Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Menyibarnya Kejahilan (الجھل ظھور)

28/131 Menyibarnya Kejahilan (الجھل ظھور)


Sepatutnya umat islam sentiasa belajar dan mengajar, continuous unlearn and re-learn (terus membuang ilmu yg salah dan mengisi dgn ilmu yg sahih). Namun lain yg terjadi di akhir zaman, Nabi saw mengkhabarkan sebaliknya, umat Islam tidak lagi minat utk belajar ilmu agama dan tersebarlah kejahilan.

Dalil hadith:
إنَّ اللهَ یُبغِضُ كلَّ جَعْظَريٍّ جوَّاظٍ سخَّابٍ بالأسواقِ جِیفةٍ باللَّیلِ حِمارٍ بالنَّھارِ عالِمٍ بأمرِ الدُّنیا جاھلٍ بأمرِ 
الآخِرةِ الراوي : أبو ھریرة المحدث : ابن حبان
 72 : المصدر : صحیح ابن حبان الصفحة أو الرقم
Terj: " Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, "Allah sangat membenci orang Ja’dzari,
Jawwadz, suka teriak di pasar, bangkai di malam hari, keledai di siang hari, pintar masalah dunia, dan bodoh ilmu akhirat. 
[HR. Ibnu Hibban, no.72 dan dihasankan Syuaib al-Arnauth]


Syarah hadith
Allah membenci 7 jenis manusia 
1. Manusia Ja'dzori (Suka mencela manusia, maki hamun, keras)

2. Jawadz (Rakus dan licik menipu)

3. Suka teriak di pasar kerana mencari dan menipu pelanggan

4. Bangkai di malam hari (Berjaga dan tidur sampai siang, missed solat isyak dan subuh)

5. Keldai di siang hari (Kuat makan)

6. Pintar dalam masalah dunia, ilmu dunia, banyak skills

7. Bodoh akan ilmu akhirat atau agama, atau AQ dan As Sunnah.


28/131 (2) 
Hadith Abu Musa
إنَّ بین یديِ الساعةِ أیامًا ، یُرفعُ فیھا العِلمُ ، وینزلُ فیھا الجھلُ ،.الراوي : أبو موسى الأشعري عبدالله بن قیس المحدث : البخاري
 خلاصة7064 المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 
Terj: ‘Sesungguhnya menjelang datangnya hari Kiamat akan ada beberapa hari di mana diangkat ilmu dan diganti dengan kejahilan.."
[HR Bukhari, no 7064, dan Muslim]

Hadith Tabrani 
"یأتى على الناس زمان لا یُدْري فیھ ما صلاة؟ ما صیام؟ ما صدقة؟" :
Akan datang kepada manusia sebuah zaman yang tidak dikenal lagi padanya apa itu sholat, apa itu 
puasa, dan apa itu sedekah”. 
[Sahih kata Dr Al-Arifi]


Syarah Imam nawawi dan Ibn Hajar
Maksud ilmu di sini ialah ilmu agama, ilmu AQ dan AS, terangkatnya ilmu ialah matinya ulama-ulamak 
yang hebat2 dan yang tinggal adalah ulamak2 yang jahil.
يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا یَنْتَزِعُھُ مِنَ الْعِبَادِ، وَلَكِنْ یَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّـى إِذَا لَمْ یَبْقَ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ .رُءُوسًا جُھَّالاً فَسُئِلُوا، فَأَفْتَوْا بِغَیْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari para hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu 
dengan mewafatkan para ulama, sehingga ketika tidak tersisa lagi seorang alim, maka manusia akan menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin, lalu mereka ditanya, kemudian mereka akan memberikan fatwa tanpa ilmu, maka mereka sesat lagi menyesatkan orang lain.

Dr Al-Arifi
Ilmu keduniaan tidak berkurangan, majunya pelbagai ilmu sains dan teknologi. Kata Dr al-Arifi, jangan terkejut, jika ramai org Islam tidak lagi mengerti fiqh taharah, wudhu', apatah lagi fiqh nikah kawin, muamalat dan ibadah. Ini kerana manusia sibuk dengan dunia dan meninggalkan majlis ilmu. 

WA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan