Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Pokok dan Batu Turut Berbicara Membantu Umat Islam; Umat Islam Akan Berperang dengan Yahudi ( كلام الشجر و الحجر نصرة للمسلمين - قتال المسامين لليهود)

TKK 93,94 &95: Pokok dan Batu Turut Berbicara Membantu Umat Islam; Umat Islam Akan Berperang dengan Yahudi (  كلام الشجر و الحجر نصرة للمسلمين - قتال المسامين لليهود) 


Perang yang besar sebelum Kiamat ialah perhitungan Umat Islam dengan Yahudi di Israel ialah turut melibatkan Pokok dan batu bata. Di mana dua mahluk ini turut membantu umat Islam dalam menunjukkan tempat persembunyian Yahudi. 

Ini adalah berita gembira yang besar di mana Israel menjadi duri dalam daging di dunia Arab sejak mereka mendirikan negara haram israel di negara Palestina. Israel menimpakan azab sengsara kepada bangsa Arab khususnya Palestina dan saban hari mereka menyiksa rakyat Palestine dan umat Arab dan Islam tidak dapat berbuat apa-apa.


TKK 93-95 : Israel Dikalahkan


Dalil hadith: Ibn Umar 
عن ابن عمر رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«تقاتلكم اليهود فتسلطون عليهم حتى يقول الحجر :يا مسلم هذا يهودي ورائي فاقتله> متفق عليه
Dari Ibn Umar ra, bahawa Nabi saw bersabda," Tentera Yahudi akan memerangi kalian namun kalian mampu mengalahkan mereka sehingga batubatan akan berkata," Wahai Muslim, dibelakang aku ada Yahudi, maka bunuhlah dia." 
[Muttafaq alaih. Bukhari, no 2925 Kitab Jihad]

Hadith Abu Hurayrah
فعن أبي  هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم  قال :«لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر فيقول الحجر أو الشجر :يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفي تعال فاقتله إلا الغرقد فإنه من شجر اليهود>متفق عليه
Nabi bersabda," Kiamat tidak akan terjadi hingga umat Islam berperang dengan Yahudi. Umat Islam akan mengalahkan mereka sehingga Yahudi bertempiaran bersembunyi di belakang pokok dan batu batan.  Lalu batuan dan pepohon akan berbicara," Wahai Muslim, di belakang aku ada si Yahudi, kemari dan bunuhlah dia. Kecuali pokok Gharqad kerana dia pokok yang ditanam yahudi." [Mutaffaq alaih, Bukhari no 2926]


Syarah
Hadith perang israel-yahudi ni amat musykil dan berikut beberapa pendapat Ulama':

Pendapat Pertama 
Mewakili Salaf, ia merujuk perang akhir zaman, di mana Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan Muslimin. 

Seperti Hadith bro KA
“ينزلُ الدجالُ في هذهِ السبخةِ بمرقناةٍ فيكونُ أكثرَ من يخرجُ إليه النساءُ، حتى إن الرجلَ ليرجعَ إلى حميمِه وإلى أمِّه وإلى ابنتِه وأختِه وعمَّتِه فيوثقُها رباطًا مخافةَ أن تخرجَ إليه”
Maksudnya: “Dajjal akan turun dari daerah dataran bergaram yang bernama Marriqanah. Yang paling ramai akan menjadi pengikutnya adalah kaum wanita, sehinggakan seorang lelaki akan bersegera pulang ke rumahnya untuk melihat/menjaga isteri, ibu, anak perempuan, saudara perempuan dan ibu saudaranya, kemudian diikatnya mereka kerana bimbang jika mereka keluar (lalu) bertemu Dajjal dan menjadi pengikutnya.” 
[HR. Ahmad (7/190) dan disahihkan oleh Ahmad Syakir]. 

Ia berlaku di akhir zaman kerana lafaz, "Kiamat tidak akan berlaku hingga Islam dan Yahudi berperang." dalam keadaan umat arab dan Islam lemah dan berpecah, maka sekarang tidak mungkin Islam dapat mengalahkan Israel, maka pasti ia berlaku di akhir zaman.


Pendapat Kedua
Ulama' seperti Syaikh Ibrahim al-Uula, al-Ardh al-Muqaddasah ms 156, perang Yahudi dan Muslim berlaku dua kali. Ketika zaman salaf, di mana mereka dikeluarkan dari tanah Arab dan kedua ialah perang menghancurkan Israel sekarang. 

Dalilnya: 
[al-Isra',17:7] 
Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam mesjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai. 

Dalam ayat tersebut, di sebut kemusnahan Israel adalah dua kali.



Kenapa Nabi menyebut dengan khusus, pepohon dan batu bata berbicara dan membantu umat Islam mengesan Yahudi?

Ini suatu yang ajaib tetapi melihat kepada kerakusan dan kezaliman Yahudi di Israel, di mana mereka menggunakan bulldozer mereka meranapkan kebun2 tin, tamar dan zaitun, maka di akhir zaman ketiga pokok ini akan turut membantu. 

Juga ganasnya buldozer yahudi meranapkan rumah2 palestine, hingga batu tersebut diberi kuasa oleh Allah untuk berbicara. 

Dalilnya:
"Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki. Keadaan orang-orang kafir di dalam neraka dan balasan terhadap orang-orang yang beriman." 
[AQ 22:18]


Kesimpulan
Peperangan besar di akhir zaman ada dua: satu perang muslimin dengan Yahudi dan satu lagi perang Islam melawan Dajjal seluruhnya. 

Nabi memisahkan dua perang yang mega, perang melawan Yahudi dan perang melawan Dajjal  dan keduanya akan dikalahkan sebelum Kiamat. Ini adalah dua mukjizat Nabi yang akan menggembirakan umat islam kerana yahudi telah memberi kesengsaraan berterusan keada umat Islam bukan sahaja di palestine tapi dengan menguasai media, politik dan ekonomi, mereka terus menindas Islam dan umat manusia yang lain. 

Kejayaan Islam menumpaskan mereka secara total sudah tentu merupakan berita gembira kepada kita kerana kali ini seluruh alam maya turut membantu, termasuk pokok dan batu. (Ref dr al-Mubayyad, al-Mufassal) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan