Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Munculnya Puak Khawarij

10/131 Munculnya Puak Khawarij

Dalil hadith:
Dari riwayat amir mukminini Ali ra:
سَیَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمانِ قَومٌ أَحْدَاثُ اْلأَسْنَانِ سُفَھَاءُ اْلأَحْلاَمِ یَقُوْلُوْنَ قَوْلَ خَیْرِ الْبَرِیَّةِ یَقْرَؤُونَ اْلقُرْآنَ لاَ یُجَاوِزُ
 ِ"حَنَاجِرَھُمْ یَمْرُقُوْنَ مِنَ الدِّیْنَ كَمَا یَمْرُقُ السَّھْمُ مِنَ الرَّمِیَّة
"Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum, umurnya masih muda, sedikit ilmunya, mereka mengatakan dari sebaik-baik manusia. Membaca Al-Qur'an tidak melebihi kerongkongannya.Terlepas dari agama seperti terlepasnya anak panah dari busurnya". 
[HR Bukhari 3611, Muslim 1066)

Kata Ibn Hajar, ahdath al-asnan adalah syabab/pemuda, rusak minda, meriwayatkan hadith dan membaca AQ pada bibir sahaja tanpa fiqh dan ilmu. Kata Imam Nawawi, kemantapan hanya tercapai bila sampai tahap umur matang, ada banyak pengalaman hidup serta ada kekuatan akal.


Khawarij 

1. Takrif Khawarij. Ia dari kalimah 'Kharaja'= keluar, maka jama' atau plural jadi khawarij. Manakala takrifan fiqh, mereka yang keluar dari ketaatan kepada penguasa yang sah dan memeranginya.

2. Khawarij yang pertama ialah keluarnya seorang lelaki bernama Zu al-Khuwaisirah dari ketaatan
kepada Rasulullah saw ketika pembahagian harta ghanimah, dia mencela nabi secara terang-terangan kerana tidak setuju dengan cara pembahagian yang dilakukan oleh Nabi saw
dalil:
. ( ِ یَخرُجُ من ضِئضِئِ ھذا قومٌ یَمرُقونَ منَ الدین
راوي : أبو سعید الخدري المحدث : البخاري
4667: المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم
"Akan keluar dari keturunan dia ni (Zu al Khuwaisirah) satu qaum yg keluar dari agama, murtad."
[HR Bukhari no 4667]



Khawarij Yang Paling Utama 
Ketika perang Siffin berakhir dengan tahkim dan masing-masing dalam perjalanan pulang, maka sekumpulan dari tentera Ali ra bertindak keluar dan berkemah di Harura' sebelum sampai ke kota Kufah (Iraq). Kekuatan mereka dalam sekitar 8,000 hingga 16,000. Mereka berkata Ali telah kafir. Lantas Ali mengutus Ibn Abbas, sepupunya untuk berdialog dengan puak khawarij dan ada sebahagian yang kembali semula, manakala yang lain masih keras ingin membunuh Ali dan Muawiyah. Ali akhirnya memerangi mereka di Nahrawan dan berjaya membunuh kesemuanya
kecuali beberapa orang khawarij yang berjaya meloloskan diri. Dari saki baki inilah mereka menghidupkan fahaman Khawarij.


Intipati Akidah Khawarij:

1. Muslim yang melakukan kabair atau dosa besar jatuh kafir. Ini bertentangan dengan ASWJ yang
mengatakan pelaku dosa besar cuma fasiq.

2. Mengkafirkan Ali dan Muawiyah dan para sahabat yang berada dalam Perang Siffin

3. Keluar dari penguasa yang fasiq yang belum jatuh kafir.

4. Saki baki dan perkembangan puak khawarij
Ibn Tahir al-Baghdadi (Farq bayna alfiraq) menyatakan puak khawarij yang selamat dari perang Nahrawan berpecah menjadi 20 puak dan yang kekal hanya 7 puak:
* al-Muhakkimah al-Ula,
* al-Azariqah,
* an-Najdat,
* as-Sufriyyah,
* al-'Ajaridah,
* al-Ibadhiyyah dan
* ath-Tha'alibah.

Ibadhiah yang ketara menguasai Oman, di mana 75% penduduk Oman adalah khawarij Ibadhiyah.


Kemunculan Khawarij 
Apakah ia sekali atau berulang. Jawapannya ia tanda kiamat kecil yang berulang. Bermula dengan khawarij di zaman Nabi, khawarij di zaman Uthman yang berjaya membunuh beliau, khawarij di zaman Ali dan berterusannya 7 puak khawarij seperti Ibadhiah.


Fenomena khawarij di Zaman Moden
Dikenali dengan Khawarij Moden, antara ciri2nya menurut kajian Dr Azwira ialah:

1. Suka takalluf. Memberatkan diri dalam agama, pilih yang susah dan berat

2. Menolak Fiqh Taysir (mana yang mudah dalam agama)

3. Melakukan bid'ah hasanah

4. Membalut kebatilan dengan kebenaran, terutama slogan 'tiada hukum melainkan hukum Allah'

5. Membaca AQ tanpa ilmu yang sahih akan tafsirannya, mentafsir sendiri

6. Mengkafir dan memerangi umat islam

7. Rosak akidah dan menganut akidah muktazilah, AQ adalah makhluk dan Allah berada di mana-mana (Daurah Intis, 2008)


Rumusan:
Lajnah azhar (Dr Umar Abdullah Kamil)

Ciri Khawarij Moden Ada 5:
1. Cepat melabel sesat, kufur dan menyeleweng kepada penguasa dan umat islam

2. Sikap buruk sangka kepada orang lain

3. Berlebihan dalam ibadat tapi ibadat yang tidak ada kesan kepada perilaku mereka

4. Keras terhadap orang Islam

5. Tidak mendalami hukum hakam agama atau fiqh


Nota: Khawarij adalah satu siri kekerasan dari segelintir umat islam dalam beragama, dan ia tanda kiamat yang akan berulang, tetapi khawarij di zaman Ali adalah petanda kiamat yang asal.

Sekian, tamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan