Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Banyaknya Fenomena Manusia Obes (Kegemukan) ( أن الناس يكثر فيهم السّمن)

TKK 79/131: Banyaknya Fenomena Manusia Obes (Kegemukan) ( أن الناس يكثر فيهم السّمن)


Dalil hadith:
عن عمران بن حصين رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:«خير أمتي قرني ثم اللذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم إن بعدهم قوما يشهدون ولا يستشهدون ويخونون ولا يؤتمنون وينذرون ولا يوفون ويظهر فيهم السمن>
Dari Imran bin Hushain, ra, bahawa Nabi saw bersabda:
" Sebaik-baik umatku adalah generasiku sekarang, kemudian yang sesudahnya (tabi'in) dan kemudian selepas itu (tabi'-tabi'ien). Selepas itu akan muncul satu kaum yang bersaksi padahal tidak diminta menjadi saksi, khianat dan tidak amanah, banyak janji kosong yang tidak pernah dikotakan dan muncul fenomena obesiti di kalangan mereka." [Muttafaq alaih.]


Syarah
Memang sudah masyhur hadits ini, bahawa sebaik2 kurun adalah kurun salaf (sahabat, tabi'iin dan tabi'-tabi''in), mereka tidak pernah manjakan diri mereka, banyak berjalan, banyak di atas belakang kuda dan unta.

Dizaman kita, tak ada lagi jalan kaki, paling kurang naik kapcai, dan kereta yang melimpahi jalan jalanraya dan kerja dalam bilik aircond. Makanan pun semua segera, maka muncullah fenomena obes atau kegemukan di zaman kita dan ia merupakan tanda Kiamat yang kecil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan