Pemutusan Silaturahim (الرحم قطیعة)

♻30/131 Pemutusan Silaturahim (الرحم قطیعة)


Maksud silaturrahim dari 2 kalimah, 
Silah = hubungan, Rahim = rahim ibu
maksudnya kerabat yang ada pertalian darah.

Maka fenomena akhir zaman ialah banyaknya terjadi putus silaturrahim.

Dalil hadith:
أخرج الإمام أحمد والحاكم في "المستدرك" عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنھ عن النبي صلى الله علیھ 
وسلم قَالَ: "لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى یَظْھَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَاحُشُ، وَقَطِیعَةُ الرَّحِمِ، وَسُوءُ الْمُجَاوَرَةِ". (قال أحمد شاكر: إسناده صحیح).
الراوي : أبو سبرة سالم بن سلمة الھذلي المحدث : أحمد شاكر
 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحیح20/10 المصدر : مسند أحمد الصفحة أو الرقم:
Terj:
Tidak akan tiba hari Kiamat hingga banyak perbuatan dan perkataan keji, pemutusan silaturahmi, dan jeleknya hubungan bertetangga. 
[HR Ahmad dan al-Haakim, dinilai sahih isnadnya oleh S Ahmed Syakir]

Hadith Ibn Mas'ood ra:
إِنَّ بَیْنَ یَدَيِ السَّاعَةِ... وَقَطْعُ اْلأَرْحَامِ.
الراوي : عبدالله بن مسعود المحدث : الألباني
801 : المصدر : صحیح الأدب المفرد الصفحة أو الرقم
“Sesungguhnya menjelang terjadinya Kiamat... dan pemutusan silaturahmi.” 
[HR Ahmad, al-Bukhari dlm adab al-Mufrad dan al-Bazzar, sahih albani, sahih]


Syarah
Memang sedang terjadi sekarang meratanya fenomena putus sedara, ramai generasi baru tidak lagi kenal emak sedara, bapak sedara, atuk nenek, sepupunya, dua pupu dan seterusnya, mereka tidak saling berziarah kerana sibuknya urusan kehidupan akhir zaman. Ini kerana manusia semakin global, mereka menetap jauh dari kampung halaman.

Sedangkan pemutus silaturahim diancam neraka:
لا یدخلُ الجنَّةَ قاطعٌ
 الراوي : جبیر بن مطعم المحدث : البخاري
[ خلاصة حكم المحدث : [صحیح5984 المصدر : صحیح البخاري الصفحة أو الرقم: 
"Tidak akan masuk Surga orang yang memutuskan silaturahmi."
[HR Muslim]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan