♻22/131 Salam Eksklusif (الخاصة على التسلیم)
Dalil hadith:
إن من أشراط الساعة، أن یمرَّ الرجلُ فى المسجد لا یُصلَّي فیھ ركعتین، وألا یسلم الرجل إلا على مَنْ
.(648: یعرف" (السلسلة الصحیحة
Terj: Dari jalur abi al-Ju'd dari Ibn Mas'uud, sabda baginda saw: " diantara petanda qiamat yaitu seseorang yang singgah masjid dia tidak mengerjakan solat ( sunnah ) dua rokaat, tidak memberi ucapan salam kecuali pada orang yang di kenali sahaja."
[HR Ahmad dan Ibn Khuzaimah, dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan di sahkahn oleh al-Albani].
Juga dalam Musnad Ahmad (أحمد أخرجھ ) 1 / 407 - 408 ):
dari Ibn Mas'ood ra
بین یدي الساعة تسلیم الخاصة
"Sesungguhnya menjelang hari Kiamat pengucapan salam adalah secara eksklusif"
[Dinilai sahih oleh Ahmad Syakir, Albani dan al-Hakim]
Syarah
أي الإسلام خیر؟ قال : تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف (متفق علیھ
“Islam yang manakah yang paling baik? Jawab Nabi: Engkau memberikan makanan dan memberi salam kepada orang yang telah kamu kenal dan yang belum kamu kenal”.
[Muttafaq’alaih dari Ibn Umar].
Bagitulah saranan Nabi saw, ucapkan salam kepada orang kita kenal dan yang tidak dikenali. Namun di akhir zaman, sebagai tanda kecil kiamat, salam menjadi eksklusif, di mana ia diucap kepada sesama puak, jamaah dan group sahaja.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan