Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Menyembunyikan Persaksian Yang Benar (الحق شھادة كتمان)

♻27/131 Menyembunyikan Persaksian Yang Benar (الحق شھادة كتمان)

Dalil hadith:
:Terj . ِّ إِنَّ بَیْنَ یَدَيِ السَّاعَةِ... شَھَادَةُ الزُّورِ وَكِتْمَانُ شَھَادَةِ الْحَق
“Sesungguhnya menjelang datangnya Kiamat… (akan banyak) persaksian palsu dan menyembunyikan persaksian yang benar. 
[HR Ahmad, disahihkan oleh al-Albani dalam silsilah al-sahihah, no 647]
الراوي : عبدالله بن مسعود المحدث : الألباني
 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحیح على شرط 647 المصدر : السلسلة الصحیحة الصفحة أو الرقم: 
مسلم
Ia sambungan dari no 26 persaksian palsu, cuma di sini maksudnya lain sikit je, menyembunyikan persaksian yang benar.


Hukum asal, Allah memerintahkan agar kita menghentikan kezaliman dan melindungi seseorang dari kezaliman. Dan salah salah satu caranya ialah Allah haramkan menyembunyikan persaksian yang benar.

Dalil al-Qur'an:
وَلا تَكْتُمُوا الشَّھَا ُ دَةَ وَمَنْ یَكْتُمْھَا فَإِنَّھُ آثِمٌ قَلْبُھ
Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan kesaksian, karena barang siapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya 
[AQ 2:283]


Akhir zaman ni manusia tahu kebenaran, tapi mereka masih mengundi pemimpin yang sama juga. PRU adalah persaksian rakyat atau pengundi kepada sistem politik yang baik, tapi mereka tetap memberi mandat kepada kezaliman. Contohnya di Egypt, manusia tahu siapa yang patut menerajui kerajaan yang sah, tapi kesaksian itu disembunyikan. 

Manusia tahu kebenaran sesuatu isu, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, kebocoran, rasuah, tapi tanda akhir zaman, kesaksian yang benar itu disembunyikan kerana perut dan hawa nafsu. Wallahu 'Alam..

Banyaknya Persaksian Palsu (شَھَادَةُ الزُّوْر)

26/131♻: Banyaknya Persaksian Palsu (شَھَادَةُ الزُّوْر)

Dalil:
إنَّ بین یديِ الساعةِ تسلیمَ الخاصةِ و فشوَ التجارةِ حتى تُعینَ المرأةُ زوجَھا على التجارةِ _ و قطعَ الأرحامِ و 
''' ِّ شھادةَ الزُّورِ وكتمانَ شھادةِ الحق
الراوي : عبدالله بن مسعود المحدث : الألباني
 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحیح على شرط 647المصدر : السلسلة الصحیحة الصفحة أو الرقم: 
مسلم
Terj: "Sesungguhnya menjelang kiamat akan ada ucapan salam khusus dan perdagangan tersebar luas sehingga seorang wanita ikut serta dengan suaminya dalam perdagangan, putusnya silaturrahim dan persaksian palsu dan menyembunyikan persaksian yg benar.” 
[HR Ahmad, sahih menurut albani dan 
hasan menurut syaikh syu'aib al-arnaouth.]


Syarah (1)
Syahadan az-Zurr ialah adalah kebohongan yang disengaja dalam persaksian. Maka, persaksian palsu sebagai sebab pembatalan kebenaran, demikian pula menyembunyikan persaksian.

Ia termasuk dosa besar atau al-Kabair, dalilnya:

Dari Abu Bakrah atau Nafi' bin al-Harith ra, dia berkata, “Dahulu kami bersama Rasulullah SAW, beliau bersabda:
أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَـرِ الْكَبَائِرِ (ثَلاَثًا)؟ اَلإِشْرَاكُ بِا�ِ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَیْنِ، وَشَھَادَةُ الزُّوْرِ -أَوْ قَوْلُ الزُّوْرِ-، وَكَـانَ 
. َ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ، فَمَا زَالَ یُكَرِّرُھَا حَتَّى قُلْنَا: لَیْتَھُ سَكَت
‘Maukah kalian aku kabarkan tentang dosa besar yang paling besar?’ (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali), ‘Menyekutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua, persaksian palsu.’” Ketika itu beliau bersandar, lalu duduk, senantiasa beliau mengulang-ulangnya hingga kami berkata (dalam hati), “Andaikata beliau diam. 
[HR Bukhari, no5976 dan Muslim]


Syarah (2)
Persaksian palsu digandingkan tiga serangkai dengan syirik, derhaka kepada ibubapa menunjukkan ia tempat muncul kezaliman dan menafikan hak orang lain. Persaksian palsu bukan sahaja di dalam proses mahkamah, juga merata; di penjawat awam, IPTA banyak kes plagiat dan penipuan sijil-sijil, malah persaksian sesama keluarga.


Inilah AMARAN Nabi Saw:
: حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِیلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ الأَْعْمَشِ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللهَِّ ٦١٨٣صحیح البخاري 
رَضِيَ اللهَُّ عَنْھُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهَِّ صَلَّى اللهَُّ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ مَنْ حَلَفَ عَلَى یَمِینِ صَبْرٍ یَقْتَطِعُ بِھَا مَالَ امْرِئٍ 
مُسْلِمٍ لَقِيَ اللهََّ وَھُوَ عَلَیْھِ غَضْبَانُ فَأَنْزَلَ اللهَُّ تَصْدِیقَ ذَلِكَ { إِنَّ الَّذِینَ یَشْتَرُونَ بِعَھْدِ اللهَِّ وَأَیْمَانِھِمْ ثَمَنًا قَلِیلاً } إِلَى 
ةَیْالآِ رِآخ - ِ 
Dari Abdullah bin Mas'ud ra.menuturkan; Rasulullah saw bersabda: 
“Barangsiapa bersumpah mengada-ada di depan hakim, dengan tujuan untuk memperoleh harta seorang muslim, maka ia berjumpa dengan Allah dan Allah murka kepadanya,” 
[Sahih Bukhari no6183]

Kemudian Allah menurunkan ayat yang membenarkan hal ini dengan ayat; 
‘Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji Allah dan sumpah mereka dengan harga yang sedikit’ 
(QS. Ali’imran 77) hingga akhir ayat. 

Manipulasi Pasaran Oleh Segelintir Peniaga (السوق على التجار بعض سیطرة)

♻25/131 Manipulasi pasaran oleh segelintir peniaga
(السوق على التجار بعض سیطرة)

Hadith dalil:
أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ قَالَ أَنْبَأَنَا وَھْبُ بْنُ جَرِیرٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ یُونُسَ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ عَمْرِو بْنِ تَغْلِبَ 
قَال
قَالَ رَسُولُ اللهَِّ صَلَّى اللهَُّ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ یَفْشُوَ الْمَالُ وَیَكْثُرَ وَتَفْشُوَ التِّجَارَةُ وَیَظْھَرَ الْعِلْمُ
 ُوَیَبِیعَ الرَّجُلُ الْبَیْعَ فَیَقُولَ لاَ حَتَّى أَسْتَأْمِرَ تَاجِرَ بَنِي فُلاَنٍ وَیُلْتَمَسَ فِي الْحَيِّ الْعَظِیمِ الْكَاتِبُ فَلاَ یُوجَد
Telah mengabarkan kepada kami ‘Amr bin Ali, ia berkata; telah memberitakan kepada kami Wahb bin Jarir, ia berkata; telah menceritakan kepadaku ayahku dari Yunus dari Al Hasan dari ‘Amr bin Taghlib, ia berkata; Rasululloh shallallohu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya diantara tanda-tanda Hari Kiamat adalah semakin banyaknya harta dan menyebarnya perdagangan, munculnya pengetahuan, seseorang menjual barang dan berkata; jangan engkau jual hingga aku meminta pertimbangan penjual dari Bani Fulan dan dicari seorang penulis yang ada disuatu kampung yang besar namun tidak ditemukan.” 
[HR an-Nasa'iy no 4380, sahih oleh al-Albani.]


Syarah
Akhir zaman, dalam hadith ini
1. Melimpahnya hartabenda, negara2 yang dulunya miskin telah makmur. Arab saudi sejak penemuan minyak pada 1932, telah merubah kehidupan rakyatnya dengan harta yang melimpah ruah. Begitu juga negara GCC.

2. Berkembangnya business, semua negara telah keluar dari negara pertanian (agrarian) kepada negara manufaturing atau perkilangan dan seterusnya kepada negara K-economy. Dengan e-commerce dan e-business, busines telah berkembang begitu pesat.

3. Munculnya ilmu (مْلِعْالَ رَھْظَیَو ُ ) maksud ayat ni agak mengelirukan, menurut as-Sanadi dalam syarah sunan nasa'iy ada beberapa versi tafsiran. Dalam manuskrip nasaiy yang lain ditulis ( ُرَھْظَیَولْھَجْال) munculnya kejahilan. 
Menjamak dua matan ini, sanadi berkata, bermaksud hilangnya ilmu. Yang kedua maksudnya munculnya ilmu baru keduniaan, dalilnya:

"Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat". (Rum ayat 7)
maksud lain ialah banyaknya percetakan (dan juga e-book)

4. Seorang ingin menjual barang tapi sukar menemui penjual dan orang yang akan mengurus jual beli. Kata dr al-Arifi, maksud tanda kecil kiamat di sini ialah manipulasi pasaran oleh segelintir peniaga melalui penguasaan pasaran sehingga peniaga kecil tidak dapat masuk pasaran melainkan dengan berunding dengan mereka yang kedua. Peniaga juga menghadapi kesukaran kerana business akhir zaman adalah dalam bentuk e-commerce, e-banking, online system, e-payment dan ini menyukarkan peniaga kecil dan sederhana untuk bersaing.

Tamat.