Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Meratanya Keamanan Dan Tenteram

♻12/131 Meratanya keamanan dan tenteram


Dalil Hadith
Hadith #1 Jalur Abu Hurayra ra
لا تقومُ الساعَةُ حتى تعودَ أرْضُ العربِ مروجًا وأَنْھَارًا وحتى یسیرَ الراكِبُ بینَ العِرَاقِ ومَكَّةَ لاَ یَخَافُ إلاَّ 
[ ُ ضَلاَلَ الطریقِ [ وحتَّى یَكْثُرَ الْھَرْجُ قالوا وما الھَرْجُ یا رسولَ اللهِ قال القتل
الراوي : أبو ھریرة المحدث : الھیثمي
 خلاصة حكم المحدث : رجالھ رجال الصحیح334/7المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 
Terj:
Dari Abu Hurairah ra diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda : "Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga bumi arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai dan sehingga musafir dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut (aman dan selamat) kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadinya banyaknya 'harj'. Mereka bertanya apakah dia 'harj' ya Rasulullah SAW ? Jawab baginda ; pembunuhan"
[HR Ahmad, disahihkan oleh al-Haithami]


Fiqh Hadith
1. Pada zaman dulu bumi arab adalah hijau dan sungai- banyak yang mengalir. Kemudian
menjadi tandus seperti sekarang, tetapi kalau sesiapa yang datang ke Saudi dapat merasakan Saudi semakin hijau, berlaku perubahan cuaca, salji turun di madinah, dan taburan hujan yang banyak dan kerapnya banjir di semua bandaraya KSA

2. Bila disebut keselamatan di zaman dulu, maka ia suatu yang menakutkan apatah lagi perjalanan dari Mekah ke Iraq atau syria. Bila Nabi kata akan berlaku aman di tanah arab dan perjalanan semua selamat, ia adalah suatu keajaiban. Tapi keamanan itu berjaya dicapai ketika era sahabat di mana Aisyah ra kerap mengerjakan umrah kerana amannya perjalanan. Begitu juga di zaman Umar Abdul Aziz juga aman perjalanan di seluruh tanah
arab. Sekarang keselamatan itu telah hilang, di saudi, wanita dilarang memandu kerana tahap keselamatan yang amat buruk di Saudi Arabia. Maka kejadian aman di zaman sahabat dan Umar Abd Aziz itu adalah petanda kiamat yang telah berlalu.


Hadith #2 dari Adi
فقال : ( یا عدي، ھل رأیت الحیرة ) . قُلْت : لم أرھا، وقد أنبئت علیھا، قال : ( فإن طالت بك الحیاة، لترین 
الظعینة ترتحل من الحیرة، حتى تطوف بالكعبة لا تخاف أحدًا إلا الله
الراوي : عدي بن حاتم الطائي المحدث : البخاري
 خلاصة3595المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 
Terj:
‘Wahai ‘Adi! Apakah engkau melihat (kota) al-Hirah?’ ‘Aku belum melihatnya, sementara aku telah mendapatkan berita tentangnya,’ jawabku. Beliau bersabda, ‘Jika umurmu panjang, niscaya engkau akan melihat seorang wanita melakukan perjalanan dari al-Hirah hingga dia melakukan thawaf di sekeliling Ka’bah tanpa merasa takut kepada seorang pun kecuali kepada Allah,’ 
[HR Bukhari no 3595]


Syarah
Hirah adalah di Kufah. Keamanan perjalanan ini tercapai di Era Sahabat dan Era Abbasiah. Ia akan berulang kembali ,di mana wanita boleh memandu dari Iraq ke Mekah pada zaman Nabi Isa nanti (Lihat topik akan datang, turunnya Isa AS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan