Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Banyaknya Kematian mendadak

♻6/151 Banyaknya Kematian mendadak

Hadith sebelum ini:
الراوي : عوف بن مالك الأشجعي المحدث : البخاري ِ اعددْ ستًا بین یديْ الساعةِ : مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بیتِ المقدسِ ، ثم موتانِ یأخذ فیكم كقُعَاصِ الغنم )
 خلاصة3176المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 
“Perhatikanlah enam tanda-tanda hari Kiamat: (1) wafatku, (2) penaklukan Baitul Maqdis, (3) wabak kematian (penyakit yang menyerang hewan sehingga mati mendadak) yang menyerang kamu bagaikan wabak penyakit qu’ash yang menyerang kambing, 
[HR Bukhari, perawi:`Auf bin Maalik ra]


Syarah:
Banyaknya kematian atau mautaan ni maksudnya wabak yang menyebabkan banyak kematian manusia seperti wabak MERS (selsema burung), JE (virus babi) dan MERS di Arabsaudi. Ia dikiaskan dengan wabak haiwan seperti fenomena wabak penyakit yang menyerang kambing di Saudi atau wabak ayam dan Mad Cow Disease di UK. Maka jika wabak tersebut menyerang, seluruh haiwan akan mati atau terpaksa di musnahkan atau cull. 

Mati yang banyak diserang wabak ni berlaku pada tahun 18 Hijrah pada masa pemerintahan Umar, maka Umar terpaksa menangguhkan lawatannya ke Syria. Tidak dapat dikenalpasti apa jenis wabak tersebut, ada yang mengatakan ianya taun. Ia berlaku di Pekan Amwas, Palestin, lebih kurang 10KM dari Baitil Maqdis dan Ramallah dan kemudiannya merebak ke Syria. Taun dalam bahasa arab maksudnya wabak.

Wabak Amwas meragut 25,000 nyawa kata Ibn Hajar di Palestine dan Syria, ia turut meragut nyawa banyak sahabat yang terbilang antaranya, Abu Ubaidah al-Jarah, Mu'adz bin Jabal dan anaknya, Syurahbil bin Hasanah, dan Fadl bin al-Abbas. Yang menariknya, akibat dari wabak inilah yang memberi laluan untuk Amir Muawiyah bin Abu Sufyan dilantik menjadi Gabenur Syria, kerana yang sepatutnya dilantik oleh Umar menerajui Syria ialah Abu Ubaidah al-Jarrah atau Muazd bin Jabal. Tapi oleh kerana keduanya mati kerana wabak, maka memberi laluan kepada Mu'awiyah menjadi Gabenur dan akhirnya khalifah umat Islam.

DA, hadith tu tak disebut sepenuhnya..Truncated ini yang full
أتیتُ النبيَّ صلَّى اللهُ علیھِ وسلَّمَ في غزوةِ تبوكَ ، وھو في قُبَّةٍ من أُدْمٍ ، فقال : ( اعددْ ستًا بین یديْ الساعةِ : 
مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بیتِ المقدسِ ، ثم موتانِ یأخذ فیكم كقُعَاصِ الغنمِ ، ثم استفاضةُ المالِ حتى یُعْطَى الرجلُ مائةُ 
دینارٍ فیظَلُّ ساخطًا ، ثم فتنةٌ لا یَبْقَى بیتٌ من العربِ إلا دخلتْھُ ، ثم ھُدْنَةٌ تكونُ بینكم وبین بني الأصفرِ ، 
. ( فیَغدرونَ فیأتونكم تحتَ ثمانینَ غایةٍ ، تحت كلِّ غایةٍ اثنا عشرَ ألفًا


Fiqh Hadith [Ada dua]

1. Jika wabak meletus, Nabi larang kita pergi ke daerah tersebut. Ini dilakukan Umar bila dia mendengar wabak Amwas merebak ke Syria, maka dia membatalkan lawatannya ke Syria.
dalil hadith:
فإذا كان بأرضٍ ، فلا تخرجوا منھا فرارًا منھُ . وإذا كان بأرضٍ ، فلا تدخلوھا
الراوي : أسامة بن زید المحدث : مسلم
2218: المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم
Terj:
Maka apabila kamu mendengar penyakit tha’un berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu datang 
ke negeri itu. Dan apabila penyakit itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, janganlah kamu 
keluar dari negeri itu untuk melarikan diri dari padanya.’
[HR Muslim no 2218]

Maka inilah maksud quarantine atau menjauhi wabak penyakit dengan tidak pergi ke tempat wabak dan orang yang duduk dalam tempat tersebut tidak keluar darinya.


2. Mati syahid kepada yang mati kerana wabak, dalil:
كان عَذابًا یبعَثُھ اللهُ على مَن یَشاءُ، فجعَلھ اللهُ رحمةً للمؤمنینَ، فلیس من عبدٍ یقَعُ الطاعونُ، فیمكُثُ في بلدِه 
( ِ صابرًا، یعلَمُ أنھ لن یُصیبَھ إلا ما كتَب اللهُ لھ، إلا كان لھ مِثلُ أجرِ الشھید
الراوي : عائشة أم المؤمنین المحدث : البخاري
5734: المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم
Terj:
“Bahwa penyakit wabak merupakan azab yang Allah timpakan terhadap siapa yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman. Tidaklah seseorang yang berada di wilayah yang terjangkit penyakit lepra, kemudian ia tetap tinggal di negerinya dan selalu bersabar, ia mengetahui bahwa penyakit tersebut tidak akan mengjangkitinya kecuali apa yang Allah tetapkan kepadanya, maka baginya seperti pahalanya orang yang mati syahid. 
[HR Bukhari, no 5734]

Mati syahid di sini adalah syahid dunia, masih perlu dimandi dan dikapankan dan disolati seperti biasa. Wallahu A'lam. 

Tamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan