Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Al Masih al Dajjal Bahagian 12 [Indikasi Atau Petanda Sebelum Keluarnya Dajjal إرهاصات قبل خروج المسيح الدجال]

TBK 1 Bahagian 12 : Al Masih al Dajjal [Indikasi Atau Petanda Sebelum Keluarnya Dajjal إرهاصات قبل خروج المسيح الدجال]


Bila berlaku beberapa indikator (yang dinyatakan melalui hadith), maka tidak lama selepas itu keluarlah Dajjal.

Hadith 1: Bangsa Arab menjadi sedikit (قلة العرب)
 2945  أخبرتني أم شريك أنها سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول ليفرن الناس من الدجال في الجبال قالت أم شريك يا رسول الله فأين العرب يومئذ قال هم قليل 
Terj:
Dari Ummu Syarik, bahawa beliau mendengar Nabi ﷺ bersabda,
"Sesungguhnya manusia melarikan diri daripada Dajjal sehingga ke bukit bukau. Tanya Ummu Syarik, "Di manakah orang Arab ketika itu? Jawab baginda, "Jumlah arab adalah sedikit."
[HR Muslim, no 2945]


Fiqh Hadith
Ada dua maksud menurut Dr al-Areefi;

Pertama
- Bilangan atau statistik umat arab akan berkurangan kerana menjadi pelarian disebabkan banyaknya perang di Tanah Arab (contohnya kemusnahan Negara Palestin, Syria dan Iraq), 

Kedua
- Kemungkinan Bahasa Arab semakin dipinggirkan. 20 IPTA baru di Arab Saudi, misalnya menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Inggeris untuk semua Fakulti Moden seperti Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Perubatan, Fakulti Farmasi, Fakulti Teknologi Internet, Fakulti Arkitek, dan sebagainya. 

Dasar pemodenan Negara Arab seperti Qatar, Abu Dhabi, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, menyebabkan kemasukan orang asing ke Tanah Arab.



Hadith No 2: Nasib Tiga Kota: al Quds, Madinah Dan Istanbul. 
حدثنا عباس العنبري: حدثنا هاشم بن القاسم: حدثنا عبد الرحمن بن ثابت بن ثوبان، عن أبيه، عن مكحول، عن جبير بن نفير، عن مالك بن يخامر، عن معاذ بن جبل، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((عمران بيت المقدس خراب يثرب، وخراب يثرب خروج الملحمة، وخروج الملحمة فتح القسطنطينية، وفتح قسطنطينية خروج الدجال) (رواه الإمام أحمد في المسند (22121) وأبو داود في السنن (4294) وابن أبي شيبة في المصنف (38473) والبغوي في شرح السنة (4252) والطحاوي في شرح مشكل الآثار (519) 
Terj:
Dari Mu'adz bin Jabal رضى الله عنه
"Makmurnya Baitul Maqdis musnahnya Yathrib, musnahnya Yathrib berlakunya perang besar, berlakunya perang besar berlakunya pembukaan Konstantinopal, berlakunya pembukaan Konstantinopal keluarnya Dajjal. Kemudian baginda memukul dengan tangannya ke atas paha atau bahu orang berbicara dengannya kemudian berkata: 'Sesungguhnya perkara ini adalah benar, sepertimana engkau berada di sana, atau sepertimana engkau duduk.' Orang yang dimaksudkan: Mu’adz bin Jabal. 
[HR Ahmaf, abu Daud, Ibn Abi Syaibah, al Baghawi dan atTohawi]


Status Hadith
فيه : عبد الرحمن بن ثابت بن ثوبان : مختلف فيه ، وقد ترجمه الحافظ الذهبي في الميزان (4/265) وأورد له هذا الحديث من جملة مناكيره .
ومن أجله ضعف إسناده الشيخ شعيب الأرناؤوط في تحقيقه لشرح مشكل الآثار (1/450-451) وتحقيقه للمسند (36/352) ، (36/432) .
- Hadith ini di sisi Mutaqaddimin, adalah hadith dhaif. Al-Zalabi berkata sedemikian didalam al Mizan. Ini kerana perawi dhaif, Abdul Rahman bin Thabit bin Tsauban.
- Hadith ini juga didhaifkan oleh Syaikh Syu'aib al Arnaout.
- Manakala Muhaddith Mutaakhirin mensahihkannya: 
ما الشيخ الألباني فإنه يُحسّن حديث عبد الرحمن بن ثابت بن ثوبان إذا لم يخالف ، ولذلك فقد حسنه في صحيح أبي داود (4294) وتحقيقه للمشكاة (5350) ، ومن قبله الحافظ ابن كثير في النهاية (1/59)
- Antaranya ialah Syaikh al Albani, berstatus hadith hasan
- Sahih Abu Daud, no 4294 
- Ibn Katsier, al Nihayah fil al Fitan, 1:59
[Jika kita menerima ia adalah hadith sahih]


Fiqh Hadith

1. Makmurnya Baitul Maqdis
- Sememangnya Baitul Maqdis yang sekarang dikuasai Israel. 
- Makmur, maksudnya ramai penduduk dan sudah menjadi Ibu Negara Israel menggantikan Tel Aviv.
- Ramai orang Malaysia mengunjunginya buat masa ini dan masuk melalui pintu negara Jordan.
- Umat Islam akan memasuki Baitul Maqdis dua kali sebagaimana maksud ayat:
وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا
“…dan untuk memasuki Masjid (Baitul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” 
[Al-Israa’: 7]
- Menurut Dr Solah al Khalidi, (Haqaiq Quraniyah). Kali pertama umat Islam menawan Baitul Maqdis semasa era Khalifah Umar dan akan memasukinya kali kedua pada akhir zaman nanti sebagaimana hadith:
لا تقومُ الساعةُ حتى يقاتلَ المسلمون اليهودَ فيقتلُهم المسلمونَ حتى يختبئَ اليهودُ من وراءِ الحجرِ والشجرِ فيقولُ الحجرُ أو الشجرُ يا مسلمُ ! يا عبدَ اللهِ ! هذا يهوديٌّ خلفي فتعالَ فاقتلْه إلا الغرْقَدُ فإنه من شجرِ اليهودِ
“Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah orang-orang Islam memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan membunuh mereka sehingga bersembunyi Yahudi di sebalik batu dan pokok. Batu dan pokok akan bersuara : ‘Wahai muslim! Wahai hamba Allah! Di belakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini untuk membunuhnya’, kecuali pokok Gharqad, kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi." 
[HR Muslim no 2922]


2⃣. Hancurnya Kota Madinah
- Ia juga ada banyak kemungkinan. Secara zahir, akhir zaman Madinah akan diserang dengan serangan berkala besar 
- Dan dengan maksud yang lain ialah nilai-nilai murni kota Madinah telah musnah dengan pembangunan yang amat pesat dan adat dan sikap orang Madinah yang asal telah hilang. 


3⃣. Syaikh Syed Sabiq Menjelaskan, Di Dalam al Aqaid.
- Maksud pembukaan Constantinapole juga dua kali.
Pembukaan kali pertama di zaman Ottoman, dan pembukaan kedua di zaman Dajjal. 


Hadith No 3: Penaklukan Mega
كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في غزوة . قال فأتى النبي صلى الله عليه وسلم قوم من قبل المغرب . عليهم ثياب الصوف . فوافقوه عند أكمة . فإنهم لقيام ورسول الله صلى الله عليه وسلم قاعد . قال فقالت لي نفسي : ائتهم فقم بينهم وبينه . لا يغتالونه . قال : ثم قلت : لعله نجي معهم . فأتيتهم فقمت بينهم وبينه . قال فحفظت منه أربع كلمات . أعدهن في يدي . قال " تغزون جزيرة العرب ، فيفتحها الله . ثم فارس ، فيفتحها الله . ثم تغزون الروم ، فيفتحها الله . ثم تغزون الدجال ، فيفتحه الله " . قال فقال نافع : يا جابر ! لا نرى الدجال يخرج حتى تفتح الروم .
الراوي: نافع بن عتبة بن أبي وقاص - خلاصة الدرجة: صحيح - المحدث: مسلم - المصدر: المسند الصحيح - الرقم: 2900 
Terj:
Dari Nafi' bin Utbah berkata: 
Kami bersama Rasulullah ﷺ dalam suatu peperangan. Beliau berkata: Suatu kaum mendatangi Nabi ﷺ dari Maghrib, mereka mengenakan baju wool, mereka menemui baginda di suatu bukit. Mereka berdiri sementara Rasulullah ﷺ duduk. Beliau (Nafi') berkata: "Hatiku berkata, Datangilah mereka dan berdirilah di antara mereka dan Rasulullah ﷺ agar mereka tidak menyerang baginda lalu aku berkata: Mungkin baginda berbicara lirih dengan mereka. Aku mendatangi mereka lalu aku berdiri di antara mereka dan baginda. Aku menghafal empat kalimat dari baginda, aku menghitungnya dengan tanganku. Baginda bersabda: "Kalian akan memerangi jazirah Arab lalu Allah ﷻ memberi kemenangan, setelah itu Persia lalu Allah‎ ﷻ memberi kemenangannya, kemudian kalian memerangi Romawi lalu Allah‎ ﷻ memberi kemenangan, selanjutnya kalian memerangi Dajjal lalu Allah‎ ﷻ memberi kemenangan." Kemudian Nafi' berkata: "Hai Jabir, kami tidak berpendapat Dajjal muncul hingga Romawi ditaklukkan.
[HR Muslim no 2900, Kitab al Fitan]


Fiqh Hadith
Al Syaukani (قال الشوكاني في (إرشاد الثقات) تعليقا عن هذا الحديث: وقعت الثلاث كلمات الأول، وستقع الرابعة إن شاء الله) di dalam Irsyaad al Thiqaat.
- Maksudnya tiga sudah berlalu, penaklukan Arab, Parsi, Rom dan yang akan datang ialah yang ke empat iaitu Dajjal (Israel dan sekutunya).

Kebanyakan ahli tafsir Salaf, menyatakan demikian. Penaklukan Arab, Parsi dan Rom timur telah berlalu dan yang belum berlaku ialah perang terakhir dengan Dajjal.

Manakala penulis moden seperti Isa Dawud dan Amin Muhammad Jamaludin mentafsirkan, perang 4 ini akan berulang kembali, di mana tentera Mahdi dan Isa عليه السلام akan memerangi semula tanah arab kerana kebanyakan tanah arab adalah kerajaan boneka Barat,
Kemudian kerajaan Iran sekarang dan tentera Barat atau Nato atau Eropah atau EC dan akhir sekali dengan Dajjal atau Israel sekarang.



Hadith No 4: Terhentinya Hujan dan Tanaman  (انحباس القطر والنبات)
ستكون قبل خروج المسيح الدجال ثلاث سنوات عجاف
فعن أبي إمامة الباهلي رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:«إن قبل خروج الدجال ثلاث سنوات شداد يصيب الناس فيها جوع شديد :يأمر الله تعالى السماء في السنة الأولى أن تحبس ثلث مطرها ويأمر الأرض أن تحبس ثلث نباتها ,ثم يأمر السماء في السنة الثانية فتحبس ثلثي مطرها ويأمر الأرض أن تحبس ثلثي نباتها ,ثم يأمر السماء في السنة الثالثة فتحبس مطرها كله فلا تقطر قطرة ويأمر الأرض فتحبس نباتها كله فلا تنبت خضراء فلا يبقى ذات ظلف(7) إلا هلكت إلا ما شاء الله >
- Menurut Dr al Areefi, sebelum kemunculan dajjal, akan berlaku kemarau selama 3 tahun. Kemungkinan di Tanah Arab, Syria, Iraq, Jordan.


Hadith Abu Umammah,
Pendapat al Areefi mengenai hadith ini (رواه ابن ماجة وفي سنده مقال وله شاهد من حديث أسماء بنت يزيد الأنصارية عند أحمد وأبي داود)  " 
- Riwayat Ibnu Majah di dalam sanadnya diperkatakan, akan tetapi ada Syahid, penguat dari hadith Asma Bte Yazid di sisi Ahmad dan Abu Daud.


Takhrij Hadith
Sunan Ibn Majah:
وَإِنَّ قَبْلَ خُرُوجِ الدَّجَّالِ ثَلَاثَ سَنَوَاتٍ شِدَادٍ يُصِيبُ النَّاسَ فِيهَا جُوعٌ شَدِيدٌ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الْأُولَى أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الْأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِي الثَّانِيَةِ فَتَحْبِسُ ثُلُثَيْ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الْأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَيْ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّالِثَةِ فَتَحْبِسُ مَطَرَهَا كُلَّهُ فَلَا تُقْطِرُ قَطْرَةً وَيَأْمُرُ الْأَرْضَ فَتَحْبِسُ نَبَاتَهَا كُلَّهُ فَلَا تُنْبِتُ خَضْرَاءَ فَلَا تَبْقَى ذَاتُ ظِلْفٍ إِلَّا هَلَكَتْ إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ قِيلَ فَمَا يُعِيشُ النَّاسُ فِي ذَلِكَ الزَّمَانِ قَالَ التَّهْلِيلُ وَالتَّكْبِيرُ وَالتَّسْبِيحُ وَالتَّحْمِيدُ وَيُجْرَى ذَلِكَ عَلَيْهِمْ مُجْرَى الطَّعَامِ
Sesungguhnya tiga tahun sebelum munculnya Dajjal, adalah waktu yang sangat sulit, di mana manusia akan ditimpa oleh kelaparan yang sangat, Allah ﷻ akan memerintahkan kepada langit pada tahun pertama untuk menahan sepertiga dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan sepertiga dari tanaman-tanamannya. Dan pada tahun kedua Allah ﷻ akan memerintahkan kepada langit untuk menahan dua pertiga dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan dua pertiga dari tumbuh-tumbuhannya. Kemudian di tahun yang ketiga, Allah‎ ﷻ memerintahkan kepada langit untuk menahan semua air hujannya, maka ia tidak menitiskan setitis air pun dan Allah ﷻ memerintahkan kepada bumi untuk menahan semua tanaman-tanamannya, maka setelah itu tidak dijumpai satu tanaman hijau yang tumbuh dan semua binatang yang berkuku akan mati, kecuali yang tidak dikehendaki oleh Allah ﷻ". Kemudian para sahabat bertanya, "Dengan apakah manusia akan hidup pada saat itu?" Baginda menjawab: "Tahlil, takbir dan tahmid akan sama ertinya bagi mereka dengan makanan." 
[HR Ibn Majah 4607]

Tahqiq
- Sahih, Syaikh al Albani (الراوي: أبو أمامة الباهلي المحدث: الألباني - المصدر: صحيح الجامع - الصفحة أو الرقم: 7875خلاصة الدرجة: صحيح)

- Hadith ini di sisi Syaikh al-Albani, sahih dengan jalan syawahid atau pengguat dari hadith-hadith lain. 

-  Di sisi Mutaqaddimin, dhaif, ada dua perawi dhaif:
Abd Rahman bin Muhammad al-Muharibi,Ismail bin Rafi' al-Madani, 

- Dhaif menurut Ibn Ma'in dan an-Nasai'iy, dan Ibn Abi Hatim. [Multaqa ahli hadith, MAH]


🪐🪐🪐🪐
Hadith no 5 : Meluasnya Fitnah (Fitnah al ahlas atau peperangan, sarra' atau kemewahan yang melimpah ruah, ad duhaima' atau pemimpin yang jahat dan diskriminasi manusia  (كثرة الفتن( الأحلاس,السراء,الدهيماء) وتمايز الناس)

ن عبد الله بن عمر رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال في حديث طويل:«…..ثم فتنة السراء: دخانها من تحت قدم رجل من أهل بيتي يزعم أنه مني وليس مني وإنما أوليائي المتقون ثم يصطلح الناس على رجل كورك على ضلع (صححه الألباني في صحيح أبي داوود والسلسلة الصحيحة وأحمد شاكر في مسند الإمام أحمد رحمهم الله جميعا وغيرهم كثير, ورواه الحاكم وصححه وأقره الذهبي)
" Kemudian Fitnah Sarra’, kotoran atau asapnya berasal dari bawah kaki seseorang dari Ahlul baitku, ia mengaku bahagian dariku, padahal bukan dariku, kerana sesungguhnya waliku hanyalah orang-orang yang bertaqwa. Kemudian manusia bersepakat pada seseorang seperti bertemunya pinggul di tulang rusuk".
[HR abu Daud, Ahmad dan al Haakim]

Tahqiq Hadith
لراوي: عبدالله بن عمر - خلاصة الدرجة: إسناده صحيح - المحدث: الألباني - المصدر: السلسلة الصحيحة - الصفحة أو الرقم: 974
- Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani, Ahmad Syakir dan al Haakim.

Fiqh Hadith
Fitnah sarra' ialah fitnah orang yang mendakwa pengikut ahlul bait atau habib atau syiah. Berjaya meraih kekuasaan, harta dan kemasyhuran.

Kemudian Fitnah al Duhaima'
قال صلى الله عليه وسلم :«ثم فتنة الدهيماء(يعني العظيمة الكبيرة): لا تدع أحدا من هذه الأمة إلا لطمته لطمة فإذا قيل انقضت تمادت وزادت يصبح الرجل فيها مؤمنا ويمسي كافرا حتى يصير الناس إلى قسطاطين .فسطاط إيمان لا نفاق فيه وفسطاط نفاق لا إيمان فيه فإذا كان ذاكم فانتظروا الدجال من يومه أو من غده
"Kemudian Fitnah Duhaima’ yang tidak membiarkan ada seseorang dari umat ini kecuali dihentamnya. Jika dikatakan : ‘Ia telah selesai’, maka ia justeru berlanjutan, di dalamnya seorang pemuda pada pagi hari beriman, tetapi pada petang hari men­jadi kafir, sehingga manusia terbahagi menjadi dua khemah (golongan), khemah keimanan yang tidak mengandungi kemunafikan dan khemah kemunafikan yang tidak mengandungi keimanan. Jika itu sudah terjadi, maka tunggulah kedatangan Dajjal pada hari itu atau esoknya."

Takhrij sama seperti diatas. 
لراوي: عبدالله بن عمر - خلاصة الدرجة: إسناده صحيح - المحدث: الألباني - المصدر: السلسلة الصحيحة - الصفحة أو الرقم: 974
- Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani, Ahmad Syakir dan al Haakim.

Fiqh Hadith
Fitnah Duhaima ; Era umat Islam dipimpin oleh kegelapan, pemimpin yang teruk dan keadaan umat yang terbahagi dua, mukmin sejati (yang jumlahnya amat sedikit) dan kebanyakannya menjadi munafik.
Fitnah duhaima' atau Kelam Yang Hitam ini amat lama dan perit dirasai oleh umat Islam.


Hadith no 6: Munculnya 30 Dajjal (خروج 30 كذابا)
عن سمرة بن جندب رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:«وإنه والله لاتقوم الساعة حتى يخرج ثلاثون كذابا آخرهم الأعور الدجال ممسوح العين اليسرى ( رواه أحمد وابن حيان وابن خزيمة والحاكم وصححه وقد تقدمت هذه العلامة برفم(11)من العلامات الصغرى)
Terj:
“Dan sungguh –demi Allah– tidak akan bangkit hari kiamat sehingga muncul 30 pendusta, dan yang terakhir dari mereka adalah yang buta sebelah, Ad-Dajjal." 
[HR Ahmad, Ibn Hibban, Ibn Khuzaimah, al Haakim, disahihkan olehnya]

Sila lihat Tanda Kecil Kiamat No 11 ☑️
[Imam Ibn Hajar, al Fath, Jld 6, ms 617.."]

30 dajjal itu adalah yang berskala mega, besar, memiliki kekuatan dan syubhah yang dibawanya paling besar.

Al Masih al Dajjal Bahagian 11 [Hakikat Segitiga Bermuda dan Dajjal (حقيقة مثلث برمودا وعلاقته بالمسيح الدجال)]

TBK 1 Bahagian 11 : Al Masih al Dajjal [Hakikat Segitiga Bermuda dan Dajjal (حقيقة مثلث برمودا وعلاقته بالمسيح الدجال)]


وقد قرأت لبعض المؤلفين حول المسيح الدجال كلاما يربط بين مكان وجود المسيح الدجال وبين مثلث برمودا المشهور الذي لا يزال سرا لم تنكشف حقيقته
Dr al-Areefi membawa isu misteri Segitiga Bermuda di lautan Atlantik, beliau pernah membaca beberapa tulisan yang mengaitkan Dajjal dan Segitiga Bermuda namun masih misteri dan belum dapat dipastikan hakikatnya.

الحديث عن(مثلث برمودا) مثل الحديث عن الحكايات الخرافية والقصص الخيالية
Perbahasan mengenai Segitiga Bermuda hanyalah perbahasan seputar hikayat-hikayat khurafat dan kisah-kisah fiktif belaka.


Syarah
- Penulis muslim pertama yang membawa teori Segitiga Bermuda dan ia tempat Dajjal akan muncul ialah Muhammad Isa Dawud, 60 tahun kelahiran Ismailiya, Mesir. 

- Beliau merupakan bekas seorang wartawan al-Yaum dan kemudian pernah bekerja di akhbar Arab Saudi di Jeddah. 

- Beberapa tahun sebelum kembali ke Mesir menjadi penulis sepenuh masa. 

- Di antara bukunya yang menggemparkan ialah "Awas, Dajjal menguasai dunia dari Segitiga Bermuda.  (احذروا، المسيخ الدجال يغزو العالم من مثلث برمودا )


Radd atau bantahan ke atas teori Muhammad Isa Dawud. 

Oleh kerana ia adalah kisah khayalan dan teori liar, maka kita tidak akan membincangkan buku (Muhammad Isa Daud). 

Namun yang perlu anda ketahui kedudukan lokasi Segitiga Bermuda seperti dalam peta di atas, dan ia bercanggah dengan isyarat Nabi ﷺ bahawa Dajjal muncul di Timur, sedangkan Segitiga Bermuda berada di Barat Madinah.

أَلاَ إِنَّهُ فِى بَحْرِ الشَّامِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ لاَ بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ ما هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ ». وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ
“Tidaklah  Dajjal di laut Syam, atau laut Yaman tidak sama sekali. Tetapi dari arah Timur. Dia dari arah Timur, dia dari arah Timur..” dan beliau berisyarat dengan tangannya ke arah Timur. 
[HR. Muslim no. 2942]


Tepatnya ia bermula dari Wilayah di Iran. 


الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا: خُرَاسَانُ
“Dajjal keluar dari daerah Timur, namanya Khurasan.” [HR. Tumudzi 2237 dan disahihkan al-Albani dalam Shahih Jami’ ash-Shaghir]

إنه خارج خلة بين الشأم والعراق، فعاث يمينا وعاث شمالا، يا عباد الله فاثبتوا
“Dajjal keluar di daerah antara Syam dan Iraq. Kemudian dia membuat kerosakan di sebelah kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah! Kuatkan iman kalian!” 
[HR. Muslim 2937]


Rumusan Ibnu Kathir رحمه الله

Al-Hafidz Ibnu Katsir mengatakan,
فيكون بدء ظهوره من أصبهان من حارة منها يقال لها اليهودية وينصره من أهلها سبعون ألف يهودي
“Pertama mulai munculnya Dajjal di Asbahan, tepatnya di dataran bebatuan, yang dinamakan kampung Yahudiyah. Dajjal dibela oleh 10 ribu orang Yahudi (yang menetap di sana).” 
[An-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim, ms 59]

🪐🪐🪐🪐al Masih al Dajjal Bahagian 10 [Kisah al Jassasah dan ad Dajjal (قصة الجساسة والدجال)]

TBK 1 Bahagian 10 : al Masih al Dajjal [Kisah al Jassasah dan ad Dajjal (قصة الجساسة والدجال)]


Dr al-Areefi (pengarang kitab Nihayah) hanya mentakhrij hadith Muslim yang panjang dari Fatima binti Qais yang berasal dari Tamim ad Dari, tetapi langsung beliau tidak mensyarahkan akan hadith ini.

📛
Isu jassasah ini amat rumit, sama seperti kisah Ibu Shayyad yang menimbulkan kekeliruan kepada salaf dan khalaf. 

Perlu sedikit masa untuk mengkaji isu ini sebab Dr al- Areefi tidak langsung membuat komentar.


Takhrij Hadith
Imam Muslim رحمه الله mengasingkan hadith jassasah dalam bab asing dan khas (الكتب » صحيح مسلم  » كتاب الفتن وأشراط الساعة  » باب قصة الجساسة )

Sahih Muslim : Kitab al fitan dan asyrath assaa'ah
- Bab Kisah al Jassasah, hadith no 2942

Kitab al fitan (Fitnah dan Tanda-tanda Kiamat), Imam Muslim رحمه الله mengasingkan kisah Jassasah ke dalam satu bab khas dan terasing, kerana ia bersifat ahad dan gharib atau hadith tunggal dan pelik matannya. Ini menandakan hadith ini tidak kuat di sisi beliau.


Bermula : باب قصة الجساسة

Hadith 1
2942 حدثنا ابن بريدة حدثني عامر بن شراحيل الشعبي شعب همدان أنه سأل فاطمة بنت قيس أخت الضحاك بن قيس وكانت من المهاجرات الأول فقال حدثيني حديثا سمعتيه من رسول الله صلى الله عليه وسلم لا تسنديه إلى أحد غيره فقالت لئن شئت لأفعلن فقال لها أجل حدثيني فقالت نكحت ابن المغيرة وهو من خيار شباب قريش يومئذ فأصيب في أول الجهاد مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فلما تأيمت خطبني عبد الرحمن بن عوف في نفر من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وخطبني رسول الله صلى الله عليه وسلم على مولاه أسامة بن زيد وكنت قد حدثت أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال من أحبني فليحب أسامة فلما كلمني رسول الله صلى الله عليه وسلم قلت أمري بيدك فأنكحني من شئت فقال انتقلي إلى أم شريك وأم شريك امرأة غنية من الأنصار عظيمة النفقة في سبيل الله ينزل عليها الضيفان فقلت سأفعل فقال لا تفعلي إن أم شريك امرأة كثيرة الضيفان فإني أكره أن يسقط عنك خمارك أو ينكشف الثوب عن ساقيك فيرى القوم منك بعض ما تكرهين ولكن انتقلي إلى ابن عمك عبد الله بن عمرو ابن أم مكتوم 
Terj:
Telah disampaikan kepada kami lbnu Buraidah dari Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa beliau pernah bertanya kepada Fatimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.
Amir berkata, ”Sampaikanlah kepadaku suatu hadith yang engkau dengar dari Rasulullah ﷺ yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain baginda. ”Fatimah berkata, "Jika engkau mahu nescaya aku lakukan. Amir berkata, "Tentu, sampaikanlah kepadaku.” Fatimah berkata, ”Aku menikahi lbnu al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah ﷺ. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabat Rasulullah ﷺ. Sementara itu, Rasulullah ﷺ melamarku untuk maulanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah. Maka ketika Rasulullah ﷺ bercakap kepadaku, aku berkata, "Urusanku ada di tangan anda. Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang anda suka. Lalu Rasulullah ﷺ bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak memberikan sumbangan di jalan Allah ‎ﷻ dan disinggahi banyak tamu. Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda. "Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke putra pakcikmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki dari Bani Fihr’, Fatimah pun pindah kepadanya."


Syarah Hadith
Ia mengenai seorang tabi'in bernama Amir bin Syarahbil asy Sya'bi dari bani Hamdan yang bertanya kepada sahabat perempuan bernama Fatimah binti Qais رضي الله عنها yang merupakan sahabat terawal memeluk Islam. 

Di dalam riwayat di atas, Fatimah رضي الله عنها menceritakan beliau berstatus janda kerana suaminya syahid di perang Badr, akan tetapi dalam riwayat lain, Imam Muslim dan Abu Daud (ini versi Abu Daud) menyatakan Fatimah رضي الله عنها menjadi janda kerana ditalak 3 kali oleh Ibnu Mughirah.


Hadith 2
حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ خَالِدٍ الرَّمْلِيُّ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ قَيْسٍ أَنَّهَا أَخْبَرَتْهُ
أَنَّهَا كَانَتْ عِنْدَ أَبِي حَفْصِ بْنِ الْمُغِيرَةِ وَأَنَّ أَبَا حَفْصِ بْنَ الْمُغِيرَةِ طَلَّقَهَا آخِرَ ثَلَاثِ تَطْلِيقَاتٍ فَزَعَمَتْ أَنَّهَا جَاءَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Terj:
Telah menceritakan kepada kami (Yazid bin Khalid Ar Ramli), telah menceritakan kepada kami (Al Laits) dari (‘Uqail) dari (Ibnu Syihab) dari (Abu Salamah) dari (Fatimah binti Qais رضي الله عنها), beliau telah mengkhabarkan kepadanya bahawa beliau dahulu adalah isteri Abu Hafsh bin Al Mughirah, dan Abu Hafsh bin Al Mughirah telah mencerainya ketiga kalinya, dan Fatimah رضي الله عنها mengaku bahawa beliau datang kepada Rasulullah ﷺ....." 
Status hadith:
[Sunan Abu Daud, sahih no 1946, sahih]

Jadi dari dua versi riwayat ni sudah bertentangan dan matannya telah bergoncang.

Hadits 3
فَلَمَّا انْقَضَتْ عِدَّتِي سَمِعْتُ نِدَاءَ الْمُنَادِي مُنَادِي رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَادِي الصَّلَاةَ جَامِعَةً فَخَرَجْتُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَصَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكُنْتُ فِي صَفِّ النِّسَاءِ الَّتِي تَلِي ظُهُورَ الْقَوْمِ
فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاتَهُ جَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَهُوَ يَضْحَكُ فَقَالَ لِيَلْزَمْ كُلُّ إِنْسَانٍ مُصَلَّاهُ ثُمَّ قَالَ أَتَدْرُونَ لِمَ جَمَعْتُكُمْ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ إِنِّي وَاللَّهِ مَا جَمَعْتُكُمْ لِرَغْبَةٍ وَلَا لِرَهْبَةٍ وَلَكِنْ جَمَعْتُكُمْ لِأَنَّ تَمِيمًا الدَّارِيَّ كَانَ رَجُلًا نَصْرَانِيًّا فَجَاءَ فَبَايَعَ وَأَسْلَمَ وَحَدَّثَنِي حَدِيثًا وَافَقَ الَّذِي كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عَنْ مَسِيحِ الدَّجَّالِ 
Terj:
"Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah ﷺ. "Marilah salat berjama'ah”. Maka aku pun ikut pergi ke masjid dan salat bersama Rasulullah ﷺ pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah selesai salat, Rasulullah ﷺ, duduk di mimbar. Sambil tersenyum baginda bersabda. "Hendaklah setiap orang tinggal di tempat salatnya." Selanjutnya baginda bersabda, "Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab, "Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Baginda bersabda, "Sesungguhnya aku, demi Allah ‎ﷻ tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang dajjal."

Ulasan
Ini berlaku pada tahun ke 9 hijrah, setahun sebelum kewafatan Nabi ﷺ. Nabi ﷺ menerima kedatangan Tamim ad Dari yang berasal dari Palestin, merupakan paderi Kristian dan beliau memeluk Islam dan menceritakan kisah dajjal yang dialaminya.


Kisah dari Tamim ad Dari: Hadith 4
حَدَّثَنِي أَنَّهُ رَكِبَ فِي سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ مَعَ ثَلَاثِينَ َرجُلًا مِنْ لَخْمٍ وَجُذَامَ فَلَعِبَ بِهِمْ الْمَوْجُ شَهْرًا فِي الْبَحْرِ ثُمَّ أَرْفَئُوا إِلَى جَزِيرَةٍ فِي الْبَحْرِ حَتَّى مَغْرِبِ الشَّمْسِ فَجَلَسُوا فِي أَقْرُبْ السَّفِينَةِ فَدَخَلُوا الْجَزِيرَةَ فَلَقِيَتْهُمْ دَابَّةٌ أَهْلَبُ كَثِيرُ الشَّعَرِ لَا يَدْرُونَ مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ

فَقَالُوا وَيْلَكِ مَا أَنْتِ فَقَالَتْ أَنَا الْجَسَّاسَةُ قَالُوا وَمَا الْجَسَّاسَةُ قَالَتْ أَيُّهَا الْقَوْمُ انْطَلِقُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِي الدَّيْرِ فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِالْأَشْوَاقِ قَالَ لَمَّا سَمَّتْ لَنَا رَجُلًا فَرِقْنَا مِنْهَا أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً قَالَ فَانْطَلَقْنَا سِرَاعًا حَتَّى دَخَلْنَا الدَّيْرَ فَإِذَا فِيهِ أَعْظَمُ إِنْسَانٍ رَأَيْنَاهُ قَطُّ خَلْقًا وَأَشَدُّهُ وِثَاقًا مَجْمُوعَةٌ يَدَاهُ إِلَى عُنُقِهِ مَا بَيْنَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى كَعْبَيْهِ بِالْحَدِيدِ قُلْنَا وَيْلَكَ مَا أَنْتَ قَالَ قَدْ قَدَرْتُمْ عَلَى خَبَرِي فَأَخْبِرُونِي مَا أَنْتُمْ قَالُوا نَحْنُ أُنَاسٌ مِنْ الْعَرَبِ رَكِبْنَا فِي سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ فَصَادَفْنَا الْبَحْرَ حِينَ اغْتَلَمَ فَلَعِبَ بِنَا الْمَوْجُ شَهْرًا ثُمَّ أَرْفَأْنَا إِلَى جَزِيرَتِكَ هَذِهِ فَجَلَسْنَا فِي أَقْرُبِهَا فَدَخَلْنَا الْجَزِيرَةَ فَلَقِيَتْنَا دَابَّةٌ أَهْلَبُ كَثِيرُ الشَّعَرِ لَا يُدْرَى مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ فَقُلْنَا وَيْلَكِ مَا أَنْتِ فَقَالَتْ أَنَا الْجَسَّاسَةُ قُلْنَا وَمَا الْجَسَّاسَةُ قَالَتْ اعْمِدُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِي الدَّيْرِ فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِالْأَشْوَاقِ فَأَقْبَلْنَا إِلَيْكَ سِرَاعًا وَفَزِعْنَا مِنْهَا وَلَمْ نَأْمَنْ أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً
Terj:
Dia (Tamim) menceritakan kepadaku (Nabi ﷺ) bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. 
Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya. Mereka berkata, “Celaka kau, apakah kamu ini ? Binatang itu menjawab. ‘Aku adalah (Jassasah) mata-mata.’ Mereka bertanya, ‘Mata-mata apa?” Dia menjawab, ‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana dia merindukan berita dari kamu’.
Tamim ad-Dari berkata, "Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan." Selanjutnya dia berkata, "Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua-dua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antaranya sehingga kedua mata kakinya. Kami katakan, "Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Dia menjawab, ”Kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahu kepadaku, siapakah kamu ini?"
Mereka menjawab, ”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu ini. Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya, ”Celaka kamu, binatang apa kamu ini?” ”Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.”

Syarah
Tamim ad Dari menceritakan sebuah kisah lama ketika beliau masih Kristian, di mana beliau pernah menjadi nakhoda sebuah kapal dan belayar di Teluk Farsi dan terdampar di sebuah pulau. Kemudian mereka bertemu dengan haiwan yang bernama Jassasah atau mata-mata. Ia bermaksud dia adalah mata-mata untuk dajjal yang dirantai di dalam gua.

Ia gharib sebab haiwan yang boleh berkata-kata itu ialah dabbah yang muncul apabila matahari sudah terbit dari Barat (akan dibincangkan pada tajuk Kiamat Kubra, dabbah kemudian nanti).

Maka wujudnya jassasah ini bercanggah pula dengan DABBAH

Kemudian dajjal telah wujud juga bercanggah dengan hadith-hadith lain yang lebih banyak yang menyatakan, dajjal belum muncul lagi.


Kisah dari Tamim ad Dari: Hadith 5
فَقَالَ أَخْبِرُونِي عَنْ نَخْلِ بَيْسَانَ قُلْنَا عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ قَالَ أَسْأَلُكُمْ عَنْ نَخْلِهَا هَلْ يُثْمِرُ قُلْنَا لَهُ نَعَمْ قَالَ أَمَا إِنَّهُ يُوشِكُ أَنْ لَا تُثْمِرَ قَالَ أَخْبِرُونِي عَنْ بُحَيْرَةِ الطَّبَرِيَّةِ قُلْنَا عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ قَالَ هَلْ فِيهَا مَاءٌ قَالُوا هِيَ كَثِيرَةُ الْمَاءِ قَالَ أَمَا إِنَّ مَاءَهَا يُوشِكُ أَنْ يَذْهَبَ قَالَ أَخْبِرُونِي عَنْ عَيْنِ زُغَرَ قَالُوا عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ قَالَ هَلْ فِي الْعَيْنِ مَاءٌ وَهَلْ يَزْرَعُ أَهْلُهَا بِمَاءِ الْعَيْنِ قُلْنَا لَهُ نَعَمْ هِيَ كَثِيرَةُ الْمَاءِ وَأَهْلُهَا يَزْرَعُونَ مِنْ مَائِهَا قَالَ أَخْبِرُونِي عَنْ نَبِيِّ الْأُمِّيِّينَ مَا فَعَلَ قَالُوا قَدْ خَرَجَ مِنْ مَكَّةَ وَنَزَلَ يَثْرِبَ قَالَ أَقَاتَلَهُ الْعَرَبُ قُلْنَا نَعَمْ قَالَ كَيْفَ صَنَعَ بِهِمْ فَأَخْبَرْنَاهُ أَنَّهُ قَدْ ظَهَرَ عَلَى مَنْ يَلِيهِ مِنْ الْعَرَبِ وَأَطَاعُوهُ قَالَ لَهُمْ قَدْ كَانَ ذَلِكَ قُلْنَا نَعَمْ قَالَ أَمَا إِنَّ ذَاكَ خَيْرٌ لَهُمْ أَنْ يُطِيعُوهُ وَإِنِّي مُخْبِرُكُمْ عَنِّي إِنِّي أَنَا الْمَسِيحُ وَإِنِّي أُوشِكُ أَنْ يُؤْذَنَ لِي فِي الْخُرُوجِ فَأَخْرُجَ فَأَسِيرَ فِي الْأَرْضِ فَلَا أَدَعَ قَرْيَةً إِلَّا هَبَطْتُهَا فِي أَرْبَعِينَ لَيْلَةً غَيْرَ مَكَّةَ وَطَيْبَةَ فَهُمَا مُحَرَّمَتَانِ عَلَيَّ كِلْتَاهُمَا كُلَّمَا أَرَدْتُ أَنْ أَدْخُلَ وَاحِدَةً أَوْ وَاحِدًا مِنْهُمَا اسْتَقْبَلَنِي مَلَكٌ بِيَدِهِ السَّيْفُ صَلْتًا يَصُدُّنِي عَنْهَا وَإِنَّ عَلَى كُلِّ نَقْبٍ مِنْهَا مَلَائِكَةً يَحْرُسُونَهَا
Terj:
Dia (Dajjal) berkata, “Khabarilah aku tentang pohon-pohon kurma Baisan!” Kami bertanya, “Engkau tanya tentang apanya?” Dajjal berkata, “Aku tanyakan kepada kalian tentang pohon-pohon kurmanya, apakah masih berbuah?” Kami jawab, “Ya”. Dajjal berkata, “Ingatlah bahawa hampir-hampir ia tidak akan berbuah lagi”. Dajjal berkata, “Khabarilah aku tentang Danau Thobariyyah!” Kami katakan, “Apanya yang kau tanyakan?” Dajjal berkata, “Apakah di dalamnya masih ada air?” Mereka menjawab, “Danau itu masih banyak airnya”. Dajjal berkata, “Ingatlah, sesungguhnya airnya hampir-hampir akan habis”. Dajjal bertanya lagi, “Khabarilah aku tentang mata air Zughor!” Mereka bertanya, “Apanya yang kau tanyakan?” Dajjal berkata, “Apakah di dalam mata air itu masih ada air? Apakah penduduknya masih menanam dengan menggunakan air dari mata air itu?” Kami jawab, “Ya, mata air itu masih banyak airnya dan penduduknya masih bercucuk tanam dari airnya”. Dajjal berkata lagi, “Khabarilah aku tentang Nabinya orang-orang Ummi (ummi : buta huruf, yakni orang-orang Quraisy), apa yang dia lakukan? Mereka berkata, “Dia telah keluar dari Kota Mekah dan bertempat tinggal di Yathrib (Madinah)”. Dajjal bertanya, “Apakah ia diperangi oleh orang-orang Arab?” Kami katakan, “Ya”. Dajjal bertanya, “Apa yang dia lakukan pada mereka?” Lalu mereka khabari dajjal bahawa sungguh dia (Nabi itu, yakni Nabi Muhammad -ﷺ-) telah berkuasa ke atas orang-orang yang ada di sekitarnya dari kalangan Arab dan mereka mentaatinya”. Dajjal berkata kepada mereka, “Apakah hal itu sudah terjadi?” Kami jawab, “Ya”.
Dajjal berkata, “Ingatlah bahawa hal itu lebih baik bagi mereka untuk mentaatinya. Sekarang aku khabari kalian bahawa aku adalah Al-Masih (yakni, Al-Masih Ad-Dajjal). Sungguh aku hampir diberi izin untuk keluar. Aku akan keluar, lalu berjalan di bumi. Aku tidak akan membiarkan suatu negeri, kecuali aku injak dalam waktu 40 malam, selain Mekah dan Thoibah (Madinah). Kedua-dua kota ini diharamkan bagiku. Setiap kali aku hendak memasuki salah satunya di antaranya, maka aku dihalang oleh seorang malaikat, di tangannya terdapat pedang terhunus yang akan menghalangiku darinya. Sesungguhnya pada setiap jalan masuk padanya ada malaikat-malaikat yang menjaganya”.

Syarah
Dajjal memberitahu beberapa tanda bahawa dia akan muncul di akhir zaman bila berlaku petanda-petanda berikut:
- Kebun kurma di Baisan, Jordan akan pupus, tidak berbuah lagi. 
- Tasik Tobariyah di Jordan akan kering. 
- Wadi Zughor di Jordan akan kering. 
- Perutusan Nabi Muhammad ﷺ.
- Dajjal akan melakukan kerosakan di muka bumi selama 40 hari.
- Dajjal juga menceritakan bahawa dia tidak mampu untuk memasuki Mekah dan Madinah kerana keduanya dijaga oleh malaikat.


Kisah dari Tamim ad Dari:Hadith 6
قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَطَعَنَ بِمِخْصَرَتِهِ فِي الْمِنْبَرِ هَذِهِ طَيْبَةُ هَذِهِ طَيْبَةُ هَذِهِ طَيْبَةُ يَعْنِي الْمَدِينَةَ أَلَا هَلْ كُنْتُ حَدَّثْتُكُمْ ذَلِكَ فَقَالَ النَّاسُ نَعَمْ فَإِنَّهُ أَعْجَبَنِي حَدِيثُ تَمِيمٍ أَنَّهُ وَافَقَ الَّذِي كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عَنْهُ وَعَنْ الْمَدِينَةِ وَمَكَّةَ أَلَا إِنَّهُ فِي بَحْرِ الشَّأْمِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ لَا بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ قَالَتْ فَحَفِظْتُ هَذَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Terj:
Fatimah berkata, “Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah ﷺ bersabda, "lni adalah Thaibah, iaitu kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?” Orang ramai menjawab: "Benar.”
Nabi Muhammad ﷺ bersabda, ”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sesungguhnya dajjal itu berada di Laut Syam atau di Laut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.” 
Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.” Selanjutnya Fatimah berkata, ”Maka aku menghafalkan hadith ini dari Rasulullah ﷺ.” 
[HR Muslim no. 2942, الكتب » صحيح مسلم  » كتاب الفتن وأشراط الساعة  » باب قصة الجساسة]


Kesimpulan

Pertama
Fatimah binti Qais رضي الله عنها berkata, 
(قَالَتْ فَحَفِظْتُ هَذَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)
"maka aku hafal kisah ni dari Nabi ﷺ".

Biasanya hadith berbunyi, dari perawi dari rasulullah ﷺ, baginda bersabda...." .." akan tetapi metod Fatimah رضي الله عنها ini yang aku hafal dari nabi ﷺ maksudnya matan adalah dari Fatimah رضي الله عنها dan bukanlah dari nabi ﷺ secara langsung.

Imam Muslim رحمه الله mengasingkan kisah jassasah ke sebuah bab  yang baru di dalam kitab al fitan, iaitu bab Kisah al Jassasah. Ia namakan kisah atau sebuah hikayat sahaja.

Komentar Ibn Hajar dalam al Fath: jld 8, ms 328
- Ia hadith ahad dan Gharib atau pelik. Indikasi kedhaifannya.

Komentar Maulana Asri Kelantan dalam syarah Sahih Muslim
- Ia hadith gharib dan ahad. Bertentangan dengan hadith yang mutawatir. Berkemungkinan besar Nabi ﷺ tidaklah membenarkan kesemua kisah tersebut akan tetapi Nabi ﷺ membenarkan beberapa kisah di dalamnya seperti perutusan baginda sebagai nabi ﷺ akhir zaman yang menjadi penyebab kepada Islamnya Tamim ad Dari dan dajjal tidak boleh memasuki kota Mekah dan Madinah.

Kedua
Ia tidak mungkin dajjal akhir zaman kerana anak Adam tidak boleh hidup abadi, hidup beribu abad lamanya.

Ketiga
Ia termasuk kisah-kisah Israeliyat kerana berasal dari sumber Kristian, maka kita tidak dapat menerimanya bulat-bulat kerana tidak pasti apakah nabi ﷺ membenarkan kesemuanya apa yang diberitahu oleh Tamim atau sebahagian sahaja.

Keempat
Nabi ﷺ pun tidak diberi maklumat yang jelas akan dajjal, hatta sebelum ini para sahabat sudah keliru dengan apakah budak yahudi Ibn Shayyad itu juga dajjal. 
 

Hadith Muslim ini memang sahih sanadnya, mata rantai, cuma ia gharib atau dhaif di sisi matannya yang panjang kerana berstatus ahad, cuma dari jalur Fatimah رضي الله عنها yang bergantung kepada hafalannya sahaja.

🪐🪐🪐🪐al Masih al Dajjal Bahagian 9 [Tempat Keluar Dajjal (مكان خروج الأعور الدجال)]

TBK 1 Bahagian 9 : al Masih al Dajjal [Tempat Keluar Dajjal (مكان خروج الأعور الدجال)]


Hadith dari : Abu Bakar رضي الله عنه, 
عن أبي بكر رضي الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«إن الدجال يخرج من أرض بالمشرق يقال لها خرسان(1)يتبعه اقوام كأن وجوههم المجان المطرقة (2)> (رواه أحمد والترمذي وصححه الألباني في صحيح الترمذي)
“Dajjal itu keluar dari bumi sebelah timur yang disebut Khurasan (daerah di Iran). Dajjal akan diikuti oleh kaum yang wajah mereka seperti tameng (baju perang) yang dilapisi kulit”.
[HR. Tirmidzi no. 2337 dan Ibnu Majah no. 4072]
[Syaikh Al- Albani mengatakan bahawa hadith ini sahih] 
[Juga Syaikh Syua'aib al-Arnaout didalam tahqiq al-Musnad]


Syarah Syaikh Salim al-Hilali
Dajjal pertama kali muncul bermula dari Iran, Kkhurasan berada di Iran sekarang. Ini kerana di sana terdapat dua musuh besar Islam, orang yahudi Iran dan kaum syiah yang amat memusuhi ahli sunnah wal jama'ah.


Menurut Dr al-Areefi: 
وأول ظهور أمره واشتهاره -والله أعلم – يكون بين الشام والعراق
"Namun, umat Islam akan jelas kelihatan dajjal dan tenteranya di antara Syria dan Iraq."


Syarah
Kemunculan pertama dajjal ialah di Iran, tetapi secara nyata, dia muncul di antara Syria dan Iraq. Bermaksud dajjal dan tenteranya adalah gabungan yahudi dan syiah.

Dalil:
ففي رواية عن نواس بن سمعان رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال عن الدجال :«إنه خارج خلة بين الشام والعراق (رواه مسلم)
Dari Nawas bin Sam'an bahawa Nabi ﷺ bersabda, "Dajjal itu akan keluar di jalanan antara Syam dengan Iraq". 
[HR Muslim]
 أخرجه مسلم  في حديث طويل برقم 2937 [ مسلم بشرح النووي  ( 9/ 255)
[Hadith dikeluar oleh Muslim no 2937]


Rumusan
Dajjal akhir zaman bermula di Iran, Khurasan atau Esfahan. Ia dirancang oleh yahudi Iran dan Israel dan dibantu oleh Syiah Rafidah Iran atau pengawal revolusi dan Hizbollah. Manakala kemunculan mereka adalah di Syria dan Iraq. Buat masa ini, Iraq dan Syria sudah musnah.

🪐🪐🪐🪐al Masih al Dajjal Bahagian 8 [Sifat sifat Fizikal Dajjal (صفات الدجال الخلّقية)]

TBK 1 Bahagian 8 : al Masih al Dajjal [Sifat sifat Fizikal Dajjal (صفات الدجال الخلّقية)]


Rumusan dari Dr al-Areefi tentang sifat fizikal Dajjal:
صفات الدجال الخلّقية

   ١. تقوس الساقين – الشعر الجعد او المجعد
   ٢.  قصير أفحج (مشيته معيبة بسبب تباعد ساقيه)
   ٣. جعد(أي أن شعره ليس ناعما ولا أملس)
    ٤. مطموس العين كالعنبة الطافية أعور العين اليسرى
   ٥.  هجان (أبيض)
    ٦. أجلى الجبهه( واسع الجبهه)
    ٧. مكتوب بين عينيه (ك ف ر )يقرؤها كل مؤمن كاتب أوغير كاتب
    ٨. عقيم لا ولد له


Di antara sifat-sifat fizikal dajjal 
[Rumusan dari Hadith]

- Kakinya berjalan mengengkang atau cara berjalan yang cacat. 
- Rambutnya kerinting. 
- Rambut yang tebal. 
- Buta mata di sebelah kirinya. 
- Berkulit putih. 
- Dahi yang luas. 
- Tertera kalimah kafir antara dua matanya, orang mukmin akan mengenalinya. 
- Tidak mempunyai zuriat kerana mandul.

ويمكننا إجمال ما سبق من وصف الدجال بأنه رجل قصير,عظيم الجسم , عظيم الرأس,كلتا عينية معبية,فاليمنى عوراء كأنها طافية واليسرى عليها جلدة وهو ذو شعر جعد كثيف أبيض البشرة بعيد ما بين الساقين أو الفخذين مكتوب على عينيه كافر


◾️Rumusan dari Dr al-Areefi. 

Lelaki dajjal ini, bertubuh pendek atau besar, mata kanannya cacat dan mata kirinya tertutup, berambut tebal dan kerinting, berjalan mengengkang, dan tertulis kalimah kafara di dahinya.
Gambar sumber dari Utusan Online
** Gambar contoh cara berjalan mengengkang **


Maka begitu jelas sekali sifat fiziknya yang digambarkan oleh hadith, maka kalau diberi kepada pelukis profesional, sudah tentu dajjal dapat dilukis  dengan tepat.

al Masih al Dajjal Bahagian 7 [Kronologi Sebelum Munculnya Dajjal (الأحداث قبل خروج الدجال)]

TBK 1 Bahagian 7 : al Masih al Dajjal [Kronologi Sebelum Munculnya Dajjal (الأحداث قبل خروج الدجال)]


Hadith No 1: Hadith Nafi' bin Uthbah bin abi Waqs رضي الله عنه
عن نافع بن عتبه أبن أبي وقاص رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:« تغزون جزيرة العرب فيفتحها الله ,ثم تغزون فارس ويفتحها الله ,ثم تغزون الروم فيقتحها الله ,ثم تغزون الدجال فيفتحه الله »
(أي المكان الذي فيه الدجال والقوم الذين معه) (الراوي: نافع بن عتبة بن أبي وقاص - خلاصة الدرجة: صحيح - المحدث: مسلم - المصدر: المسند الصحيح - الرقم: 2900 )
Terj:
Bahawa Nabi ﷺ bersabda:
‘Kamu akan berperang melawan jazirah Arab dan Allah ‎ﷻ berikan kemenangan kepada kamu semua. Kemudian memerangi Parsi dan kamu pun menang. Kamu memerangi Romawi kalian pun diberikan kemenangan oleh Allah‎ ﷻ .Dan kemudian kalian berperang melawan Dajjal, Allah ‎ﷻ juga memberikan kemenangan untuk kalian (di mana Dajjal menetap dan pengikutnya). 
[HR Muslim no 2900]


Hadith ini menjelaskan sebelum munculnya dajjal, umat Muhammad ﷺ akan banyak berperang dan empat peperangan yang mega ialah:
A.
Peperangan menguasai seluruh jazirah Arab. Ini terjadi di zaman Nabi ﷺ. 

B.
Kemudian di era khulafa' ar Rasyidin, terdapat 2 peperangan mega iaitu perang Parsi dan perang Rom, hingga jatuhnya dua empayar yang begitu agung, runtuhnya Tehran dan Istanbul.

C. 
Maka perang yang terakhir ialah perang Dajjal atau anti-kristian di mana Isa عليه السلام akan bersama tentera Islam dan juga dibantu oleh tentera kulit putih yang menolak kristian dan beriman dengan Isa عليه السلام. Perang terakhir inilah yang menjadi tanda besar kiamat.


Hadith no 2:
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:« عمران بيت المقدس خراب يثرب,وخراب يثرب خروج الملحمة , وخروج الملحمة فتح القسطنطينية , وفتح القسطنطينية خروج الدجال>
Kemakmuran Baitul Maqdis diikuti dengan pengosongan Yathrib. Pengosongan Yathrib diikuti dengan Al Malhamah, Al Malhamah dengan Penaklukan Istanbul. Penaklukan Istanbul dengan keluarnya Dajjal.

Takhrij:
الحديث رواه ابن أبي شيبة ( 7 / 491 ) وأحمد ( 5 / 245 ) وأبو داود ( 4294 ) وعلي بن الجعد في مسنده ( ص 489 ) .
كلهم : من طريق عبد الرحمن بن ثابت بن ثوبان عن أبيه عن مكحول عن جبير بن نفير عن مالك بن يخامر عن معاذ بن جبل 
HR Ibnu Abi Syaibah, 
HR Ahmad, 
HR Abu Daud dan Musnad Ali al Ju'd, 
Semua dari jalur Thoriq Abd Rahman bin Thabit bin Tsauban dari ayahnya dari Makhuul dari Habiir bin Nafiir dari Maalik bin Yukhaamir dari Ibn Jabal رضي الله عنه.

Status hadith
- Dinilai dhaif oleh Mutaqaddimin seperti al zahabi (وفيه : عبد الرحمن بن ثابت بن ثوبان ، وهو ضعيف ، وقد عدَّ الذهبي هذا الحديث من منكراته ، كما في " ميزان الاعتدال " ( 4 / 265 )) 
Kerana perawi Abd Rahman bin Thabit, 
- Juga didhaifkan oleh Daruqutni dalam Ilalnya 
- Dan Syaikh Syuaib al Arnaouth (والحديث ضعفه الشيخ شعيب الأرناؤط في تحقيقه لمسند أحمد ( 36 / 352 ) ) dalam tahqiq Musnad. 
- Sahih di sisi Syaikh al-Albani dalam sahih Abu Daud.

Syarah
- Jika dhaif, maka ia tidak terpakai.
- Jika sahih seperti kata al-Albani, maksudnya ia berlaku pada akhir zaman, di mana Jerusalem menjadi makmur, menjadi ibukota Israel, berhimpunnya umat yahudi, kemudian akan berlaku kemunduran kepada Madinah atau Arab Saudi, dan berlaku pula kejatuhan Turki dan pada masa itu keluarlah dajjal.

Kejatuhan Arab Saudi dan Turki menjadi penanda aras kepada Malhamah atau perang dajjal atau "armageddon".


Hadith no 3:
عن ذي مخمر-رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:« ستصالحون الروم صلحا آمنا فتغزون أنتم وهم عدوا من ورائكم فتنتصرون وتغنمون وتسلمون ثم ترجعون حتى تنزلون بمرج ذي تلول فيرفع رجل من ذي النصرانية الصليب فيقول:غلب الصليب فيغضب رجل من المسلمين فبدقه فعند ذلك تغدر الروم وتجمع للملحمة> رواه مسلم

Takhrij:
Dr Muhammad al Areefi menyebut sebuah hadith Muslim, sebenarnya ia bukan di dalam sahih Muslim, kemungkinan silap cetak.

[ إسناده صحيح ] أخرجه أحمد (4/91، رقم 16872) ، وأبو داود (4/109، رقم 4292) ، وابن ماجه (2/1369، رقم 4089) ، وابن حبان (15/102، رقم 6709) ، والطبرانى (4/235، رقم 4230) ، والحاكم (4/467، رقم 8298) وقال: صحيح الإسناد. وأخرجه أيضًا: ابن أبى شيبة (4/218، رقم 19449) .
قال [ مُحقق صحيح ابن حبان ] : إسناده صحيح، رجاله ثقات رجال الصحيح،
[Ia riwayat Ahmad, Abu Daud, no 4292, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tabrani dan al-Haakim]

Status hadith
- Dinilai sahih oleh al-Haakim disahkan oleh az-Zahabi 
- Dan dinilai sahih oleh Ibnu Hibban dan disahihkan oleh Salim Asad, muhaqqiq sahih Ibnu Hibban.
- Dinilai sahih oleh albani juga.

"Kelak kamu akan berdamai dengan Bangsa Romawi dengan perdamaian yang aman, kamu dan mereka (Rom) akan memerangi musuh yang menyerang dari belakang kamu, maka kemudian kamu dan Rom menang, mendapatkan harta ghanimah (rampasan perang) dan bangsa Romawi pun menyerah. Kemudian ketika kamu pulang dan sampai di daerah yang hijau yang subur di daerah Dzu Tulul, ada seorang lelaki dari pengikut Nasrani mengangkat salib seraya berkata, 'Salib telah menang!' Lalu seorang lelaki dari kaum muslimin marah mendengarnya lantas dia mematahkan salib tersebut. Maka bangsa Romawi menyalahi perjanjian damainya dan mereka pun mengumandangkan genderang perang".

Tambahan dalam lafaz abu Daud:
عَنْ حَسَّانَ بْنِ عَطِيَّةَ بِهَذَا الْحَدِيثِ وَزَادَ فِيهِ وَيَثُورُ الْمُسْلِمُونَ إِلَى أَسْلِحَتِهِمْ فَيَقْتَتِلُونَ فَيُكْرِمُ اللَّهُ تِلْكَ الْعِصَابَةَ بِالشَّهَادَةِ
Terj:
Dari Hassan bin Athiyyah. Diriwayatkan hadith seperti di atas dengan tambahan matan: Rasulullah ﷺ bersabda, 
"Dan kaum muslimin segera menyiapkan kembali senjata mereka lalu bertempur. Kemudian Allah ‎ﷻ memuliakan kelompok itu dengan kematian secara syahid." 
[Sunan Abu Daud no 4293, Syaikh al-Albani mensahihkan]


Hadith no 4:
وفي حديث آخر تفصيل لهذه الموقعة:
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«لا تقوم الساعة حتى ينزل الروم بالأعماق أو بدابق(*) فيخرج له جيش من المدينة من المسلمين من خيار الأرض يومئذ فإذا تصافوا أمام بعض قال الروم خلوا بيننا وبين الذين سبوا منا نقاتلهم (وهذا يدل أنه وقعت حروب سابقة بين المسلمين والروم وانتصر المسلمون وسبوا الروم وأسلم السبي وجاء يجاهد) فيقول المسلمون :لاوالله لا نخلي بينكم وبين إخواننا فيقاتلونهم فيهزم ثلث(أي من جيش المسلمين) لا يتوب الله عليهم أبداويقتل ثلث(أي من المسلمين )أفضل الشهداء عند الله ويفتتح الثلث(أي الأخير يفتح البلاد ويغنم) لا يفتنون أبدا فيفتتحون قسطنطينية وبينما هم يقتسمون الغنائم قد علقوا سيوفهم بالزيتون إذ صاح فيهم الشيطان :أن المسيح (أي الدجال) قد خلفكم في أهليكم (أي :يريد افزاعهم وتخويفهم) فيخروج (أي يتوجهون راجعين إلى الدجال) وذلك باطل (أي:يكون كلام الشيطان هذا باطل) فإذا جاؤا الشام خرج(أي:خرج المسيح الدجال ) رواه مسلم

Takhrij: 
Matan asal
لا تقوم الساعة حتى ينزل الروم بالأعماق ، أو بدابق . فيخرج إليهم جيش من المدينة . من خيار أهل الأرض يومئذ . فإذا تصافوا قالت الروم : خلوا بيننا وبين الذين سبوا منا نقاتلهم . فيقول المسلمون : لا . والله ! لا نخلي بينكم وبين إخواننا . فيقاتلونهم . فينهزم ثلث لا يتوب الله عليهم أبدا . ويقتل ثلثهم ، أفضل الشهداء عند الله . ويفتتح الثلث . لا يفتنون أبدا . فيفتتحون قسطنطينية . فبينما هم يقتسمون الغنائم ، قد علقوا سيوفهم بالزيتون ، إذ صاح فيهم الشيطان : إن المسيح قد خلفكم في أهليكم . فيخرجون . وذلك باطل . فإذا جاءوا الشام خرج . فبينما هم يعدون للقتال ، يسوون الصفوف ، إذ أقيمت الصلاة . فينزل عيسى ابن مريم صلى الله عليه وسلم . فأمهم . فإذا رآه عدو الله ، ذاب كما يذوب الملح في الماء . فلو تركه لانذاب حتى يهلك . ولكن يقتله الله بيده . فيريهم دمه في حربته
الراوي: أبو هريرة المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 2897
خلاصة حكم المحدث: صحيح
Terj:
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidak akan terjadi kiamat sehingga bangsa Rom berperang di Amaq atau di Dabiq (di Syria sekarang), lalu mereka diperangi oleh tentera dari Madinah, yang merupakan sebaik-baik penduduk bumi pada waktu tersebut. Apabila mereka saling berhadapan, kaum Romawi berkata: "Biarkanlah kami memerangi golongan yang menawan kami." Lalu kaum muslimin berkata: Tidak! Demi Allah! Kami tidak akan membiarkan kalian memerangi saudara kami."
Maka tercetuslah peperangan. Lalu sepertiganya mengundur diri atau lari dan Allah ‎ﷻ tidak mengampuni mereka selama-lamanya, sepertiga yang lain terbunuh dan mereka merupakan sebaik-baik syuhada' di sisi Allah‎ﷻ. Dan sepertiga yang lain diberikan kemenangan dan mereka tidak ditimpa fitnah selama-lamanya. Kemudian mereka menakluk Kostantinopel. Ketika mereka sedang membahagikan harta rampasan, mereka menggantungkan pedang-pedang mereka di pokok zaitun. Kemudian syaitan berteriak kepada mereka: "Sesungguhnya Al-Masih telah muncul di tengah-tengah keluarga kalian!" Mereka pun keluar, dan ternyata itu hanyalah dusta. 
Sewaktu mereka tiba di Syam, dia muncul. Ketika itu, mereka sedang bersiap untuk peperangan dan merapikan barisan-barisan, ketika salat ingin didirikan, lalu turunlah Isa bin Maryam عليه السلام lalu baginda mengimamkan mereka.
Apabila musuh Allah ‎(Dajjal) melihat baginda, dia menjadi cair sebagaimana garam menjadi cair di dalam air. Seandainya dia membiarkan Dajjal, nescaya dia akan menjadi cair sehinggalah binasa. Namun Allah ‎ﷻ membunuh Dajjal melalui tangan `Isa عليه السلام lalu diperlihatkan bagi mereka darahnya di hujung tombaknya." 
[HR Muslim no 2897]**

Fiqh Hadith
Tentera Barat (EC + USA/Nato) ingin menguasai Syria dan membawa kembali orang Kristian yang memeluk Islam dan menetap di tanah Arab, khususnya Syria dan Turki. Peperangan ini membawa kepada Malhamah al kubra atau "armageddon" di mana dajjal muncul dan dibunuh oleh Nabi Isa, putra Maryam عليه السلام.


Hadith no 5 : Hadith Abu Umamah
وعن أبي إمامة الباهلي رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«إن قبل خروج الدجال ثلاث سنوات شداد يصيب الناس فيها جوع شديد يأمر الله تعالى السماء في السنة الأولى أن تحبس مطرها ويأمر الأرض أن تحبس نباتها ثم يأمر السماء في السنة الثانية فتحبس ثلثي مطرها ويظامر الأرض أن تحبس ثلثي نباتها ,ثم يأمر السماء في السنة الثالثة فتحبس مطرها كله فلا تقطر قطرة ويأمر الأرض فتحبس بناتها كاه فلا تنبت خضراء فلا يبقى ذات ظل إلا هلكت إلا ما شاء الله »(أي تموت جميع الأشجار إلا القليل منها) قيل: يا رسول الله فما يعيش الناس في ذلك الزمان؟!!قال:«التهليل والتكبير والتمجيد ويجزؤ ذلك عليهم مجزأة الطعام (رواه ابن ماجة وفي سنده مقال)
"Sebelum keluarnya Dajjal akan ada tiga tahun masa-masa sulit, pada tahun tersebut manusia ditimpa kelaparan yang sangat. Di tahun pertama, Allah ‎ﷻ memerintahkan langit untuk menahan sepertiga airnya, dan bumi menahan sepertiga tumbuhannya. Di tahun kedua, Allah ‎ﷻ memerintah langit untuk menahan dua pertiga hujannya dan bumi menahan dua pertiga tumbuhannya, setahun sebelum Dajjal keluar langit tidak menurunkan hujan sedikit pun, bumi juga tidak menumbuhkan tanaman sedikit pun, semua binatang musnah kecuali yang dikehendaki Allah ‎ﷻ. 
Dikatakan: Apa yang menjadikan manusia bertahan hidup saat itu, Nabi ﷺ mengatakan: at Tahlil, at Takbir, at Tahmid, kesemua ini mencukupkan seseorang sebagaimana makanan". [HR Ibn Majah, ada perbahasan mengenai sanadnya]

Sanad:
عن إسماعيل بن رافع عن أبي زرعة السيباني يحيى ابن أبي عمرو [ عن عمرو بن عبد الله الحضرمي ] عن أبي أمامة الباهلي 
- Ibn Katsir رحمه الله mendhaifkan hadith ini kerana perawi Amru bin Abdullah al Hadhrami.

لراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : ابن كثير | المصدر : تفسير القرآن
الصفحة أو الرقم: 2/411 | خلاصة حكم المحدث : غريب جداً من هذا الوجه 
- Tafsir Ibn Katsir, tafsir surah an-Nisaa' ayat 159, dha'if.
- Edisi tahqiq  4/353 [Syaikh Mustafa al-Sayyid Muhammad, dan lain-lain lagi]
- Hadith Ibnu Majah dari jalur Abu Umamah. 
- Perawi dha'if ialah Amru bin Abdullah al-hadhrami. 
- Tafsir Ibn Katsir, tahqiq Sami bin Muhammad al-Salamah (2:461), hadith Ibnu Majah dari Abu Umamah. 


Dua perawi dhaif iaitu :
1) Abd Rahman bin Muhammad al-Muharibi, mungkarul hadith, Ibnu Ma'in

2) Ismail bin Rafi' al-Madani, dhaif menurut Ibnu  Ma'in dan an-Nasai'iy, mungkarul hadith, Ibn Abi Hatim.
Syaikh al-Albani mensahihkan dalam sahihul jaami'.

الراوي: أبو أمامة الباهلي المحدث: الألباني - المصدر: صحيح الجامع - الصفحة أو الرقم: 7875
خلاصة الدرجة: صح


Fiqh Hadith
Jika sahih, ia adalah kerana peristiwa kemarau tiga tahun sebelum munculnya Dajjal. Ini mungkin dengan fenomena kepanasan global sekarang dan nipisnya lapisan ozon kerana pencemaran dan pelepasan gas CO2.


Hadith no 6 : Hadith Rasyid bin sa'ad, 
عن راشد بن سعد قال:[ لما فتحت إصطخر (*) إذا مناد ينادي :ألا إن الدجال قد خرج فلقيهم الصعب بن جثامة فقال:لولا ما تقولون لأخبرتكم إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:« لا يخرج الدجال حتى يذهل (3) الناس عن ذكره وحتى تترك الأئمة ذكره على المنابر

Takhrij:
12499 - عن راشد بن سعد قال : لما فتحت إصطخر إذا مناد ينادي : ألا إن الدجال قد خرج . قال : فلقيهم الصعب بن جثامة فقال : لولا ما تقولون لأخبرتكم أني سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول : " لا يخرج الدجال حتى يذهل الناس عن ذكره ، وحتى تترك الأئمة ذكره على المنابر " . رواه عبد الله بن أحمد من رواية بقية عن صفوان بن عمرو ، وهي صحيحة كما قال ابن معين ، وبقية رجاله ثقات
Diriwayatkan dari Rasyid bin Saad, beliau berkata, "Ketika kota Isthikor, (sekarang adalah kota Syiraz di Iran, dahulu adalah pusat pemerintahan Parsi, juga dikenali dengan kota Persepolis) ditaklukkan, maka ada seseorang yang berseru, 'Ketahuilah, sesungguhnya dajjal telah muncul ke dunia'.
Maka Shaab bin Jathamah menemui orang-orang tersebut dan mengatakan, 'Kalau bukan kerana ucapan kamu itu, tentu saya akan mengkhabarkan, bahawa saya telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Dajjal tidak akan muncul sampai manusia melupakannya, dan para imam di atas mimbar-mimbar tidak lagi mengingatkannya." 
[HR Ahmad, majma' az-Zawaid no 12, 499 juga dari abdullah putra imam ahmad dari jalur lain, Shafwan bin 'Amru, ia sahih, demikian kata Ibnu Ma'in]


Syarah
Apabila tentera Islam menakluk Farsi (sekarang Iran), sebaik sahaja ibukotanya jatuh, iaitu Persopolis atau Ishtokhor, maka ada yang menyatakan ia tanda kiamat (iaitu dajjal akan muncul dari farsi), akan tetapi ada seorang sahabat bernama al Sha'ab bin Jathamah (dari bani Umayyah dan beliau wafat di Iran ketika pemerintahan Uthman) membuat koreksi, bahawa dajjal belum keluar lagi, belum masanya lagi kerana beliau mengingatkan orang ramai, bahawa dajjal akan muncul di akhir zaman ketika manusia sudah melupakan akan amaran Rasulullah ﷺ.

al Masih al Dajjal Bahagian 6 [Petunjuk dari hadith akan keluarnya Dajjal sebagai "Tanda Kiamat Besar" (الأحاديث الدالة على أن خروج الدجال من أشراط الساعة)]

TBK 1 Bahagian 6 : al Masih al Dajjal [Petunjuk dari hadith akan keluarnya Dajjal sebagai "Tanda Kiamat Besar" (الأحاديث الدالة على أن خروج الدجال من أشراط الساعة)]


Walaupun Al-Qur'an tidak memberi isyarat yang jelas akan keluarnya Dajjal, namun hadith begitu jelas sekali, antaranya:

Hadith no 1:
الأحاديث الدالة على أن خروج الدجال من أشراط الساعة
عم حذيفة بن أسيد الغفاري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :«إن الساعة لا تقوم حتى تكون عشرة آيات :الدخان والدجال والدابة وطلوع الشمس…….الحديث>
Takhrij hadith:

قال " إنها لن تقومَ حتى ترَون قبلَها عشرَ آياتٍ " . فذكر الدخانَ ، والدجالَ ، والدابةَ ، وطلوعَ الشمسِ من مغربِها ، ونزولَ عيسى ابنِ مريم صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ، ويأجوجَ ومأجوجَ . وثلاثةَ خُسوفٍ : خَسفٌ بالمشرقِ ، وخَسفٌ بالمغربِ ، وخَسفٌ بجزيرةِ العربِ . وآخرُ ذلك نارٌ تخرج من اليمنِ ، تطردُ الناسَ إلى مَحشرِهم " .
الراوي : حذيفة بن أسيد الغفاري | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2901 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
Terj:
Nabi ﷺ bersabda, "Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sehingga kamu melihat sepuluh tanda. Lalu baginda menyebut asap, Dajjal, binatang, terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya (sebelah Barat), turunnya Isa bin Maryam عليه السلام, tiga pemendapan yang besar, mendapan di Timur,  mendapan di Barat, dan mendapan di semenanjung Tanah Arab. Yang akhir, demikian itu adalah keluarnya api dari Yaman yang menggiring manusia ke tempat Mahsyar mereka" 
[Sahih Muslim no 2901]


Hadith no 2:
عن أبي هريرة رضي اللله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :«ثلاث إذا خرجنلا ينفع نفسا إيمانها لم تكن آمنت أو أكتسبت في إيمانها خيرا: طلوع الشمس من مغربها والدجال ودابة الأرض
Takhrij hadith:

وعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: "ثَلاَثٌ إِذَا خَرَجْنَ لاَ يَنْفَعُ نَفْساً إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْراً: طُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَالدَّجَّالُ، وَدَابَّةُ الأَرْضِ".أخرجه مسلم، حديث (158)
Terj:
Dari Abu Hurairah رضى الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ  telah bersabda: 
Tiga perkara jika ia telah muncul, maka tidak bermanfaat keimanan seseorang atau imannya bertambah baik iaitu terbitnya matahari dari Barat, keluarnya Dajjal dan munculnya Dabbatul Ardh (binatang).

Fiqh hadith
Bila keluar tiga tanda besar, iman tidak bermakna lagi, usaha menambah iman juga tidak ada manfaat, iaitu:
a. Terbitnya matahari dari Barat. 
b. Munculnya Dajjal. 
c. Munculnya Dabbah, binatang aneh yang boleh bercakap.


Hadith no 3
Hadith fitnah paling besar iaitu fitnah Dajjal. 
الدجال أكبر فتنة موجودة على ظهر الأرض على الإطلاق.
عن عمران ن حصين رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:«ما بين خلق آدم وقيام الساعة خلق أكبر من الدجال »وفي رواية :«أمر أكبر من الدجال

Berkata Syaikh Abd Rahman Al-Arifi, pengarang. Fitnah Dajjal merupakan fitnah paling dahsyat di atas muka bumi secara mutlak. 
Bermaksud, inilah ibu segala fitnah. 

Takhrij hadith:
مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ خَلْقٌ أَكْبَرُ مِنَ الدَّجَّالِ
“Tidak ada satu pun makhluk sejak Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang fitnahnya (cabarannya) lebih besar daripada Dajjal.” 
[HR. Muslim no. 2946]

Dalam versi lain (قَالَ أَمْرٌ أَكْبَرُ مِنْ الدَّجَّالِ
"Urusan yang lebih besar daripada fitnah Dajjal".

An-Nawawiرحمه الله menerangkan, “Yang dimaksud di sini adalah tidak ada fitnah dan masalah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal.” [Syarah Sahih Muslim]


Hadith no 4: 
Hadith dajjal akhir zaman membezakan amaran Nabi ﷺ berbanding nabi yang lain.
عن ابن عمر رضي الله تعالى عنهما قام رسول الله صلى الله عليه وسلم في الناس فأثنى على الله بما هو أهله ثم ذكر الدجال فقال : ( إني لأنذركموه وما من نبي إلا أنذره قومه لقد أنذر نوح قومه ولكني أقول لكم فيه قولا لم يقله نبي لقومه تعلمون أنه أعور وأن الله ليس بأعور ) . رواه البخاري (2892) ، ومسلم (169).
Dari Ibnu ‘Umar رضي الله عنه, beliau berkata, Rasulullah ﷺ berdiri di hadapan manusia lalu memuji Allah ‎ﷻ kerana memang Dialah satu-satunya yang berhak atas pujian kemudian baginda menceritakan Dajjal. Baginda bersabda,

إِنِّى لأُنْذِرُكُمُوهُ ، وَمَا مِنْ نَبِىٍّ إِلاَّ أَنْذَرَهُ قَوْمَهُ ، لَقَدْ أَنْذَرَ نُوحٌ قَوْمَهُ ، وَلَكِنِّى أَقُولُ لَكُمْ فِيهِ قَوْلاً لَمْ يَقُلْهُ نَبِىٌّ لِقَوْمِهِ ، تَعْلَمُونَ أَنَّهُ أَعْوَرُ ، وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِأَعْوَرَ
“Aku akan menceritakannya kepada kalian dan tidak ada seorang nabi pun melainkan telah menceritakan tentang dajjal kepada kaumnya. Sungguh Nabi Nuh عليه السلام telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku katakan kepada kalian tentangnya yang tidak pernah dikatakan oleh seorang nabi pun kepada kaumnya, iaitu dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Allah ‎ﷻ sama sekali tidaklah buta“. 
[HR. Bukhari no. 2892 dan Muslim no. 169]


Menurut al hafiz Ibn Hajar, dajjal ini merupakan isu yang amat besar di akhir zaman yang membezakan amaran-amaran yang datang dari nabi terdahulu. 

Umat Muhammad ﷺ secara khusus diberi ujian akan dajjal.
 
Nabi ﷺ memberi ciri khusus dajjal, iaitu dia cacat mata, yakni matanya buta sebelah. 

Menurut Ibn Hajar yang mensyarah hadith ini, (Fathul bari, 8:97), riwayat Bukhari diutamakan dari yang lain, bahawa mata kanan dajjal yang buta. 

Imam Nawawi رحمه الله pula berkata, tidak kisah yang mana, mata kiri atau kanan kerana dalam versi Muslim, mata kiri yang buta.


Hadith no 5: 
Nabi ﷺ khuatir akan keselamatan umatnya kerana dajjal muncul ketika baginda sudah wafat. 
وعن نواس بن سمعان رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«غير الدجال أخوفني عليكم؟ إن يخرج وأنا فيكم فأنا حجيجه دونكم وان يخرج ولست فيكم فامرؤ حجيج نفسه والله خليفتي على كل مسلم>
Takhrij:

في صحيح مسلم (2937) الإشارة إليه ، فعَنِ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ رضي الله عنه ، قَالَ : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( غَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُنِي عَلَيْكُمْ ، إِنْ يَخْرُجْ وَأَنَا فِيكُمْ ، فَأَنَا حَجِيجُهُ دُونَكُمْ ، وَإِنْ يَخْرُجْ وَلَسْتُ فِيكُمْ ، فَامْرُؤٌ حَجِيجُ نَفْسِهِ ، وَاللهُ خَلِيفَتِي عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ ) 
Terj:
Dari Nawwas bin Sam'aan رضي الله عنه  Nabi ﷺ bersabda:
"Bukan dajjal yang paling kutakuti pada kalian. Sesungguhnya jika dia (dajjal) itu keluar sedang aku di tengah-tengah kalian, maka aku akan menjadi pembela kalian. Tetapi jika dia (dajjal) itu keluar sedangkan aku tidak di tengah-tengah kalian, maka setiap orang hendaknya menjadi pelindung terhadap dirinya. Kerana Allah ‎ﷻ menjadi penggantiku terhadap setiap Muslim." 
[HR Muslim no 2973]


Fiqh hadith
Berkata Imam Nawawi رحمه الله,  yang merungsingkan Nabi ﷺ ialah kemunculan dajjal adalah selepas kewafatan baginda, maka Nabi ﷺ memberi dua tips:

1⃣ Setiap orang hendaklah menjaga dirinya sendiri terlebih dahulu dengan iman dan amal yang kuat. 

2⃣ Nabi ﷺ menitipkan atau menyerahkan nasib umatnya di tangan Allah ‎ﷻ.

al Masih al Dajjal Bahagian 5 [Hikmah mengapa Dajjal tidak disebut dalam Al-Qur'an?]

TBK 1 Bahagian 5 : al Masih al Dajjal [Hikmah mengapa Dajjal tidak disebut dalam Al-Qur'an?]


 (الحكمة من عدم ذكر الدجال في القرآن)
الدجال أعظم فتنة خشي النبي صلى الله عليه وسلم على أمتة منها ولذا حذر جميع الأنبياء أممهم منه وأمرنا أن نستعيد من فتنة الدجال في آخر كل صلاة
Dajjal memang fitnah terbesar yang Nabi ﷺ khuatirkan akan menimpa umat baginda. Bahkan seluruh para Nabi pun turut memperingati umat-umat mereka tentang bahaya Dajjal. Maka Nabi ﷺ menyuruh kita memohon perlindungan dari fitnah Dajjal pada akhir salat (dubur salat).


وقد ذكر الله عز وجل في القرآن عددا من أشراط الساعة الصغرى والكبرى مثل انشقاق القمر فقال:(اقتربت الساعة وانشق القمر) ويأجوج ومأجوج فقال حتى إذا فتحت يأجوج ومأجوج وهم من كل حدب ينسلون) وغيرها ومع ذلك لم يذكر الله عز وجل الدجال صراحة باسمه في القرآن
Memang Allah ‎ﷻ ada menyebut beberapa tanda Kiamat baik kecil atau besar, antaranya: tanda kecil terbelahnya bulan [telah dekat datangnya Kiamat itu dan telah terbelah bulan] al-Qamar ayat 1.
Juga tanda besar Yakjuj dan Makjuj [hingga apabila dibukakan benteng Yakjuj dan makjuj dan mereka keduanya turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi] al-Anbiyaa' ayat 96 dan beberapa lagi tanda yang lain. 
Akan tetapi Dajjal tidak disebut dalam Al-Qur'an.


 أحداهما: أنه ذكر في قوله عز وجل:(يوم يأتي بعض آيات ربك لا ينفع نفسا إيمانها لم تكن ءامنت من قبل)(3) فقد قال صلى الله عليه وسلم :«ثلاث إذا خرجن لم ينفع نفسا إيمانها لم تكن آمنت من قبل :الدجال والدابة وطلوع الشمس من مغربها>
Pertama: 
Secara tidak langsung Dajjal adalah yang dimaksudkan dalam ayat ini 
[Pada hari datangnya sebagian tanda-tanda Rabbmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu
al-An'am: 158

Nabi ﷺ mentafsirkan ayat ini: 
"Ada tiga hal yang apabila telah muncul maka keimanan seseorang tidak lagi berguna baginya jika sebelumnya dia tidak beriman, atau tidak beramal kebajikan selama beriman, iaitu: dari barat, Dajjal, haiwan melata dan  terbitnya matahari dari Barat " (رواه الترمذي عن أبي هريرة وصححه) 
[HR Termidzi dan disahihkan olehnya]
[Riwayat Muslim juga, no 158]


الثاني :قد وقعت الإشارة في القرآن إلى نزول عيسى ابن مريم في قوله عز وجل :{ وَإِنْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ } وفي قوله عز وجل :{ وَلَمَّا ضُرِبَ ابْنُ مَرْيَمَ مَثَلًا إِذَا قَوْمُكَ مِنْهُ يَصِدُّونَ (٥٧) وَقَالُوا أَآَلِهَتُنَا خَيْرٌ أَمْ هُوَ مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلًا بَلْ هُمْ قَوْمٌ خَصِمُونَ (٥٨) إِنْ هُوَ إِلَّا عَبْدٌ أَنْعَمْنَا عَلَيْهِ وَجَعَلْنَاهُ مَثَلًا لِبَنِي إِسْرَائِيلَ (٥٩) وَلَوْ نَشَاءُ لَجَعَلْنَا مِنْكُمْ مَلَائِكَةً فِي الْأَرْضِ يَخْلُفُونَ (٦٠) وَإِنَّهُ لَعِلْمٌ لِلسَّاعَةِ فَلَا تَمْتَرُنَّ بِهَا 
وصح أن عيسى عليه السلام هو الذي يقتل الدجال فصار الكلام عن عيسى عليه السلام متضمنا الكلام عن الدجال
Kedua:
Memang ada isyarat dalam Al-Qur'an akan turunnya Isa putra Maryam  (juga isyarat wujudnya Dajjal kerana Isa عليه السلام akan membunuh Dajjal). 
[Tidak tersisa dari ahlil kitab melainkan akan beriman kepada Isa sebelum wafatnya
an-Nisa':159 dan juga surah az-Zukhruf ayat 57-61

Kata al Areefi, pengarang, sahih bahawa Isa عليه السلام yang akan membunuh Dajjal, maka bila disebut kisah Isa عليه السلام yang turun di akhir zaman, maka termasuklah merangkumi isu Dajjal.

al Masih al Dajjal Bahagian 4 [Isu Ibn Shayyad (قصةابن صياد): mungkinkan dia Dajjal yang dimaksudkan?]

TBK 1 Bahagian 4 : al Masih al Dajjal [Isu Ibn Shayyad (قصةابن صياد): mungkinkan dia Dajjal yang dimaksudkan?]


في عهد النبي صلى الله عليه وسلم كان بالمدينة غلاه يهودي اسمه ابن صياد اشتبه أمره وشك النبي صلى الله عليه وسلم أنه هو الدجال ووقع له حادث مع النبي صلى الله عليه وسلم وتفصيل ذلك كالآتي:
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه أن عمر بن الخطاب رضي الله عنه انطلق مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في رهط
(1) قبل ابن صياد حتى وجده يلعب مع الصبيان عند أطم
(2)بني مغالة وقد قارب ابن صياد يومئذ الحلم (أي قارب بلوغ وعمره قريب من 15 سنة) فلم يشعر حتى ضرب رسول الله صلى الله عليه وسلم طهره بيده ثم:
(1) الرهط :من ثلاثة إلى عشرة أشخاص
(2) أي الحصن أو القلعة لقبيلة بني مغالة


Pada masa Nabi ﷺ di Madinah ada seorang pemuda Yahudi yang bernama Ibn Shayyad (ابن صياد ). Dia ada ciri-ciri Dajjal namun ada indikasi syak atau unsur keraguan dari Nabi ﷺ bahawa dia adalah Dajjal yang sebenar.


Syarah
Menurut al-Khattabi dalam Ma'alim as sunan, ketika Nabi ﷺ sampai di Madinah, maka terjadilah banyak perjanjian perdamaian dengan komuniti yahudi di madinah. Antara butiran perjanjian tersebut ialah tidak ada campurtangan dalam urusan kaum masing-masing apatah mengganggu mereka. 
Akan tetapi di kalangan komuniti Yahudi Madinah, ada seorang dukun budak yang ajaib bernama Ibn Shayyad. 
Keajaiban Ibn Syayyad menyebabkan berlaku khilaf di kalangan para sahabat, sedangkan Nabi ﷺmasih hidup, apakah Ibn Shayyad itu Dajjal al masih.


Dari Abdullah bin Umar رضي الله عنه, putra Khalifah Amirul Mukminin, Umar al Khattab رضي الله عنه menceritakan peristiwa di mana ayahnya pernah menemani Nabi ﷺ untuk mencari dan menguji Ibn Shayyad. 
Ketika mereka sampai (Nabi ﷺ, Umar رضي الله عنه dan sahabat yang lain), Ibn Shayyad sedang bermain dengan kanak-kanak yang lain sekitar 10 orang di Atham, sebuah benteng milik Bani Mughalah (Yahudi). Dianggarkan usia Ibn Shayyad pada lingkungan usia baligh. Ibn Shayyad tidak menyedari kehadiran Rasulullah ﷺ sehingga baginda menepuk punggungnya.


1) Hadith Ibn Umar رضي الله عنهما 
(sambungan hadith)
ثم قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ لابنِ صيادٍ " أتشهدُ أني رسولُ اللهِ ؟ " فنظر إليه ابنُ صيادٍ فقال : أشهد أنك رسولُ الأُمِّيِّينَ . فقال ابنُ صيادٍ لرسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ : أتشهدُ أني رسولُ اللهِ ؟ فرفضَه رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وقال " آمنتُ بالله وبرسله " . ثم قال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ " ماذا ترى ؟ " قال ابنُ صيادٍ : يأتيني صادقٌ وكذَّابٌ . فقال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ " خُلِّطَ عليك الأمرُ " . ثم قال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ " إني قد خبَّأتُ لك خبيئًا " فقال ابنُ صيادٍ " هو الدُّخُّ " فقال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ " اخْسَأْ . فلن تعدُوَ قَدرَك " فقال عمرُ بنُ الخطابِ : ذَرْني . يا رسولَ اللهِ ! أضربْ عُنُقَه . فقال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ " إن يكنه فلن تُسلَّطَ عليه . وإن لم يكُنْه فلا خيرَ لك في قتلِه " .
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2930 
[Juga dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya no: 1354]
Terj:
Kemudian nabi ﷺ menyoalnya (Ibn Shayyad) “Apakah engkau bersaksi bahwa aku utusan Allah?” Ibnu Shayyad melihat Rasulullah ﷺ dan berkata: “Aku bersaksi bahawa engkau adalah utusan bagi al-ummiyyin (orang-orang yang ummi).” 
Kemudian Ibnu Shayyad bertanya kembali kepada Rasulullah ﷺ: “Apakah anda bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah?” 
Rasulullah ﷺ menyangkalnya dan berkata: “Aku beriman kepada Allah ‎ﷻ dan Rasul-Nya.”
Kemudian Rasulullah ﷺ berkata (kepada Ibnu Shayyad): “Apa yang kamu lihat?” 
Ibnu Shayyad menjawab: “Datang kepadaku orang yang jujur dan yang dusta.”
Rasulullah ‎ﷺ berkata kepadanya: “Tercampur padamu persoalan ini.” 
Lalu Rasulullah ﷺ berkata kepadanya (bermaksud menguji): “Aku sembunyikan sesuatu untukmu?”
Ibnu Shayyad meneka: “Ad-Dukh (asap/kabut).”
Rasulullah ﷺ berkata: “Tetaplah di tempatmu.
Engkau tidak akan melampaui apa yang telah Allah ‎ﷻ takdirkan padamu.” 
Mendengar hal itu ‘Umar رضي الله عنه berkata: “Ya Rasulullah, izinkan aku memenggal lehernya.”
Rasulullah ﷺ berkata: “Jika dia adalah Dajjal, engkau tidak mampu mengalahkannya. Dan jika bukan, sia-sialah membunuhnya”


Syarah
Ibn Shayyad cuba menyebut ad dukhan atau kabus tebal sebelum kiamat, tetapi dia cuma mampu sebut Dukh sahaja kerana di belakang Ibn Shyayyad ialah Jinn 

(قوله <الدخ>حاول ابن صياد أن يقول الدخان فلم يوفق فقال الدخ وكان ابن صياد له جن يخبرونه بأشياء ولكنهم لم يستطيعوا أن يكشفوا ما في نفس النبي صلى الله عليه وسلم فقربوا له الكلمه)
Jika dia sahih Dajjal al masih, dia tidak akan berjaya kerana hanya Isa al Masih yang akan membunuhnya. Jika dipenggal orang yang bukan Dajjal, bermaksud Nabi ﷺ telah melanggar Piagam Madinah dan perjanjian dengan komuniti Yahudi.


Fiqh Hadith Ibn Umar رضي الله عنهما
Nabi ﷺ tidak diberi wahyu untuk menjelaskan adakah Ibn Shayyad yang berada di Madinah itu adalah al Masih al Dajjal. 


Beberapa Hujah
🗯 Ia berlawanan dengan hadith-hadith lain yang menyatakan al masih al Dajjal adalah tanda besar Kiamat, sedangkan perutusan Nabi Muhammad ﷺ belum lagi berakhir, baru sahaja tiba di Madinah untuk membina negara Islam pertama.

🗯 Nabi ﷺ melarang Umar رضي الله عنه membunuhnya kerana jika dia Dajjal, yang layak membunuhnya ialah Isa al Masih. Ini indikasi dia bukanlah Dajjal yang sebenar, cuma Dajjal kecil.

🗯 Nabi ﷺ juga melarang membunuhnya kerana terikat dengan perjanjian dengan Yahudi Madinah dan Ibn Shayyad adalah dari kaum Yahudi dan masih berusia budak dan berstatus OKU kerana hanya ada satu mata sahaja.


2) Hadith Salim dari Ibn Umar رضي الله عنهما
 انطلق بعد ذلك رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وأُبيُّ بنُ كعبٍ الأنصاريُّ إلى النخلِ التي فيها ابنُ صيَّادٍ . حتى إذا دخل رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ النخلَ ، طفِق يتَّقي بجذوعِ النخلِ . وهو يَختِلُ أن يسمع من ابنِ صيادٍ شيئًا ، قبل أن يراه ابنُ صيَّادٍ . فرآه رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وهو مُضطجعٌ على فراشٍ في قطيفةٍ ، له فيها زَمزمةٌ . فرأت أمُّ ابنِ صيادٍ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وهو يتّقي بجذوعِ النخلِ . فقالت لابنِ صيَّادٍ : يا صافُ ! ( وهو اسمُ ابنِ صيَّادٍ ) هذا محمدٌ . فثار ابنُ صيَّادٍ . فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ " لو تركتُه بَيَّنَ " .
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2931
Terj:
Salim bin Abdullah berkata: Aku mendengar Abdullah bin Umar رضي الله عنهما berkata: Sesudah demikian, Rasulullah ﷺ dan Ubay bin Kaab Al-Anshari pergi menuju ke kebun kurma di mana terdapat Ibnu Shayyad. Setelah masuk ke kebun baginda segera berlindung di sebalik batang pohon kurma mencari kelengahan untuk mendengarkan sesuatu yang dikatakan Ibnu Shayyad sebelum Ibnu Shayyad melihat baginda. Maka Rasulullah ﷺ dapat melihat dia sedang berbaring di atas tikar kasar sambil mengeluarkan suara yang tidak dapat difahami. 
Tiba-tiba ibu Ibnu Shayyad melihat Rasulullah ﷺ yang sedang bersembunyi di sebalik batang pohon kurma lalu mengejutkan Ibnu Shayyad: Hai Shaaf, (nama panggilan Ibnu Shayyad), ini ada Muhammad! 
Lalu bangunlah Ibnu Shayyad. Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: Seandainya ibunya membiarkannya, maka akan jelaslah perkara dia.
[HR Muslim,  no 2931]


Fiqh Hadith
Selepas interaksi pertama dengan Ibn Syayyad bersama Umar رضي الله عنه, Nabi ﷺ pergi kali kedua ke lokasi Ibn Shayyad dengan mengintipnya, tetapi Nabi ﷺ tidak berjaya kerana ibu Ibn Shayyad dapat mengesan kehadiran Nabi ﷺ dan Ubay bin Kaab. 

Hadith ini juga memberi indikasi Ibn Shayyad bukanlah al Masih al Dajjal kerana Nabi ﷺ tidak dapat mengintipnya.


3) Hadith Abu Sa'eed al Khudri رضي الله عنه
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال :لقية رسول الله صلى الله عليه وسلم وأبو بكر وعمر -يعني ابن صياد- في بعض طرق المدينة
* فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم :«أتشهد أني رسول الله »؟
# فقال هو :أتشهد أني رسول الله ؟
* فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :«آمنت بالله وملائكته وكتبه وما ترى“”؟
# قال :أرى عرشا على الماء
* فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :«ترى عرش إبليس على البحر وما ترى »
# قال: أرى صادقين وكاذا أو كاذبين وصادقا
* فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :«لبس(1)عليه ,دعوه»(2)
(1) أي يأتيه الشيطان فاختلط عليه الأمر
(2) رواه مسلم no. 2926  
Terj:
Dari Abu Sa'eed al Khudi رضي الله عنه, RasuluLlah ﷺ, Abu Bakar (keduanya رضي الله عنه) pernah bertembung dengan Ibn Shayyad di sebuah jalan di Madinah, lalu RasuluLlah ﷺ mengujinya, 
"Apakah engkau naik saksi aku adalah pesuruh Allah ‎ﷻ? 
(Ibn Shayyad), "Apakah engkau juga naik saksi aku (juga) pesuruh Allah?" 
(Nabi ﷺ): "Aku beriman kepada Allah ‎ﷻ, Malaikat dan kitab-Nya. Apa yang engkau lihat? 
(Ibn Shayyad): "Aku melihat arasy di atas air"
(Nabi ﷺ): "Sebenarnya engkau melihat arasy Iblis di atas lautan. Apa yang engkau lihat (sebenarnya)? 
(Ibn Shayyad): "Aku melihat dua orang yang siddiq dan seorang pendusta atau dua orang pendusta dan seorang yang siddiq." 
(Nabi ﷺ):"Celaru dia ni (urusannya dibantu setan), tinggalkan saja dia." 
[HR Muslim no:2926]


Syarah Hadith
Lagi sekali Nabi ﷺ bertembung dengan Ibn Shayyad dan Nabi ﷺ sekali lagi mengujinya di hadapan Abu Sa'eed, Umar dan Abu Bakar رضي الله عنهم bahawa Ibn Shayyad memang seorang yang keras kepala dan tidak mahu mengakui kerasulan Nabi ﷺ dan cakapnya merapu kerana di bawah kawalan syaitan. 
Namun, seperti yahudi yang lain, tidak ada indikasi bahawa dia adalah Dajjal yang dimaksudkan.


Hadith di bawah ini berlaku selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, Ibn Shayyad telah memeluk Islam dan menyertai kembara Haji bersama rombongan Abu Sa'eed. 

Abu Sa'eed menceritakan pengalamannya bersama Ibn Shayyad.

4) Hadith Abu Sa'eed al Khudri  رضي الله عنه (Sambungan)
2927 حدثنا محمد بن المثنى حدثنا سالم بن نوح أخبرني الجريري عن أبي نضرة عن أبي سعيد الخدري قال خرجنا حجاجا أو عمارا ومعنا ابن صائد قال فنزلنا منزلا فتفرق الناس وبقيت أنا وهو فاستوحشت منه وحشة شديدة مما يقال عليه قال وجاء بمتاعه فوضعه مع متاعي فقلت إن الحر شديد فلو وضعته تحت تلك الشجرة قال ففعل قال فرفعت لنا غنم فانطلق فجاء بعس فقال اشرب أبا سعيد فقلت إن الحر شديد واللبن حار ما بي إلا أني أكره أن أشرب عن يده أو قال آخذ عن يده فقال أبا سعيد لقد هممت أن آخذ حبلا فأعلقه بشجرة ثم أختنق مما يقول لي الناس يا أبا سعيد من خفي عليه حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم ما خفي عليكم معشر الأنصار ألست من أعلم الناس بحديث رسول الله صلى الله عليه وسلم أليس قد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم هو كافر وأنا مسلم أوليس قد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم هو عقيم لا يولد له وقد تركت ولدي بالمدينة أوليس قد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يدخل المدينة ولا مكة وقد أقبلت من المدينة وأنا أريد مكة قال أبو سعيد الخدري حتى كدت أن أعذره ثم قال أما والله إني لأعرفه وأعرف مولده وأين هو الآن قال قلت له تبا لك سائر اليوم 
Terj:
“Kami pernah keluar untuk melakukan haji/umrah dan Ibnu Sa'eed ikut bersama kami, kemudian kami singgah. 
Selanjutnya orang-orang berpisah sementara aku bersamanya (Ibn Shayyad). Aku merasa sangat takut kerana apa yang dikatakan manusia tentangnya.” 
(Abu Sa’eed) berkata, “Dia datang dengan bekalannya, lalu dia meletakkannya bersama bekalanku.” 
Aku berkata kepadanya, “Udara sangat panas, sebaiknya engkau meletakkannya di bawah pohon itu,” 
(Abu Sa’id) berkata, “Akhirnya dia melakukannya.” 
Kemudian kami diberikan satu ekor kambing, lalu dia pergi dan kembali dengan membawa satu wadah besar, dia berkata, “Minumlah wahai Abu Sa’eed!” 
Aku berkata, “Sesungguhnya udara sekarang ini panas sekali, dan susu itu juga panas,”. 
Sebenarnya tidak ada masalah bagiku, hanya saja aku tidak ingin meminum sesuatu yang berasal dari tangannya, (atau dia berkata) mengambil dari tangannya".
‼️!
Perhatikan pengakuan Ibn Shayyad 
Kemudian dia berkata, “Wahai Abu Sa’eed, sebelumnya aku hendak mengambil tali, lalu menggantungkannya di pohon, kemudian aku ikat leherku kerana (merasa sakit hati) terhadap segala hal yang dikatakan oleh manusia. Wahai Abu Sa’eed, siapakah yang tidak mengetahui hadith Rasulullah ﷺ. Tidak ada sesuatu yang tersembunyi dari kamu, wahai orang-orang Ansar. Bukankah engkau orang yang paling mengetahui Hadith Rasulullah? Bukankah Rasulullah telah bersabda, ‘Dia (Dajjal) adalah orang kafir,' sementara aku adalah seorang muslim? Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa dia (Dajjal) adalah orang yang tidak memiliki anak, sementara aku telah meninggalkan anak-anakku di Madinah? Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa dia (Dajjal) tidak akan pernah memasuki Madinah dan Mekah, sementara aku datang dari Madinah menuju Mekah?” 
Abu Sa’eed al-Khudri رضي الله عنه berkata, “Hampir saja aku menerima alasannya." Kemudian dia berkata, “Demi Allah, sesungguhnya aku mengenalnya dan mengetahui tempat kelahirannya, dan di mana dia sekarang.” 
Abu Sa’eed berkata, “Aku berkata kepadanya, 'Celakalah engkau pada hari-harimu.’ 
[HR Muslim, no 2927, kitab al Fitan]


Syarah Hadith
Dari dialog antara Abu Sa'eed dan Ibn Shayyad, jelas Abu Sa'eed tidak menerima pengakuan Ibn Shayyad, meragui kejujurannya dan beliau menyumpahnya menunjukkan dia adalah termasuk puak munafiq Madinah.


5) Hadith Abu Sa'eed al Khudri رضي الله عنه 
(Sambungan)
Terj:
والصحيح من أقوال أهل العلم :
ان ابن صياد هذا ليس هو المسيح الدجال ولكنه دجال محتال من ضمن الدجالين عنده كهانه وشياطين ينبئونه بأمور وقد ورد عنه حوادث في آخر حياته مع أبي سعيد الخدري وغيره قد يستنتج منها أنه تاب وصلح حاله والله أعلم


Rumusan Dr Muhammad Al Areefi dalam isu Ibn Shayyad.

Pendapat yang lebih sahih di sisi ahli ilmu:  ialah Ibn Shayyad bukanlah al Masih al Dajjal yang dimaksudkan (sebagai tanda besar Kiamat). Dia hanyalah dajjal sebahagian dari siri Dajjal yang memiliki ilmu perdukunan dengan bantuan jin syaitan. 

Dalam kitab hadith banyak kisahnya bersama sahabat-sahabat seperti Abu Sa'eed dan yang lainnya. Riwayat terkuat dia meninggal dalam keadaan taubat  dan baik penghujung kehidupannya.

Maka TAMATlah isu Ibn Shayyad yang menimbulkan kekeliruan kepada sahabat dan penduduk Madinah. Dia pada mulanya memiliki ciri-ciri Dajjal, namun di penghujung usia dia baik, pergi mengerjakan haji bersama sahabat.

al Masih al Dajjal Bahagian 3 [Apa yang didakwa oleh Dajjal (اذا يدعي الدجال ؟)

TBK 1 Bahagian 3 : al Masih al Dajjal [Apa yang didakwa oleh Dajjal (اذا يدعي الدجال ؟)


الدجال يدعي أنه رب العالمين ويدعو الناس إلى الإيمان بذلك لذا قال صلى الله عليه وسلم :«إن الدجال أعور وإن ربكم ليس بأعور»
(1) وسيأتي يفصيا ذلك
(2) وله شبهات وحيل يفتن الناس بها.

(1) رواه البخاري كتاب الفتن (8/103) ومسلم كتاب الفتن وأشراط الستعة(4/2248)
(2) ص(246)
Terj:
Dajjal mendakwa dirinya adalah tuhan atau dewata yakni Rabb sekalian alam dan menyeru manusia untuk beriman kepadanya. Sebagaimana maksud sepotong hadith: "Sesungguhnya Dajjal itu buta sedangkan Rabb kamu semua tidak buta" (ن الدجال أعور وإن ربكم ليس بأعور) .
[HR Bukhari dan Muslim]

Ini akan dikupas lagi pada bab akan datang.


Syarah
Manusia mendakwa tuhan bukanlah perkara baru. Yang paling terbaru ialah tuhan Harun di Pahang (meninggal Ogos 2016), Fir'aun, dan Sai baba (meninggal 2011, India). 

Peliknya ada manusia yang bodoh yang beriman dengan tuhan-tuhan palsu tersebut.

al Masih al Dajjal Bahagian 2 [Kenapa dinamakan al-Masih al Dajjal?] (تسميته بالمسيح الدجال)

TBK 1 Bahagian 2 : al Masih al Dajjal [Kenapa dinamakan al-Masih al Dajjal?] (تسميته بالمسيح الدجال)


سمي بالمسيح الدجال لأنه ممسوح العين اليسرى فهو أعور لا يرى إلا بعين واجده
وقيل بل الدجال يسمى :المسيح …وقيل المسيح(بالخاء الهعجمة)
وقيل سمي بالمسيح لأنه يمسح بالأرض ويسير فيها كلها
وقيل لأن أحد شقي وجهه ليس فيه عين ولا حاجب
وسمي بالدجال: لأنه دجل:أي غطى وموه واحتال والجل أكبر الكذب فهو دجال كذاب مختال
وجمع دجل:دجالون ,ودجاجلة
Terj :
Dinamakan al-Masih kerana mata kirinya terhapus dan dia hanya mampu melihat dengan mata kanan sahaja. 
Dikatakan juga maksud al-Masih kerana Dajjal menghapus (merosakkan bumi) dan melakukan perjalanan ke seluruh pelusuk alam. 
Dinamakan al-Masih juga kerana sejak lahir, memang sebelah matanya tidak memiliki mata dan kening.


Syarah
Kita merasa pelik, kenapa Isa عليه السلام juga digelari dengan al-Masih dan Dajjal juga al-Masih? 

Ini kerana al-Masih memiliki makna yang kontradiktif atau berlawanan, sama seperti kolestrol, ada kolestrol baik vs kolestrol jahat, ada bakteria baik dan jahat, ada jin Islam dan jin kafir. 

Maka al-Masih Dajjal bermaksud penyesat lagi pembohong, manakala al Masih Isa عليه السلام bermaksud yang benar dan penegak kebenaran.


سمي بالدجال: لأنه دجل:أي غطى وموه واحتال والجل أكبر الكذب فهو دجال كذاب مختال
وجمع دجل:دجالون ,ودجاجلة
Terj:
Adapun dinamakan Dajjal kerana bersifat tertutup dan manipulatif. Pendusta yang "ultimate", paling besar. Plural kepada Dajjal ialah Dajjalun atau Dajajilah.


Syarah
Dajjal bermaksud menutupi kerana Dajjal licik menutupi kekufuran dan kebatilannya dan 
melakukan penipuan dan manipulasi ke atas manusia tanpa disedari oleh mereka. 

Orang utara Malaysia menggunakan kalimah "Dajjai Hang" dalam perbualan harian bermaksud si fulan itu cuba melakukan penipuan dan menutupi muslihatnya.

al Masih al Dajjal Bahagian 1 [Siapa Dajjal itu?]من الدجال؟

TBK 1 Bahagian 1 : al Masih al Dajjal [Siapa Dajjal itu?] من الدجال؟


هو رجل من بني آدم جعل الله عز وجل له قدرات ليست لغيره من البشر مكنه الله منها اختبارا وامتحانا لإيمان الناس وقد حذرنا النبي صلى الله عليه وسلم من اتباعه في ضلاله وأخبرنا عن صفاته الخلقية والخلقية
Dajjal adalah seorang lelaki keturunan Adam عليه السلام (bukan alien, bukan monster atau raksasa atau haiwan) yang memiliki beberapa keupayaan yang tidak diberi kepada orang lain. 

Allah ‎ﷻ memberikan keajaiban tersebut semata-mata untuk menguji iman manusia khususnya umat Islam. Namun, Nabi ﷺ telah memberi peringatan untuk kita supaya tidak terpengaruh dengan kesesatan Dajjal dan telah menceritakan akan sifat-sifat fizik dan kelakuannya.


ونحن نتكلم هنا عن الدجال لأن :
العلم بالشيء خير من الجهل به وقد كان حذيفة بن اليمان رضي الله عنه يسأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الشر مخافة أن يدركه
Kita membicarakan isu Dajjal lantaran mengetahui sesuatu itu adalah lebih baik dari jahil akannya sebagaimana hadith Hudzaifah ibnul Yaman رضي الله عنه yang bertanyakan akan perkara-perkara keburukan agar terhindar daripada terjerumus ke dalamnya.


عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَان رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ : كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُوْنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْخَيْرِ وَ كُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنِ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي
Dari Hudzaifah bin Al-Yaman رضي الله عنه ‘ beliau berkata: “Dahulu manusia bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang hal-hal yang baik tetapi aku bertanya kepada baginda tentang hal-hal yang buruk agar jangan sampai menimpaku” 
[HR Bukhari-Muslim]


فالدجال أعظم فتنة خاف النبي صلى الله عليه وسلم على أمته منها فحذر وخوف وأنذر..لما مع الدجال من الشبهات والفتن…مع ادعاء الدجال أنه الله رب العالمين!!
فإذا عرفنا صفات الدجال وطرق السلامة منه حمانا الله من شره…
"Kemunculan Dajjal sebagai tanda besar Kiamat merupakan fitnah terbesar yang dibimbangi Nabi ﷺ akan umatnya. Baginda sentiasa memperingatkan dan memberi amaran kerana Dajjal kelak memiliki banyak syubhat dan fitnah-fitnah terutama dakwaannya bahawa dia adalah laksana tuhan atau dewata seluruh sekalian alam buana.

Mudah-mudahan dengan mengetahui sifat-sifat dajjal dan cara menyelamatkan diri daripada kecelakaannya, maka Allah ‎ﷻlah jua yang dapat menjaga kita daripada kejelikannya". 
[Dr al Areefi, KSA, "Nihayat al Fitaan" ms 218]


Syarah
Di antara keajaiban al Dajjal ialah:
👁‍🗨 Menghidupkan orang mati
👁‍🗨 Menurunkan hujan. 
👁‍🗨 Menyuburkan bumi dengan kehijauan. 
👁‍🗨 Menzahirkan syurga dan neraka. 

Fitnah yang sebegini dahsyat sudah tentu akan menggoyahkan iman seseorang, merupakan ujian kepada orang beriman dan bala kepada sebahagian besar manusia. 

Inilah keyakinan ahli sunnah, ditolak oleh muktazilah, khawarij, jahmiyah dan liberal serta anti hadith. Ada segolongan ilmuan mentafsirkan Dajjal sebagai metafora atau balaghah atau kiasan sahaja bukan fizikal manusia. Ia mungkin dalam bentuk aliran, manhaj, peradaban, budaya yang melanda bumi peradaban yang hanya fokus kepada dunia semata-mata. 

Penakwilan sedemikian tidak diterima di sisi ahli sunnah kerana nas-nas hadith menolak teori dajjal sedemikian. 

Wallahua'lam.