Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Haji tidak lagi dikerjakan (ترك الحج لبيت الله الحرام)

TKK123: Haji tidak lagi dikerjakan (ترك الحج لبيت الله الحرام)


Dalil hadith:
فعن ابي سعيد الخدري رضي الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال « لا تقوم الساعة حتى لا يحج البيت »  رواه أبو يعلي وابن حيان والحاكم وقال :صحيح على شرط الشيخين; 
Dari Abu Sa'eed al-Khudry ra, bahawa Nabi saw bersabda, " Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga terputusnya orang mengerjakan haji." 
[HR Abu Ya'ala, Ibn Hibban dan al-Haakim, kata al-Haakim, sahih ikut piawai Bukhari-Muslim, disepakati az-Zahabi. disahihkan Ibn Hibban dan al-Albani (و هذا إسناد صحيح على شرط الشيخين كما قال الحاكم ، و وافقهالذهبي)]


Syarah Dr al-Areefi
Ada banyak maksud akan hadith ini, antaranya, haji terhenti utk beberapa ketika kerana fitnah atau perang yang dahsyat atau ada kuasa besar yang melarang orang naik Haji.
فعن ابي سعيد الخدري رضي الله عنه رسول الله صلى الله عليه وسلم قال « ليحجن هذا البيت و ليعتمرن بعد خروج بأجوج و مأجوج > رواه البخاري
Manakala dari sahih Bukhari, juga dari Abu Sa'eed al-Khudry dengan tambahan:
"Haji dan Umrah tetap dikerjakan selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj." 
[HR Bukhari]

Kata Dr al-Areefi, hadith ini mengisyaratkan haji terhenti akan berlaku betul-betul di akhir zaman kerana selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj, haji dan umrah masih dikerjakan.


Rumusan 
Dalam memahami tanda kiamat ini ialah terputusnya orang dari mengerjakan haji disebabkan fitnah atau kuasa yang menghalangnya. Maksudnya langsung tiada orang yang dapat ke sana. 

Peristiwa tertangguhnya haji dan umrah akan berlaku betul2 di akhir zaman selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan