TKK 73/131: Manusia (Muslim Saling Tidak Kenal Mengenal (وقوع التناكر بين الناس )
Dalil hadith:
فعن حذيقة بن اليمان رضي الله عنه قال:سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الساعة ؟فقال:«علمها عند ربي لا يجليها لوقتها إلا هو ولكن سأخبركم بمشارطها وما يكون بين يديها :أن بين يديها فتنة وهرجا »قالوا :يا رسول الله الفتنة قد عرفناها فالهرج ما هو ؟قال:«بلسان الحبشة القتل ويلقى بين الناس التناكر فلا يكاد أحد يعرف أحد>
الراوي : حذيفة بن اليمان | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 7/312 | خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح
Terj:
Dari Hudzaifah ra, bahawa Nabi saw bersabda: " Ilmu tentang berlakunya Kiamat hanya pada sisi Tuhanku, waktu terjadinya hanya pada-Nya, namun aku ingin memberitahu akan petanda dan apayg mendatang. Menjelang Kiamat kelak ada fitnah dan haraj. Mereka bertanya," fitnah mmg kami dah tahu, tapi haraj itu apa?" Jawab baginda," itu loghat Habsyah, maksudnya pembunuhan dan permusuhan sesama manusia sehingga seolah-olah mereka tidak pernah mengenali satu sama lain."
[HR Ahmad, di nilai sahih sanadnya oleh al-Haithami, Majma' 7:312]
Syarah:
Ini tanda yang sedang terjadi, banyaknya fitnah dan haraj (pembunuhan dan permusuhan).
Fitnah politik mendominasi kehidupan manusia dengan ujudnya banyak parti dan NGO. Haraj pula banyaknya pembunuhan kejam dan permusuhan, hari ni kawan, esok dan jadi lawan, dulu satu partai, sekarang dah keluar partai.
Manusia khususnya muslim tidak lagi kenal mengenal, mereka hanya kenal nickname dalam FB, Twitter dan Telegram/WA sahaja. Bersahabat di alam siber dan tak pernah bertemu di alam nyata. Persahabatan yang rapuh ni adalah petanda kecil Kiamat, sedangkan zaman salaf mereka benar-benar bersatu di atas dasar keimanan dan mereka merasai kemanisan bersahabat dan bersaudara yang sebenarnya.
Semua itu hanya tinggal sejarah sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan