TKK 74/131: Kerapnya Gempa Bumi (كثرة الزلازل)
Tanda kecil seterusnya ialah banyaknya gempa bumi atau earthquake secara menyeluruh di seluruh dunia dan kesan darinya berupa tsunami dan kemusnahan besar nyawa dan hartabenda.
Zaman kita sekarang menyaksikan jumlah gempa lebih banyak dan kerap. yang paling dahsyat ialah Tsunami Acheh 2004.
Dalil hadiith:
عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«أمتي أمتة مرحومة لا عذاب عليها في الآخرة جعل الله عذابها في الدنيا القتل والزلازل والفتن> HR Ahmad dan al-Haakim
Terj: Hadith Abu Musa al-Asya'ary ra
" Ummatku adalah umat yang dikasihi Allah, tidak di azab ke atasnya di Akhirat cuma azab di dunia berupa pembunuhan, gempabumi dan fitnah."
[HR Ahmad dan al-Hakim yg mensahihkannya.]
Tahqiq
و قال الحاكم : " صحيح الإسناد " ! و وافقه الذهبي !
و قال الحافظ ابن حجر في " بذل الماعون " ( 54 / 2 ) : " سنده حسن
[Kata al-Haakim, isnadnya sahih, di setujui oleh azZahabi, dihasankan sanadnya oleh Ibn Hajar.]
Disebalik pembunuhan dan pembantaian umat Islam, terkena musibah gempa dan fitnah yang berterusan ke atas umat Islam, ia ada rahmat yang besar merupakan azab dan pengampunan di dunia dan mereka tidak di azab di akhirat.
Contoh terbaru kes kren tumbang di Mekah, 100 jiwa melayang dan ratusan cedera, mereka mendapat syahid akhirat.
Hadith kedua:
Jalur Abu Hurayrah ra:
فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«لا تقوم الساعة حتى يقبض العلم وتكثر الزلازل
"Tidak terjadi Kiamat kecuali setelah hilangnya ilmu dan banyaknya berlaku gempa bumi."
[989 حدثنا أبو اليمان قال أخبرنا شعيب قال أخبرنا أبو الزناد عن عبد الرحمن الأعرج عن أبي هريرة قال HR Bukhari no 989]
Syarah
Kata al-Arifi (Asyrat as-Sa'ah), gempa juga merupakan azab kepada manusia, atau hukuman ke atas manusia kerana banyaknya kerusakan dan maksiat yang mereka lakukan.
Hadith ke 3:
Jalur Abdullah bin Hawalah al-Azdy ra
وعن عبد الله بن حوالة الأزدي رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«يا ابن حوالة إذا رأيت الخلافة نزلت الأرض المقدسة فقد دنت الزلازل والبلابل والأمور العظام والساعة يؤمئذ أقرب من يدي هذه من رأسك> HR Abu Dawud
Nabi saw bersabda," Wahai Ibn Hawalah, jika engkau lihat khilafah muncul di bumi muqadassah (yg disucikan, Baitul Maqdis, Madinah atau Mekah), maka akan banyaklah gempa, pelbagai bala bencana, dan pelbagai fitnah yg dahsyat, Saat itu hari Kiamat lebih dekat kemunculannya daripada jari aku dengan kepala dikau."
[HR Abu Daud, no 2518, bab Jihad, Ahmad, no 22548. dinilai sahih oleh albani, sahih al-jaami' no 7838]
Rumusan
Semakin hampir kiamat, tiga serangkai semakin kerap ; Gempa, Bencana alam dan Fitnah. WA
Rujukan
1. نهاية العالم Nihayah al-Alam,
Syaikh Abdul Rahman al-Arifi, KSA
2. الموسوعة في الفتن والملاحم وأشراط الساعة
الدكتور: محمد أحمد المبيض alMausoo'ah fi fitan wal malaahim
Dr Muhd Ahmad al-Mubayyadh, Egypt
Tiada ulasan:
Catat Ulasan