Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Munculnya Talibarut Penguasa Yang Amat Kejam

♻15/131 Munculnya Talibarut Penguasa Yang Amat Kejam

Dalil:
یكونُ في ھذه الأُمَّةِ في آخِرِ الزَّمانِ رِجَالٌ مَعھُمْ سِیاطٌ كأنَّھا أَذْنابُ البَقَرِ ، یَغْدُونَ في سَخَطِ اللهِ ، و یَرُوحُونَ
 في غضبِھ
الراوي : أبو أمامة الباھلي المحدث : الألبانيِ
خلاصة حكم المحدث : إسناده صحیح1893المصدر
السلسلة الصحیحة الصفحة أو الرقم:  

Terj:
Akan ada pada umat ini di akhir zaman orang-orang -atau beliau bersabda, ‘Akan keluar beberapa orang dari umat ini di akhir zaman-, mereka membawa cambuk-cambuk bagaikan ekor sapi, mereka pergi di pagi hari dengan kemurkaan Allah dan pulang pada sore hari dengan kemarahan-Nya"
[HR Ahmad, dinilai sahih oleh al-Alnbani, silsilah al-Sahihah no 1893]


Tanda ke 15 ialah munculnya di akhir zaman barua atau algojo penguasa zalim yang melakukan tindakan ganas dan kejam kepada rakyat atau musuh politiknya. Maksud mereka membawa cemeti seperti ekor lembu ialah kerasnya siksaan mereka mengguna pelbagai peralatan untuk menyiksa manusia seperti cambuk, kejutan elektrik dan cakar besi.


Hadith kedua: hadith abu Huraira ra
الراوي : أبو ھریرة المحدث : مسلم ... َ صِنْفَانِ مِنْ أَھْلِ النَّـارِ لَمْ أَرَھُمَا قَوْمٌ مَعَھُمْ سِیَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَـرِ یَضْرِبُونَ بِھَا النَّاس
2128: المصدر : صحیح مسلم الصفحة أو الرقم
‘Ada dua kelompok dari penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat; satu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi, dengannya mereka mencambuk manusia..


Ya, kalau dibaca catatan sejarah Ikhwan Muslimin, mereka antara yang paling teruk disiksa oleh penguasa Mesir, dilayan seperti banduan jenayah. Dan di bawah As-Sisi, lebih 500 dijatuhkan hukuman mati mencambuk = menyiksa, salah satunya sebat dengan cemeti seperti ekor lembu . Di bawah As-Sisi, presiden Egypt dari Militeri


Hadith ke3:
. ِ إِنْ طَالَتْ بِكَ مُدَّةٌ أَوْشَكْتَ أَنْ تَرَى قَوْمًا یَغْدُونَ فِـي سَخَطِ اللهِ وَیَرُوحُونَ فِي لَعْنَتِھِ فِي أَیْدِیھِمْ مِثْلُ أَذْنَابِ الْبَقَر
“Jika umurmu panjang, niscaya engkau akan melihat satu kaum yang pergi pada pagi hari dengan kemurkaan Allah dan pulang pada sore hari dengan laknat-Nya, di tangan-tangan mereka ada (cambuk) bagaikan ekor sapi.
[HR Muslim, no 2857 dorar code ]


Ini ada di sepanjang zaman, di zaman Imam Ahmad, Imam Ahmad di penjara dan disebat kerana enggan menyatakan AQ makhluk, begitu juga Imam Ibn taymiyah di penjara hingga mati. Tanda kiamat ini berulang, yakni ada penguasa yang zalim, yang memiliki kakitangan yang ganas dan kejam yang menyiksa rakyat jelata.

Tamat .

"Bayangkan manusia mengecap kenikmatan di bawah pemerintahan Nabi saw dan selepas itu  kerajaan khilafah ar-raasyidin selamat 30 tahun, aman damai, namun dalam kerajaan Ummayad dan Abbasid, muncullah pelbagai kekejaman. Antara yg paling dahsyat ialah perang Hurrah, di mana tentera Yazid pimpinan general Muslim menyerang dan meranapkan Madinah selama 3 hari, gara2 keengganan penduduk Madinah enggan menerima kekhalifahan Yazid mengganti Muawiyah ra . Selepas itu tentera Ibn Ziyad bertindak kejam dengan membunuh seluruh keluarga ahli bayt di padang pasir Karbala tanpa belas kasihan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan