Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Pengembala Kambing Berkaki Ayam Berlumba Mendirikan Bangunan Tinggi.

♻21/131 Pengembala Kambing berkaki ayam berlumba mendirikan bangunan tinggi.

Dalil Hadith:
وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْیَانِ،
Terj: dan jika kamu melihat orang yang sebelumnya tidak beralas kaki dan tidak berpakaian, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunan.
[HR Muslim matan arba'in no 2]

Ini dinamakan hadith Jibril, di mana Jibril turun menjelma dalam bentuk manusia yang sempurna dan bertanyakan akan agama kepada baginda bertujuan menjelaskan apakah pokok2 agama Islam.

Termasuk dalam ajaran teras Islam ialah Jibril mahu umat Muhammad saw mengenali tanda2 kiamat, salah satu tanda dalam hadith Jibril ialah akan munculnya fenomena orang badui yang mundur, bangkit membina bangunan2 pencakar langit.

Siapakah pengembala kambing tersebut?
dalil hadith:
قال : یا رسولَ اللهِ ومن أصحابُ الشاءِ والحُفاةُ الجِیاعُ العالةُ قال : العَرَبُ
 الراوي : عبدالله بن عباس المحدث : أحمد شاكر 
 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحیح333/4المصدر : مسند أحمد الصفحة أو الرقم: 
Terj: “ Wahai Rasulullah, dan siapakah para pengembala kambing, orang yang berkaki ayam dalam keadaan lapar dan yang miskin itu?” Beliau menjawab, “Orang Arab.” 
[HR Ahmad, kata Ahmad Syakir, sanadnya sahih]

Inilah bukti hadith Nabawi, bahawa Burj al Khalifa Dubai adalah pemenang bangunan tertinggi dunia, hampir 1KM ke langit tingginya. Saudi Arabia tidak mahu mengalah, kini sedang membina menara
tertinggi dunia untuk mengalahkan Dubai di Jeddah, Jeddah Tower Jeddah. Maka dengan jelas Nabi menjelaskan siapa yang berlumba itu, ialah bangsa arab yg dulunya miskin dan pekerjaan utama hanyalah mengembala unta dan kambing. 

Tapi dengan penemuan minyak pada tahun 1930, dalam masa yang singkat, khususnya negara GCC menjadi pusat komersil yang paling pesat membangun. Kalau kita ke Mekah pun, dulunya menara mesjidil Haram tersergam indah, sekarang mesjid sudah tenggelam di lindungi oleh pencakar langit disekililingnya. Maka tanda kiamat ini sedang berlaku di dunia arab.

Tamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan