Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Golongan Yang Ragu Dengan al-Mahdi [Beberapa Tokoh Lain]

TKK131 Bahagian 3/3 : Golongan Yang Ragu Dengan al-Mahdi [Beberapa Tokoh Lain]


*** Syubhat/Syubhah = perkara yang masih samar/ragu2 ***


Syubhah Oleh Beberapa Tokoh Lain

a) Ahmad Amin
أحمد أمين
قال:[حديث المهدي هذا حديث خرافة وقد ترتب عليه نتائج خطيرة في حياة المسلمين ( انظر:أضحى الإسلام(3/243))
terj:
Ahmad Amin, sastrawan Egypt, wafat 1954, murid Muhammad Abduh, dalam kitabnya Dhuha ul Islam, berkata,
- "Hadith2 seputar Mahdi adalah hadith Khurafat (dusta). Ia mencetus teori2 berbahaya dalam kehidupan umat Islam."
Ulasan
Ahmad Amin yang dianggap antara pencetus idea JIL (Jaringan Islam Liberal) dan Gerakan Anti Hadith (GAH) di Egypt begitu berani mengatakan semua hadith Mahdi sebagai khurafat. Ini sesuatu yang agak keterlaluan.


b) Qadhi Abdullah Zayd al-Mahmood, Mufti Qatar
عبد الله بن زيد آل محمود
قال:[ ودعوى المهدي في مبدئها ومنتهاها مبنية على الكذب الصريح والاعتقاد السيئ القبيح وهي في الأصل حديث خرافة يتلقفها واحد عن آخر وقد صيغت لها الأحاديث المكذوبة سياسة للأرهاب والتخويف (في رسالته(لا مهدي ينتظر بعد الرسول خير البشر)(ص 58))
Qadhi Qatar, Syaikh Abdullah, wafat 1997, antara yang paling kuat menolak hadith2 Mahdi, katanya:
"Dakwaan al-Mahdi dari awal hingga penyudahnya disandarkan kepada kedustaan yang sarih (nyata) dan keyakinan yang jijik. Asalnya hadith2 Mahdi adalah hadith2 khurafat yang tersibar dari mulut ke mulut. Ia sebenarnya hadith dusta bertujuan untuk menimbulkan ketakutan kepada umat Islam." 
[Tiada Mahdi yang dinanti, selepas Rasul Muhammad Sebaik-baik Manusia ms 58]. Dalam risalah ini Ibn Mahmud mengkritik 22 hadith mengenai Mahdi


c) Muhammad Farid Wajdi, wafat 1954, Alexandria, Egypt
حمد فريد وجدي
قال:[ ما ورد في المهدي المنتظر من أحاديث الناظر فيها من أولي البصائر لا يجدون في صدورهم حرج من من تنزيه رسول الله صلى الله عليه وسلم من قولها ,فإن فيها من الغلو والخبط في التواريخ والإغلاق في المبالغة والجهل بأمور الناس والبعد عن سنن الله المعروفة ما يشعر المطالع لأول وهلة أنها أحاديث موضوعة تعمد وضعها رجال من أهل الزيغ المشايعين لبعض أهل الدعوة من طلبة الخلافة في بلاد العرب أو الغرب] (1)
(1) دائرة معارف القرن العشرين(10/481)
Syaikh Muhammad Farid Wajdi, tokoh pembaharu Mesir, juga murid Syaikh Muhammad Abduh, merupakan guru Syaikh Hasan al-Banna, Mursyid Ikhwan amat keras menolak semua hadith2 al-Mahdi, katanya:
"Siapa yang meneliti hadith al-Mahdi yang dinanti-nantikan, tidak syak lagi akan dapat merasakan ia bukan hadith Nabawi. bahkan ia berasal dari riwayat2 yang melampau, merusak sejarah, tidak peka dengan urusan manusia dan jauh dari sunnatullah. Inilah sebab utama bahawa hadith2 tsb adalah palsu yang dibikin oleh orang2 yang sesat dan jurudakwah yang menuntut jawatan khalifah khususnya di negara2 Arab dan Maghrib (Maghribi, Tunisia, Algeria, Libya, Egypt)" 
[Dairah Ma'arif Al-qarn al-'Asyreen, 10:481]


d) Ustaz Hasan al-Banna, wafat 1949, Musyrif Ikhwan Muslimin, Muslim Brotherhood,
لم نر في السنة الصحيحة مايثبت دعوى المهدي وإنما احاديثه تدور بين الضعف والوضع
''Kami tidak pernah menjumpai dari Sunnah yang sahih apa-apa yang menthabitkan dakwaan Al-Mahdi, sesesungguhnya hadith-hadith mengenainya sama ada dhaif atau maudhu'...'' 
[Hadith Ath-Thulatha' oleh Muhammad Isa 'Asyur m/s 108]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan