♻TKK 51/131 Munculnya Zaman Lelaki Mukmin Dipagi Hari Menjadi Kafir Di Petang Harinya ( مجيء زمان (كافرا ویمسي مؤمنا الرجل یصبح
Dalil hadith:
. كافرًا ویصبحُ مؤمنًا یمسي أو . كافرًا ویمسي مؤمنًا الرجلُ یصبحُ . المظلمِ اللیلِ كقطعِ فتنًا بالأعمالِ بادروا الدنیا من بعرضٍ دینَھ یبیعُ مسلم صحیح : المصدر /مسلم : المحدث / ھریرة أبو : الراوي
118: الرقم أو الصفحة
Terj: Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti malam yang gelap gulita. Di pagi hari seseorang masih dalam keadaan mukmin, lalu menjadi kafir di petang harinya. Di petang hari seseorang masih dalam keadaan mukmin, lalu menjadi kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya demi barang habuan dunia."
[HR Bukhari dan Muslim, ini lafaz Muslim dr Abu Hurayra ra]
Dahsyatnya fitnah dunia akhir zaman, seperti kedatangan malam yang gelap gulita. Salah satu akibat dari dahsyatnya fitnah ialah berubahnya hati manusia dengan cepat dan mudah sekali tercabutnya iman kepada kufur. Ianya berlaku dalam 12 jam sahaja, beriman di pagi hari, kemudian kufur di sebelah petangnya, beriman di petang hari kemudian kufur lagi di pagi harinya.
Sebab utama terjadinya fenomena iman-kufur-iman-kufur ialah kerana manusia dihimpit dengan masalah cepat kaya dan ingin hidup senang.
Nasihat Rasulullah saw, segera melakukan amal saleh bila tiba zaman seperti ini kerana amat hampirnya kemunculan fitnah yang lebih besar ialah Dajjal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan