Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Al Masih al Dajjal Bahagian 11 [Hakikat Segitiga Bermuda dan Dajjal (حقيقة مثلث برمودا وعلاقته بالمسيح الدجال)]

TBK 1 Bahagian 11 : Al Masih al Dajjal [Hakikat Segitiga Bermuda dan Dajjal (حقيقة مثلث برمودا وعلاقته بالمسيح الدجال)]


وقد قرأت لبعض المؤلفين حول المسيح الدجال كلاما يربط بين مكان وجود المسيح الدجال وبين مثلث برمودا المشهور الذي لا يزال سرا لم تنكشف حقيقته
Dr al-Areefi membawa isu misteri Segitiga Bermuda di lautan Atlantik, beliau pernah membaca beberapa tulisan yang mengaitkan Dajjal dan Segitiga Bermuda namun masih misteri dan belum dapat dipastikan hakikatnya.

الحديث عن(مثلث برمودا) مثل الحديث عن الحكايات الخرافية والقصص الخيالية
Perbahasan mengenai Segitiga Bermuda hanyalah perbahasan seputar hikayat-hikayat khurafat dan kisah-kisah fiktif belaka.


Syarah
- Penulis muslim pertama yang membawa teori Segitiga Bermuda dan ia tempat Dajjal akan muncul ialah Muhammad Isa Dawud, 60 tahun kelahiran Ismailiya, Mesir. 

- Beliau merupakan bekas seorang wartawan al-Yaum dan kemudian pernah bekerja di akhbar Arab Saudi di Jeddah. 

- Beberapa tahun sebelum kembali ke Mesir menjadi penulis sepenuh masa. 

- Di antara bukunya yang menggemparkan ialah "Awas, Dajjal menguasai dunia dari Segitiga Bermuda.  (احذروا، المسيخ الدجال يغزو العالم من مثلث برمودا )


Radd atau bantahan ke atas teori Muhammad Isa Dawud. 

Oleh kerana ia adalah kisah khayalan dan teori liar, maka kita tidak akan membincangkan buku (Muhammad Isa Daud). 

Namun yang perlu anda ketahui kedudukan lokasi Segitiga Bermuda seperti dalam peta di atas, dan ia bercanggah dengan isyarat Nabi ﷺ bahawa Dajjal muncul di Timur, sedangkan Segitiga Bermuda berada di Barat Madinah.

أَلاَ إِنَّهُ فِى بَحْرِ الشَّامِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ لاَ بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ ما هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ ». وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ
“Tidaklah  Dajjal di laut Syam, atau laut Yaman tidak sama sekali. Tetapi dari arah Timur. Dia dari arah Timur, dia dari arah Timur..” dan beliau berisyarat dengan tangannya ke arah Timur. 
[HR. Muslim no. 2942]


Tepatnya ia bermula dari Wilayah di Iran. 


الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا: خُرَاسَانُ
“Dajjal keluar dari daerah Timur, namanya Khurasan.” [HR. Tumudzi 2237 dan disahihkan al-Albani dalam Shahih Jami’ ash-Shaghir]

إنه خارج خلة بين الشأم والعراق، فعاث يمينا وعاث شمالا، يا عباد الله فاثبتوا
“Dajjal keluar di daerah antara Syam dan Iraq. Kemudian dia membuat kerosakan di sebelah kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah! Kuatkan iman kalian!” 
[HR. Muslim 2937]


Rumusan Ibnu Kathir رحمه الله

Al-Hafidz Ibnu Katsir mengatakan,
فيكون بدء ظهوره من أصبهان من حارة منها يقال لها اليهودية وينصره من أهلها سبعون ألف يهودي
“Pertama mulai munculnya Dajjal di Asbahan, tepatnya di dataran bebatuan, yang dinamakan kampung Yahudiyah. Dajjal dibela oleh 10 ribu orang Yahudi (yang menetap di sana).” 
[An-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim, ms 59]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan