al Masih al Dajjal Bahagian 2 [Kenapa dinamakan al-Masih al Dajjal?] (تسميته بالمسيح الدجال)

TBK 1 Bahagian 2 : al Masih al Dajjal [Kenapa dinamakan al-Masih al Dajjal?] (تسميته بالمسيح الدجال)


سمي بالمسيح الدجال لأنه ممسوح العين اليسرى فهو أعور لا يرى إلا بعين واجده
وقيل بل الدجال يسمى :المسيح …وقيل المسيح(بالخاء الهعجمة)
وقيل سمي بالمسيح لأنه يمسح بالأرض ويسير فيها كلها
وقيل لأن أحد شقي وجهه ليس فيه عين ولا حاجب
وسمي بالدجال: لأنه دجل:أي غطى وموه واحتال والجل أكبر الكذب فهو دجال كذاب مختال
وجمع دجل:دجالون ,ودجاجلة
Terj :
Dinamakan al-Masih kerana mata kirinya terhapus dan dia hanya mampu melihat dengan mata kanan sahaja. 
Dikatakan juga maksud al-Masih kerana Dajjal menghapus (merosakkan bumi) dan melakukan perjalanan ke seluruh pelusuk alam. 
Dinamakan al-Masih juga kerana sejak lahir, memang sebelah matanya tidak memiliki mata dan kening.


Syarah
Kita merasa pelik, kenapa Isa عليه السلام juga digelari dengan al-Masih dan Dajjal juga al-Masih? 

Ini kerana al-Masih memiliki makna yang kontradiktif atau berlawanan, sama seperti kolestrol, ada kolestrol baik vs kolestrol jahat, ada bakteria baik dan jahat, ada jin Islam dan jin kafir. 

Maka al-Masih Dajjal bermaksud penyesat lagi pembohong, manakala al Masih Isa عليه السلام bermaksud yang benar dan penegak kebenaran.


سمي بالدجال: لأنه دجل:أي غطى وموه واحتال والجل أكبر الكذب فهو دجال كذاب مختال
وجمع دجل:دجالون ,ودجاجلة
Terj:
Adapun dinamakan Dajjal kerana bersifat tertutup dan manipulatif. Pendusta yang "ultimate", paling besar. Plural kepada Dajjal ialah Dajjalun atau Dajajilah.


Syarah
Dajjal bermaksud menutupi kerana Dajjal licik menutupi kekufuran dan kebatilannya dan 
melakukan penipuan dan manipulasi ke atas manusia tanpa disedari oleh mereka. 

Orang utara Malaysia menggunakan kalimah "Dajjai Hang" dalam perbualan harian bermaksud si fulan itu cuba melakukan penipuan dan menutupi muslihatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan