TKK 68/131 Mall atau Pasar Yang Banyak Dan Berdekatan (تقارب الأسواق )
Dalil hadith:
فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا تقوم الساعة حتى تظهر الفتن ويكثر الكذب وتتقارب الأسواق
Dari jalur Abu Hurayra ra: bahawa Nabi RasuluLlah saw bersabda," Tidak akan berlakunya Kiamat sehinggalah muncul banyak fitnah, banyak pembohongan dan dekatnya Mall."
[HR Ahmad, di sahihkan oleh al-Albani, al-sahihah, no 2772 (رواه أحمد وصححه الألباني في السلسلة الصحيحة (2772)]
Syarah Dr al-Arifi
Dekatnya pasar atau mall, maksudnya dekatnya mall atau pasar antara satu sama lain, juga dekatnya shopping kerana murahnya air travel. Orang Malaysia shopping di Indonesia, Vietnam,
Juga manusia dapat mengikuti perkembangan pasaran dunia, seperti Bursa saham New york, London, Tokyo melalui internet. Juga Online shopping seperti alibaba.com dan amazon.com.
Tafsir Syaikh Ben Baaz, mantan mufti AAM KSA
فقد تقاربت الأسواق من ثلاثة أوجه:
*الأول :سرعة العلم بما يكون فيها من زيادة السعر ونقصانه
*الثاني : سرعة السير من سوق إلى سوق ولو كانت مسافة الطريق بعيدة جدا
*الثالث: مقارنة بعضها بعضا في الأسعار واقتداء بعض أهلها ببعض في الزيادة والنقصان
Terj:
Tiga sisi pandang akan maksud dekatnya pasar/mall :
1⃣. Manusia mengetahui perubahan harga pasaran
2⃣. Dekatnya lokasi antara pasar kerana air travel
3⃣. Sengitnya persaingan antara peniaga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan