Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Membicarakan perihal TANDA-TANDA KIAMAT BESAR berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis.

Mas Kahwin dan Kuda (Kereta) Menjadi Mahal Kemudian Murah (غلاء لمهور ثم ترخص- غلاءالخيل ثم ترخص )

TKK 66-67/131: Mas Kahwin dan Kuda (Kereta) Menjadi Mahal Kemudian Murah (غلاء لمهور ثم ترخص- غلاءالخيل ثم ترخص ) 


Hadith:
قال خارجة بن الصمت البرجمي :«خرجنا مع عبد الله من داره و الإمام راكع فركعنا ثم مشينا حتى اتصلنا بالصف  فمر رجل فقال:السلام عليكم يا أبا عبد الرحمن فقال : الله أكبر صدق الله و رسوله فلما قضينا الصلاة قلنا :يا أبا عبد الرحمن كأنه راعك تسليم الرجل؟ قال:أجل كان يقال :إن من أشراط الساعة أن تتخذ المساجد طرقا(1) وأن يسلم الرجل بالمعرفة وأن تتجر المرأة والرجل جميعا وأن تغلو النساء والخيل جميعا ثم ترخص فلا تغلو أبدا
 الراوي : عبد الله | المحدث : الحاكم | المصدر : المستدرك
الصفحة أو الرقم: 5/732 | خلاصة حكم المحدث : صحيح الإسناد 
Kharijah bin al-Samt al-Burjami berkata:" Kami keluar bersama Abdullah dari rumahnya ketika Imam sedang ruku', maka kami pun ruku' kemudian kami bergerak sampai kepada shaf sholat. Lalu ada seorang lelaki yang juga lewat (Masbuk) memberi salam kepada Abdullah, " Assalamualaykum, ya Abu Abdul Rahman." Maka Abdullah menjawab, " Allahu Akbar, benarlah Allah dan RasulNya." Seusai sholat, kami bertanya Abdullah, "Wahai Abu Abdul Rahman, apakah salam lelaki tadi membuat engkau tergamam?" Jawab Abdullah, 'benar, kerana ada hadith," di antara tanda-tanda Kiamat ialah mesjid menjadi tempat singgahan, seseorang memberi salam kepada orang yang ia kenal sahaja, isteri turut sama berbusines, melambungnya mahar dan harga kuda kemudian menjunam harganya." 
[HR al-Haakim, sahih.]


Syarah
Tanda 66, Mahar di zaman salaf murah, tapi sekarang, khususnya di arab saudi boleh mencecah 1 juta riyal, manakala pukul rata di Malaysia ialah RM10 ribu, tidak termasuk hantaran dan kos perkahwinan. Namun, di akhir zaman ia menjadi murah dan "affordable", ia belum berlaku lagi.

Tanda 67, kuda atau kereta di zaman salaf mahal, tapi di zaman sekarang, kereta amat murah dah affordable.

Cuma di Malaysia, akibat cukai dan Gst, ia masih tinggi. Namun di negara jiran, ia amat murah dan menyebabkan trafik jem di semua negara khususnya ibukota. 

Tanda yang ke 66 belum berlaku, manakala tanda ke 67 sudah berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan