Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

al Masih al Dajjal Bahagian 4 [Isu Ibn Shayyad (قصةابن صياد): mungkinkan dia Dajjal yang dimaksudkan?]

TBK 1 Bahagian 4 : al Masih al Dajjal [Isu Ibn Shayyad (قصةابن صياد): mungkinkan dia Dajjal yang dimaksudkan?]


في عهد النبي صلى الله عليه وسلم كان بالمدينة غلاه يهودي اسمه ابن صياد اشتبه أمره وشك النبي صلى الله عليه وسلم أنه هو الدجال ووقع له حادث مع النبي صلى الله عليه وسلم وتفصيل ذلك كالآتي:
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه أن عمر بن الخطاب رضي الله عنه انطلق مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في رهط
(1) قبل ابن صياد حتى وجده يلعب مع الصبيان عند أطم
(2)بني مغالة وقد قارب ابن صياد يومئذ الحلم (أي قارب بلوغ وعمره قريب من 15 سنة) فلم يشعر حتى ضرب رسول الله صلى الله عليه وسلم طهره بيده ثم:
(1) الرهط :من ثلاثة إلى عشرة أشخاص
(2) أي الحصن أو القلعة لقبيلة بني مغالة


Pada masa Nabi ﷺ di Madinah ada seorang pemuda Yahudi yang bernama Ibn Shayyad (ابن صياد ). Dia ada ciri-ciri Dajjal namun ada indikasi syak atau unsur keraguan dari Nabi ﷺ bahawa dia adalah Dajjal yang sebenar.


Syarah
Menurut al-Khattabi dalam Ma'alim as sunan, ketika Nabi ﷺ sampai di Madinah, maka terjadilah banyak perjanjian perdamaian dengan komuniti yahudi di madinah. Antara butiran perjanjian tersebut ialah tidak ada campurtangan dalam urusan kaum masing-masing apatah mengganggu mereka. 
Akan tetapi di kalangan komuniti Yahudi Madinah, ada seorang dukun budak yang ajaib bernama Ibn Shayyad. 
Keajaiban Ibn Syayyad menyebabkan berlaku khilaf di kalangan para sahabat, sedangkan Nabi ﷺmasih hidup, apakah Ibn Shayyad itu Dajjal al masih.


Dari Abdullah bin Umar رضي الله عنه, putra Khalifah Amirul Mukminin, Umar al Khattab رضي الله عنه menceritakan peristiwa di mana ayahnya pernah menemani Nabi ﷺ untuk mencari dan menguji Ibn Shayyad. 
Ketika mereka sampai (Nabi ﷺ, Umar رضي الله عنه dan sahabat yang lain), Ibn Shayyad sedang bermain dengan kanak-kanak yang lain sekitar 10 orang di Atham, sebuah benteng milik Bani Mughalah (Yahudi). Dianggarkan usia Ibn Shayyad pada lingkungan usia baligh. Ibn Shayyad tidak menyedari kehadiran Rasulullah ﷺ sehingga baginda menepuk punggungnya.


1) Hadith Ibn Umar رضي الله عنهما 
(sambungan hadith)
ثم قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ لابنِ صيادٍ " أتشهدُ أني رسولُ اللهِ ؟ " فنظر إليه ابنُ صيادٍ فقال : أشهد أنك رسولُ الأُمِّيِّينَ . فقال ابنُ صيادٍ لرسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ : أتشهدُ أني رسولُ اللهِ ؟ فرفضَه رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وقال " آمنتُ بالله وبرسله " . ثم قال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ " ماذا ترى ؟ " قال ابنُ صيادٍ : يأتيني صادقٌ وكذَّابٌ . فقال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ " خُلِّطَ عليك الأمرُ " . ثم قال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ " إني قد خبَّأتُ لك خبيئًا " فقال ابنُ صيادٍ " هو الدُّخُّ " فقال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ " اخْسَأْ . فلن تعدُوَ قَدرَك " فقال عمرُ بنُ الخطابِ : ذَرْني . يا رسولَ اللهِ ! أضربْ عُنُقَه . فقال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ " إن يكنه فلن تُسلَّطَ عليه . وإن لم يكُنْه فلا خيرَ لك في قتلِه " .
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2930 
[Juga dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya no: 1354]
Terj:
Kemudian nabi ﷺ menyoalnya (Ibn Shayyad) “Apakah engkau bersaksi bahwa aku utusan Allah?” Ibnu Shayyad melihat Rasulullah ﷺ dan berkata: “Aku bersaksi bahawa engkau adalah utusan bagi al-ummiyyin (orang-orang yang ummi).” 
Kemudian Ibnu Shayyad bertanya kembali kepada Rasulullah ﷺ: “Apakah anda bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah?” 
Rasulullah ﷺ menyangkalnya dan berkata: “Aku beriman kepada Allah ‎ﷻ dan Rasul-Nya.”
Kemudian Rasulullah ﷺ berkata (kepada Ibnu Shayyad): “Apa yang kamu lihat?” 
Ibnu Shayyad menjawab: “Datang kepadaku orang yang jujur dan yang dusta.”
Rasulullah ‎ﷺ berkata kepadanya: “Tercampur padamu persoalan ini.” 
Lalu Rasulullah ﷺ berkata kepadanya (bermaksud menguji): “Aku sembunyikan sesuatu untukmu?”
Ibnu Shayyad meneka: “Ad-Dukh (asap/kabut).”
Rasulullah ﷺ berkata: “Tetaplah di tempatmu.
Engkau tidak akan melampaui apa yang telah Allah ‎ﷻ takdirkan padamu.” 
Mendengar hal itu ‘Umar رضي الله عنه berkata: “Ya Rasulullah, izinkan aku memenggal lehernya.”
Rasulullah ﷺ berkata: “Jika dia adalah Dajjal, engkau tidak mampu mengalahkannya. Dan jika bukan, sia-sialah membunuhnya”


Syarah
Ibn Shayyad cuba menyebut ad dukhan atau kabus tebal sebelum kiamat, tetapi dia cuma mampu sebut Dukh sahaja kerana di belakang Ibn Shyayyad ialah Jinn 

(قوله <الدخ>حاول ابن صياد أن يقول الدخان فلم يوفق فقال الدخ وكان ابن صياد له جن يخبرونه بأشياء ولكنهم لم يستطيعوا أن يكشفوا ما في نفس النبي صلى الله عليه وسلم فقربوا له الكلمه)
Jika dia sahih Dajjal al masih, dia tidak akan berjaya kerana hanya Isa al Masih yang akan membunuhnya. Jika dipenggal orang yang bukan Dajjal, bermaksud Nabi ﷺ telah melanggar Piagam Madinah dan perjanjian dengan komuniti Yahudi.


Fiqh Hadith Ibn Umar رضي الله عنهما
Nabi ﷺ tidak diberi wahyu untuk menjelaskan adakah Ibn Shayyad yang berada di Madinah itu adalah al Masih al Dajjal. 


Beberapa Hujah
🗯 Ia berlawanan dengan hadith-hadith lain yang menyatakan al masih al Dajjal adalah tanda besar Kiamat, sedangkan perutusan Nabi Muhammad ﷺ belum lagi berakhir, baru sahaja tiba di Madinah untuk membina negara Islam pertama.

🗯 Nabi ﷺ melarang Umar رضي الله عنه membunuhnya kerana jika dia Dajjal, yang layak membunuhnya ialah Isa al Masih. Ini indikasi dia bukanlah Dajjal yang sebenar, cuma Dajjal kecil.

🗯 Nabi ﷺ juga melarang membunuhnya kerana terikat dengan perjanjian dengan Yahudi Madinah dan Ibn Shayyad adalah dari kaum Yahudi dan masih berusia budak dan berstatus OKU kerana hanya ada satu mata sahaja.


2) Hadith Salim dari Ibn Umar رضي الله عنهما
 انطلق بعد ذلك رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وأُبيُّ بنُ كعبٍ الأنصاريُّ إلى النخلِ التي فيها ابنُ صيَّادٍ . حتى إذا دخل رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ النخلَ ، طفِق يتَّقي بجذوعِ النخلِ . وهو يَختِلُ أن يسمع من ابنِ صيادٍ شيئًا ، قبل أن يراه ابنُ صيَّادٍ . فرآه رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وهو مُضطجعٌ على فراشٍ في قطيفةٍ ، له فيها زَمزمةٌ . فرأت أمُّ ابنِ صيادٍ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وهو يتّقي بجذوعِ النخلِ . فقالت لابنِ صيَّادٍ : يا صافُ ! ( وهو اسمُ ابنِ صيَّادٍ ) هذا محمدٌ . فثار ابنُ صيَّادٍ . فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ " لو تركتُه بَيَّنَ " .
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2931
Terj:
Salim bin Abdullah berkata: Aku mendengar Abdullah bin Umar رضي الله عنهما berkata: Sesudah demikian, Rasulullah ﷺ dan Ubay bin Kaab Al-Anshari pergi menuju ke kebun kurma di mana terdapat Ibnu Shayyad. Setelah masuk ke kebun baginda segera berlindung di sebalik batang pohon kurma mencari kelengahan untuk mendengarkan sesuatu yang dikatakan Ibnu Shayyad sebelum Ibnu Shayyad melihat baginda. Maka Rasulullah ﷺ dapat melihat dia sedang berbaring di atas tikar kasar sambil mengeluarkan suara yang tidak dapat difahami. 
Tiba-tiba ibu Ibnu Shayyad melihat Rasulullah ﷺ yang sedang bersembunyi di sebalik batang pohon kurma lalu mengejutkan Ibnu Shayyad: Hai Shaaf, (nama panggilan Ibnu Shayyad), ini ada Muhammad! 
Lalu bangunlah Ibnu Shayyad. Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: Seandainya ibunya membiarkannya, maka akan jelaslah perkara dia.
[HR Muslim,  no 2931]


Fiqh Hadith
Selepas interaksi pertama dengan Ibn Syayyad bersama Umar رضي الله عنه, Nabi ﷺ pergi kali kedua ke lokasi Ibn Shayyad dengan mengintipnya, tetapi Nabi ﷺ tidak berjaya kerana ibu Ibn Shayyad dapat mengesan kehadiran Nabi ﷺ dan Ubay bin Kaab. 

Hadith ini juga memberi indikasi Ibn Shayyad bukanlah al Masih al Dajjal kerana Nabi ﷺ tidak dapat mengintipnya.


3) Hadith Abu Sa'eed al Khudri رضي الله عنه
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال :لقية رسول الله صلى الله عليه وسلم وأبو بكر وعمر -يعني ابن صياد- في بعض طرق المدينة
* فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم :«أتشهد أني رسول الله »؟
# فقال هو :أتشهد أني رسول الله ؟
* فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :«آمنت بالله وملائكته وكتبه وما ترى“”؟
# قال :أرى عرشا على الماء
* فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :«ترى عرش إبليس على البحر وما ترى »
# قال: أرى صادقين وكاذا أو كاذبين وصادقا
* فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :«لبس(1)عليه ,دعوه»(2)
(1) أي يأتيه الشيطان فاختلط عليه الأمر
(2) رواه مسلم no. 2926  
Terj:
Dari Abu Sa'eed al Khudi رضي الله عنه, RasuluLlah ﷺ, Abu Bakar (keduanya رضي الله عنه) pernah bertembung dengan Ibn Shayyad di sebuah jalan di Madinah, lalu RasuluLlah ﷺ mengujinya, 
"Apakah engkau naik saksi aku adalah pesuruh Allah ‎ﷻ? 
(Ibn Shayyad), "Apakah engkau juga naik saksi aku (juga) pesuruh Allah?" 
(Nabi ﷺ): "Aku beriman kepada Allah ‎ﷻ, Malaikat dan kitab-Nya. Apa yang engkau lihat? 
(Ibn Shayyad): "Aku melihat arasy di atas air"
(Nabi ﷺ): "Sebenarnya engkau melihat arasy Iblis di atas lautan. Apa yang engkau lihat (sebenarnya)? 
(Ibn Shayyad): "Aku melihat dua orang yang siddiq dan seorang pendusta atau dua orang pendusta dan seorang yang siddiq." 
(Nabi ﷺ):"Celaru dia ni (urusannya dibantu setan), tinggalkan saja dia." 
[HR Muslim no:2926]


Syarah Hadith
Lagi sekali Nabi ﷺ bertembung dengan Ibn Shayyad dan Nabi ﷺ sekali lagi mengujinya di hadapan Abu Sa'eed, Umar dan Abu Bakar رضي الله عنهم bahawa Ibn Shayyad memang seorang yang keras kepala dan tidak mahu mengakui kerasulan Nabi ﷺ dan cakapnya merapu kerana di bawah kawalan syaitan. 
Namun, seperti yahudi yang lain, tidak ada indikasi bahawa dia adalah Dajjal yang dimaksudkan.


Hadith di bawah ini berlaku selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, Ibn Shayyad telah memeluk Islam dan menyertai kembara Haji bersama rombongan Abu Sa'eed. 

Abu Sa'eed menceritakan pengalamannya bersama Ibn Shayyad.

4) Hadith Abu Sa'eed al Khudri  رضي الله عنه (Sambungan)
2927 حدثنا محمد بن المثنى حدثنا سالم بن نوح أخبرني الجريري عن أبي نضرة عن أبي سعيد الخدري قال خرجنا حجاجا أو عمارا ومعنا ابن صائد قال فنزلنا منزلا فتفرق الناس وبقيت أنا وهو فاستوحشت منه وحشة شديدة مما يقال عليه قال وجاء بمتاعه فوضعه مع متاعي فقلت إن الحر شديد فلو وضعته تحت تلك الشجرة قال ففعل قال فرفعت لنا غنم فانطلق فجاء بعس فقال اشرب أبا سعيد فقلت إن الحر شديد واللبن حار ما بي إلا أني أكره أن أشرب عن يده أو قال آخذ عن يده فقال أبا سعيد لقد هممت أن آخذ حبلا فأعلقه بشجرة ثم أختنق مما يقول لي الناس يا أبا سعيد من خفي عليه حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم ما خفي عليكم معشر الأنصار ألست من أعلم الناس بحديث رسول الله صلى الله عليه وسلم أليس قد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم هو كافر وأنا مسلم أوليس قد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم هو عقيم لا يولد له وقد تركت ولدي بالمدينة أوليس قد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يدخل المدينة ولا مكة وقد أقبلت من المدينة وأنا أريد مكة قال أبو سعيد الخدري حتى كدت أن أعذره ثم قال أما والله إني لأعرفه وأعرف مولده وأين هو الآن قال قلت له تبا لك سائر اليوم 
Terj:
“Kami pernah keluar untuk melakukan haji/umrah dan Ibnu Sa'eed ikut bersama kami, kemudian kami singgah. 
Selanjutnya orang-orang berpisah sementara aku bersamanya (Ibn Shayyad). Aku merasa sangat takut kerana apa yang dikatakan manusia tentangnya.” 
(Abu Sa’eed) berkata, “Dia datang dengan bekalannya, lalu dia meletakkannya bersama bekalanku.” 
Aku berkata kepadanya, “Udara sangat panas, sebaiknya engkau meletakkannya di bawah pohon itu,” 
(Abu Sa’id) berkata, “Akhirnya dia melakukannya.” 
Kemudian kami diberikan satu ekor kambing, lalu dia pergi dan kembali dengan membawa satu wadah besar, dia berkata, “Minumlah wahai Abu Sa’eed!” 
Aku berkata, “Sesungguhnya udara sekarang ini panas sekali, dan susu itu juga panas,”. 
Sebenarnya tidak ada masalah bagiku, hanya saja aku tidak ingin meminum sesuatu yang berasal dari tangannya, (atau dia berkata) mengambil dari tangannya".
‼️!
Perhatikan pengakuan Ibn Shayyad 
Kemudian dia berkata, “Wahai Abu Sa’eed, sebelumnya aku hendak mengambil tali, lalu menggantungkannya di pohon, kemudian aku ikat leherku kerana (merasa sakit hati) terhadap segala hal yang dikatakan oleh manusia. Wahai Abu Sa’eed, siapakah yang tidak mengetahui hadith Rasulullah ﷺ. Tidak ada sesuatu yang tersembunyi dari kamu, wahai orang-orang Ansar. Bukankah engkau orang yang paling mengetahui Hadith Rasulullah? Bukankah Rasulullah telah bersabda, ‘Dia (Dajjal) adalah orang kafir,' sementara aku adalah seorang muslim? Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa dia (Dajjal) adalah orang yang tidak memiliki anak, sementara aku telah meninggalkan anak-anakku di Madinah? Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa dia (Dajjal) tidak akan pernah memasuki Madinah dan Mekah, sementara aku datang dari Madinah menuju Mekah?” 
Abu Sa’eed al-Khudri رضي الله عنه berkata, “Hampir saja aku menerima alasannya." Kemudian dia berkata, “Demi Allah, sesungguhnya aku mengenalnya dan mengetahui tempat kelahirannya, dan di mana dia sekarang.” 
Abu Sa’eed berkata, “Aku berkata kepadanya, 'Celakalah engkau pada hari-harimu.’ 
[HR Muslim, no 2927, kitab al Fitan]


Syarah Hadith
Dari dialog antara Abu Sa'eed dan Ibn Shayyad, jelas Abu Sa'eed tidak menerima pengakuan Ibn Shayyad, meragui kejujurannya dan beliau menyumpahnya menunjukkan dia adalah termasuk puak munafiq Madinah.


5) Hadith Abu Sa'eed al Khudri رضي الله عنه 
(Sambungan)
Terj:
والصحيح من أقوال أهل العلم :
ان ابن صياد هذا ليس هو المسيح الدجال ولكنه دجال محتال من ضمن الدجالين عنده كهانه وشياطين ينبئونه بأمور وقد ورد عنه حوادث في آخر حياته مع أبي سعيد الخدري وغيره قد يستنتج منها أنه تاب وصلح حاله والله أعلم


Rumusan Dr Muhammad Al Areefi dalam isu Ibn Shayyad.

Pendapat yang lebih sahih di sisi ahli ilmu:  ialah Ibn Shayyad bukanlah al Masih al Dajjal yang dimaksudkan (sebagai tanda besar Kiamat). Dia hanyalah dajjal sebahagian dari siri Dajjal yang memiliki ilmu perdukunan dengan bantuan jin syaitan. 

Dalam kitab hadith banyak kisahnya bersama sahabat-sahabat seperti Abu Sa'eed dan yang lainnya. Riwayat terkuat dia meninggal dalam keadaan taubat  dan baik penghujung kehidupannya.

Maka TAMATlah isu Ibn Shayyad yang menimbulkan kekeliruan kepada sahabat dan penduduk Madinah. Dia pada mulanya memiliki ciri-ciri Dajjal, namun di penghujung usia dia baik, pergi mengerjakan haji bersama sahabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan