♻36/131 Bila Harta Fa-i' (dimonopoli )(الفيء أن یتخذ الفيء دولا(
Al-Fa-i'= adalah harta yang diperolehi dari musuh tanpa perang sptNabi memperolehinya dari
kampung Banu Nadir dan Fadak, di mana org yahudi melarikan diri sebelum tentera Nabi tiba. al-Fai' juga bermaksud cukai dari non-muslim, Jizyah atau spt hari ni cukai pendapatan (income tax) dari org bukan Islam dan corporate tax ke atas perniagaan mereka. atau apa jua cukai yg dikenakan kpd bukan Islam, Harta ni adalah milik negara,
dalilnya:
لاَ كَيْ السَّبِیلِ وَابْنِ وَالْمَسَاكِینِ وَالْیَتَامَىٰ الْقُرْبَىٰ وَلِذِي وَلِلرَّسُولِ فَلِلَّھِ الْقُرَىٰ أَھْلِ مِنْ رَسُولِھِ عَلَىٰ اللهَُّ أَفَاءَ مَّا
مِنكُم الأَْغْنِیَاءِ بَیْنَ دُولَةً یَكُونَ
Terj: "Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu”.
[QS. Al-Hasyr: 6-7]
Namun sebagai tanda kecil Kiamat, harta atau cukai ke atas non-Muslim ini beredar di kalangan
golongan penguasa sahaja. Sebagaimana hadith:
مَغْنَمًا اْلاَمَانَةُ وَ دُوَلاً اْلفَيْءُ اتُّخِذَ اِذَا :ص اللهِ رَسُوْلُ قَالَ :قَالَ ھُرَیْرَةَ اَبِى عَنْالترمذي : المحدث ھریرة أبو :الراوي
الوجھ ھذا من إلا نعرفھ لا غریب : المحدث حكم خلاصة 2211: الرقم أو الصفحة الترمذي سنن : المصدر
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanat (kepemimpinan) dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan),
[HR Termidzi, beliau menilainya dha'if, namun ada juga muhaddith yang menilai nua hasan atau sahih, antaranya Imam al-Syaukani: dia menilainya hasan]
الشوكاني : المحدث ھریرة أبو : الراوي
لغیره حسن : المحدث حكم خلاصة 262/8: الرقم أو الصفحة الأوطار نیل : المصدر
Syaikh Ben Othaimin, dha'if tapi ada syahid atau penguat.
عثیمین ابن : المحدث ھریرة أبو : الراوي
ضعیف كان وإن الحدیث ھذا : المحدث حكم خلاصة 633: الرقم أو الصفحة اللامع الضیاء : المصدر
شاھد لھ لكن السند
Syarah
Jika hadith ni hasan, maksudnya cukai atau income-tax (khususnya dari non-muslim) tidak
diagihkan secara saksama, banyak berlegar di kalangan pemerintah dan ada negeri dan kumpulan sasaran tidak mendapat nikmat dari agihan cukai. Misalnya Kelantan yang berada di tangan kerajaan pembangkang, ia tidak mendapat agihan yang mencukupi untuk rakyat jelata mendapat bekalan air bersih, sistem jalan raya 4 lorong utk jalan2 utama dan pembangunan yang seimbang dengan negeri-negeri yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan