Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

al Masih al Dajjal Bahagian 1 [Siapa Dajjal itu?]من الدجال؟

TBK 1 Bahagian 1 : al Masih al Dajjal [Siapa Dajjal itu?] من الدجال؟


هو رجل من بني آدم جعل الله عز وجل له قدرات ليست لغيره من البشر مكنه الله منها اختبارا وامتحانا لإيمان الناس وقد حذرنا النبي صلى الله عليه وسلم من اتباعه في ضلاله وأخبرنا عن صفاته الخلقية والخلقية
Dajjal adalah seorang lelaki keturunan Adam عليه السلام (bukan alien, bukan monster atau raksasa atau haiwan) yang memiliki beberapa keupayaan yang tidak diberi kepada orang lain. 

Allah ‎ﷻ memberikan keajaiban tersebut semata-mata untuk menguji iman manusia khususnya umat Islam. Namun, Nabi ﷺ telah memberi peringatan untuk kita supaya tidak terpengaruh dengan kesesatan Dajjal dan telah menceritakan akan sifat-sifat fizik dan kelakuannya.


ونحن نتكلم هنا عن الدجال لأن :
العلم بالشيء خير من الجهل به وقد كان حذيفة بن اليمان رضي الله عنه يسأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الشر مخافة أن يدركه
Kita membicarakan isu Dajjal lantaran mengetahui sesuatu itu adalah lebih baik dari jahil akannya sebagaimana hadith Hudzaifah ibnul Yaman رضي الله عنه yang bertanyakan akan perkara-perkara keburukan agar terhindar daripada terjerumus ke dalamnya.


عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَان رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ : كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُوْنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْخَيْرِ وَ كُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنِ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي
Dari Hudzaifah bin Al-Yaman رضي الله عنه ‘ beliau berkata: “Dahulu manusia bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang hal-hal yang baik tetapi aku bertanya kepada baginda tentang hal-hal yang buruk agar jangan sampai menimpaku” 
[HR Bukhari-Muslim]


فالدجال أعظم فتنة خاف النبي صلى الله عليه وسلم على أمته منها فحذر وخوف وأنذر..لما مع الدجال من الشبهات والفتن…مع ادعاء الدجال أنه الله رب العالمين!!
فإذا عرفنا صفات الدجال وطرق السلامة منه حمانا الله من شره…
"Kemunculan Dajjal sebagai tanda besar Kiamat merupakan fitnah terbesar yang dibimbangi Nabi ﷺ akan umatnya. Baginda sentiasa memperingatkan dan memberi amaran kerana Dajjal kelak memiliki banyak syubhat dan fitnah-fitnah terutama dakwaannya bahawa dia adalah laksana tuhan atau dewata seluruh sekalian alam buana.

Mudah-mudahan dengan mengetahui sifat-sifat dajjal dan cara menyelamatkan diri daripada kecelakaannya, maka Allah ‎ﷻlah jua yang dapat menjaga kita daripada kejelikannya". 
[Dr al Areefi, KSA, "Nihayat al Fitaan" ms 218]


Syarah
Di antara keajaiban al Dajjal ialah:
👁‍🗨 Menghidupkan orang mati
👁‍🗨 Menurunkan hujan. 
👁‍🗨 Menyuburkan bumi dengan kehijauan. 
👁‍🗨 Menzahirkan syurga dan neraka. 

Fitnah yang sebegini dahsyat sudah tentu akan menggoyahkan iman seseorang, merupakan ujian kepada orang beriman dan bala kepada sebahagian besar manusia. 

Inilah keyakinan ahli sunnah, ditolak oleh muktazilah, khawarij, jahmiyah dan liberal serta anti hadith. Ada segolongan ilmuan mentafsirkan Dajjal sebagai metafora atau balaghah atau kiasan sahaja bukan fizikal manusia. Ia mungkin dalam bentuk aliran, manhaj, peradaban, budaya yang melanda bumi peradaban yang hanya fokus kepada dunia semata-mata. 

Penakwilan sedemikian tidak diterima di sisi ahli sunnah kerana nas-nas hadith menolak teori dajjal sedemikian. 

Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan