TKK 124: Beberapa Kabila Arab Kembali Menyembah Berhala (عودة بعض قبائل العرب لعبادة الأصنام)
Selepas Fathul Makkah, semua berhala di Hijaz di musnahkan secara total. Namun, di akhir zaman, beberapa kabilah Arab kembali mnyembah berhala.
Jika ia berlaku, kiamat amatlah hampir.
Dalil:
فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا تقوم الساعة حتى تضطرب أليات النساء دؤس على ذي الخلصة> رواه البخاري ومسلم
Dari jalur Abu Hurayrah ra:
"‘Tidak akan datang hari Kiamat hingga punggung-punggung para wanita suku Daus bergoyang di sekitar Dzil Khulashah"
[Bukhari-Muslim]
Kosa kata Hadith Musykil : Dr al-Areefi Menjelaskan
Dzil Khulashah adalah berhala milik suku kabilah Daus dekat Thaif dan Bani Khats'am di Tibalah, selatan Mekah. Ketika Fathul Makkah, Nabi memerintahkan dua rumah berhala yang menempatkan berhala Dzil Khulasah di runtuhkan dan dibakar.
Ilyah atau (أَلَيَاتُ نِسَاءِ) punggung perempuan. Maksudnya punggung perempuan (plural) dari suku Daus yang asyik tawaf dan beribadat menyembah berhala.
[Dr. Yusuf bin Abdillah bin Yusuf al-Wabil]
Penjelasan Dr. Yusuf bin Abdillah bin Yusuf al-Wabil, Asyratus Sa'aat Mengenai Hadith Ini
Menurut Dr Yusof, tanda ini telah berlaku pada zaman Imam Muhammad bin Abdul Wahab, wafat 1792 Masehi dengan Imam Muhammad bin Saud. Mereka telah memerangi kabila Daus dan Kats'am kerana kegiatan syirik dan kuburiyun di sana dan beberapa kabila arab yang lain di seluruh jazirah Arab hingga dakwah tauhid berjaya ditegakkan sekali lagi. Menurut Dr Yusof al-Wabil, ia tanda yang sudah pun berlaku.
Namun menurut Dr al-Areefi, ia belum berlaku lagi bahkan ia berlaku pada akhir-akhir zaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan