TKK131 Bahagian 5 : Apakah percaya kepada al-Mahdi Usyul atau Furuk Akidah?
Apabila kita mengetahui ada ulamak dan cendikiawan Islam yang mengingkari kemunculan al-Mahdi, maka kita tertanya-tanya, apakah akidah mereka rusak?
Jawabnya, tidak, cuma mereka tergolong dalam orang yang angkuh dan sombong, sedangkan ia ditetapkan sebagai sahih oleh majoriti ahli hadith, antaranya Imam Abu Daud, Termidzi, an-Nasa'iy dan Ibn Majah. Ini kerana tanda Kiamat hanyalah furuk akidah, yang menjadi usyul Akidah ialah percaya kpd hari Kiamat.
Tanda2 Kiamat adalah furuk akidah atau cabangnya sahaja. Maka jika ada mereka yang mengingkrinya, misalnya al-Mahdi, maka ia tidaklah menjejaskan Usyul Akidah percaya kepada kiamat.
Dalilnya:
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ، قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ . قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ . قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ .
[رواه مسلم]
Arti hadits / ترجمة الحديث :
Dari Umar ra, dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah saw suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepala lututnya (Rasulullah saw) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah Engkau Bersaksi Bahwa Tidak Ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya dan Hari Akhir dan Engkau Beriman Kepada Takdir Yang Baik Maupun Yang Buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang Ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah Engkau Beribadah Kepada Allah Seakan-Akan Engkau Melihatnya, Jika Engkau Tidak MelihatNya Maka Dia Melihat Engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang Hari Kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.
[Riwayat Muslim, Matan Arbai'in no 2]
- Dalam hadith di atas terang dan nyata disebut akan enam rukun iman yang menjadi asas kepada aqidah seorang muslim yang mukmin.
Keenam-enam rukun Iman tersebut adalah :
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada malaikat-malaikat NYA
3. Beriman kepada kitab-kitab NYA
4. Beriman kepada nabi dan Rasul NYA
5. Beriman kepada hari Qiamat
6. Beriman dengan qadak dan qadar
Maka beriman kepada al-Mahdi tidak termasuk dalam dasar akidah yang usyul (pokok)
Maka bila Ibn Khaldoon, Muhammad Rashid Ridha, Hamka, Qadhi Qatar, Farid Wajdi, Hasan al-Banna dan Dr Qardhawi meraguinya, tidak bermakna akidah mereka telah rusak.
Hanya mereka menyelisihi Ashabul Hadith dan jumhur ulamak yang menetapkan iman kepada kedatangan al-Mahdi adalah sahih dan menjadi akidah umat Islam.
ref:
Syaikh Abdul Muhsin al-Abbad, KSA, Ar-Radd Ala Man Kadzdzaba bil Ahadits Ash-Shahihah fil Mahdi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan