Dalil hadith:
عن حذیفة قال : لیوشكن أن یصب علیكم الشر من السماء حتى یبلغ الفیافى ، قیل : وما الفیافى یا أبا عبد
[31338 الله قال : الأرض القفر (ابن أبى شیبة) [كنز العمال
(37399 ، رقم482/7أخرجھ ابن أبى شیبة (
Terj: Dari Huzaifah: sesungguhnya akan menimpa kamu semua kejahatan dari langit sampai ke kawasan fayafi." diajukan soalan kepada beliau," apa itu al-Fayafi, ya abu Abdillah?", Jawab Huzaifah, "bumi yg terpencil."
[HR Ibn Abi Syaibah, no 37399, juga Kanz al-Ummah, no 31338.]
Status hadith, dr al-Arifi berkata sanadnya sahih, juga menurut Abdul Basith bin Yusof alGhareeeb, murid Albani dalam kitab hadith Huzaifah dalam Fitan, hadith no 161:
عبد الباسط بن یوسف الغریب وصف الكتاب:الكتاب : جزء حدیثي في أحادیث حذیفة في الفتن المؤلف : عبد الباسط بن یوسف الغریب
(482|7 (ابن أبي شیبة
Fiqh hadith:
Kejahatan dari langit ni luas maksudnya, yakni apa saja yang berada di atas manusia, yang menyelubunginya.
1. Bahaya langit terbuka kepada TV Cable, satelit dan internet. Kata dr al-Arifi, hari ni ada lebih dari 13,000 channel TV. Maka darinya datang pelbagai fitnah dan bala. Ia bukan sahaja dilanggani oleh orang bandar, bahkan kawasan terpencil dan padang pasir pun sudah sampai piring TV Satelit.
Syarah:
Di KSA, pakej biasa ada lebih dari 1,500-2,000 saluran TV Satelit. Manakala internet pula websites yang paling top dilawati sentiasa laman web lucah atau porno.
2. Satu lagi maksud bencana dari langit ialah akan datang berleluasanya perang dan pengintipan dengan penggunaan Drone. Drone adalah robot yang berada di langit dan akan datang ia berkemampuan menyerang dan memusnahkan manusia. Zaman dulu, bila seseorang bersembunyi
dalam padang pasir, ia tidak dapat dikesan, namun dengan adanya drone, ia akan dapat dikesan. Wallahu A'lam.
Tamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan