Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Imam Mahdi Bahagian 8/4 : Sebab Kemunculan al-Mahdi [Pembunuhan Jiwa yang bersih]

TKK 131 Bahagian 8/4 : Sebab Kemunculan al-Mahdi [Pembunuhan Jiwa yang bersih]


37653 - حدثنا عبد الله بن نمير قال حدثنا موسى الجهني قال حدثني عمر بن قيس الماصر قال حدثني مجاهد قال حدثني فلان رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه و سلم
إن المَهْدِيَّ لا يَخْرُجُ حتى تُقْتَلَ النفسُ الزَّكِيَّةُ، فإذا قُتِلَتِ النفسُ الزَّكِيَّةُ، غَضِبَ عليهم مَن في السماءِ ومَن في الأرضِ، فأتى الناسُ المَهْدِيَّ، فَزَفُّوهُ كما تُزَفُّ العَرُوسُ إلى زوجِها ليلةَ عُرْسِها، وهو يَمْلَأُ الأرضَ قِسْطًا وعَدْلًا، وتُخْرِجُ الأرضُ نباتَها، وتُمْطِرُ السماءُ مطرَها، وتَنْعَمُ أمتي في وِلايتِهِ نعمةً لم تَنْعَمْها قَطُّ
Terj: Dari Mujahid dari seorang sahabat Nabi Saw (yang tidak dinyatakan namanya):
"Bahawa al-Mahdi tidak akan muncul sebelum seorang lelaki suci terbunuh. Apabila lelaki suci itu terbunuh, maka marahlah penduduk langit dan bumi. Lantas mereka pergi kepada al-Mahdi dengan pantas sepantas pengantin yang bergerak menuju pengantin perempuan pada malam pertama, al-Mahdi akan memenuhi bumi dengan kesamarataan dan keadilan, bumi pun menghasilkan tanaman dan langit pun mencurahkan hujannya. Umatku akan menikmati kemakmuran dan ksejahteraan yang tidak pernah dikecapi sebelum ini." 
[HR Ibn Syaibah dalam Musyannafnya no 37653 dari Mujahid.]

Tahqiq
Dr Abdul Alim, ksa, al-ahaadith al-waaridah, sanadnya sahih. ms 153. 
al-Bastawi, al-Mahdi al-Muntadzar, ms 214, sanadnya sahih; Dr al-Mubayyadh, 
Atsar mauquf sahih, al-Mausu'ah fil fitan, ms 611

Tahqiq al-Albani
الراوي:  رجل من الصحابة المحدث: الألباني  - المصدر: السلسلة الضعيفة - الصفحة أو الرقم: 2155
خلاصة حكم المحدث: منكر
Ia hadith mungkar
—------------------------------------—
*Menurut al-Albani adapun lelaki suci itu dikatakan Muhammad bin Abdullah bin Hasan al-Hashimi, salah seorang Imam dalam mazhab syi'ah Zaidiyah yang bangkit melawan Daulah Abbasiah di Madinah, lantas beliau dibunuh oleh tentera Abbasiah pimpinan Yahya bin Musa. 
Inilah kisah yang dikatakan keluarnya atsar ini. WA

Maka hadith ini tidak sahih cuma atsar Mujahid, murid Ibn Abbas ra.

Jika diandaikan atsar ini sahih, Syarah Dr al-Mubayyad:
Salah satu sebab kedatangan al-Mahdi ialah kerana terbunuhnya seoraang tokoh yang soleh dan hebat yang dijoloki dgn jiwa yg suci. Pembunuhan itu menyebabkan Allah murka lantas diutusnya al-Mahdi utk menegakkan keadilan. 

Ibn katsir berkata, banyak orang berkata jiwa yang suci itu adalah tokoh dalam mazhab Zaidiah, Muhammad bin Abdullah dari keturunan al-Abbas, tapi atsar ini bukan beliau kerana pembunuhan jiwa yang bersih berlaku di akhir zaman. 
[Bidayah wal Nihayah, 10:84]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan