19/131 Perempuan Hamba melahirkan Tuannya (ربتھا الأمة ولادة)
Dalil Hadith:
Dari amir al-mukminin Umar ra,
.سَأُخْبِرُكَ عَنْ أَشْرَاطِھَا: إِذَا وَلَدَتِ الْمَرْأَةُ رَبَّتَھَا
“Aku akan memberitahukan kepadamu tanda-tandanya; jika seorang (sahaya) wanita melahirkan tuannya.” [2]
[Muttafaq ‘alaih] matan arba'een no 2
Penjelasan terbaik ialah dari Imam Ibn Hajar dan Imam Nawawi yang syarah hadith ini. Maksud tanda kiamat ni ada pelbagai, ini yang dikemukakan sebagai terkuat.
Pendapat #1 (majoriiti):
Meluasnya empayar Islam dan banyak hamba sahaya perempuan hingga melahirkan anak, dan status anak itu lebih tinggi dari ibunya kerana ibunya masih status hamba.
➡ Kritik atas pendapat ini kata Ibn Hajar, ia berlaku di zaman Nabi Saw lagi, banyak tawanan perang dijadikan hamba sahaya. Maka ia tidak kuat.
Pendapat #2
Maksud hamba melahirkan tuan adalah banyak berlaku proses jualbeli hamba di pasar hamba, hingga berakhir dengan si anak membeli ibunya sendiri.
➡ Ini juga tidak kuat
Pendapat #3:
Hamba melahirkan tuan maksudnya banyak orang derhaka kepada ibubapa di akhir zaman sebab itu digunakan kalimah "rabbataha" manusia yang berlagak macam tuhan kepada ibunya.
➡ Kata Ibn Hajar inilah yang paling kuat.
Pendapat #4:
Ia berasal dari Ibn Katsir, dia mengatakan hamba perempuan lebih disukai di akhir zaman.
Syarah
Maksud hamba perempuan diakhir zaman ialah banyak, kemungkinan ia adalah GRO, pelacur, mistress (perempuan simpanan) atau istilahnya hamba seks. Kalau lihat sekarang, banyak berlaku perdagangan manusia khususnya wanita untuk djadikan hamba seks dalam sektur pelacuran.
Rumusan
Maksud hadith perempuan hamba melahirkan bossnya ialah banyaknya derhaka kepada kedua ibubapa, yakni generasi yang tidak lagi hormat kepada kedua org tua dan ujudnya kembali
perdagangan seks dan manusia lebih meminatinya dari perkahwinan.
Refer tambahan:
Fath albari, jld 1.
Syarah Muslim, jld 1
Ibn Katsier, al-nihayah tahqiq
Dr Taha zaini dan jami' Uloom wal Hikam
Ibn Rajab syarah hadith Jibril
Syaikh Uthaimin, syarah hadith Jibril.
TAMAT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan