Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Golongan Yang Ragu Dengan al-Mahdi [Syaikh Muhammad Rashid Ridha]

TKK131 Bahagian 3/2 : Golongan Yang Ragu Dengan al-Mahdi [Syaikh Muhammad Rashid Ridha]


*** Syubhat/Syubhah = perkara yang masih samar/ragu2 ***


Syubhat Syaikh Muhammad Rashid Ridha
Syaikh Muhammad rashid Ridha, wafat 1935, Cairo, Merupakan murid Syaikh Muhammad Abduh. 
Beliau adalah tokoh pembahari atau tajdid/islah yang tersohor dan ramai gerakan Islam di Malaysia akan terpengaruh dengann beliau, bahkan dia adalah pencetus kepada fenomena kaum muda. 
Karya agungnya ialah tafsir AQ, al-Manar.

Antara kata-katanya seputar al-Mahdi:
ال:[ وأما التعارض في أحاديث المهدي فهو أقوى وأظهر والجمع بين الروايات فيه أعسر والنكرون لها أظهر ولذلك لميعتد الشيخان البخاري ومسلم بروايتها في صحيحهما وقد ضعف كثير من أئمة المسلمين أحاديث المهدي]
terj:
Kecelaruan hadith2 al-Mahdi amat kuat, kompromi antara hadiths (yang saling bertentangan) amat sulit sekali, banyak ilmuan yang mengingkarinya, syubhatnya amat ketara. Bahkan Bukhari-Muslim tidak ada riwayat Al-Mahdi dalam dua kitab sahihnya. Ramai ulamak hadith turut mendhaifkan hadith2 al-Mahdi." 
[Tafsir al-Manar, jld 9: 416]


Syubhat Syaikh Muhd R Ridha & Jawapannya
A. Kecelaruan dari pelbagai riwayat hadith dan tidak mungkin ia dapat di tarjih. 
- Ini tidak benar, kerana ahli hadith memiliki teknik untuk meluruskan hadith2 yang saling berlawanan dalam pelbagai isu termasuk al-Mahdi, samaada secara penggabungan atau secara Tarjih.

B. Kecelaruan, ramai ulamak yang menolak hadith al-Mahdi. 
- Ini tidak benar, siapakah yang menolaknya? Ini kerana kalau ulamak itu ahli hadith, muhaddith, maka pasti dia tidak menolaknya. Maka ramai ulamak yang menolak sebagaimana dakwaan Ridha adalah mereka yang bukan ahli hadith


3. Tiada hadith mahdi dalam Bukhari Muslim
- الجواب: أن صحيحي البخاري ومسلم لم تجمع أحاديث النبي صلى اله عليه وسلم ورواة السنة غير البخاري ومسلم هم
أئمة محققون ولنا طرق نميز بها صحيح الحديث من ضعيفه وإذا صح الحديث وجب علينا الأخذ به سواء كان
في الصحيحين أو في غيرهما ثم إن البخاري ومسلم رويا أحاديث المهدي بصفته دون النص على اسمه كما تقدم
في سياق أحاديث المهدي
terj:
Kitab keduanya bukanlah memuatkan kesemua hadith sahih. Ada banyak lagi hadith sahih berada dalam kitab hadith yang lain. Kita ada banyak kaedah untuk membedakan hadith sahih dan lemah yang mungkin ada dalam sahihain atau yang lain. 

Bukhari-Muslim juga ada hadith Mahdi tanpa menyebut nama secara khusus.
[ref: dr Muhammad al-Mubayyad, Mausu'ah Fil al-Fitan, 589, Dr al-Areefi, Nihayah al-'Aalam, 206]
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan