TKK 113: Gunung ganang Lesap (زوال الجبال من أماكنها)
Dalam Al Quran, gunung ganang adalah pasak bumi. Dalilnya:
وَجَعَلْنَا فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِهِمْ وَجَعَلْنَا فِيهَا فِجَاجًا سُبُلًا لَعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ
Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk.
[AQ 21:31]
Tapi Nabi Saw dengan mukjizat kenabiannya mengkhabarkan bahawa gunung ganang di akhir zaman akan musnah.
Dalil hadith:
وعن سمرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«لا تقوم الساعة حتى تزول الجبال عن أماكنها وترون الأمور العظام التي لم تكونوا ترونها> رواة الطبراني وصححه الألباني في السلسلة الصحيحة رقم (3061)
Terj: dari Samurah ra, bahawa Nabi saw bersabda:
Tidak akan berlaku Kiamat hingga gunung ganang hilang dari tempatnya dan selepas itu kamu akan menyaksikan banyak peristiwa dahsyat yang terjadi yang belum pernah kau saksikan sebelum ini."
[HR Tabrani, disahihkan oleh al-Albani, silsilah al-sahihah, no 3061.]
Kata Dr al-Areefi, KSA, ada banyak kemungkinan gunung ganang hilang. Sebab pembangunan, industri, perlombongan, lebuhraya, terowong, ini yang mengakibatkan pelbagai kesan terhadap alam sekitar dan kemusnahan alam.
Kemungkinan kedua, ia musnah sebab alami, seperti gempa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan