TBK : Sepuluh Tanda Besar Kiamat
Selepas kemunculan al Mahdi, maka akan muncul pula 10 Tanda Besar Kiamat.
Maksud Tanda Besar ialah petanda amat dekatnya Kiamat.
باب في الآيات التي تكون قبل الساعة
2901 حدثنا أبو خيثمة زهير بن حرب وإسحق بن إبراهيم وابن أبي عمر المكي واللفظ لزهير قال إسحق أخبرنا وقال الآخران حدثنا سفيان بن عيينة عن فرات القزاز عن أبي الطفيل عن حذيفة بن أسيد الغفاري قال اطلع النبي صلى الله عليه وسلم علينا ونحن نتذاكر فقال ما تذاكرون قالوا نذكر الساعة قال إنها لن تقوم حتى ترون قبلها عشر آيات فذكر الدخان والدجال والدابة وطلوع الشمس من مغربها ونزول عيسى ابن مريم صلى الله عليه وسلم ويأجوج ومأجوج وثلاثة خسوف خسف بالمشرق وخسف بالمغرب وخسف بجزيرة العرب وآخر ذلك نار تخرج من اليمن تطرد الناس إلى محشرهم
Dari Hudzaifah bin Usaid Al Ghifari رضي الله عنه, beliau berkata,
‘Rasulullah ﷺ memperhatikan kami sewaktu kami saling berbincang. Baginda bertanya, ‘Apa yang sedang kalian perbincangkan?’ Mereka menjawab, ‘Kami menyebutkan hari kiamat.’ Baginda bersabda, ‘Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sehingga kamu melihat sepuluh tanda.’
Lalu baginda menyebut asap, Dajal, binatang, terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya (sebelah Barat), turunnya Isa Bin Maryam عليه السلام, Yakjuj dan Makjuj, tiga pemendapan besar, Mendap di Timur, di Barat, dan di semenanjung Arab. Yang akhir yang demikian itu adalah keluarnya api yang keluar dari Yaman yang mengiring manusia ke tempat berkumpulnya mereka.’
[HR. Muslim no. 2901]
Turutan Tanda Besar 10 menurut al Areefi
1⃣. Keluarnya Dajjal
2⃣. Turunnya Nabi Isa عليه السلام
3⃣. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
4⃣. Pemendapan Besar (Timur)
5⃣. Pemendapan Besar (Barat)
6⃣. Pemendapan Besar (Semenanjung Arab)
8⃣. Asap
8⃣. Keluarnya Dabbah (haiwan aneh)
9⃣. Terbitnya Matahari dari Barat
10. Api yang mengumpulkan manusia
Imam Ibn Hajar رحمه الله menyatakan keluarnya Dajjal adalah Tanda Kiamat yang pertama.
[al Fath, 10:353]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan