Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Fathul Baitul Muqaddis

♻5/131: Fathul Baitul Muqaddis

hadith dalil:
أتیتُ النبيَّ صلَّى اللهُ علیھِ وسلَّمَ في غزوةِ تبوكَ ، وھو في قُبَّةٍ من أُدْمٍ ، فقال : ( اعددْ ستًا بین یديْ الساعةِ : 
مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بیتِ المقدسِ ، ثم موتانِ یأخذ فیكم كقُعَاصِ الغنمِ ، ثم استفاضةُ المالِ حتى یُعْطَى الرجلُ مائةُ 
دینارٍ فیظَلُّ ساخطًا ، ثم فتنةٌ لا یَبْقَى بیتٌ من العربِ إلا دخلتْھُ ، ثم ھُدْنَةٌ تكونُ بینكم وبین بني الأصفرِ ، 
. ( فیَغدرونَ فیأتونكم تحتَ ثمانینَ غایةٍ ، تحت كلِّ غایةٍ اثنا عشرَ ألفًا
الراوي : عوف بن مالك الأشجعي المحدث : البخاري
 خلاصة3176المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 
Terj: hadith jalur Awf bin Malik al-Asja'iy ra

Aku mendatangi Rasululullah وسلم علیھ الله صلى pada waktu perang Tabuk. Beliau ada dalam kubah, dan bersabda: “Ada enam perkara menjelang terjadinya Hari Kiamat, yaitu:
1. Kematianku,

2. Dimenangkannya Baitul Maqdis,

3. Binasanya harta seperti halnya penyakit yang menimpa kambing,

4. Membanjirnya harta sehingga seseorang diberi 100 dinar masih marah,

5. Fitnah yang memasuki setiap rumah orang Arab,

6. Perdamaian (gencatan senjata) diantara kalian dan orang-orang Romawi, kemudian mereka mengkhianatinya, lalu mendatangi kalian dengan 80 bendera dan setiap bendera ada 12.000 orang.” 
[HR Bukhari no 3176]


Semasa Nabi diutuskan, kata dr al-Arifi, Baitul Maqdis di bawah jajahan takluk Rome Kristian dan Rome adalah kerajaan yang gagah perkasa pada masa itu. Jadi bila Nabi menyatakan akan hal ini, sudah tentu para sahabat akan kehairanan. Begitu juga sekarang, Baitul maqdis jatuh di tangan
Israel dan dengan USA dan kesatuan Eropah dibelakangnya khususnya UK, maka semacam mustahil untuk umat islam membukanya buat kali ketiga. Pembukaan atau penawanan Baitul Maqdis, tanah suci ketiga umat islam adalah tanda Kiamat yang berulang-ulang, kemungkinan besar adalah tiga kali sebelum Kiamat.


Pembukaan Baitul Maqdis

Ia tanda kiamat yg berulang, kali pertama jatuh ke tangan Islam, tahun 16 Hijrah, kemudian jatuh kembali ke tangan tentera salib, berjaya dirampas kembali oleh tentera Ayyubiah pimpinan Salahudin dan jatuh kembali ke tangan Salibiyah, dan kali terakhir Baitul Maqdis jatuh ke tangan Israel tahun 1967. Maka kali ketiga baitul maqdis jatuh ke tangan islam berdasarkan hadith ini:
لا تقومُ الساعةُ حتى یقاتلَ المسلمون الیھودَ فیقتلُھم المسلمونَ حتى یختبئَ الیھودُ من وراءِ الحجرِ والشجرِ 
الراوي : أبو ھریرة المحدث : مسلمِ فیقولُ الحجرُ أو الشجرُ یا مسلمُ ! یا عبدَ اللهِ ! ھذا یھوديٌّ خلفي فتعالَ فاقتلْھ إلا الغرْقَدُ فإنھ من شجرِ الیھود
2922: المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم
Terj:
Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali (pohon) Gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.”
[hadith ni akan dibincangkan dalam tanda kecil Kiamat no 95: umat islam akhir zaman akan membunuh yahudi Israel]


Penutup
Isu palestin dan Baitul Maqdis Palestine. Dikaitkan dengan Baitul Maqdis kerana, Palestine adalah yang terakhir memiliki Baitul Maqdis sebelum ia dijajah oleh British dan dibahagikan kepada Israel pada tahun 1948 oleh resolusi PBB. Pada perang 1967, Israel akhirnya menawan Baitul Maqdis dan menjadikan Palestine semuanya di bawah penguasaan Israel, yakni Gazzah dan West Bank. Buat masa ini Baitul Maqdis di bawah jagaan bersama Kementerian Waqaf Jordan. Umat islam yang ingin melawati Baitul Maqdis kena melalui pintu masuk Jordan. Ada dua isu:

Pertama: 
Hukum melawat Baitul Maqdis, pendapat pertama dr Dr qardhawi, ialah haram melawat Baitul Maqdis buat masa ini kerana sokongan kepada perjuangan Palestine. Melawat Baitul Maqdis bermakna mengiktiraf Yahudi sebagai penakluk Baitul Maqdis. Manakala jumhur ulama, membolehkan kerana ia tanah haram ketiga umat Islam dan disamping melihat keadaan dan penderitaan rakyat Palestine di bawah dasar aparteid Israel.

Kedua: 
Hukum jihad di Palestine, apakah wajar rakyat Palestine memerangi yahudi dalam mereka lemah dan dijajah oleh Israel yang memiliki kekuatan senjata yang canggih dan dibantu oleh USA. Juga berlaku perselisihan pendapat, Dr qardhawi menyifatkan ia adalah Jihad fi sabilillah kerana mempertahankan hak tanah air dan Baitul Maqdis, manakala ulamak2 salafi, misalnya Albani dan ulamak saudi, tidak membenarkan jihad senjata terhadap Israel kerana kekuatan persenjataan yang tidak seimbang dan lemahnya umat islam seluruh dunia untuk turut membantu. Wallahu A'lam. 

Tamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan