Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Kewafatan Nabi Saw pada 12 Rabiulawal 11 hijrah

♻2/131 Tanda Kecil Kiamat: Kewafatan Nabi Saw pada 12 Rabiulawal 11 hijrah.

Dalil :
 النبيَّ صلَّى اللهُ علیھِ وسلَّمَ في غزوةِ تبوكَ ، وھو في قُبَّةٍ من أُدْمٍ ، فقال : ( اعددْ ستًا بین یديْ الساعةِ : 
مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بیتِ المقدسِ ، ثم موتانِ یأخذ فیكم كقُعَاصِ الغنمِ ، ثم استفاضةُ المالِ حتى یُعْطَى الرجلُ مائةُ 
دینارٍ فیظَلُّ ساخطًا ، ثم فتنةٌ لا یَبْقَى بیتٌ من العربِ إلا دخلتْھُ ، ثم ھُدْنَةٌ تكونُ بینكم وبین بني الأصفرِ ، 
. ( فیَغدرونَ فیأتونكم تحتَ ثمانینَ غایةٍ ، تحت كلِّ غایةٍ اثنا عشرَ ألفًا
الراوي : عوف بن مالك الأشجعي المحدث : البخاري

 خلاصة3176المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 

Terj: hadith jalur Awf bin Malik al-Asja'iy ra

“Aku mendatangi Rasuulullah وسلم علیھ الله صلى pada waktu perang Tabuk. Beliau ada dalam kubah, dan bersabda: “Ada enam perkara menjelang terjadinya Hari Kiamat, yaitu:
 1. Kematianku,
 2. Dimenangkannya Baitul Maqdis,
 3. Binasanya harta seperti halnya penyakit yang menimpa kambing,
 4. Membanjirnya harta sehingga seseorang diberi 100 dinar masih marah,
 5. Fitnah yang memasuki setiap rumah orang Arab,
 6. Perdamaian (gencatan senjata) diantara kalian dan orang-orang Romawi, kemudian mereka mengkhianatinya, lalu mendatangi kalian dengan 80 bendera dan setiap bendera ada 12.000 orang.” 
[HR Bukhari no 3176]


Sekarang fokus kepada kewafatan Nabi saw sebagai tanda kecil kedua Kiamat, Bila nabi wafat, sahabat merasakan memang seperti Kiamat. Dan madinah tidak lagi sama, suasananya sudah berubah sama sekali. yang pertama di rasakan Abu Bakar ialah terputusnya wahyu. Ini satu musibah yang amat besar dan selepas itu muncullah Riddah atau murtad dan pelbagai peristiwa seperti pembunuhan Uthman, Perang jamal dan Perang Siffin.


Fiqh Sampingan Dari Kewafatan Nabi Saw.

1.  Tarikh kewafatan Nabi yang sahih ialah hari Isnin, 12 Rabilul awal 11 hijrah selepas 10 hari sakit tenat.

2. Baginda di makamkan pada hari Rabu kerana isu perlantikan khalifah yang baru, isu dimana akan disemadikan dan kegawatan dan panik yang menimpa umat Islam, khususnya penduduk Madinah.

3. Isu kenapa berlaku kekecohan semasa Nabi meminta alat tulis untuk mewasiatkan sesuatu, namun dilarang oleh Umar al-Khattab. Umar berbuat demikian melihatkan Nabi dalam keadaan tenat dan pesanan akhirnya sudah dinyatakan sebelum itu.

4. Timbul isu apakah ungkapan terakhir ketika beliau wafat, kebanyakan manusia 
menyatakan "ummati, ummati, ummati". Yang sahih, lafaz terakhir ialah "fi Rafiq al-
A'la" bermaksud baginda ingin segera bersama teman yang Maha tinggi, yakni Allah. Ia juga tawhid akan beradaan Allah di tempat yang Tinggi.

5. Isu di manakah tempat terakhir baginda menghembuskan nafas terakhir. Pengaruh 
syiah mengatakan di rumah Fateemah, yang sahih ialah di rumah Aisyah.

6. Apakah pusara Nabi itu dalam mesjid nabawi? Jawabnya TIDAK, ia adalah asalnya rumah Aisyah ra, oleh kerana pembesaran mesjid, maka kelihatan ia berada di dalam mesjid.

7. Warna kubah hijau betul2 di atas pusara Nabi itu dibuat oleh Sultan Uthmaniah pada tahun 1253 oleh Sultan Abdu Hamid, ia kekal sampai sekarang. 

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan