Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Hujan Turun Sepanjang Tahun, Tapi Tiada Tanaman (نزول المطر من السماء ولا تنبت الأرض شيئا)

TKK 91: Hujan Turun Sepanjang Tahun, Tapi Tiada Tanaman (نزول المطر من السماء ولا تنبت الأرض شيئا)


Hadith 1: 
فعن أنس رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«لا تقوم الساعة حتى يمطر الناس  مطرا عاما ولا تنبت الأرض شيئا >
رواه أحمد وأبو يعلى وقال الهيثمي في المجمع ورجال الجميع ثقات
Dari Anas, Nabi saw bersabda," Kiamat tidak terjadi sehingga hujan yang lebat sepanjang tahun, tapi bumi tidak menumbuhkan tanaman apa pun." 
[HR Ahmad dan Abu Ya'la, kata al-haithami, sanadnya sahih.]

Hadith 2:
إن السنة  ليس بأن لا يكون فيها مطر ولكن السنة أن  يمطر الناس ولا تنبت الأرض ; رواة أحمد قال الهيثمي  )5:38) ورجاله رجال الصحيح
Dari Abu Hurayra, bahawa Nabi saw bersabda," Musim gawat bukan maksud tiada hujan, tetapi gawat (yang menjadi tanda Kiamat) ialah banyaknya hujan namun bumi tidak lagi menumbuhkan tanaman." 
[HR Ahmad, dinilai sahih sanadnya oleh al-Haithami.]


Syarah 
Antara keanehan akhir zaman ialah hujan mencukupi, tapi bumi tidak lagi menghasilkan tanaman seperti biasa. Maka akan berlaku kekurangan makanan. Bumi sudah tidak lagi memberkahi manusia dengan tanaman kerana di hujung zaman, ia tidak lagi memiliki zat dan galian untuk menghidupkan tanaman dan ternakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan