan kehidupan akhir zaman. Ini kerana manusia semakin global, mereka menetap jauh dari kampung halaman.

Sedangkan pemutus silaturahim diancam neraka:
لا یدخلُ الجنَّةَ قاطعٌ
 الراوي : جبیر بن مطعم المحدث : البخاري
[ خلاصة حكم المحدث : [صحیح5984 المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 
"Tidak akan masuk Surga orang yang memutuskan silaturahmi."
[HR Muslim]

Meratanya Sifat Kikir dan Bakhil (والبخل الشح كثرة)

29/131 Meratanya Sifat Kikir dan Bakhil (والبخل الشح كثرة)


Dalil:
مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ یَظْھَرَ الشُّحُّ.الراوي : أبو ھریرة و عبدالله بن مسعود المحدث : الھیثمي
 خلاصة حكم المحدث : رجالھ رجال الصحیح غیر 330/7 المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 
‏محمد بن الحارث بن سفیان وھو ثقة
Terj:
‘Di antara tanda-tanda Kiamat adalah tersebarnya kekikiran.’
[HR Tabrani dalam al-Awsath, disahihkan 
oleh al-Haithami]

یَتَقَارَبُ الزَّمَانُ وَیَنْقُصُ الْعَمَلُ وَیُلْقَى الشُّحُّ.
الراوي : أبو ھریرة المحدث : البخاري
6037 : المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم
“Zaman saling berdekatan, amal berkurang dan kekikiran dilemparkan (ke dalam hati).” 
[HR Byukhar]

6037 Dari Abu Hurairah
لاَ یَزْدَادُ اْلأَمْرُ إِلاَّ شِدَّةً، وَلاَ یَزْدَادُ النَّـاسُ إِلاَّ شُحًّا.
الراوي : معاویة بن أبي سفیان المحدث : الھیثمي
‏ خلاصة حكم المحدث : رجالھ رجال الصحیح17/8 المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 
Terj:
“Segala urusan tidak akan bertambah kecuali semakin sulit, dan manusia tidak akan bertambah kecuali semakin kikir.” 
[HR Tabrani dari amir Muawiyah]
[Sanadnya sahih menurut al haithami]


Syarah
Antara fenomena akhir zaman ialah manusia semakin kedekut dan bakhil. Kalau anda masih ingat, ada filem P Ramlee berjodol labu dan labi, di mana majikan mereka bernama Hj Bakhil bin Lebai Kedekut. Itulah maksud kedekutnya manusia pada akhir zaman. 

Kedekut adalah sifat yg tercela:
وَمَن یُوقَ شُ َ حَّ نَفْسِھِ فَأُولَٰئِكَ ھُمُ الْمُفْلِحُون
“... 
Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” 
[Al-Hasyr: 9 dan ath-Thaghaabun: 16].

Kalau kita perhatikan manusia akhir zaman menderma, mereka akan membuat press conference dan menunjukkan cek bersaiz gergasi kepada media dengan kehadiran pemimpin. Mereka juga menderma kerana ingin melepaskan cukai korporat. Maka tanda2 sifat kikir itu sudah menjelma,