TKK 96: Sungai Furat Iraq Akan Mengering & Munculnya Gunung Emas (يحسر الفرات عن جبل من ذهب)
Dalil Hadith
Hadith dari Abu Hurairah
" لا تقوم الساعة حتى يحسر الفرات عن جبل من ذهب، يقتتل الناس عليه، فيقتل من كل مائة تسعة وتسعون، ويقول كل منهم: لعلي أكون أنا الذي أنجو ".
“Kiamat tidak akan terjadi sehingga sungai Euphrat surut menyibakkan gunung emas, di atasnya orang-orang berperang, sehingga dari setiap seratus orang akan terbunuh sembilan puluh sembilan. Setiap orang dari mereka mengatakan, “Mudah-mudahan, akulah orang yang selamat itu.” [HR. Bukhari dan Muslim]
Dalam riwayat lain:
" يوشك الفرات أن يَحْسِرَ عن كنز من ذهب، فمن حضره فلا يأخذه منه شيئاً ".
Artinya:
“Hampir tiba masanya, sungai Euphrat surut menyingkapkan pembendaharaan emas. Siapa yang menghadirinya, janganlah mengambilnya sedikitpun.”
[HR. Bukhari dan Muslim]
Hadith Ubay bin Ka'ab ra:
" يوشك الفرات أن يَحْسِرَ عن جبل من ذهب، فإذا سمع به الناس، ساروا إليه فيقول من عنده: لئن تركنا الناس يأخذون منه ليذهبن به كله ".قال: " فيقتتلون عليه، فيقتل منهم من كل مائة تسعة وتسعون ".
Artinya:
“Hampir tiba masanya, sungai Euphrat surut menyingkapkan gunung emas. Jika orang-orang mendengar hal itu, mereka berjalan ke sana. Maka orang-orang yang ada di sana mengatakan, “Jika kita membiarkan orang-orang mengambilinya, mereka pasti akan mengambil seluruhnya,” Beliau bersabda, “Maka, mereka bertempur di atasnya, sehingga setiap seratus orang terbunuh sembilan puluh sembilan.”
[HR. Muslim]
Syarah
Kata syaikh al-Arifi, Nihayah al-Alam, akhir zaman, sungai utama di Iraq, sungai Furat atau Euraptes akan mengalami fenomena kekeringan. kemudian ia mengeluarkan emas yg banyak di dalamnya.
Ini logik kerana sungan Furat dan Tigris sebelahnya memang sudah susut kerana empangan yang dibini di hulunya di Turki dan Syria.
Kemudian pembangunan pesat di sepanjang tebingnya juga telah mengecilkan sungai Furat. Nabi saw memperingati akhir zaman, sungai Furat akan kering dan ia menzahirkan emas yang banyak dan baginda nasihatkan supaya umat Islam atau arab menjauhinya kerana akan terjadi banyak pembunuhan ketika manusia merebut emas tersebut. WA.
Ada dua pendapat dalam memahami hadith ini. Menurut al-Multaqa al Hindi, Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, maksud zahir ialah sungai Furat benar akan menzahirkan emas bila ia berlaku fenomena kekeringan.
Maksud kedua ialah simpanan minyak mentah atau crude oil yang banyak di lembah sungai Furat. Ini kerana Iraq memiliki simpanan atau rezab minyak kedua terbesar selepas KSA.
Perebutan emas itu memang berlaku antara superpowers khususnya USA yang sedang menguasai Iraq dan terjadi pembunuhan yang besar di Iraq sekarang bahkan setiap hari ada pembunuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan