Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Terjadinya al-Khasaf (Fenomena Khasaf,Fenomena Manusia Ditenggelamkan)

TKK 88: Terjadinya al-Khasaf (Fenomena Khasaf,Fenomena Manusia Ditenggelamkan)

Dalil hadith:
فعن عمران بن حصين رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«في هذه الأمة خسف  ومسخ وقذف»فقال رجل من المسلمين :يا رسول الله ومتى ذلك ؟قال :«إذا ظهرت القيان والمعازف> رواة الترمذي وصححه الألباني في صحيح الجامع (4273)
Dari Imraan bin Hushain ra, bahawa Nabi saw bersabda," 
“Di akhir zaman nanti akan ada (peristiwa) khasaf (di mana orang-orang ditenggelamkan (ke dalam bumi),  fenomena masyakh (dirubah rupanya) dan Qazaf (dilempari batu),” lalu seorang laki-laki dari kalangan kaum muslimin bertanya, “Kapankah hal itu terjadi.” Beliau menjawab, “Ketika para penyanyi dan alat-alat musik telah bermunculan dan telah diminum minuman-minuman keras.” 
[HR Termidzi, disahihkan oleh syaikh albani, sahihul Jaami' no 4273]


Kata syaikh al-Arifi, ada dua pendapat:

Pertama
Fenomena akhir zaman, ada manusia atau kawasan yang  tenggelam atau hilang dari peta bumi. Ini macam ramalan di California fault, di mana diramalkan sebahagian california akan berlaku gempa kuat dan sebahagian besar California akan lenyap. 

Juga peristiwa di Acheh. di mana pada 2004, sejumlah besar penduduk Acheh ditenggelamkan dgn peristiwa tsunami.

Kedua
Di akhir zaman ada segolongan militan yang ingin membinasakan Mekah dan Madinah ditenggelamkan.

Dalilnya:
فعن بقيرة  امرأة القعقاع بن أبي حدرد,تقول :"سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم على المنبر يقول::«إذا سمعتم بجيش قد خسف به قريبا فقد أظلت الساعة> رواة أحمد وصححه الألباني في السلسة الصحيحة رقم(1355)
Dari Baqirah, isteri kpd Qa'qa' bin Abu Hadrad, saya dengar dalam khutbah Nabi saw, beliau berkata," Jika kamu mendengar satu platun (pengganas) dibenam dalam bumi, maka ketahuilah, Kiamat sudah dekat." ia berlaku dekat Madinah (akan dibincangkan dalam tanda Kiamat yang lain kemudian).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan