TKK 131 Bahagian 8/7 : Sebab Kemunculan al-Mahdi [Pergolakan anak Khalifah dan perang di Sungai Furat (Syria Levant atau Iraq)]
Pergolakan anak Khalifah dan perang di Sungai Furat (Syria Levant atau Iraq
حدثنا محمد بن يحيى وأحمد بن يوسف، قالا: ثنا عبد الرزاق عن سفيان الثوري، عن خالد الحذاء، عن أبي قلابة، عن أبي أسماء الرحبي، عن ثوبان، قال: قال رسول الله (صلى الله عليه وآله): "يقتتل عند كنزكم ثلاثة. كلهم ابن خليفة. ثم لا يصير إلى واحد منهم. ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق ًفيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم" لا أحفظه ًثم ذكر شيئا . فقال "فإذا رأيتموه . فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله، المهدي" سنن ابن ماجة:ج 1 ص 1367. المستدرك للحاكم: ج 4 ص 424
Dari jalur Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf, dari Abdul Razaq, dari Sufyan ats-Tsauri, dari Khalid Al-Hidza` dari Abi Qilabah dari Tsauban, katanya:
Rasulullah saw bersabda: “Pertempuran berlaku di tempat harta simpanan kalian antara tiga pihak kesemua mereka anak-anak Khalifah, maka tidak berlaku kepada seseorang dari mereka, kemudian muncul panji-panji hitam datang dari arah timur. Dan terjadi perperangan yang belum pernah berlaku pada suatu kaum dan kemudian menyebut sesuatu yang tidak aku ingat, lalu baginda bersabda: Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifah Allah Al- Mahdi..”
[HR Ibn Majah dan al-Haakim]
Tahqiq:
قال ابن كثير في( النهابة ص 26)تفرد به ابن ماجه وهذا إسناد قوي صحيح ا.ه وقال البوصري في( زوائد1442 )هذا إسناده صحيح رجاله ثقات ورواه الحاكم في( المستدرك 4/463/4880 )وقال صحيح على شرط الشيخين
Kata Ibn Katsir (Nihayah), bersendirian Ibn Majah dan sanad Ibn Majah kuat lagi sahih.
Kata al-Busyiri dalam zawaid, sanad ini sahih, perawinya dipercayai.
Di riwayatkan juga oleh al-Haakim katanya, sahih atas syarat syaikhain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan