Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Munculnya Puak Khawarij

10/131 Munculnya Puak Khawarij

Dalil hadith:
Dari riwayat amir mukminini Ali ra:
سَیَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمانِ قَومٌ أَحْدَاثُ اْلأَسْنَانِ سُفَھَاءُ اْلأَحْلاَمِ یَقُوْلُوْنَ قَوْلَ خَیْرِ الْبَرِیَّةِ یَقْرَؤُونَ اْلقُرْآنَ لاَ یُجَاوِزُ
 ِ"حَنَاجِرَھُمْ یَمْرُقُوْنَ مِنَ الدِّیْنَ كَمَا یَمْرُقُ السَّھْمُ مِنَ الرَّمِیَّة
"Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum, umurnya masih muda, sedikit ilmunya, mereka mengatakan dari sebaik-baik manusia. Membaca Al-Qur'an tidak melebihi kerongkongannya.Terlepas dari agama seperti terlepasnya anak panah dari busurnya". 
[HR Bukhari 3611, Muslim 1066)

Kata Ibn Hajar, ahdath al-asnan adalah syabab/pemuda, rusak minda, meriwayatkan hadith dan membaca AQ pada bibir sahaja tanpa fiqh dan ilmu. Kata Imam Nawawi, kemantapan hanya tercapai bila sampai tahap umur matang, ada banyak pengalaman hidup serta ada kekuatan akal.


Khawarij 

1. Takrif Khawarij. Ia dari kalimah 'Kharaja'= keluar, maka jama' atau plural jadi khawarij. Manakala takrifan fiqh, mereka yang keluar dari ketaatan kepada penguasa yang sah dan memeranginya.

2. Khawarij yang pertama ialah keluarnya seorang lelaki bernama Zu al-Khuwaisirah dari ketaatan
kepada Rasulullah saw ketika pembahagian harta ghanimah, dia mencela nabi secara terang-terangan kerana tidak setuju dengan cara pembahagian yang dilakukan oleh Nabi saw
dalil:
. ( ِ یَخرُجُ من ضِئضِئِ ھذا قومٌ یَمرُقونَ منَ الدین
راوي : أبو سعید الخدري المحدث : البخاري
4667: المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم
"Akan keluar dari keturunan dia ni (Zu al Khuwaisirah) satu qaum yg keluar dari agama, murtad."
[HR Bukhari no 4667]



Khawarij Yang Paling Utama 
Ketika perang Siffin berakhir dengan tahkim dan masing-masing dalam perjalanan pulang, maka sekumpulan dari tentera Ali ra bertindak keluar dan berkemah di Harura' sebelum sampai ke kota Kufah (Iraq). Kekuatan mereka dalam sekitar 8,000 hingga 16,000. Mereka berkata Ali telah kafir. Lantas Ali mengutus Ibn Abbas, sepupunya untuk berdialog dengan puak khawarij dan ada sebahagian yang kembali semula, manakala yang lain masih keras ingin membunuh Ali dan Muawiyah. Ali akhirnya memerangi mereka di Nahrawan dan berjaya membunuh kesemuanya
kecuali beberapa orang khawarij yang berjaya meloloskan diri. Dari saki baki inilah mereka menghidupkan fahaman Khawarij.


Intipati Akidah Khawarij:

1. Muslim yang melakukan kabair atau dosa besar jatuh kafir. Ini bertentangan dengan ASWJ yang
mengatakan pelaku dosa besar cuma fasiq.

2. Mengkafirkan Ali dan Muawiyah dan para sahabat yang berada dalam Perang Siffin

3. Keluar dari penguasa yang fasiq yang belum jatuh kafir.

4. Saki baki dan perkembangan puak khawarij
Ibn Tahir al-Baghdadi (Farq bayna alfiraq) menyatakan puak khawarij yang selamat dari perang Nahrawan berpecah menjadi 20 puak dan yang kekal hanya 7 puak:
* al-Muhakkimah al-Ula,
* al-Azariqah,
* an-Najdat,
* as-Sufriyyah,
* al-'Ajaridah,
* al-Ibadhiyyah dan
* ath-Tha'alibah.

Ibadhiah yang ketara menguasai Oman, di mana 75% penduduk Oman adalah khawarij Ibadhiyah.


Kemunculan Khawarij 
Apakah ia sekali atau berulang. Jawapannya ia tanda kiamat kecil yang berulang. Bermula dengan khawarij di zaman Nabi, khawarij di zaman Uthman yang berjaya membunuh beliau, khawarij di zaman Ali dan berterusannya 7 puak khawarij seperti Ibadhiah.


Fenomena khawarij di Zaman Moden
Dikenali dengan Khawarij Moden, antara ciri2nya menurut kajian Dr Azwira ialah:

1. Suka takalluf. Memberatkan diri dalam agama, pilih yang susah dan berat

2. Menolak Fiqh Taysir (mana yang mudah dalam agama)

3. Melakukan bid'ah hasanah

4. Membalut kebatilan dengan kebenaran, terutama slogan 'tiada hukum melainkan hukum Allah'

5. Membaca AQ tanpa ilmu yang sahih akan tafsirannya, mentafsir sendiri

6. Mengkafir dan memerangi umat islam

7. Rosak akidah dan menganut akidah muktazilah, AQ adalah makhluk dan Allah berada di mana-mana (Daurah Intis, 2008)


Rumusan:
Lajnah azhar (Dr Umar Abdullah Kamil)

Ciri Khawarij Moden Ada 5:
1. Cepat melabel sesat, kufur dan menyeleweng kepada penguasa dan umat islam

2. Sikap buruk sangka kepada orang lain

3. Berlebihan dalam ibadat tapi ibadat yang tidak ada kesan kepada perilaku mereka

4. Keras terhadap orang Islam

5. Tidak mendalami hukum hakam agama atau fiqh


Nota: Khawarij adalah satu siri kekerasan dari segelintir umat islam dalam beragama, dan ia tanda kiamat yang akan berulang, tetapi khawarij di zaman Ali adalah petanda kiamat yang asal.

Sekian, tamat.

Terjadinya Perang Siffin

♻9/131 Terjadinya Perang Siffin
(perang besar antara sahabat)

Dalil hadith
akan perkhabaran Nabi saw itu ialah:
الراوي : أبو ھریرة المحدث : البخاريٌ لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَقْتَتِلَ فِئَتَانِ عَظِیمَتَانِ یَكُونُ بَیْنَھُمَا مَقْتَلَةٌ عَظِیمَةٌ دَعْوَتُھُمَا وَاحِدَة
7121: المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم
Terj: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga dua kelompok besar saling berperang dan banyak 
terbunuh di antara dua kelompok tersebut, yang seruan mereka adalah satu" 
[HR Bukhari, no 7121 dan juga Muslim]

Selepas fitnah pembunuhan Uthman ra dan Perang Jamal, inilah tanda Kiamat kecil yang dimaksudkan oleh hadith di atas. Menurut Imam Ibn Hajar dalam al-Fath (Jld 13). Siffin adalah di tepi sungai Furat di Iraq dan jumlah kematian di kedua-dua belah pihak ialah besar sekitar 70,000 menurut Ibn Hajar.


Fiqh hadith
1. Ia adalah tanda kecil Kiamat yang telah terjadi pada tahun 37H.

2. Perang siffin merubah senario umat Islam selamanya, antaranya:
2.1) Munculnya fitnah puak Khawarij, juga tanda Kiamat no 10.
2.2) Adanya dua khalifah dalam satu umat Islam, Kerajaan Islam Syria pimpinan
Muawiyah ra dan kerajaan Islam yang sah di Kufah pimpinan Ali ra.

3. Sikap ASWJ terhadap perang di antara sahabat Nabi saw:
3.1) Sikap yang sahih ialah boleh membaca kisah Perang Siffin semata-mata atas dasar ingin tahu dengan membaca dari sumber sejarah yang muktabar dan neutral, antaranya Ibn al-Arabi, al-Awashim, ta'alid Muhibudin al-Khatib, Fathul Bari, dan Ibn Katsir, al-Bidayah.
3.2) Mengkritik dan mengomentari dan menghukum siapa yang salah dalam perang tersebut adalah Dilarang Keras. Walaupun sahabat bukan maksum, tapi mereka adalah manusia yang terbaik yang lahir dari asuhan nabi dan perang tersebut adalah antara kesalahan mereka dalam ijtihad masing-masing dan Allah telah mengampuni mereka berdua (Ali dan Muawiyah).
3.3) Terjadinya perang tersebut adalah mukjizat yang nabi telah khabarkan melalui hadith di atas, ia berlaku untuk pengajaran dan iktibar untuk umat yang kemudian.


Rumusan
Sikap Ahli sunnah ialah menahan diri dari membuat ulasan terhadap mana-mana pihak dalam Perang Jamal dan Siffin kerana ia menyalahi sunnah dan hadith dimana Nabi melarang umat kemudian dari membicarakan akan sahabat baginda.

Sekian, tamat.

Munculnya Banyak Saluran Satelit

♻8/131 Munculnya Banyak Saluran Satelit

Dalil hadith:
عن حذیفة قال : لیوشكن أن یصب علیكم الشر من السماء حتى یبلغ الفیافى ، قیل : وما الفیافى یا أبا عبد 
[31338 الله قال : الأرض القفر (ابن أبى شیبة) [كنز العمال
(37399 ، رقم482/7أخرجھ ابن أبى شیبة (
Terj: Dari Huzaifah: sesungguhnya akan menimpa kamu semua kejahatan dari langit sampai ke kawasan fayafi." diajukan soalan kepada beliau," apa itu al-Fayafi, ya abu Abdillah?", Jawab Huzaifah, "bumi yg terpencil." 
[HR Ibn Abi Syaibah, no 37399, juga Kanz al-Ummah, no 31338.]

Status hadith, dr al-Arifi berkata sanadnya sahih, juga menurut Abdul Basith bin Yusof alGhareeeb, murid Albani dalam kitab hadith Huzaifah dalam Fitan, hadith no 161:
عبد الباسط بن یوسف الغریب وصف الكتاب:الكتاب : جزء حدیثي في أحادیث حذیفة في الفتن المؤلف : عبد الباسط بن یوسف الغریب
(482|7 (ابن أبي شیبة


Fiqh hadith:
Kejahatan dari langit ni luas maksudnya, yakni apa saja yang berada di atas manusia, yang menyelubunginya.

1. Bahaya langit terbuka kepada TV Cable, satelit dan internet. Kata dr al-Arifi, hari ni ada lebih dari 13,000 channel TV. Maka darinya datang pelbagai fitnah dan bala. Ia bukan sahaja dilanggani oleh orang bandar, bahkan kawasan terpencil dan padang pasir pun sudah sampai piring TV Satelit.

Syarah:
Di KSA, pakej biasa ada lebih dari 1,500-2,000 saluran TV Satelit. Manakala internet pula websites yang paling top dilawati sentiasa laman web lucah atau porno.


2. Satu lagi maksud bencana dari langit ialah akan datang berleluasanya perang dan pengintipan dengan penggunaan Drone. Drone adalah robot yang berada di langit dan akan datang ia berkemampuan menyerang dan memusnahkan manusia. Zaman dulu, bila seseorang bersembunyi 
dalam padang pasir, ia tidak dapat dikesan, namun dengan adanya drone, ia akan dapat dikesan. Wallahu A'lam. 

Tamat.

Munculnya Berbagai Macam Fitnah

♻7/131 Munculnya Berbagai Macam Fitnah

Zaman ini telah membuktikan umat Islam telah diselubungi oleh pelbagai jenis fitnah. (نَتِفْلَا ( ُ adalah
bentuk jamak (plural) dari kata (ةَنْتِف ,( ٌ maknanya adalah cobaan dan ujian. Kemudian banyak digunakan untuk makna ujian yang dibenci, lalu dimutlakkan untuk segala hal yang dibenci atau berakhir dengannya seperti dosa, kekufuran, pembunuhan, pembakaran, dan yang lainnya dari segala hal yang dibenci
(Ibn Manzur, Lisanul Arab)

Dalil hadith:
بادروا بالأعمالِ فتنًا كقطعِ اللیلِ المظلمِ . یصبحُ الرجلُ مؤمنًا ویمسي كافرًا . أو یمسي مؤمنًا ویصبحُ كافرًا 
. یبیعُ دینَھ بعرضٍ من الدنیا
الراوي : أبو ھریرة المحدث : مسلم
 خلاصة118المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم: 
Terj:
"Bersegeralah melakukan amalan sholih sebelum datang fitnah (musibah) seperti potongan malam yang gelap. Yaitu seseorang pada waktu pagi dalam keadaan beriman dan di sore hari dalam keadaan kafir. Ada pula yang sore hari dalam keadaan beriman dan di pagi hari dalam keadaan kafir. Ia menjual agamanya karena sedikit dari keuntungan dunia"
[HR Muslim no 118]


Fiqh al-hadith:
1. Fitnah yang dimaksudkan hadith ialah bercampurnya kebenaran dan kebatilan seperti mana kelamnya malam tanpa bintang atau sinaran lampu. Hingga orang yang baik dan jujur pun tidak lagi dapat mengenali siapa yang baik di dalam masyarakat. Fitnah akan datang saling bertimpa atau bertali arus.

2. Fitnah yang paling dahsyat ialah fenomena kekufuran umat Islam, goyahnya iman akhir zaman hingga berlaku perubahan hati hanya dalam satu hari. Pagi beriman, petangnya murtad, atau
petangnya beriman, paginya pulak jatuh murtad.

3. Fenomena menjual agama dengan harga yang sedikit. Fenomena ustaz selebriti mungkin.

4. Antara jenis fitnah kata Dr al-Arifi, ialah fitnah pandangan terhadap yang haram, apa yang ditonton melalui TV cable atau satelit dan pertukaran klip video melalui telefon pintar.

5. Fitnah harta yang haram melalui riba, rasuah, jualbeli arak dan fesyen yang diharamkan.

6. Memakan harta yang haram, yang menghalang doa yang mustajab dan ancaman siksaan yang pedih.

7. Fitnah busana yang diharamkan oleh pria dan perempuan

8. Fitnah kesulitan hidup (dengan pelbagai cukai seperti gst), kejatuhan ekonomi dan matawang, kemiskinan, kesengseraan, yang menjatuhkan umat Islam kepada kegoyahan Iman dan mudahnya murtad dari agama.


Cara utk selamat dari fitnah akhir zaman.

Nasihat Rasullah saw:
الراوي : زید بن ثابت المحدث : مسلمَ تعوَّذوا با�ِ من الفِتَنِ ما ظھر منھا وما بطن
2867: المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم
“Mohonlah perlindungan kepada Allah dari segala fitnah, yang nampak darinya dan yang 
tersembunyi.”

Dari hadith ini, kita kena komited dengan sunnah. Pegang dengan Al Quran dan As Sunnah, pelajari Al Quran dan Sunnah, bersama dengan kumpulan yang benar, menjauhi fitnah dan ahli fitnah.


Banyaknya Kematian mendadak

♻6/151 Banyaknya Kematian mendadak

Hadith sebelum ini:
الراوي : عوف بن مالك الأشجعي المحدث : البخاري ِ اعددْ ستًا بین یديْ الساعةِ : مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بیتِ المقدسِ ، ثم موتانِ یأخذ فیكم كقُعَاصِ الغنم )
 خلاصة3176المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 
“Perhatikanlah enam tanda-tanda hari Kiamat: (1) wafatku, (2) penaklukan Baitul Maqdis, (3) wabak kematian (penyakit yang menyerang hewan sehingga mati mendadak) yang menyerang kamu bagaikan wabak penyakit qu’ash yang menyerang kambing, 
[HR Bukhari, perawi:`Auf bin Maalik ra]


Syarah:
Banyaknya kematian atau mautaan ni maksudnya wabak yang menyebabkan banyak kematian manusia seperti wabak MERS (selsema burung), JE (virus babi) dan MERS di Arabsaudi. Ia dikiaskan dengan wabak haiwan seperti fenomena wabak penyakit yang menyerang kambing di Saudi atau wabak ayam dan Mad Cow Disease di UK. Maka jika wabak tersebut menyerang, seluruh haiwan akan mati atau terpaksa di musnahkan atau cull. 

Mati yang banyak diserang wabak ni berlaku pada tahun 18 Hijrah pada masa pemerintahan Umar, maka Umar terpaksa menangguhkan lawatannya ke Syria. Tidak dapat dikenalpasti apa jenis wabak tersebut, ada yang mengatakan ianya taun. Ia berlaku di Pekan Amwas, Palestin, lebih kurang 10KM dari Baitil Maqdis dan Ramallah dan kemudiannya merebak ke Syria. Taun dalam bahasa arab maksudnya wabak.

Wabak Amwas meragut 25,000 nyawa kata Ibn Hajar di Palestine dan Syria, ia turut meragut nyawa banyak sahabat yang terbilang antaranya, Abu Ubaidah al-Jarah, Mu'adz bin Jabal dan anaknya, Syurahbil bin Hasanah, dan Fadl bin al-Abbas. Yang menariknya, akibat dari wabak inilah yang memberi laluan untuk Amir Muawiyah bin Abu Sufyan dilantik menjadi Gabenur Syria, kerana yang sepatutnya dilantik oleh Umar menerajui Syria ialah Abu Ubaidah al-Jarrah atau Muazd bin Jabal. Tapi oleh kerana keduanya mati kerana wabak, maka memberi laluan kepada Mu'awiyah menjadi Gabenur dan akhirnya khalifah umat Islam.

DA, hadith tu tak disebut sepenuhnya..Truncated ini yang full
أتیتُ النبيَّ صلَّى اللهُ علیھِ وسلَّمَ في غزوةِ تبوكَ ، وھو في قُبَّةٍ من أُدْمٍ ، فقال : ( اعددْ ستًا بین یديْ الساعةِ : 
مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بیتِ المقدسِ ، ثم موتانِ یأخذ فیكم كقُعَاصِ الغنمِ ، ثم استفاضةُ المالِ حتى یُعْطَى الرجلُ مائةُ 
دینارٍ فیظَلُّ ساخطًا ، ثم فتنةٌ لا یَبْقَى بیتٌ من العربِ إلا دخلتْھُ ، ثم ھُدْنَةٌ تكونُ بینكم وبین بني الأصفرِ ، 
. ( فیَغدرونَ فیأتونكم تحتَ ثمانینَ غایةٍ ، تحت كلِّ غایةٍ اثنا عشرَ ألفًا


Fiqh Hadith [Ada dua]

1. Jika wabak meletus, Nabi larang kita pergi ke daerah tersebut. Ini dilakukan Umar bila dia mendengar wabak Amwas merebak ke Syria, maka dia membatalkan lawatannya ke Syria.
dalil hadith:
فإذا كان بأرضٍ ، فلا تخرجوا منھا فرارًا منھُ . وإذا كان بأرضٍ ، فلا تدخلوھا
الراوي : أسامة بن زید المحدث : مسلم
2218: المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم
Terj:
Maka apabila kamu mendengar penyakit tha’un berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu datang 
ke negeri itu. Dan apabila penyakit itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, janganlah kamu 
keluar dari negeri itu untuk melarikan diri dari padanya.’
[HR Muslim no 2218]

Maka inilah maksud quarantine atau menjauhi wabak penyakit dengan tidak pergi ke tempat wabak dan orang yang duduk dalam tempat tersebut tidak keluar darinya.


2. Mati syahid kepada yang mati kerana wabak, dalil:
كان عَذابًا یبعَثُھ اللهُ على مَن یَشاءُ، فجعَلھ اللهُ رحمةً للمؤمنینَ، فلیس من عبدٍ یقَعُ الطاعونُ، فیمكُثُ في بلدِه 
( ِ صابرًا، یعلَمُ أنھ لن یُصیبَھ إلا ما كتَب اللهُ لھ، إلا كان لھ مِثلُ أجرِ الشھید
الراوي : عائشة أم المؤمنین المحدث : البخاري
5734: المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم
Terj:
“Bahwa penyakit wabak merupakan azab yang Allah timpakan terhadap siapa yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman. Tidaklah seseorang yang berada di wilayah yang terjangkit penyakit lepra, kemudian ia tetap tinggal di negerinya dan selalu bersabar, ia mengetahui bahwa penyakit tersebut tidak akan mengjangkitinya kecuali apa yang Allah tetapkan kepadanya, maka baginya seperti pahalanya orang yang mati syahid. 
[HR Bukhari, no 5734]

Mati syahid di sini adalah syahid dunia, masih perlu dimandi dan dikapankan dan disolati seperti biasa. Wallahu A'lam. 

Tamat.

Fathul Baitul Muqaddis

♻5/131: Fathul Baitul Muqaddis

hadith dalil:
أتیتُ النبيَّ صلَّى اللهُ علیھِ وسلَّمَ في غزوةِ تبوكَ ، وھو في قُبَّةٍ من أُدْمٍ ، فقال : ( اعددْ ستًا بین یديْ الساعةِ : 
مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بیتِ المقدسِ ، ثم موتانِ یأخذ فیكم كقُعَاصِ الغنمِ ، ثم استفاضةُ المالِ حتى یُعْطَى الرجلُ مائةُ 
دینارٍ فیظَلُّ ساخطًا ، ثم فتنةٌ لا یَبْقَى بیتٌ من العربِ إلا دخلتْھُ ، ثم ھُدْنَةٌ تكونُ بینكم وبین بني الأصفرِ ، 
. ( فیَغدرونَ فیأتونكم تحتَ ثمانینَ غایةٍ ، تحت كلِّ غایةٍ اثنا عشرَ ألفًا
الراوي : عوف بن مالك الأشجعي المحدث : البخاري
 خلاصة3176المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 
Terj: hadith jalur Awf bin Malik al-Asja'iy ra

Aku mendatangi Rasululullah وسلم علیھ الله صلى pada waktu perang Tabuk. Beliau ada dalam kubah, dan bersabda: “Ada enam perkara menjelang terjadinya Hari Kiamat, yaitu:
1. Kematianku,

2. Dimenangkannya Baitul Maqdis,

3. Binasanya harta seperti halnya penyakit yang menimpa kambing,

4. Membanjirnya harta sehingga seseorang diberi 100 dinar masih marah,

5. Fitnah yang memasuki setiap rumah orang Arab,

6. Perdamaian (gencatan senjata) diantara kalian dan orang-orang Romawi, kemudian mereka mengkhianatinya, lalu mendatangi kalian dengan 80 bendera dan setiap bendera ada 12.000 orang.” 
[HR Bukhari no 3176]


Semasa Nabi diutuskan, kata dr al-Arifi, Baitul Maqdis di bawah jajahan takluk Rome Kristian dan Rome adalah kerajaan yang gagah perkasa pada masa itu. Jadi bila Nabi menyatakan akan hal ini, sudah tentu para sahabat akan kehairanan. Begitu juga sekarang, Baitul maqdis jatuh di tangan
Israel dan dengan USA dan kesatuan Eropah dibelakangnya khususnya UK, maka semacam mustahil untuk umat islam membukanya buat kali ketiga. Pembukaan atau penawanan Baitul Maqdis, tanah suci ketiga umat islam adalah tanda Kiamat yang berulang-ulang, kemungkinan besar adalah tiga kali sebelum Kiamat.


Pembukaan Baitul Maqdis

Ia tanda kiamat yg berulang, kali pertama jatuh ke tangan Islam, tahun 16 Hijrah, kemudian jatuh kembali ke tangan tentera salib, berjaya dirampas kembali oleh tentera Ayyubiah pimpinan Salahudin dan jatuh kembali ke tangan Salibiyah, dan kali terakhir Baitul Maqdis jatuh ke tangan Israel tahun 1967. Maka kali ketiga baitul maqdis jatuh ke tangan islam berdasarkan hadith ini:
لا تقومُ الساعةُ حتى یقاتلَ المسلمون الیھودَ فیقتلُھم المسلمونَ حتى یختبئَ الیھودُ من وراءِ الحجرِ والشجرِ 
الراوي : أبو ھریرة المحدث : مسلمِ فیقولُ الحجرُ أو الشجرُ یا مسلمُ ! یا عبدَ اللهِ ! ھذا یھوديٌّ خلفي فتعالَ فاقتلْھ إلا الغرْقَدُ فإنھ من شجرِ الیھود
2922: المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم
Terj:
Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali (pohon) Gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.”
[hadith ni akan dibincangkan dalam tanda kecil Kiamat no 95: umat islam akhir zaman akan membunuh yahudi Israel]


Penutup
Isu palestin dan Baitul Maqdis Palestine. Dikaitkan dengan Baitul Maqdis kerana, Palestine adalah yang terakhir memiliki Baitul Maqdis sebelum ia dijajah oleh British dan dibahagikan kepada Israel pada tahun 1948 oleh resolusi PBB. Pada perang 1967, Israel akhirnya menawan Baitul Maqdis dan menjadikan Palestine semuanya di bawah penguasaan Israel, yakni Gazzah dan West Bank. Buat masa ini Baitul Maqdis di bawah jagaan bersama Kementerian Waqaf Jordan. Umat islam yang ingin melawati Baitul Maqdis kena melalui pintu masuk Jordan. Ada dua isu:

Pertama: 
Hukum melawat Baitul Maqdis, pendapat pertama dr Dr qardhawi, ialah haram melawat Baitul Maqdis buat masa ini kerana sokongan kepada perjuangan Palestine. Melawat Baitul Maqdis bermakna mengiktiraf Yahudi sebagai penakluk Baitul Maqdis. Manakala jumhur ulama, membolehkan kerana ia tanah haram ketiga umat Islam dan disamping melihat keadaan dan penderitaan rakyat Palestine di bawah dasar aparteid Israel.

Kedua: 
Hukum jihad di Palestine, apakah wajar rakyat Palestine memerangi yahudi dalam mereka lemah dan dijajah oleh Israel yang memiliki kekuatan senjata yang canggih dan dibantu oleh USA. Juga berlaku perselisihan pendapat, Dr qardhawi menyifatkan ia adalah Jihad fi sabilillah kerana mempertahankan hak tanah air dan Baitul Maqdis, manakala ulamak2 salafi, misalnya Albani dan ulamak saudi, tidak membenarkan jihad senjata terhadap Israel kerana kekuatan persenjataan yang tidak seimbang dan lemahnya umat islam seluruh dunia untuk turut membantu. Wallahu A'lam. 

Tamat.

Berakhirnya Generasi Sahabat

♻4/131 Tanda2 Kecil Kiamat - Berakhirnya Generasi Sahabat

Hadith:
صلَّینا المغربَ مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ علیھ وسلَّمَ . ثم قلنا : لو جلَسْنا حتى نصلِّيَ معھ العشاءَ ! قال فجلَسْنا 
. فخرج علینا . فقال " ما زلتُم ھھنا ؟ " قلنا : یا رسولَ اللهِ ! صلَّینا معك المغربَ . ثم قلنا : نجلس حتى 
نصلِّيَ معك العشاءَ . قال " أحسنتُم أو أصبتُم " قال فرفع رأسَھ إلى السماءِ . وكان كثیرًا مما یرفع رأسَھ إلى 
السماءِ . فقال " النجومُ أمَنَةٌ للسماءِ . فإذا ذھبتِ النجومُ أتى السماءَ ما توعد . وأنا أمنةً لأصحابي . فإذا 
. " ذھبتْ أتى أصحابي ما یوعدون . وأصحابي أمنةٌ لأمتي . فإذا ذھب أصحابي أتى أمتي ما یُوعدون
الراوي : أبو موسى الأشعري عبدالله بن قیس المحدث : مسلم
2531: المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم
Terj:
Abu Musa berkata “Kami salat Magrib bersama Rasulullah SAW, kemudian kami katakan: ‘seandainya kita duduk-duduk dan menunggu sampai shalat Isya bersama beliau lagi.’ (si perawi mengatakan) kami pun duduk-duduk (menunggu Isya) .Nabi lantas keluar menemui kami dan berkata: kalian masih disini? Kami menjawab, “Wahai Rasulullah, kami salat Magrib bersamamu. Kemudian kami katakan, “Kami tetap duduk-duduk (di masjid) agar kami dapat salat Isya’ bersama Anda.” Baginda bersabda: Bagus kalian atau benar kalian! Perawi menambahkan: Nabi SAW kemudian mendongak kepala ke langit dan beliau memang sering mendongakkan kepala ke langit. Beliau lantas bersabda: “Bintang-bintang adalah amanah bagi langit; jika bintang mati, maka datanglah pada langit sesuatu yang mengancamnya. Dan aku adalah amanah bagi sahabatku; jika aku mati, Maka datanglah kepada para sahabat sesuatu yang mengancam mereka. Sahabatku adalah amanah Umatku; jika mereka mati, maka datanglah kepada umatku sesuatu yang mengancam mereka." 
[HR Muslim no 2531]


Fiqh Hadith

1. Menjadi kebiasaan para sahabat selepas maghrib, mereka menunggu masuknya waktu Isya'

2. Bintang-bintang adalah "amanah" langit atau penstabil dan penguat cakrawala. Ini suatu ilmu yang baru diperkenalkan oleh Nabi 1430 tahun sebelum ilmu cosmology. Yakni bintang2 adalah penstabil langit, tanpa bintang, maka alam akan musnah. Pada masa itu, orang Greek menganggap bintang-bintang adalah dewa dan Tuhan lalu lahirnya horoskop, kemudian orang arab juga membuat pelbagai metos tentang bintang. Maka dengan hadith ini dijelaskan fungsi bintang2 ialah menstabilkan alam buana.

3. Nabi saw menjelaskan dirinya adalah amanah atau penstabil sahabatnya, bila baginda wafat, maka terjadi kegoncangan dengan beberapa fitnah, kegoncangan semasa pemilihan khalifah, murtad di Yaman, Nabi palsu, Perang Jamal, Perang Sifin, pembunuhan Umar, Uthman, Ali, munculnya Khawarij dan pembunuhan Husin di Karbala dan munculnya syiah.
100 tahun pertama hijrah adalah generasi sahabat,
خَیْرُ أُمَّتِي قَرْنِي sebaik-baik umatku (sahabat) adalah qurunku" 
[HR Bukhari-Muslim]

4. Sahabat adalah penstabil umat Muhammad saw. Berakhirnya generasi sahabat, maka bermula munculnya bid'ah, satu bencana yang menimpa agama, syirik dengan munculnya fahaman tareqat dan penyibaran hadith palsu yang banyak.

صلَّى بنا رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ علیھ وسلَّمَ ذاتَ لیلةٍ ، صلاةَ العشاءِ ، في آخرِ حیاتِھ . فلما سلَّم قام فقال " 
أرأیتَكم لیلتَكم ھذه ؟ فإنَّ على رأسِ مائةِ سنةٍ منھا لا یبقى ممن ھو على ظھرِ الأرضِ أحَدٌ " . قال ابنُ عمرَ 
: فوھَل الناسُ في مقالة ِرسولِ اللهِ صلَّى اللهُ علیھ وسلَّمَ تلك ، فیما یتحدَّثون من ھذه الأحادیثِ ، عن مائةِ 
سنةٍ . وإنما قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ علیھ وسلَّمَ : لا یبقى ممن ھو الیومَ على ظھرِ الأرضِ أحَدٌ . یرید بذلك 
الراوي : عبدالله بن عمر المحدث : مسلم . ُ أن ینخرِمَ ذلك القَرن

Terj:
Setelah Rasulullah saw mendirikan shalat isya’ dengan kami pada suatu malam pada akhir-akhir masa hidup beliau, ketika beliau mengucapkan salam, seraya beliau berdiri dan bersabda: “Tidakkah kalian melihat pada malam hari ini, sesungguhnya pada penghujung 100 tahun sejak malam ini, tidak akan ada seseorang yang akan tetap hidup di muka bumi”. Ibnu Umar berkata: Maka yg hadir terkejut dengan pernyataan Rasulullah saw tersebut, mereka membicarakannya tentang hadits 100 tahun di atas. Padahal sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan ada seseorang yang akan tetap hidup di muka bumi, yang dimaksud adalah berlalunya abad tersebut….”. yakni berlalunya generasi sahabat.
[HR Muslim no 2537]

5. Takrifan sahabat dari Ibn Hajar rh.
الصحابي من لقي النبى صلى الله علیھ وسلم مؤمنا بھ ومات على الاسلام
Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim. Jumlah para sahabat: tidak ada satu pun riwayat yang sahih akan jumlah sebenar sahabat kerana bilangannya mustahil untuk dicatatkan dengan tepat, cuma andaian sahaja...

6. Sahabat bersifat adil dan tidak boleh mengkritiknya, demikian kata Imam Nawawi, kerana perbuatan mengkritik mereka adalah menyimpang dr AQ yang menyatakan keadilan mereka. Antara dalil keadilan sahabat dalam AQ At-taubah : 100.
[Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.] 


TAMMAT 4/131 Berlalunya sahabat, maka umat hilang keamanannya, sebagaimana langit atau alam hilangnya gugusan bintang dan meteor.

Terbelahnya Bulan

♻3/131: Tanda Kecil Kiamat - Terbelahnya Bulan

Dalil :
ٌّ اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ * وَإِنْ یَرَوْا آیَةً یُعْرِضُوا وَیَقُولُوا 
"Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan. Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat sesuatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata: (Ini adalah) sihir yang terus menerus."
[QS. Al-Qamar: Ayat 1-2]

Tafsir Ibn katsir al-Qamar: ayat 1-2
قد كان ھذا في زمان رسول الله صلى الله علیھ وسلم، كما ورد ذلك في الأحادیث المتواترة بالأسانید 
الصحیحة. وقد ثبت في الصحیح عن ابن مسعود أنھ قال: «خمس قد مضین: الروم، والدخان، واللزام، 
والبطشة، والقمر» وھذا أمر متفق علیھ بین العلماء: أن انشقاق القمر قد وقع في زمان النبي صلى الله علیھ 
. وسلم وأنھ كان إحدى المعجزات الباھرات
Peristiwa itu berlaku di zaman Rasulullah SAW sebagaimana Warid (disebut) dalam hadit2 yang Mutawatir (banyak jalan riwayatnya) dengan sanad2 yang sahih.

Dalam sebuah Hadith Sahih, Ibn Mas'ood
berkata, " lima perkara terjadi (tanda kiamat): Rom, asap, kematian, siksaan yang keras dan bulan (terbelah)."
* sepakat ulama' bahawa terbelahnya bulan terjadi di zaman Nabi saw dan ia termasuk "mukjizat yang hebat."
* [HR Bukhari, 4825. Muslim, 2798]


Hadith 1: Ibn Mas'ood ra
بَیْنَمَا نَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللهَِّ صَلَّى اللهَُّ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ بِمِنًى إِذَا انْفَلَقَ الْقَمَرُ فِلْقَتَیْنِ فَكَانَتْ فِلْقَةٌ وَرَاءَ الْجَبَلِ وَفِلْقَةٌ دُونَھُ 
فَقَالَ لَنَا رَسُولُ اللهَِّ صَلَّى اللهَُّ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ اشْھَدُو
Ketika kami bersama Rasulullah saw di Mina, tiba-tiba bulan terbelah menjadi dua bagian. Satu bagian berada di belakang atas gunung (Hira’) dan separoh lainnya (berada) sedikit di bawahnya. Maka Rasulullah saw bersabda kepada kami: “Saksikanlah.”
[HR Bukhari, 4864. Muslim, 2800]


Hadith 2: Anas ra
الراوي : أنس بن مالك المحدث : البخاري . ِ أن أھلَ مكةَ سألوا رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ علیھ وسلَّم أن یُرِیَھم آیةً، فأراھمُ انشِقاقَ القمر
3637:المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم
Terj:
 "Penduduk (kaum musyrikin) Makkah pernah meminta kepada Rasulullah saw agar beliau 
menunjukkan tanda kenabian. Maka beliau menunjukkan kepada mereka terbelahnya bulan.” 
[al-Bukhari, no 3637]


Huraian: 
Walaupun ia tanda yang telah lama terjadi, namun ia menjadi ilmu kepada kita bahawa ia juga salah satu tanda kecil kiamat, dinyatakan dalam AQ surah al-Qamar dan ia juga salah satu mukjizat baginda yang tak kurang hebatnya berbanding dengn mukjizat Nabi Musa dan Isa AS. 

Tamat.

Kewafatan Nabi Saw pada 12 Rabiulawal 11 hijrah

♻2/131 Tanda Kecil Kiamat: Kewafatan Nabi Saw pada 12 Rabiulawal 11 hijrah.

Dalil :
 النبيَّ صلَّى اللهُ علیھِ وسلَّمَ في غزوةِ تبوكَ ، وھو في قُبَّةٍ من أُدْمٍ ، فقال : ( اعددْ ستًا بین یديْ الساعةِ : 
مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بیتِ المقدسِ ، ثم موتانِ یأخذ فیكم كقُعَاصِ الغنمِ ، ثم استفاضةُ المالِ حتى یُعْطَى الرجلُ مائةُ 
دینارٍ فیظَلُّ ساخطًا ، ثم فتنةٌ لا یَبْقَى بیتٌ من العربِ إلا دخلتْھُ ، ثم ھُدْنَةٌ تكونُ بینكم وبین بني الأصفرِ ، 
. ( فیَغدرونَ فیأتونكم تحتَ ثمانینَ غایةٍ ، تحت كلِّ غایةٍ اثنا عشرَ ألفًا
الراوي : عوف بن مالك الأشجعي المحدث : البخاري

 خلاصة3176المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 

Terj: hadith jalur Awf bin Malik al-Asja'iy ra

“Aku mendatangi Rasuulullah وسلم علیھ الله صلى pada waktu perang Tabuk. Beliau ada dalam kubah, dan bersabda: “Ada enam perkara menjelang terjadinya Hari Kiamat, yaitu:
 1. Kematianku,
 2. Dimenangkannya Baitul Maqdis,
 3. Binasanya harta seperti halnya penyakit yang menimpa kambing,
 4. Membanjirnya harta sehingga seseorang diberi 100 dinar masih marah,
 5. Fitnah yang memasuki setiap rumah orang Arab,
 6. Perdamaian (gencatan senjata) diantara kalian dan orang-orang Romawi, kemudian mereka mengkhianatinya, lalu mendatangi kalian dengan 80 bendera dan setiap bendera ada 12.000 orang.” 
[HR Bukhari no 3176]


Sekarang fokus kepada kewafatan Nabi saw sebagai tanda kecil kedua Kiamat, Bila nabi wafat, sahabat merasakan memang seperti Kiamat. Dan madinah tidak lagi sama, suasananya sudah berubah sama sekali. yang pertama di rasakan Abu Bakar ialah terputusnya wahyu. Ini satu musibah yang amat besar dan selepas itu muncullah Riddah atau murtad dan pelbagai peristiwa seperti pembunuhan Uthman, Perang jamal dan Perang Siffin.


Fiqh Sampingan Dari Kewafatan Nabi Saw.

1.  Tarikh kewafatan Nabi yang sahih ialah hari Isnin, 12 Rabilul awal 11 hijrah selepas 10 hari sakit tenat.

2. Baginda di makamkan pada hari Rabu kerana isu perlantikan khalifah yang baru, isu dimana akan disemadikan dan kegawatan dan panik yang menimpa umat Islam, khususnya penduduk Madinah.

3. Isu kenapa berlaku kekecohan semasa Nabi meminta alat tulis untuk mewasiatkan sesuatu, namun dilarang oleh Umar al-Khattab. Umar berbuat demikian melihatkan Nabi dalam keadaan tenat dan pesanan akhirnya sudah dinyatakan sebelum itu.

4. Timbul isu apakah ungkapan terakhir ketika beliau wafat, kebanyakan manusia 
menyatakan "ummati, ummati, ummati". Yang sahih, lafaz terakhir ialah "fi Rafiq al-
A'la" bermaksud baginda ingin segera bersama teman yang Maha tinggi, yakni Allah. Ia juga tawhid akan beradaan Allah di tempat yang Tinggi.

5. Isu di manakah tempat terakhir baginda menghembuskan nafas terakhir. Pengaruh 
syiah mengatakan di rumah Fateemah, yang sahih ialah di rumah Aisyah.

6. Apakah pusara Nabi itu dalam mesjid nabawi? Jawabnya TIDAK, ia adalah asalnya rumah Aisyah ra, oleh kerana pembesaran mesjid, maka kelihatan ia berada di dalam mesjid.

7. Warna kubah hijau betul2 di atas pusara Nabi itu dibuat oleh Sultan Uthmaniah pada tahun 1253 oleh Sultan Abdu Hamid, ia kekal sampai sekarang. 

Sekian.

Terutusnya Nabi SAW

Siri Tanda-tanda KIAMAT
[[ Dihimpunkan 131 petanda kecil akan berlakunya Kiamat. ]]

Rujukan Utama :
Susunan tanda mengikut kitab Nihayah al-'aalam, karya Prof Dr Muhammad Al-Arifi, King Saud Univ, Riyadh

Disampaikan Oleh : THTL, Jazan, KSA

Tanda-tanda kecil Kiamat:
Tanda2 sebelum berlakunya Kiamat dengan tempoh yang agak lama, ia mungkin berulang, sudahpun berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku dalam masa terdekat.

**************************************************************

1/131 Terutusnya Nabi SAW

Dalil 1 :
Hadits Sahl bin Sa’d t beliau ra berkata :
رَأَیْتُ رَسُولَ اللهَِّ صَلَّى اللهَُّ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ قَالَ بِإِصْبَعَیْھِ ھَكَذَا بِالْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِي الإِْبْھَامَ بُعِثْتُ وَالسَّاعَةُ كَھَاتَیْن

Aku melihat Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan dua jarinya seperti ini iaitu jari tengah dan jari telunjuk (seraya berkata): “Aku dan hari kiamat diutus.” 
[HR Bukhari no 4936]


Dalil 2:
بُعِثتُ أنا والسَّاعةُ كھاتَیْن
الراوي : أنس بن مالك المحدث : البخاري
 خلاصة6504المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 
Dari Anas, ‘(Masa) diutusnya aku dan (hari terjadinya) Kiamat seperti dua (jari) ini’,
[Sahih Bukhari no 6504]


Dalil 3:
الراوي : أبو جبیرة بن الضحاك الأنصاري المحدث : الألبانيِ بُعِثْتُ في نَسَمِ السَّاعة
 خلاصة حكم المحدث : صحیح2832المصدر : صحیح الجامع الصفحة أو الرقم: 
dari abu Jubairah
“Aku diutus pada awal hembusan angin Kiamat (awal tanda-tanda Kiamat).”
[HR al hakim, disahihkan oleh albani dalam sahihul Jaami' no 2832]


Perutusan nabi saw sbg tanda kecil Kiamat


:ویقول الإمام القرطبي
أولھا النبي صلى الله علیھ وسلم؛ لأنھ نبي آخر الزمان، وقد بُعِثَ ولیس بینھ وبین القیامة ن
Terj. Berkata Imam Al Qurtubi rh:

“Tanda Kiamat yang pertama adalah diutusnya Nabi saw, karena beliau adalah Nabi akhir zaman dan beliau telah diutus sementara tidak ada lagi Nabi di antara beliau dan hari Kiamat.”
[At-Tadzkirah fii Ahwaalil Mautaa’ wa Umuuril Aakhirah (1: 710)


Rumusan
Perutusan Nabi Muhammad SAW adalah tanda kiamat kecil yang pertama. Mungkin kita rasakan ia sudah lama berlaku, kira2 1436 tahun yang lalu, akan tetapi inilah tanda yang pertama kerana selepas Nabi Saw tiada lagi Nabi yang baru, menandakan inilah berakhirnya dunia, Adam as sampai Muhammad SAW. 1436 tahun di sisi Allah tidak sama dengan kiraan tahun di sisi kita.